BAB 14-DEMAM
Bismillah😊Selamat Tahun Baru Hijrah🤗
-
KEESOKAN paginya, Saiful terjaga dari lenanya pada pukul 5 pagi kerana terdengar suara Syifa memanggil walidnya. Alah, hari ni kan Sabtu...cuti.
Saiful memandang susuk tubuh adiknya. Selalunya adiknya sudah bangun dan pada waktu begini, Syifa pasti sedang membuat sarapan pagi.
Dia mendekati Syifa. Sedari tadi dia meracau memanggil walidnya dengan tangan di gerakkan. Saiful mula risau. Dia memegang tangan adiknya. Panas.
Dahi. Leher. Tangan dan seleruh badan Syifa amat panas. Dia menuju ke laci dan mengambil thermometer untuk memeriksa suhu badan Syifa. Terbuntang luas mata Saiful, 41.9°c.
Saiful tanpa berlengah mengambil tuala kering dan menuju ke tandas untuk membasahinya. Tidak lupa baldi yang dipenuhi dengan air.
Saiful melap badan Syifa dengan air yang di ambilnya tadi. Masih terasa panas badan Syifa. Matanya masih kuyu namun di buka juga demi adiknya.
Baju Syifa di tukar kemudian cool fever di letakkan pada dahinya. Saiful menuju ke tandas untuk mengambil wudhu untuk menunaikan sembahyang subuh. Dia tidak lupa berdoa kepada Allah agar menyembuhkan adiknya.
-
MATANYA di buka secara perlahan-lahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut sedari tadi. Dia melihat sekeliling biliknya. Tiada orang. Dia baru sahaja sedar bajunya telah di tukar kepada baju biru bersama seluar hitam.
Dia melihat ke arah jam dinding di bilik itu. Amat terkejut dia bila dapat tahu sekarang sudah pukul 8 pagi. Dia belum sembahyang subuh lagi. Dia bergegas hendak berdiri dan menuju ke bilik mandi.
Namun baru sahaja selangkah dia menapak, kepalanya kembali berdenyut kencang sehingga membuat dia terjatuh semula ke lantai. Tiada dayanya untuk berdiri.
Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka. Terpampang wajah Saiful membawa dulang yang ada sebuah mangkuk berisi bubur dan segelas air suam. Terkejut dia melihat keadaan adiknya. Haih, kenapalah hari ni di penuhi dengan kejutan😅
Dia membantu adiknya untuk duduk semula di katil. Teruk sangat dah demam Syifa sampai tidak boleh berdiri. Saiful merenung sedalam-dalamnya wajah Syifa macam nak tembus.
"Adik tak payah diri. Adik tu demam panas. Nah, abang suapkan adik makan bubur. Semalam adik tak makan kan." Kata Saiful pada adiknya. Syifa hanya akur. Tidak mampu untuk membantah.
"Abang, ummi macam mana?" Tanya Syifa semasa suapan terakhir selesai di jamah. Saiful mengeluh.
"Lepas kata-kata ummi semalam, adik masih nak tanya pasal dia?" Soalan Syifa di balas lagi dengan soalan Saiful.
"Apa pun kata-kata ummi, dia tetap ummi kita abang. Ummi yang dah lahirkan kita. Jaga kita. Besarkan kita. Takkan hanya kerana kata-kata ummi kita tak perlu nak balas jasa ummi." Balas Syifa.
"Tapi kata-kata ummi tu menyakitkan hati!" Bentak Saiful.
"Abang, ummi tak..." belum sempat dia hendak menyambung kata-katanya, kepalanya berdenyut kencang membuatkan tangannya melekat pada dahinya. Saiful yang perasan hal itu terus tersedar dari amarahnya.
"Adik, adik okey tak?" Tanya Saiful cemas. Rasa bersalah menyelembungi dirinya kerana tidak dapat mengawal amarahnya sebentar tadi.
Melihat Syifa tidak menjawab, dia terus membaringkan tubuh kecil itu di katil. Cepat sahaja tubuh itu terlelap. Mungkin terlebih penat ataupun kerana suhu badannya yang tinggi.
-
RAKANNYA cuma memandangnya sepi. Sekarang, Hot Boy dan Usrah Jamilah tanpa Syifa berada di taman. Mereka sudah mula rapat walaupun nampak kekok.
"Weh Sai, kau pahal diam je ni? Selalunya kau paling bising. Dan Syifa mane?" Soal Muiz. Hairan dia melihat rakannya itu diam saja.
"Syifa, dia...dia demam panas. Tadi pagi aku bangun sebab dia meracau panggil walid aku. Aku pegang badan dia. Panas doh. Aku periksa suhu badan dia. Kau tekalah berapa." Arah Saiful.
"37?" Teka Muiz. Saiful menggeleng.
"38? 39?" Teka Muiz lagi namun Saiful tetap menggeleng.
"Habistu? Takkan 40 pulak." Marah Muiz kerana tekaannya sedari tadi salah.
"Suhu dia 41.9°c." Beritahu Saiful. Terlopong terus mulut rakan-rakannya itu.
"Aku risau. Aku masuk bilik dia lepas aku turun dapur masak bubur. Masuk je bilik, tengok-tengok dia terduduk di lantai. Aku tolong dia, pegang je badan dia, masih panas. Dan tanpa sengaja, aku termarah dia dan waktu dia nak balas, dia pening. Lepastu, aku baringkan dia. Cepat je dia tidur." Cerita Saiful.
Kesemua rakannya mengeluh. Risau. Sedih. Semua ada dalam diri mereka. Satu perasaan muncul di tangkai hati Haiqal. Perasaan apa kah itu? Tak mungkin perasaan...
-
NAZMI melihat adiknya, Saiful yang baru pulang dari berjumpa rakan-rakannya. Dia di beritahu tadi ketika sedang menuruni tangga hendak ke dapur.
"Hah Sai, dah balik. Adik mane?" Tanya Nazmi bila tidak melihat kelibat Syifa.
"Adik tak ikut tadi. Dia dalam bilik." Beritahu Saiful.
"Kenapa adik tak ikut?" Hm, dia buat macam Saiful ni kaunter pertanyaan.
"Adik demam panas bang. Badan dia, tak payah cakaplah. Suhu badan dia dah sampai 41.9°c. Tinggi tu bang." Beritahu Saiful. Nazmi yang dengar terkejut.
"Sejak bila adik demam?"
"Tadi pagi, masa subuh. Sai rasa dia mimpi arwah walid sebab pagi tadi dia meracau." Teka Saiful. Nazmi cuma mengangguk kepala. Tanpa membuang masa, dia mendaki tangga menuju ke bilik adik bongsunya itu.
-
PINTU bilik di buka. Kelihatan susuk tubuh Syifa terbaring lemah di atas katil. Mukanya jelas pucat. Nazmi memegang dahi Syifa. Betul kata Saiful. Badan dia panas.
Cool Fever yang di letakkan di atas dahi Syifa juga panas. Nazmi menukarnya kepada yang baru. Ubun-ubun Syifa di gosok perlahan lalu dahinya di cium.
"Cepat sembuh ye dik. Abang nak adik abang yang ceria. Yang selalu murah senyuman. Yang banyak celoteh. Yang kelakar. Abang rindu adik. Maaf sebab abang pernah pulaukan adik sebelum ni. Cepat sedar ye dik." Luah Nazmi.
Air mata jantannya hampir menitis. Sungguh dia sayang akan Syifa. Satu-satu adik perempuannya. Tiba-tiba, telefonnya menjerit minta di angkat. Terpapar nama kekasih hatinya, Imani Sofea di telefon.
Dia berura-ura untuk keluar dari bilik setelah memastikan adiknya selesa. Tanpa dia sedari, seorang wanita telah mendengar luahan hatinya. Dia berlari perlahan ke bilik dan melepaskan tangisannya di situ.
Itulah tangisan seorang manusia dan hamba Allah bergelar ibu. Sedih melihat anaknya sakit. Sedih sebab rasa bersalah memarahi anaknya. Sedih mendengar luahan anak sulungnya.
Kalau saja di boleh patah balik masa, dia akan pastikan dia takkan tengking Syifa. Dia akan pastikan Syifa tak akan sakit. Itulah harapan seorang ibu.
Bersambung...
1000 words guyz...alhamdulillah.
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh. Para pembaca sekali, Ly nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi baca, vote dan comment cerita yang Ly buat ni.
Kepada yang sudi menghayati, terima kasih sangat-sangat. Ly harap target Ly tercapai. Ly nak susun 10 jari untuk minta maaf sekiranya setakat sini cerita ni ada kesalahan atau kesilapan tanpa sedar.
Ly sedar banyak silent readers. Ly tak paksa korang vote. Ly sedar cerita ni tak lah bagus sangat. Tapi Ly amat harapkan vote korang.
Ly nak korang punya pendapat.
1. Cerita ni macam mana?:
a)best
b)biasa-biasa tapi kebanyakannya best
c)biasa-biasa tapi kebanyakkan tak best
d)perlukan improvement tapi okey sikit
e)tak best dan perlu di perbaiki
2. Nak Ly sambung ke tak?
a)yes
b)no
3. Nak banyak adengan apa?
a) sweet
b) sedih
c)buat korang marah dengan watak
d) lawak
e) sentap
4. Kalau nak Ly sambung nak buat berapa bab?
a) 50
b) less
c) more
5. Korang suka watak utama yang mana?
i) a. Syifa
b. Haiqal
c. Saiful
ii) a. Fauzi
b. Rayqal
c. Hakimi
iii) a. Insyirah
b. Ainul
c. Syafiqah
iv) a. Mikael
b. Muizzudin
6. Dalam adik beradik Syifa, korang minat siapa?(bukan muka ye tapi watak)
i. AHMADS
a) Nazmi
b)Nazim
c) Fauzi
d) Shahrul
ii) AIMANS
a) Hakimi
b) Firhad
c) Rayqal
d) Rafiq
iii) Random(beri Ly 3 orang dari atas tu)
a)?
b)?
c)?
7. Nak Ly matikan watak jahat yang mana dulu? (Yang ni kalau nak tunggu scene dorang datang baru jawab pun boleh)
a) Hot Prince
b) Dive Babes
8. Nak Ly tambah watak jahat tak?
a) yes
b) no
9. Nak Ly tambah watak dalam Usrah Jamilah dan Hot Boy tak?
a) yes
b) no
10. Nak Ly buat sampai scene macam mana?(Ly akan tanya buat kali kedua bila Ly rasa cerita tu nak habis tapi nak buat banyak lagi)
a) habis SPM
b) zaman kolej
c) zaman kerja
d) zaman couple
e) zaman tunang
f) zaman kahwin
11. Nak Ly buat challenge tak?
a) yes
b) no
12. Nak Ly update double and triple tak?
a)yes
b)no
Okey setakat itu saja...kalau boleh jawab yang takde bracket ye...
Promote time:
1. Dia Kembar Aku?!
By:Qayrienaa
2. Blue Eyes
By:minyoongrin
3. Hannah Aqeelah
By:Berrykiss_
4. Dia Vampire
By:Nxraz_wn
5. My Electric Girl
By:kimfarah_taerah
6. My Truth Untold
By:kimfarah_taerah
7. Daydream
By:kimfarah_taerah
8. Because You Are My Love
By:_Aisywa
9. B A N G K I T
By:_Aisywa
10. Abang Atau Adik?
By:pypaa_
Next update in sha Allah malam ni🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro