01
10th May
"Happy birthday to you~
Happy birthday to you~
Happy birthday to Shin Cheon!
Happy birthday to you~"
Kim Shin Cheon menangis terharu apabila Bae Jinyoung datang mendekat dengan membawa sebuah kek. Sambil cuba untuk menahan tangisannya, dia meniup lilin yang tersusun cantik di atas kek keju itu, maka api yang menyala pun terpadam.
"Jinyoung, thank you" kata Cheon dengan suara yang retak sebelum dia memeluk Jinyoung. "Happy Birthday too"
Jinyoung hanya tersenyum lebar dengan gelagat teman wanitanya sebelum memberikan kek tadi kepada Chanyeol.
Aku yang berdiri di tepi pula hanya mampu tersenyum sendiri melihat adengan tersebut. Haih, sweetnya diaorang ni. Walaupun aku turut tumpang gembira atas kebahagian mereka, terasa kesunyian pula.
Aku memusingkan wajahku memandang ke tepi, kelihatan Hoseok sedang meletakkan lengannya di sekeliling bahu Jihye dengan penuh kasih sayang sambil mereka turut menonton adengan di depan mata. Eleh mereka ini, tengok orang lain ber-sweet, mereka sendiri pula terlebih bersemut.
Huh, jujur ada sedikit rasa cemburu timbul di hati. Kenapalah aku tiada teman lelaki?
Oh lupa, aku yang reject.
Nak cari si Mr.Right itu bukan mudah, kalau boleh kena interview satu-satu, perhati satu-satu. Kalau main bagi hati sewaktu mencuba, ada risiko patah hati. Bahaya!
"Dah empat tahun, long last betul" komen Jinwoo yang sudah lama berdiri di sebelahku. Oh tidak, jangan tanya soalan tu!
"Kau bila lagi?"
Ah, sudah. Banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang paling kau suka tanya wahai Pakcik Park Jin Woo yang dah tua tapi sendiri masih single sampai sekarang. Aku menjelingnya.
"Chill, k? Jangan pandang aku dengan muka macam tu"
"Masalahnya kau tu tak layak pun nak tanya aku soalan macam tu. Kau sendiri pun sama, bila nak ada girlfriend?"
"Begini cara kau cakap dengan sunbae kau?"
"Habis kau nak aku cakap macam mana? 'Sunbae, jangan lah tanya soalan macam itu, patutnya sunbae tanya soalan tu pada diri sendiri~', macam tu?"
"Pfft, HAHAHAHA" habis terburai gelak tawanya bagaikan baru mendengar jenaka yang sungguh lawak. "Mulut sakarstik kau dari dulu tak pernah berubah, kan?"
"Biasalah, ini Seo Eun kot" kataku sambil flip hair dengan penuh fabulous-nya. Dia hanya tersengih sebagai balasan, terserlah gigi arnabnya yang dari dulu tidak pernah berubah.
Senior aku yang ini beza 6 tahun denganku, tapi dari azali lagi memang cari pasal sahaja kerjanya. Suka sangat mengusik orang dan mulut itu tidak sah jika tidak memberi komen pada semua benda.
Perbualan kami terhenti lalu kami sambung menonton drama pasangan love bird yang berada di hadapan. Biar pun suasana sungguh meriah, tapi ianya sungguh sunyi bagi aku. Mungkin kerana aku tidak bercakap apa-apa? Jinwoo yang ada disebelah pun kekal diam seperti batu tidak bercakap. Kerana kerja kami hanyalah memerhati.
"..."
"..."
"..."
"Kau tak nak bercinta dengan aku?"
Maka satu pukulan aku berikan padanya sebagai balasan.
****
11th May
Manuskrip yang bertajuk 'Tak Pernah Menyerah' itu diselak-selak dengan perlahan-lahan manakala aku pula sudah bosan kerana dari tadi sudah nampak perbuatan itu diulang-ulang.
"Macam mana awak tulis semua ni sedangkan awak ada banyak assignment?" Tanya Da-Young seraya meletak kembali manuskrip itu di atas meja.
"Bila inspirasi datang, saya tulis la" kataku sebelum air tae yang ada di cawan aku hirup.
"Sumpah daebak! Rasanya kalau awak masuk pertandingan, mesti menang ni"
"Saya tak harap sangatlah, unnie" kataku sambil tersengih. Menulis hanyalah hobi sampingan yang aku ada. Dengan menulis sahaja aku boleh menceritakan kisah yang ada di imaginasiku.
"Eh jangan~ entah-entah juri menangis baca cerita awak"
Aku tergelak kecil sebagai respons kepada kata-katanya. "Unnie ni melebih pula"
"Eh betul la" katanya dengan beria.
Aku terfikir sejenak, apa salahnya menjadi yakin dengan penulisan sendiri kan? Angan-angan lebih pun bukannya salah, hehehe.
Sedang aku tersengih sorang-sorang (dalam hati) memikirkan bagaimana reaksi para pembaca, tiba-tiba Dayoung bersuara dengan teruja.
"Awak dah fikir apa awak nak buat 3 hari akan datang?" Dengan senyuman dari telinga ke telinga dan mata yang berbinar, Dayoung memegang tanganku dengan penuh minat mendengar jawapanku. Sebelah keningku terangkat.
"Buat apa pula?" Tanyaku, hairan. Ada apa pada itu? National Buttermilk Biscuit Day?
"Ala awak ni buat-buat tak tahu pula" sambil merungut, Dayoung memuncungkan bibirnya sehingga boleh digantung baldi. Heh, mentang-mentang maknae line di kumpulan dia.
"Apa dia?" Tanyaku, makin binggung.
"Hari jadi kita berdua lah sayang oi!"
Ya ampun aku ni dah kenapa lupa hari jadi sendiri. Ha assignment punya pasal lah ni, mohon salahkan Prof. Ainstein.
"Dah rancang?" Tanyanya sekali lagi, kali ini menunjukkan barisan giginya yang tersusun cantik.
"Tak terfikir"
Tiada masa untukku memikirkan tentang benda-benda macam tu. Otak aku sangat serabut.
Barai
"Unnie pula?" Kali ini giliran aku pula bertanya.
"Unn-"
"Wahh, hari jadi dah nak dekat ke?"
Apahal dia menyebok kat sini?
[He is?]
『
𝘼. From a movie
𝘽. Living in space
𝘾. A good cook
』
A/N
Dedicated to: seotty-
Please comment your answer as soon as possible
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro