3
Hari yang aku nanti-nantikan sejak minggu lepas akhirnya datang jua. Dari awal pagi sewaktu Amir dan Farah hendak akad nikah, aku hanya berada diluar. Malas hendak masuk ke dalam. Hati ni tengah panas, takut-takut kalau masuk nanti akan terbakar.
Almaklum orang dah jemput kenalah datang. Lagipun aku memang tak sabar nak ucapkan 'tahniah' pada mereka nanti.
Selesai saja acara majlis akad nikah, Amir dan Farah mula beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Aku hanya memerhati dari jauh. Jujur aku cakap yang Amir nampak begitu segak. Perasaan sedih dan marah mula bercampur baur. Dulu aku hormat Farah sebagai kawan baik aku, tetapi kini kehormatan aku pada dia hilang macam tu sahaja.
Tak guna, Farah! Sepatutnya aku yang berada disebelah Amir ketika ini! Aku yang menjadi pengantin perempuan ketika ini!
Tiba di akhir majlis, ketika mereka selesai beramah mesra bersama dengan tetamu yang hadir, segalanya berubah. Semuanya bermula dengan kedatangan aku yang tak dijangka. Mesti pelik kan? Sepatutnya sekarang aku berada di rumah meratapi jiwa dan hati yang telah hancur. Namun tidak bagi aku. Sebentar lagi aku akan pastikan jiwa dan hati Farah yang hancur! Aku yakin Farah tahu yang aku dijemput ke majlis mereka tapi tak sangka kan yang aku berani datang.
Sudut bibir aku terangkat tanda mengukir senyuman sinis. Farah yang sudah kepenatan segera melabuhkan punggungnya diatas sebuah kerusi. Penat sangat ke jadi ratu sehari? Amir pula beredar dari situ menuju ke arah kawan-kawannya.
"Tahniah, Farah." Ucap aku.
Farah mesti tak pasti sama ada itu ucapan ikhlas atau pun tidak. Berada di situasi seperti ini, dapat aku lihat yang Farah nampak terkejut dan cemas. Tapi gadis seperti dia pandai dalam menyembunyikan perasaannya.
"Err.. kau dah makan?" Soalnya.
Aku tahu sia-sia saja dia tanya soalan macam tu. Mungkin itu saja yang terfikir olehnya. Pasti otaknya macam kena block. Dan pasti lebih teruk dari kena writer's block!
"Dah. Not bad juga hidangan untuk tetamu hari ni. Pandai juga kau pilih hidangan yang ada kelas macam ni.." puji aku walaupun sebenarnya sedikit pun aku tidak menyentuh makanan itu. Hati aku pula tak usah dicakap. Macam nak meletup pun ada.
"Bukan aku tapi ibu..."
"Oh ya? Memang tepat sangkaan aku. Betullah apa yang aku dengar. Semua majlis hari ni diuruskan oleh pihak lelaki. Kau pula umpama cuci kaki sahaja untuk masuk rumah. Aku tertanya-tanya ilmu apa yang kau guna untuk supaya semua orang tunduk kat kau. " Balas aku dengan nada menyindir.
"Syafa..."
"Aku belum habis cakap lagi." Aku memotong kata-kata Farah.
Automatik membuatkan dia terdiam. Biar padan muka!
"Jujur aku cakap, sejak awal aku bawa Amir berkenalan dengan kau, aku memang dah agak kau ada niat yang tak baik dalam hubungan aku. Tapi apa aku buat, aku buang perasaan tu jauh-jauh dan percayakan kau sepertimana aku percayakan cinta aku pada Amir. Tapi kau musnahkan kepercayaan aku dan berani goda Amir dibelakang aku. Aku juga tak sangka kau sungguh bijak mengambil kesempatan atas hubungan kami dan berjaya merampas Amir dari aku. Tahniah sekali lagi sebab berjaya laksanakan impian kau dengan berkahwin dengan lelaki seperti Amir. Aku harap kau tak menyesal selepas ini." Ujar aku. Biar panjang asal aku puas.
Kalau aku berani datang ke majlis ini dengan penuh dendam, aku yakin kehidupannya selepas ini pasti tidak semudah yang dia fikir. Ini Syafa lah! Aku akan buat macam mana kau buat pada aku. Hak aku, aku akan ambil semula! Kau tunggu, Farah!
"Syafa, please jangan timbulkan masalah kat sini. Harini hari bahagia aku. Tolong izinkan aku bahagia dan aku memang tiada niat langsung nak rampas dia dari kau." Kata Farah.
Aku hanya ketawa sinis. Minta simpati ke Farah? Kalau kata-kata kau hanya untuk jernihkan keadaan, bermimpi je lah!
"Izinkan kau bahagia? In your dream, Farah! Kau ingat aku akan berdiam diri lepas hak aku dirampas orang lain? Kau tiada niat tapi kau memang dah rampas dan dah kahwin pun dengan Amir." Bidas aku.
Ingat aku robot ke tiada hati dan perasaan?
"Betul, tapi..." Farah cuba menafikan.
"Farah, perampas tetap perampas. Selamanya." Kasar dan tajam sungguh kata-kata aku membuatkan Farah diam.
Apa? Ingat aku tak tahu perangai sebenarnya kau? Kau sungguh licik, Farah!
"Sebenarnya aku datang sini bukan sebab nak raikan majlis. Tapi..." Aku jedakan kata-kata aku buat seketika. Wajah Fatah aku pandang dengan senyuman sinis.
"Kau tahu kan yang aku dengan Amir dah bercinta selama tiga tahun? Kau ingat dengan senang je ke aku nak lepaskan Amir dan biarkan kau bahagia dengan dia? Ingat Farah, kalau kau berani jadi perampas, aku pun boleh buat benda yang sama. Kau tunggu dan lihat. Suatu hari nanti, aku akan pastikan yang Amir akan kembali pada aku." Ujar aku dengan penuh yakin.
"Itu takkan berlaku." Amir Rayden tiba-tiba muncul disebelah Hana.
Farah nampak terkejut tetapi aku hanya beriak tenang. Langsung tidak takut akan kata-katanya.
"Masih terlalu awal untuk kau beri jawapan, Amir." Ucap aku.
"Dan kau Farah, kau dah berjaya rampas dia dari aku dan berjaya sakitkan hati aku. Jadi kau tunggu apa lagi, minta cerai dengan dia sekarang..."
Farah terdiam. Mujurlah kedudukan kami agak tersorok dari tumpuan orang ramai. Kalau tidak, gerenti kecoh.
"You boleh terus bermimpi dan i takkan jadi putera untuk bangunkan u." Kata Amir Rayden sambil menggenggam erat tangan Farah. Wah, hebat betul penangan kau Farah!
Ketika itu, hati aku bagai disiat-siat. Sakit tak terkata. Namun aku berusaha untuk mengawalnya.
"Aku tak minta pun kau jadi putera untuk bangunkan aku. Aku cuma nak bagitahu, perempuan yang kau baru sahaja kahwini ini bukan calang-calang perempuan. Bila tiba masanya, kebenaran akan terbongkar. Dan aku yakin waktu tu kau nak menyesal pun sudah tidak berguna." Ujar aku.
"Never and never will be!" Tegas Amir. Oh, takutnya. Tak apa, kita tunggu dan lihat.
"Farah, perlu ke aku pakai guna-guna untuk dapatkan Amir semula? Ataupun ilmu hitam?" Tanya aku.
"Ingat Allah, syafa.." Farah sudah mula ketakutan. Yes! Ini yang aku nak. Aku nak Farah terus berada dalam ketakutan. Seronok betul aku tengok muka cuak Farah. Begitu juga dengan Amir. Mesti tak sangka kan yang aku berubah sampai sebegini rupa?
"Masa kau rampas dia dari aku, ada kau ingat Allah? Kalau kau boleh tikam belakang aku, kenapa aku tak boleh buat benda sama pada kau? Mesti seronok kan bila suami kau main kayu tiga kat belakang kau?" Kata aku dengan lembut.
Aku tahu kata-kata aku sangat melampau batas. Alah, aku bukannya buat betul-betul. Hanya untuk menyakitkan. Tak sangka Farah nampak setuju dengan kata-kata aku.
Muka Amir Rayden sudah merah padam. Mungkin sahaja sedang menahan marah.
"Syafa, i jemput u datang majlis ni dengan ikhlas dan tak bermaksud untuk sakitkan hati u. Tapi kalau u datang sini semata-mata nak buat kecoh, lebih baik u pergi dari sini sebelum i sendiri yang paksa u keluar dari sini." Tegas Amir Rayden lagi. Langsung tidak mengendahkan kata-kata aku.
Tak sangka Amir Rayden betul-betul menghalau aku.
"Tak perlu. Aku tahu keluar sendiri." Balas aku dengan kembali bersuara kasar.
Sebelum aku beredar dari situ, wajah Amir dan Farah aku pandang silih berganti dan terhenti pada wajah Farah.
"Satu yang aku nak kau ingat, Farah. Harini kau berjaya rampas kekasih orang. Esok lusa, silap hari bulan, suami orang pulak kau kebas. Perampas tetap perampas. SELAMANYA. Assalamualaikum.." kata aku sebelum aku betul-betul beredar dari situ.
1204 Patah perkataan!!!😭💖💖
Thanks for support! Don't forget to vote n comment! 🙆💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro