Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SEORANG gadis tinggi lampai yang mengenakan dress singkat dan ketat ditubuhnya berjalan lenggang-lenggok memasuki kelab malam itu. Mekap yang agak tebal dikenakan pada wajahnya agar kecantikannya semakin menyerlah. Dengan kecantikan wajah dan tubuh badan yang ramping seperti kerengga itu, lelaki yang melihatnya pasti akan memandang dua tiga kali. Memang tidak dinafikan lagi, gadis itu memang cantik!

Seperti biasa, gadis itu akan menuju ke beer counter dahulu sebelum berseronok seperti manusia-manusia lain di dalam kelab malam ini. Air haram itulah merupakan permulaan untuk dia mencari keseronokkan.

Langkahnya tiba-tiba terhenti selepas dia tersedar sesuatu. Kepalanya ditoleh lalu matanya dikecilkan sedikit bagi melihat wajah manusia yang sedang duduk menikmati air haram itu. Gadis itu tersenyum senget.

What a coincidence, huh?

Kemudian, langkah gadis tadi diteruskan tetapi berlainan arah. Gadis itu mendekati seoarang lelaki yang sedang menikmati air haram itu. Tidak semena-mena, gadis itu merampas gelas kaca yang berada di tangan lelaki itu. Air yang bersisa diteguknya lalu senyuman manis diukir pada lelaki itu.

"Well well... hampir lapan bulan aku tak nampak seorang Uwais Mikael jejakkan kaki dia dekat tempat ni. Kenapa tiba-tiba?" soal Ariesya sambil menyilangkan tangan ke dadanya dan pandangannya pula fokus menghadap wajah Mikael.

Mikael tersenyum senget. Pandangan mata Ariesya dibalas.

"Aku kena ada sebab ke baru boleh datang sini?" Soalan dibalas dengan soalan. Mikael kembali menikmati minumannya yang terbantut dek manusia yang tiba-tiba meneguk airnya dengan muka yang tidak bersalah.

"Tak ada la. Aku cuma pelik. Lapan bulan kot tak nampak kau! Bahagia sangat ke dengan isteri tu sampai perempuan dekat sini pun kau dah tak pandang?" Ariesya menarik kerusi di sebelah Mikael lalu punggungnya dilabuhkan dia atas kerusi itu. Dia juga membuat perkara sama seperti Mikael, memesan minuman haram itu lalu meneguknya dengan rakus.

Pap!

Bunyi hentaman kuat antara gelas kaca dengan meja menyentakkan Ariesya. Ariesya mengalihkan pandangannya ke arah Mikael. Wajah Mikael dipandang dengan dahi yang berkerut.

Sudah kenapa dengan Mikael ni?

"Jangan sebut pasal perempuan tu la." Perlahan, namun tegas bunyinya.

Ariesya teguk liur. Sudah lama dia tidak nampak sisi Mikael yang ini.

"Dia hilang. Aku tak tau dia pergi mana," sambung Mikael lagi. Sekali lagi, air haram itu diteguk rakus olehnya.

"Wait. Seriously? Berani betul perempuan tak guna tu. Entah-entah dia lari dengan lelaki lain tak? Dia tu kan perempuan murah. Senang je la nak goda mana-mana lelaki pun," kata Ariesya dalam nada yang geram. Laura ni kalau tak menyusahkan orang memang tak sah, kan?

"Biarlah dia. Aku malas nak fikir. Baik aku enjoy puas-puas malam ni."

"Amboi kau, dah ada peneman ke?" soal Ariesya sekali dengan pakej keningnya dijongket berkali-kali.

"Hahaha. Mana ada lagi. Aku cakap je."

Ariesya tersenyum sinis.

"Don't you want to try me?" bisik Ariesya perlahan di cuping telinga Mikael. Memggoda nada suara Ariesya ketika ini. Ariesya bangun dari duduknya, lalu duduk di atas peha Mikael. Wajah Mikael ditilik penuh minat. Pandangan menggoda dihadiahkan.

"Are you serious, baby?" Kali ini, Mikael membalas dengan suara yang menggoda. Rambut panjang milik Ariesya dimain dan dicium dengan perasaan ghairah. Pipi Ariesya juga turut dielus lembut.

Cup!

Satu kucupan hangat Ariesya hadiahkan pada bibir merah milik Mikael. Mikael terpampan seketika dengan tindakan spontan Ariesya tadi. Namun, kucupan Ariesya tadi dibalas juga dengan lebih mendalam.

Kali ini, Mikael mahu mengalihkan ciumannya di leher jinjang milik Ariesya. Tetapi, tindakan Mikael tadi dihalang oleh Ariesya terlebih dahulu. Kedua-dua belah pipi Mikael dipegang lalu matanya merenung dalam anak mata lelaki itu.

"Wait, sayang. I tak lari pun. We can do it. But... you know the rules, right?" soal Ariesya perlahan. Dia dengan Mikael sebelum ini, memang pernah menjalinkan hubungan sulit seperti ini. Ringkasnya, dia orang ni friend with benefit la.

Mikael tersenyum senget.

"Baby, tak perlu pun peringatkan I. Bila-bila je duit you akan masuk. Jangan risau okey?"

Kali ini, senyuman lebar jelas tersungging di bibir merah Ariesya.

"Jadi... takkan kita nak duduk sini je, sayang? Tak nak pergi tempat lain ke?" Ariesya mula memancing. Jarinya sudah dimain-mainkan di dada bidang Mikael. Dia sendiri tidak mahu duduk di kelab malam itu lama-lama. Bunyi bingit lagu-lagu dicampur pula dengan suara manusia-manusia yang sudah tenggelam ke dalam dunia maksiat mereka sendiri lagi membuatkan Ariesya berasa rimas!

"Let's go, sayang. Malam ni, kita enjoy dekat rumah I." Mikael bangun lalu menarik tangan Ariesya. Ariesya hanya tersenyum suka lalu mengikut jejak langkah Mikael.











"BETUL, ni Emilia? Kau yakin dengan keputusan kau?" Buat kali kelima, Aryan menyoal perkara sama dan buat kali kelima juga, Laura mengangguk.

"Kau tak nak aku temankan ke?" soal Aryan prihatin. Namun, pantas Laura menggeleng.

"Tak perlu. Aku nak pergi bincang dengan dia elok-elok. Minta cerai elok-elok. Aku takut, bila aku bawa orang lain... dia melenting ke apa. End up, apa pun tak selesai," jelas Laura. Dia tekad. Dia betul-betul tekad untuk meminta Mikael menceraikannya.

"Akak, seriuslah nak pergi seorang diri? Suami akak tu psiko tau! Bagi la abang Ayid teman akak." Tiba-tiba Qaisara mencelah. Dia juga sama seperti Aryan. Risau akan keselematan Laura. Tambahan pula setelah mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya. Lagi risau mereka dibuatnya.

"Qaisara... akak okey. Insha Allah tak ada apa-apa yang jadi dekat akak. Jangan risau eh. Akak kan berani!"

"Tu la kau, Emilia. Acah berani sangat. Sekarang dah duduk depan rumah, tak nak masuk pula," bebel Laura pada diri sendiri. Tiba-tiba pula dia rasa menyesal. Takut juga nak menghadap suami sendiri ni kan?

Rumah Aryan dikerling sekilas. Nasib baik rumah Aryan dekat. Kalau jadi apa-apa, boleh lari masuk rumah Aryan untuk selamatkan diri.

"Fuh... Laura Emilia, kau boleh!" Laura memberi kata-kata semangat pada diri sendiri lalu mula menapak ke arah pintu rumahnya.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku.

Laura berhenti di muka pintu rumahnya. Dua pasang kasut yang tersusun elok didepan pintu itu dipandang. Tiba-tiba saja, nafas Laura mula tidak teratur. Matanya mula berasa panas.

Tanpa berfikir panjang, Laura memulas tombol pintu lalu meloloskan dirinya ke dalam. Dia terus memanjat anak tangga dan menuju ke arah bilik tidurnya dan Mikael.

Tolong... tolong jangan kata apa yang aku sangkakan ketika ini, betul.

Kreak...

Tombol pintu bilik Laura dan Mikael dipulas dari dalam. Laura yang betul-betul tiba di muka pintu terkejut dengan bunyi engsel pintu itu. Matanya semakin memanas. Mutia jerninhnya seperti tidak sabar untuk menunjukkan rupa. Figura manusia disebalik pintu bilik masih dinanti dengan perasaan yang berdebar.

"What a great night, baby." Suara seorang wanita menyapa halwa telinga. Serentak dengan itu, air mata Laura tumpah. Air matanya berlinangan. Dia... dia kenal suara wanita itu!

"Apa semua ni?" Laura bersuara lantang. Pandangan matanya menikam tajam anak mata Mikael lalu, pandangan tajam itu dipindahkan pula pada Ariesya.

Ariesya dan Mikael masing-masing kaku. Terkejut dengan kehadiran Laura yang tidak diduga.

"AKU TANYA, APA SEMUA NI!" Kali ini, suara Laura betul-betul kuat sehingga segenap ruang rumah itu bergema. Air mata yang dari tadi deras mengalir keluar pantas diseka Laura.

"Sayang... sayang, ni bukan macam apa yang awak fikir. Dengar dulu cakap saya," Mikael terus mrnghampiri Laura. Tangannya cuba mencapai tangan Laura. Namun hampa. Tangan Mikael pantas saja ditepis oleh Laura.

"Awak nak terangkan apa lagi, Mikael? Nak terangkan apa lagi! Semua dah ada depan mata!" Laura meraup wajahnya sebelum kembali memandang wajah suaminya.

"Laura... tolong dengar dulu penjelasan abang," ujar Mikael dalam nada sehabis lembut.

"Tak payah susah-susah nak jelaskan semuanya. Saya tak nak dengar dan saya tak kisah. Tujuan saya datang sini pun sebab satu benda saja."

Mikael diam. Walaupun dia tidak berani untuk menyoalkan tujuan isterinya pulang ke sini, dia tetap gagahkan diri jua.

"Apa... apa dia?"

"Ceraikan saya." Dua perkataan yang ringkas, namun membawa maksud yang mendalam.

"A... apa yang awak merepek ni, sayang?" Mikael menyoal. Dengan harapan apa yang dia dengar tadi hanyalah khayalannya sahaja. Bukan kenyataan.

"Saya tak merepek, Mikael. Saya betul-betul nak awak ceraikan...emph!"

Mikael mencengkam kuat kedua-dua belah pipi Laura. Ariesya hanya jadi pemerhati setia. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain. Bukan urusannya.

"Kau cakap lagi pasal cerai, aku tak teragak-agak nak potong lidah kau!" Keras. Tegas bunyinya. Namun, ketegasan seorang Uwais Mikael tidak mampu menghalang keputusan Laura.

Laura menendang kuat perut Mikael lalu sepantas yang mungkin berlari turun ke bawah dan menuju ke arah dapur. Bunyi erangan dari Mikael tidak dihiraukan. Mikael juga tidak berputus asa. Dia terus mengejar isterinya yang sudah turun ke bawah.

"Cik Laura? " Mak Timah yang sedar akan kehadiran Laura di situ menegur. Mak Timah memandang pelik ke arah Laura dan majikannya. Apa yang mereka berdua tengah lakukan ini?

Laura pantas membuka pintu kabinet dapur lalu sebilah pisau dicapainya.

"Laura!" Mikael memanggil isterinya. Dia cuba menghampiri Laura namun pantas Laura menghalang dengan mengacukan pisau ke arahnya. Mikael mengundurkan dirinya perlahan-lahan.

"Jangan... jangan sentuh aku! Kau lelaki tak guna! Kau dah bunuh anak aku! Kau dah rosakkan masa depan aku! Kau curang dengan aku! Kau curang dengan aku, Mikael... kau curang dengan aku! Aku benci kau!" herdik Laura sepenuh hati. Air matanya kembali mengalir membasahi pipi. Tersedu-sedan Laura mengungkapkan kata-kata itu sekaligus terkenang akan nasib hidupnya yang tidak seindah orang lain.

"Laura... jangan buat kerja gila. Letakkan pisau tu," kata Mikael tegas.

"Kalau awak tak nak saya buat kerja gila, tolong... tolong ceraikan saya dengan talak tiga..." kata Laura dalam nada yang perlahan. Lututnya terasa lemah. Pegangan tangannya pada pisau juga semakin melonggar. Dia tak kuat. Dia tak kuat lagi untuk menghadap semua ini.

"Cik Laura..." Mak Timah yang melihat keadaan Laura juga turut berasa sebak. Mak Timah menutup mulutnya menggunakan telapak tangan. Sedaya upaya menahan diri daripada menumpahkan air mata. Cik Laura... dia layak untuk bahagia.

"Tak boleh! Aku takkan lepaskan kau!" Mikael membantah. Dia masih sayangkan Laura. Sayang... sayang sangat-sangat!

"UWAIS MIKAEL! CERAIKAN SAYA KALAU AWAK TAK NAK TENGOK SAYA BUNUH DIRI DEPAN MATA AWAK!" Keras bunyinya. Ini bukan satu permainan. Ini kenyataan. Laura sudah mengacukan mata pisau ke arah dirinya. Terketar-ketar pegangan tangannya. Air matanya sedari tadi menjadi peneman setia. Andai ini satu-satunya cara, dia sanggup. Asalkan dia terlepas daripada cengkaman lelaki itu.

Mikael menggetap gigi. Penumbuknya dikepal kuat. Dia tidak mahu melepaskan isterinya tetapi, rasa sayang itu lebih kuat. Mahu tidak mahu, dia perlu juga melepaskan Laura Emilia dari hidupnya kalau dia tidak mahu melihat irang yang dia sayang membunuh diri sendiri di hadapan matanya. Itu lagi tidak sanggup!

Mikael menarik nafas dalam lalu dihemvus perlahan.

"Laura Emilia binti Yusof Khalid. Aku ceraikan kau dengan talak tiga." Walaupun berat, bibir Mikael senang saja menuturkan ayat itu.

Prang!

Laura melepaskan pisau daripada pegangan tangannya. Laura melihat tangannya yang terketar-ketar sedari tadi. Satu senyuman gembira terukir di wajahnya. Ya Allah, aku dah bebas.

"Terima kasih... terima kasih Uwais Mikael sebab dah lepaskan saya daripada cengkaman awak. Saya harap, awak jumpa orang yang lebih baik daripada saya. Seorang wanita yang mampu berdiri setaraf dengan awak, memahami awak dan menyayangi awak lebih daripada saya. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan," kata Laura panjang lebar lalu mula melangkah keluar dari situ.

"Awak... nak pergi mana?" soal Mikael perlahan. Dia masih terkaku di situ. Tidak bergerak. Seolah-olah masa disekelilingnya terhenti. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia baru sahaja mengucapkan lafaz talak pada isterinya.

Laura menghentikan langkahnya.

"Mana-mana saja. Saya nak pergi jauh dari sini. Jadi, tolong... tolong jangan sesekali cari saya," arah Laura sedikit tegas.

"Assalamualaikum," ucap Laura sebelum dia keluar dari rumah itu.

Mikael hanya mampu melihat bayang-bayang Laura yang semakin menghilang. Dia terduduk lalu mencengkam rambutnya sekuat hati.

"Argh! Kenapa kau bodoh sangat Mikael! Kenapa!" Mikael menarik rambutnya sekuat hati. Tidak cukup dengan itu, lantai dapur menjadi mangsa dia melepaskan geram.

"Tuan...tuan jangan buat macam ni. Sakit tangan tuan tu nanti," pesan Mak Timah. Mak Timah menghampiri Mikael. Cuba untuk menghentikan perbuatan Mikael.

"Jangan halang aku, Mak Timah!" Mikael melarang. Dia tidak mahu diganggu. Biar dia melepaskan segalanya sekarang ini. Biar dia berasa puas hati.

Mak Timah mengundur diri. Dia juga gerun melihat keadaan majikannya itu. Lebih baik, dia pergi sekarang sebelum dia pula yang menjadi mangsa untuk Mikael melepaskan geram.

"Laura Emilia... aku akan dapatkan kau balik!"










"LAURA!" Tepat masa yang diambil oleh Aryan untuk memunculkan diri. Badan Laura tiba-tiba saja hilang keseimbangan. Perasaan getar tadi masih belum hilang, mungkin? Mujur, Aryan pantas menyambut tubuhnya yang sudah tidak dapat berdiri dengan betul.

"Kau okey tak ni?" soal Aryan prihatin. Wajah Laura ditiliknya. Sembab betul wajah Laura ketika ini. Baru lepas menangis ke? Tapi... kenapa?

"Aku penat dan lapar. Nak balik," jelas Laura.

Alhamdulillah... Laura masih waras dan okey. Aryan tersenyum nipis.

"Okey, jom. Boleh bangun tak tu? Ke... nak aku dukung?" Sempat lagi Aryan bergurau. Mentang-mentang Laura tengah lemah sekarang ni.

"Diam la kau!" Laura menumbuk perlahan bahu Aryan sebelum perlahan-lahan meneruskan langkahnya.

"Hahaha. Ya la cik Emilia..."









TBC
Okey guys...so, macam mana dengan chapter kali ni? Okey ke tak? Hehheh. Jangan lupa comment dan vote ye? Thanks!❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro