BAB 13-KEMAAFAN
Bismillah🤗
-
PADA malam itu, tahlil sehari di adakan. Tiga pasang khemah bersama 6 buah meja di letakkan di luar rumah. Manakala di dalam pula terdapat 2 buah meja khas untuk hidangan keluarga terdekat.
Kedengaran bunyi orang membaca yassin serta tahlil arwah. Syifa menutup semula pintu biliknya. Dia kembali mengemas dirinya. Jubah hitam di padankan lagi dengan tudung labuh kelabu.
Dia menatap sebuah bingkai gambar. Gambarnya bersama keluarga termasuk arwah Haji Mohamad. Tangkai hatinya di cuit. Sungguh dia rindu pada arwah walidnya. Orang yang menjaganya dari kecil. Raja Hatinya.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya di ketuk. Cepat-cepat dia meletakkan semula bingkai gambar. Matanya di kesat sedikit takut orang sedar dia bersedih. Pintu di buka. Kelihatan Haiqal berada di luar.
"Ye?"
"Ummi kau suruh aku panggil kau." Beritahunya. Syifa mengangguk tenang. Dia berjalan mendahului Haiqal namun langkahnya terhenti bila namanya di panggil. Dia menoleh.
"Aku...aku minta maaf sebab tuduh kau melulu. Sepatutnya aku siasat dulu." Luah Haiqal. Kali pertama. Ulang ye. Kali PERTAMA dia meminta maaf pada seorang gadis. Syifa senyum ikhlas.
"Aku faham, takpe aku maafkan kau." Ujar Syifa.
"Jadi kita kawan?" Soalnya pada Syifa.
"Kawan. Sahabat." Syifa berkata sambil mengangguk.
"Amboi-amboi adik abang ni, dah pandai berdua-duaan eh." Usik seseorang. Dua manusia itu menoleh. Kelihatan Hakimi senyum mengusik.
"Ish abang ni, mana ada. Kami berbual je. Haiqal ni yang gatal naik ke atas." Gelaknya. Haiqal memandang hairan.
"Eh, aku naik pun sebab ummi kau suruh, okey." Katanya menyampah. Hakimi ketawa kecil. Walhal dalam hati, dia tahu adiknya masih bersedih namun di sorokkan.
-
JAMUAN di makan oleh para tetamu. Syifa dan keluarga serta sahabatnya berada di dalam rumah. Umminya masih murung tapi ada jugak senyum. Nipis je. Tapi kebanyakannya dia hanya diam. Syukurlah daripada semalam. Murung je memanjang.
"Syifa, tak makan ke?" Tanya hajah Nora, ibu kepada Mika. Syifa menggeleng perlahan.
"Takpelah aunti, Syifa kenyanglah." Dalihnya. Tiba-tiba, Mika menyampuk.
"Kenyang apa nye? Balik dari kubur tadi kau cuma makan 2 paket roti strawberry je. Itu kau kata kenyang?" Balas Mika. Mika sudah menganggap Syifa sebagai adik. Sejak mengenali Saiful, dia terus mengenali Syifa.
Syifa gadis yang baik dan prihatin. Dulu, pernah sekali Saiful jatuh semasa menaiki basikal. Syifa amat gelabah waktu itu sehingga sanggup ulang alik dari rumah ke taman. Sejak itu, dia tahu yang Syifa betul-betul seorang yang baik.
Syifa cuma senyum. Mika mengeluh. Kena tegur, senyum. Kena marah, senyum. Kenapalah Syifa ni murah sangat dengan senyuman?
"Adik." Panggil Saiful.
"Ye? Kenapa bang?" Soal Syifa.
"Boleh tolong tak? Tolong beri ni dekat ummi. Ummi tak nak makan. Adik je seorang yang boleh pujuk ummi sekarang ni. Bukan apa, abang takut ummi sakit je." Kata Saiful.
Syifa mengeluh perlahan. Dari semalam umminya tidak mahu makan. Dia takut kalau umminya sakit. Cukuplah dengan pemergian walidnya. Dia tidak mahu umminya pula yang pergi.
"Baik abang. Tapi abang temanlah adik. Abang tunggu dekat luar." Arah Syifa. Saiful mengangguk.
"Kami nak ikut." Kata Usrah Jamilah dam Hot Boy serentak.
"Boleh tapi Hot Boy tunggu dekat luar." Arah Syifa lagi. Hot Boy mengangguk tanda akur.
-
BILIK itu gelap tanpa setitik cahaya. Usrah Jamilah sudah takut. Syifa berlagak biasa. Dia mendekati katil umminya. Pinggan berisi makanan di letakkan di atas almari berlaci.
"Ummi, bangun ummi. Adik bawa makanan. Sedap tau." Umminya cuma bangun duduk. Makanan di suap tapi langsung umminya tidak membuka mulut.
"Ummi, dari semalam ummi tak makan. Makanlah sikit. Nanti ummi sakit." Pujuk Syifa lagi.
"Ummi makan pun walid kamu takkan hidup balik." Zzup. Menusuk hati. Ianya bermaksud umminya masih tidak dapat menerima pemergian walidnya. Pintu bilik di pandang. Terbuka sikit. Pasti Saiful mendengar kata-katanya.
"Ummi, makan sikit. Nanti ummi sakit. Kalau ummi sakit kami adik beradik akan risau." Tidak henti-henti Syifa memujuk.
"Biarlah aku sakit! Biar aku mati cepat! Dapat aku jumpa suami aku!" Umminya sudah meraung. Dia seperti orang gila. Ye, dia gila merindui suaminya. Orang suruh dia bertenang. Macam mana nak tenang? Baginya tiada yang memahami apa yang dia rasa.
"Ummi, jangan cakap macam tu." Syifa menahan sebak.
"Biarlah, mulut aku. Suka hati aku lah nak cakap apa. Kau tak sedih ke hah suami aku dah takde? Suami aku pun walid kau. Tak berguna ada anak tak kenang jasa macam kau!" Herdiknya.
Buk!
Pintu di hempas kasar. Saiful sudah mengekuarkan tanduknya. Dia sudah menahan sabar. Semua pun tahu. Dia tak boleh kalau adiknya di perbuat sebegitu.
"Apa ni ummi? Ummi nak salahkan takdir ke? Walid dah takde. Bukan salah sesiapa tapi semua sudah takdir. Allah sayangkan walid, ummi. Adik bukan tak sedih. Tapi dia sedang cuba untuk nampak kuat depan ummi." Marah Saiful.
"Abang! Jangan tinggikan suara depan ummi." Marah Syifa pula.
"Dah, ummi makanan ni makan. Nanti ummi sakit. Sekarang, semua keluar. Adik nak masuk bilik sekejap." Beritahu Syifa.
Dia keluar dari bilik itu. Hot Boy di luar itu tidak di hiraukannya. Saiful masih menahan marah. Umminya di pandang. Selepas itu jam. Pukul 8. Waktu Syifa menyedut inhaler.
"Korang, cepat. Pergi bilik Syifa. Periksa dia sudah sedut inhaler ke belum." Saiful memandang umminya.
"Ummi tahu tak. Adik endahkan waktu dia sedut inhaler semata-mata untuk pujuk ummi makan. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada adik, Sai takkan sesekali pandang wajah ummi." Selepas kata-kata itu terus dia keluar menuju ke bilik Syifa di ikuti Hot Boy.
Hajah Faezah meraup kasar wajahnya. 'Astaghfirullah alazim. Apa yang aku baru buat? Aku dah sakiti hati anak aku sendiri.' Rungut hatinya. Dia memandang pinggan di sebelahnya. Dia memakan sesudu lalu dia menangis.
-
DIA berlari anak mencari Hot Boy. Dia nampak Saiful menaiki tangga. Dia menjerit.
"Saiful! Sai! Syifa, dia..." nafasnya turun naik. Semput kerana penat.
"Kenapa?" Tanya Saiful cemas.
"Dia lupa dia simpan inhaler dia dekat mana. Nafas dia dah tak stabil." Beritahu Insyirah. Saiful sudah tak keruan.
"Hah Sai, kenapa kumpul dekat sini." Sampuk Rayqal.
"Abang Ray! Panjang umur abang. Tolong adik bang. Dia lupa dekat mana di simpan inhaler dia." Cemas Saiful memberitahu.
Rayqal baru teringat sesuatu. Inhaler Syifa. Syifa meminta dia untuk menyimpanya. Rayqal melihat kearah jam dinding. Allah, dah lambat 10 minit.
Dia berlari ke biliknya mengambil inhaler Syifa kemudian berlari pula ke bilik Syifa. Kelihatan Syifa sudah lemah terduduk di lantai.
"Adik sedut ni perlahan-lahan." Arah Rayqal. Syifa akur. Namun, setelah selesai menyedut, dia rebah secara perlahan-lahan di pangkuan Rayqal.
"Ya Allah, adik!" Jerit Saiful. Dia ingin menyerbu Syifa bersama kawan-kawannya namun Rayqal menghalang. Reaksinya hanya tenang.
"Takpe, dia pengsan sebab dah lemah je. In sha Allah besok dia bangun. Dia dah lambat sedut inhaler sebab tu jadi macam ni. Korang keluar dulu. Saiful teman abang." Arah Rayqal.
Syifa diletakkan di atas katil. Wajahnya nampak pucat. Saiful merenung adiknya. Rasa kasihan kerana adiknya terpaksa mengharungi penyakit asma itu.
"Abang, bila adik nak sembuh?" Soal Saiful menahan sebak. Dia tahu jawapannya.
"Sai pun tahu kan, mustahil penyakit asma tu akan hilang. Peluang nak hilang pun tipis je. Kita doa jelah ye." Pujuk Rayqal.
"Dah jom keluar. Biar je adik rehat." Arah Rayqal lagi. Saiful menggeleng perlahan.
"Tak nak. Sai nak tidur sini. Sai tak kesah Sai tidur dekat sofa asal Sai ada dengan adik." Bantahnya. Rayqal cuma mengangguk.
Dia tahu perasaan seorang kembar bila kembar di sakit. Lebih-lebih lagi bila kembar tu perempuan. Lain jantina. Rayqal melangkah keluar dari bilik itu.
Saiful menghamburkan tangisannya. Sungguh dia sedih.
-
Bersambung...
Promote sikit
1. Dia Kembar Aku!?
By:Qayrienaa
2. Kasih Yang Hilang
By:Nxraz_wn
3. Dia Vampire
By:Nxraz_wn
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro