Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Princess (Bahagian 1)

Penulis : Jamilah Ali

Team : Dragon


X X X X X


Pagi itu Feroz terkebil-kebil merenung kipas, pusing ke kiri pusing ke kanan serba tak kena, resah gelisah yang disulam kebosanan yang melampau.. Ahh tak boleh jadi ni, bisik hatinya, Feroz bingkas bangun keluar dan menapak menuju ke bilik sepupu nya Hafiz merangkap kawan baiknya, perlahan dikuak pintu bilik Hafiz, terlentang Hafiz atas katilnya.

'Ehh mamat ni tidur lepas subuh siap berkopiah lagi apakehal, Kacau best ni' hati Feroz berbisik.. Perlahan di hampiri Hafiz dan dibisikkan di telinga teman kesayangan nya itu..

"Maa robbukaa" hujung suaranya ditinggikan dan di buat nada garau

"Allahuakbar!! Ya Allah Ya Allah!!" Bingkas Hafiz dalam keadaan terpinga-pinga dan terperanjat yang amat sangat, bila minda dan akal bersatu di alam realiti dia mencerlung geram ke arah Feroz,

"Siottt betul la kau, tak boleh tengok aku aman damai ke hah??!!" Bebel Hafiz dengan muncung itiknya.

"Dah, dah.. hodoh bebenor muncung kau tu, pi makan aku dah goreng nasi ikan bilis, jap lagi aku nak ajak kau pi jalan, bosan gile ni weii, aku tunggu kau kat tempat biasa" Feroz memberi arahan.

"Cepatla weiii" sambung Feroz bila melihat Hafiz pandang dia tak berkelip.

"Yelah yelah huhhh" Balas Hafiz kemalasan.

========

Feroz menunggu di bilik bawah tanah rumah pusaka peninggalan Atuk mereka, mereka bersepakat menghuni rumah tersebut selepas anak-anak Atuk (mak bapak diorang la) tak nak duduk situ sebab dah selesa di rumah masing-masing

"Hahh kau nak ajak aku pi mana tadi? Kalut semacam je, aku nak layan tido hujung minggu pun tak senang, manala tau mimpi jumpa bidadari ke" Hafiz muncul sambil membebel

"Halahh kau ni macam mak nenek potpet potpet tak penat ke, kau bawak tak tarbus hijau tu?" Tanya Feroz sambil meninjau apa yang Hafiz pegang

"Ada ni haa.. Ala macam aku tak tau kalau nak jumpa sini tarbus ni wajib aku kena bawa kan..hahh so kita nk pi mana ni?" Selepas menjawab dia pula yang bertanya

"Jomm tadi kau kata nak jumpa bidadari dalam mimpi kan.. Apa klass jumpa dalam mimpi, meh aku bawak jumpa real punya" ujar Feroz sambil menghadap sebuah pintu berwarna biru muda dan menekap tangan kanan nya di situ, selepas 3saat terpapar skrin lengkap dengan papan kekunci, Feroz menekan beberapa kata kunci dan berpaling ke arah Hafiz dan bertanya..

"Dah ready?" Sambil memulas tombol pintu dibawah skrin tersebut. Hafiz mengangguk seraya mendekati Feroz.

"Sebenarnya kau key in address mana ni?" Sambil melangkah membontoti Feroz, Hafiz bertanya, kemudian zappp Feroz mendarat kemas di atas hamparan pasir berwarna biru tetapi malang bagi Hafiz yang tidak sempat menjaga keseimbangan badan nya.. Dushh batang tubuh Hafiz tergolek bagai nangka buruk..

"Pis turun leklok jgn loqlaq.. Kan dah jatuh tu" selamba Feroz berkata-kata walhal dalam hatinya gelak berguling ketawakan Hafiz

"Firaun betul lah kau ni selalu kenakan aku, lain kali bagitahu la parking kat mana senang aku nak gimnastik ke apa, hanat betul" gerutu Hafiz tak puas hati

"Eh aku tanya belum jawab, kita kat mana ni?" Tanpa menjawab soalan Hafiz, Feroz menghentikan langkahnya seraya berpaling mengadap Hafiz

"Kau punya lembam memang tahap dewa lah Pis, buka la diari cinta kau tu, apa daa" sambil mulutnya di muncung kan ke arah tarbus hijau di tangan Hafiz.

"Owhh hahahaha" sambil tangan Hafiz lekas-lekas menyeluk kedalam tarbus seketika kemudian dia pun mengeluarkan sekeping kaca kegemarannya dan mula menekan butang mencari, ketika Hafiz sibuk mencari maklumat, Feroz pula menekan jam tangan yang dipakai nya dan menghala ke arah pintu tadi.. Tettt pintu tadi melayang seterusnya mengecil dan lenyap di dalam jam Feroz, selesai kerjanya Feroz memerhati keadaan sekeliling, kelihatan pohon-pohon tinggi sayup memandang dengan daun-daun yang selebar ukuran tilam bujang, pasir yang berwarna biru, Feroz cuba mengintai dada langit namun tidak kelihatan kerana dilindungi daun yang sangat lebar, tiba-tiba Hafiz menjerit..

"Weii weii gila kau ni, wei aku nak balik la!" Hafiz menjerit di hadapan Feroz dengan raut muka yang pucat lesi

"Laaa aku memang gila-gila, kau tak tengok ke majalah gila-gila koleksi aku tu tinggi mana? Kahkahkah" sambil ketawa kuat Feroz menyerang emosi Hafiz yang ketakutan..

"Alaaa rilek la bro, ni bukan pertama kali kita buat mcm ni," pujuk Feroz sambil senyum kerang

"Kau tak ingat ke masa kita sesat kat Land of the Snake dulu tuh macam mana, hampir mati woii" Hafiz mengungkit dengan nada yang amat cuak.

"Sekarang kau bawak kita ke Galaxy Dragon, ni memang keje nak mati ni, aku tak nak weii!" Hafiz terus mengomel.

"Dah dah dari kau bising-bising macam ni baik kau siapkan kita, macam mana nak duk sini nak cari bidadari kau"

"Gila betul la kau Feroz, mana ada bidadari cantik sini wei, yang berapi ada la kot" selaju mulutnya laju juga tangan Hafiz mencari maklumat berkaitan tempat yang baru jejaki dan seketika kemudian dia menyeluk lagi tarbus hijau dan mengeluarkan 2 biji pil berbentuk bulat bujur sambil di suakan sebiji kepada Feroz,

"Nah makan ni" tanpa banya soal Feroz terus mencapai dan menelan pil itu, Hafiz juga melakukan hal yang sama, selepas itu Hafiz menarik tali tarbus yang terjuntai dan Serta merta tarbus tersebut berubah menjadi loket lengkap dengan seutas rantai dan tersarung di leher Hafiz, selang beberapa saat kemudian badan mereka terapung dan berpusing serta mengeluarkan cahaya yang terang, seketika kemudian cahaya tersebut lenyap dan mereka berdua kembali mendarat di atas pasir tersebut,

"Wowww hijau, Lawa la kau Pis, ehh aku kaler apa nih? " Feroz melihat-lihat badan nya

"Kahkahkah okla tu sesuai dengan kau coklat, aku manusia baik mesti aku dapat kaler Lawa" perli Hafiz..

"Fuh fuh fuh ehh takde api pun, kata dragon mesti la ada api, hampehh" Bebel Feroz sambil hembus-hembus nafas berulang kali tapi hampa, apa yang di harapkan tidak menjadi,

"Kau belum baligh memangla takde api siot, tunggu la 800tahun lagi kau baligh baru la keluar api" serentak tersembur ketawa mereka..

"Tapi gini ke rupa Dragon asli eh? Confused aku dalam filem ada ekor la ada janggut la,"

Hafiz dan Feroz menilik rupa baru masing-masing dengan bermacam persoalan.

Mereka telah berubah sepenuhnya dari seorang manusia setelah menelan pil tadi.. Mereka memiliki sepasang sayap yang besar, tapi masih memiliki sepasang tangan dan kaki cuma jari mereka telah berkurang menjadi empat batang jari sahaja, kulit mereka pula bersisik halus dengan warna yang unik dan ketinggian mereka telah bertambah 3kali banda dari saiz asal.

"Apa lagi Pis, mai kita pi cari bidadari idaman kau yang rupawan dan jelitawan" Feroz terus mulakan langkah.

"Kau ni dah kenapa ada wing, gunala, apa barang ada wing tak nak terbang?" Hafiz mula mengepak kan sayap dengan perlahan,

"Cupp cupp jangan terbang dulu, aku rasa ada baik nya kita jalan dulu tengok-tengok macam mana dragon asal kt sini berjalan ke merangkak ke, berlari ke, sabar dulu weh jgn semberono sangat" nasihahat Si Feroz

"Ermmm hari ni baru aku nampak kau sedikit bijak kalau tak bodoh memanjang" tempelak si Hafiz..

Mereka terus menapak berhati-hati.. Sehinggalah mereka tiba di tepi jurang yang sangat dalam hinggakan tidak kelihatan dasarnya.. Nun di seberang jurang tersergam istana yang sangat indah berkilauan seolah ianya dibina dari berlian yang berwarna pelangi..

"Pis.. Kau tengok tak apa yang aku tengok ni"

"Tak tengok aku pandang je"

"Bongok la kau ni"

"Lawala.. Sapela tuan empunya pondok tu ye?"

"Pondok bidadari kau la tu pis"

"Ciss, kau jangan Feroz kalau betul ada Bini aku dalam tu kau jangan menangis air mata berapi dahla nanti, hahahaha" seloroh Hafiz hanya di pandang tak bernafsu.

"Ehh kau sebut api kan.. Baru aku teringat kita kat kampung dragon kan, tapi tak nampak pun diorang ni,"

"Entah-entah mereka tidur kut, tapi sekarang ni siang ke malam eh?"

"Kau ni kalau aku kata kau lembam kau marah" bulat mata Feroz mencerlung Si Hafiz

"Ok ok aku buka Google cakerawala jap" pantas tangan nya menarik benda panjang smpat segi itu dan mulakan kerjanya..

Tiba-tiba.. Whushhhhh sambaran angin yang sangat kuat menerjah mereka.. Mereka terpelanting merempuh pokok-pokok di belakang mereka, Hafiz diam tak terkutik, Feroz cuba bangun tapi pandangan nya berpinar.. Ketika itu Feroz melihat satu kelibat yang berbalam menghampiri nya kemudian pakkk.. Gelap.


Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro