BAB 27-ISI HATI
Bismillah...let's start
-
Skip 2 hari sebelum sukan Ria(Rabu)
-
PELUH membasahi wajahnya. Tubuhnya juga sudah berbau masam. Dia berlalu ke tandas untuk menukar pakaian. (Ps, dorang di benarkan untuk memakai pakaian sukan luar sekolah asalkan menutup aurat dan tidak menjolok mata.)
Keluar sahaja dari tandas, dia terserempak dengan Asya, junior tingkatan 2.
"Hai kak Syifa!" Sapanya.
"Hai, Asya nak pergi mana?" Soal Syifa.
"Nak pergi belakang asrama. Kami rumah hijau belatih kat situ." Beritahunya. Syifa hanya mengangguk tenang.
"Asya seorang je ke? Nak akak teman?" Tanya Syifa lagi.
"Hm boleh jugak. Dah lama Asya tak bual dengan akak." Memang Syifa di kenali dengan sikap mesra walaupun kenalan baru. Kalau semua nak tahu, Asya ialah adik kepada Naim. Ingat Naim?
"Hm, kalau Asya tak kesah, akak nak tanya. Abang Naim okey tak jawab pereksa hari tu?"
"Dia kate exam senang sebab akak. Dia kate akak beri formula cepat belajar. Kalau boleh Asya pun nak akak ajar waktu Asya PT3 nanti. Tapi akak dah tamat belajar." Sedih nadanya.
"Alah, Asya janganlah sedih. Asya boleh minta ajar dekat abang Naim. Minta semua formula yang akan bagi dekat dia." Cadang Syifa. Mereka meneruskan perbualan sehingga sampai ke destinasi.
"Ok. Bye kak Fa. Jumpa lagi!" Jeritnya. Syifa hanya melambai. Tiba-tiba, terasa seseorang menolaknya dari belakang. Dahinya terhantuk pada dinding.
"Huh, lembik." Ejek suara itu. Suara itu? Milik...Emma.
"Apa kau nak?" Soal Syifa malas.
"Aku nak cakap je, kau boleh bahagia sekarang sebab aku beri masa. Tapi, bila masa dah habis, aku akan pastikan kau merana!" Syifa senyum sinis.
"Buatlah apa yang kau nak buat. Kau bukan tuhan untuk mentakdirkan apa-apa. Kau hanya manusia biasa. Kau hanya mampu merancang. Allah yang menentukan." Ujar Syifa tenang sebelum pergi meninggalkan Diva Babes.
-
"WEH Fa, kenapa dengan dahi kau!" Tanya Ain gelabah. Mereka sekarang berada di tempat menunggu.
"Aku terhantuk dinding tadi!"
"Cuai!" Marah Haiqal lalu dia mengambil plastik di poketnya lalu di lekapkan pada dahi Syifa. 5 orang di situ ternganga dengan tindakan Haiqal. Korang tahu kan siapa.
"Hm, thanks." Ujar Syifa. Sejujurnya dia masih terkejut namun hanya riak tenang saja di tunjuk.
"Dah jom gerak!" Ajak Saiful bagi mengubah topik. Topik tu topik mengejutkan bagi mereka berlima.
Seperti biasa, mereka mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Mereka belambai tangan sebelum berubah simpang.
-
GITAR di ambil sebelum satu tajuk lagu bermain di fikirannya. Lalu bermulalah petikan gitar untuk melodi lagu.
Lirik:
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurnia-Nya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
'Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku ada-Mu, Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh, ku bangkit kerna-Mu
Ku tahu ku ada-Mu di sisi ku selalu
Bantulah hamba-Mu mencari keredhaan-Mu
Ku tahu ku ada-Mu
Ku ada-Mu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh, ku bangkit kerna-Mu
Ku tahu ku ada-Mu di sisi ku selalu
Bantulah hamba-Mu mencari keredhaan-Mu
Dia meletakkan gitar itu di tepi. Sebelum mengorak langkah sedikit ke hadapan. Menghirup udara segar dari atas. Melihat suasana ciptaan Allah yang indah. Kadang, terfikir juga macam mana Allah buat semua benda ni.
'Kun Fayakun.' Allah sebut saja ayat ni, semua benda yang dia nak akan ada. Itulah keistimewaan 'Kun Fayakun.' Namun, 'Kun Fayakun' hanya untuk yang Maha Berkuasa iaitu Allah Yang Maha Esa.
"Syifa!" Laung seseorang. Syifa menoleh. Kelihatan Haiqal sedang memerhati dirinya.
"Sedap kau nyanyi!" Puji Haiqal. Muka Syifa sudah merah.
"Aku nak jumpa kau lah." Katanya.
"Kan dah jumpa ni." Dalih Syifa pula.
"Aku nak cakap benda privasi sikit. Takkan nak tepekik-pekik dari sini." Jeritnya. Syifa mengangguk lalu mereka bersetuju untuk berjumpa di taman.
"Abang, adik nak pergi taman jap." Jata Syifa meminta izin pada abang-abangnya yang berada di ruang tamu.
"Jumpa abang tunanglah tu." Usik Hakimi. Syifa senyum malu.
"Adik janji adik pergi kejap je." Kata Syifa bersungguh-sungguh.
"Lama-lama pun takpe dik." Usik Rayqal pula. Syifa menjeling.
"Boleh, tapi jangan balik lewat sangat. Kamu baru tunang. Belum sah lagi." Pesan Nazmi sebagai ketua keluarga. Sempat dia menjeling Rayqal kerana sesuka hati membiarkan adiknya berlama-lama dengan Haiqal.
Syifa mengangguk lalu keluar.
-
TAMAN menjadi destinasi. Basikal di letakkan di tepi lalu menuju ke meja yang berada di pondok.
"Assalamualaikum." Ucap Syifa. Salamnya di balas oleh Haiqal.
"Sorry lambat."
"Takpe, aku pun baru je sampai." Kata Haiqal. Keadaan menjadi sunyi sepi buat masa yang panjang.
"Kenapa nak jumpa?" Soal Syifa memecah kesunyian.
"Takkan tak boleh jumpa tunang sendiri." Syifa menjeling. Ambil kesempatan betul. Haiqal mengeluar sesuatu dari bawah meja. Ingat hadiah, rupanya gitar.
"Kau nak nyanyi?" Soal Syifa.
"Yelah, takkan nak berjoget pulak." Marah Haiqal. Entah kenapa tiba-tiba, hati Syifa berdegup kencang.
Lirik:
Syifa terkedu. Namun dia mengawal riak wajahnya. Dia memandang kearah Haiqal dan zzap! Pandangan mereka bertemu.
"Syifa Aulia Nur Hasanah." Sebut Haiqal.
"Y..ye?" Aduh, gagap pulak.
"Boleh aku nak cakap?" Pinta Haiqal.
"Er...cakap jelah." Takkan nak cakap tak boleh pulak. Bukan bisu pun!
"Kali pertama kita jumpa, waktu umur 5 tahun kan? Waktu tu aku meluat sangat tengok muka kau. Senyum memanjang. Orang marah, kau senyum. Dan, sejak sekolah, aku benci kau sebab kau lagi popular dari aku sedangkan aku ketua pengawas dan sebab kau lebih pandai dari aku." Ujarnya.
"Tapi, bila aku tengok ketabahan kau tempuhi semua dugaan yang Allah berikan, aku rasa hati aku yang dah lama tertutup ni mula terbuka perlahan-lahan. Dan satu nama tertulis dekat situ. Nama kau. Syifa Aulia Nur Hasanah." Jeda.
"Kau dah berjaya pecahkan tembok keras hati aku. Kau dah robohkan bila kau tunjukkan kekuatan kau. Kalau aku, aku tak boleh hadapi semua yang kau hadapi. Aku tahu selama ni aku selalu marah kau, hina kau, caci kau. Tapi, boleh kau beri aku peluang?"
"Peluang? Peluang untuk?" Tanya Syifa yang masih lagi dalam mood blur.
"Peluang untuk aku jatuh cinta pada kau. Untuk aku buka hati kau yang masih tertutup untuk mana-mana lelaki. Aku tak tahu bila perasaan ni muncul. Bila kau dekat dengan lelaki lain, aku...aku cemburu. Dan aku tahu aku tak patut simpan lagi perasaan ni sebab aku takut kau jatuh pada tangan orang lain." Luahnya.
"Jadi, sudi kau jadi teman wanita aku?"
"Tak, aku tak akan jadi teman wanita kau." Kata Syifa. Haiqal terkejut.
"Sebab kau tunang aku. Dan aku akan cuba untuk buka pintu hati aku untuk kau. Tapi, aku harap kau tak letak lebih harapan pada hubungan ni."
"Kenapa? Kau tak nak kita ada hubungan ke?" Soal Haiqal.
"Qal, aku bukan tak nak hubungan kita ni. Tapi aku takut hubungan ni hancur bila kau dah bagi harapan. Masa tu, aku tak nak tengok kau sedih. Aku dah cukup tanggung kesedihan dan aku tak nak orang yang aku sayang hadap apa yang aku kena hadapi." Ucap Syifa sendu.
"Terima kasih Fa." Syifa hanya senyum.
"Aku janji aku akan jaga hubungan kita ni. Sampai aku hembus nafas terakhir aku di dunia." Ujar Haiqal. Aduh, ayat!
"Eh, dah nak masuk maghrib ni. Aku balik dulu tau." Pamit Syifa.
"Jom aku hantar." Syifa mengangguk.
"Em, Qal." Panggil Syifa.
"Macam mana kalau kawan kita tahu tentang hubungan ni?" Tanya Syifa lagi.
"Kalau dorang tahu, apa boleh buat. Tapi aku harap dorang tahu bila kita akan jadi yang sah." Syifa faham maksud Haiqal lalu mereka sama-sama mengayuh basikal pulang ke rumah.
-
Bersambung...
Sorry short update...1000+ je😢 selalunya 1100+, 1200+ atau lebih. Kepala Ly pening tapi ni khas untuk semua readers. Thank you sebab sudi vote😉
Btw, Salam Maulidur Rasul...
Perbanyakkan selawat keatas Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
Actually nak update last Tuesday...tapi sebab kredit tak mengizinkan so hari ni je eh😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro