Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

PERJALANAN pagi itu buat Delisha tak mampu memejamkan matanya walau sedetik pun. Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanannya terbentang luas sawah padi yang menghijau. Cantik je tengok. Ada bangau putih lagi di situ.

   Alden bagi signal ke kiri. Sebuah rumah kampung dua tingkat kelihatan gah berdiri di tengah-tengah bendang sawah. Alden tarik handbreak saat kereta yang dipandunya itu berhenti di perkarangan rumah kampung itu.

   "Kita dah sampai." teguran Alden buat Delisha tersentak kecil. Punya lah ralit memerhati keindahan sepanjang perjalanan, sampai tak perasan kereta Alden dah memasuki perkarangan rumah.

   "Rumah family angkat you ke?"

   "Yes."

   "Macam takde orang je. Sunyi."

   "Ada. Memang rumah ni sunyi sikit," balas Alden. Mata dah meliar sambil tangan dah tercari-cari sesuatu. Delisha yang dah sebelah kaki di luar menoleh pelik.

   "You cari apa?"

   "Handphone I. I rasa I letak dalam poket seluar tadi." Alden menjawab. Iphone Xs Max miliknya tak tahu di mana letaknya. Takkan jatuh dekat kedai tadi kut? Ah, tak mungkin. Sebab memang dia ada pegang handphone tu tadi. Tapi dia dah lupa mana dia letak. Delisha turut tercari-cari gajet mewah Alden.

   "Jatuh dekat bawah seat kut. Kejap I buat misscall," Delisha capai telefon bimbit lalu panggilan ke telefon Alden di buat. Untuk beberapa saat, bunyi nada dering telefon bimbit Alden kedengaran. Masing-masing dah tercari-cari di mana arah bunyinya. Tangan Delisha meraba-raba bawah kerusinya. Okey, dapat!

   "Yes, I got yours!" Delisha senyum bila Iphone Xs Max milik Alden berada dalam genggaman. Mata dia dah tersasar ke arah skrin yang sedang bernyala. Saat matanya terpandang nama si pemanggil, automatik wajah Delisha berubah. Alden dipandang bagai nak ditelannya hidup-hidup.

   "Andartu? You save nama I Andartu dalam contact you?!" Delisha rasa nak marah-marah. Tahu tak perkataan atau panggilan 'andartu' tu sangat sensetif untuk kaum hawa sepertinya? Sanggup Alden save nama tu?

Alden sengih bersalah. Eh, dah sampai masa kantoi ke ni?

   "Err Andara. I... I takde niat pun nak save nama you macam tu dalam contact I. I tak sengaja."

   "Tak sengaja you cakap? Selama ni bila I call you, naik nama 'andartu' dekat skrin you. Takkan you tak perasan atau you memang sengaja pun tak nak tukar contact name I, kan? Nama I Andara. Let me spell it for you. A.N.D.A.R.A. Andara. Not Andartu!" Delisha membentak. Kalau ikut rasa hati, memang nak dibalingnya Iphone Xs Max milik Alden masuk dalam sawah. Biar tenggelam dalam tu.

   "Andara, chill okey? It's just a contact name..."

   "Tapi you save contact name I with Andartu not Andara!"

Alden teguk liur. Matanya memandang lama Iphone Xs Max miliknya dalam pegangan Delisha. Takut kalau Delisha baling handphone kesayangannya tu. Dah la baru beli beberapa bulan yang lepas.

   "Okey, I mengaku memang salah I. I minta maaf okey? Come, I tukar balik contact name you." Alden tadah tapak tangan meminta kembali telefon bimbitnya. Delisha merengus kasar lalu menggeleng kepala.

   "Biar I tukar sendiri." tak pedulikan Alden, Delisha mula menukar nama contactnya di dalam telefon Alden. Sambil jari lincah bermain atas skrin, begitu lah sama lincah bibir kecil Delisha mengomel itu ini sebab tak puas hati. Alden senyum geli hati lalu melangkah keluar dari perut kereta. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihela.

Rindunya dia dengan suasana kat sini. Kali terakhir datang, mungkin tahun lepas. Kerana kesibukannya di ofis, dia tak sempat nak balik sini bertemu dengan keluarga angkatnya. Ini pun dia boleh sampai sini kerana kerja gila dia. Ya, lari daripada turut serta majlis akad nikah Alvian, abangnya sendiri.

   Alden bawa langkah ke belakang rumah. Rumah kampung itu satu-satunya rumah yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang kini menghijau. Kiri kanan depan belakang semuanya bendang sawah. Angin bendang menyapa tubuh dan wajahnya. Dingin dan menyeronokkan.

   "Abah!" tersenyum Alden saat terpandangkan seorang lelaki yang duduk di atas pondok kayu yang dibina betul-betul di tepi sawah padi. Lelaki yang berbaju pagoda putih dan berkain pelikat itu pantas menoleh. Bibirnya automatik mengukir senyuman.

   "Eh, Alden!" terkial-kial lelaki tua itu turun daripada pondok kayu dan menyarung selipar jepun di kaki. Laju Alden hampiri.

   "Bila sampai? Maaf lah, abah dekat belakang ni tak perasan orang dekat laman." lelaki tua bernama Pak Hassan itu gelak perlahan lalu memeluk batang tubuh Alden erat.

   "Baru je, bah. Abah buat apa kat belakang?"

   "Ambik angin ja ni ha. Sambil tengok sawah bendang, sejuk hati ni. Alden mai dari KL ka ni?"

   "Haah, bah. Subuh tadi sampai sini. Ibu mana?" Alden dah tercari-cari isteri Pak Hassan yang dipanggil ibu itu.

   "Dia dok kat Permata Husna. Satgi nak dekat zohoq baru dia balik. Alden mai sorang ka?"

Alden terdiam. Dia datang sorang ke? Tak. Aduh, macam mana dia boleh terlupa dengan si Delisha dalam kereta tu?!

   "Eh Alden datang dengan..."

   "Alden!"

Mata Alden dan mata Pak Hassan dah tersasar ke arah Delisha yang berjalan menghampiri. Tahu pulak Delisha cari jalan jumpa dia dekat belakang ya?

   "Sampai hati you tinggalkan I macam tu je. I baling phone you karang!" Delisha jeling. Terkejut dia tadi bila angkat kepala, tengok-tengok Alden dah hilang. Ingat lelaki itu tengah main sorok-sorok dengan dia. Sampai tertungging-tungging dia cari Alden bawah kereta. Rupanya, Alden tinggalkan dia. Cis!

   "Sorry. Abah, ni Delisha Andara. Kawan Alden," 

Delisha senyum nipis seraya menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Tengok kopiah putih yang terletak di atas kepala lelaki tua itu, takkan lah Delisha nak hulur tangan bersalam pulak kan?

   "Uish. Kawan ka... gepren?" seloroh Pak Hassan mengusik. Alden dan Delisha saling berpandangan mendengarkan soalan yang keluar dari mulut lelaki itu. Laju sahaja Alden dan Delisha geleng kepala.

   "Kawan lah, abah. Mana ada girlfriend." sangkal Alden dan Delisha angguk setuju. Pak Hassan gelak lepas.

   "Yalah tu. Jom naik atas rumah. Kita pi minum ayaq teh dulu sambil tunggu ibu hang balik." ajak Pak Hassan, berjalan mendahului Alden dan Delisha ke arah pintu dapur. Alden pandang Delisha yang rambutnya dah berkibaran ditiup angin. Acah-acah macam iklan syampu. 

   "You lock ke belum kereta I?"

   "Tak. I tinggalkan aje terbuka macam tu." selamba Delisha membalas. Mata Alden dah terbuntang.

   "Kalau kereta I hilang kena curi, you mampu ke nak ganti?"

   "Eh apa pulak tak mampu? I Delisha Andara anak gadis Datuk Sri Ismadi okey! Lagipun kunci kereta dekat you kan? Bukan dekat I." Delisha bermegah dulu. Alden merengus perlahan sebelum kakinya bergerak menuju ke laman rumah. Kereta kesayangannya itu dihampiri. Bonet belakang kereta dibuka lalu luggage miliknya dan Delisha dibawa keluar.

   "Kita stay sini eh malam ni?" tanya Delisha.

   "Yes."

   "Just your abah je ke stay sini? And I'm the only one girl here?"

   "Tak lah. Ibu ada dekat Permata Husna. Kejap lagi dia balik lah."

   "Permata Husna tu tempat apa?"

   "Rumah asuhan anak-anak yatim. Petang karang I bawak you pergi sana. Sekarang ni I nak berehat dekat dalam sebab I rasa mengantuk tiba-tiba." terus Alden bawa luggage nya meninggalkan Delisha. Dia tahu ada banyak perkara yang sedang bermain dalam kepala gadis itu tentang keluarga angkatnya ini. Kejap lagi dia akan ceritakan semuanya pada Delisha.

*****

SEPERTI yang dijanjikan, petang itu Alden membawa Delisha ke Permata Husna. Kata Alden, Permata Husna merupakan pusat asuhan anak-anak yatim milik Pak Hassan dan Mak Khadijah, keluarga angkat Alden. Sudah hampir dua puluh tahun pasangan itu membangunkan pusat asuhan yang kini sudah menempatkan hampir empat puluh orang penghuni. Semuanya anak-anak yang kehilangan kedua ibu bapa mereka. Kata Alden lagi, Pak Hassan dan Mak Khadijah tidak dikurniakan zuriat selepas Mak Khadijah disahkan mandul. Jadi, atas persetujuan masing-masing, mereka membangunkan sebuah pusat asuhan. Anak-anak di situ sudah dianggap seperti anak sendiri. Kasih sayang mereka dicurahkan sepenuhnya buat penghuni-penghuni di situ.

Ah, mulianya hati mereka.

   "Nah, pakai." Alden hulur pashmina berwarna hitam selepas dia memberhentikan keretanya dalam kawasan Permata Husna. Dengan dahi yang berlapis-lapis, Delisha menyambut huluran lelaki itu.

   "You nak I pakai pashmina ni ke?"

   "Yes. Kejap lagi you akan faham kenapa I suruh you pakai. Let's go," Alden keluar daripada perut kereta diikuti Delisha di belakang. Delisha akur lalu diletakkan pashmina hitam itu di atas kepala. Hujung pashmina diselimpangkan ke bahunya. Delisha buang pandang ke sekeliling. Baru berdiri di luar, Delisha dah rasa aura ketenangan di sini. Langkah Alden dituruti tanpa banyak bicara.

Alden berhenti di sebuah bangunan. Pintunya terbuka luas. Di dalamnya ada beberapa orang kanak-kanak sedang mengaji Al-Quran.

   "Setiap petang lepas sembahyang asar, budak-budak dekat sini akan mengaji Al-Quran dengan ustaz atau ustazah yang abah dengan ibu upah. Lepas mengaji baru lah dia orang akan keluar bermain dekat luar. Dekat sini, dia orang di didik dengan ilmu agama sepenuhnya. Dari bangun tidur sampai lah nak tidur, banyak benda yang diajar. Dan untuk pengetahuan you, semuanya bersekolah di sekolah agama." Alden berjeda sambil memandang manusia-manusia yang sedang mengaji. Delisha tersenyum nipis saat gegendang telinganya disapa ayat-ayat suci yang dilantunkan anak-anak di situ. 

Umur baya mereka dah lancar baca Al-Quran. Aku? Masih merangkak. Al-Quran dalam bilik tu dah lama tak bersentuh. Berhabuk dalam almari. Tiba-tiba sahaja Delisha diserang rasa sebak yang bukan sedikit. Rasa nak menangis. Kerdilnya diri ni nak dibandingkan dengan anak-anak yang pastinya jauh lebih muda darinya. Malu.

   "Ada orang cakap sini dah macam masjid atau madrasah. Dua puluh empat jam asyik mengaji ilmu agama. Tapi abah dengan ibu tak kesah pun apa kata orang. Kat sini, dia orang tetap seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ada masanya ibu dengan abah akan sewa bas bawa dia orang jalan-jalan. Mungkin dua atau tiga bulan sekali. Bergantung lah." sambung Alden lagi. Delisha cuma diam mendengar. Tiba-tiba matanya terhala ke arah seorang gadis muda yang perutnya dah memboyot. 

   "Itu pun anak yatim jugak ke?" memuncung bibir Delisha memandang ke arah gadis muda berbaju kurung. Alden pandang ke arah gadis yang dimaksudkan Delisha. Dia hela nafas panjang.

   "She's pregnant. Luar nikah."

   "What?!" Delisha tekup mulut yang dah terbuka. Terkejut. Gadis itu tersangat lah muda. Mungkin dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun.

   "Mana you tahu dia pregnant anak luar nikah?"

   "Abah bagitahu I tadi. Dia cakap, dekat sini ada seorang budak perempuan tengah pregnant. Ibu yang bawak dia ke sini lepas terjumpa dia dekat stesyen bas. Dia kena buang family after family dia tahu yang dia pregnant. Tu dia tengah sarat, kata abah. Tunggu masa nak deliver je tu." Alden mengeluh. Kesian.

   "Kesiannya..."

   "Hidup ni, Andara... ada banyak perkara yang kita tak expect. Sometimes kita rasa yang ujian kita berat, tapi sebenarnya ada yang lagi berat. Sometimes kita rasa yang Tuhan tak sayang kita, tapi kita salah. Tuhan tak pernah bencikan hamba-Nya. You tahu tak, bila I ada dekat sini, I muhasabah diri. I beruntung ada family yang penyayang, hidup dalam kemewahan dan kadang-kadang I lupa nak bersyukur atas apa yang I ada sekarang. Sedangkan jutaan orang dekat luar sana, dia orang nak apa yang I ada." Alden senyum nipis. Delisha diam. Menusuk jugak apa yang Alden cakap sekarang ni. Menghunus hati ni.

Alden bawa langkah ke arah kolam ikan buatan. Dilabuhkan duduknya di situ sambil mata birunya memandang ikan-ikan yang sedang berenang di dalam kolam. Tak disuruh, bekas berisi makanan ikan dicapai. Ditabur sedikit demi sedikit. Tersenyum Alden melihat ikan-ikan yang sedang berebut makanan itu.

   "Alden..." Delisha panggil.

   "Yes?"

   "Why you bawak I datang sini eh? Maksud I, kenapa you heret I datang Kedah? You cakap ada meeting tapi you tipu je kan semua tu?"

Alden diam.

   "Sebab I rindu family angkat I kat sini. You tak payah risau lah, balik KL nanti I akan terus jumpa papa you untuk minta maaf sebab I dah tipu dia." Alden senyum nipis. Delisha hela nafas panjang.

   "Alden... Abang you akad nikah hari ni kan? You sengaja lari dari majlis tu kan?"

   "No,"

   "Takkan semata-mata sebab you rindukan family angkat you, you sanggup tinggalkan majlis akad nikah abang you? Tell me, Alden. There's something you're hiding from me, right? You bergaduh dengan abang you ke?"

Alden tarik nafas dalam-dalam lalu dihelanya panjang.

   "We're good."

   "Then, why? You tak suka kakak ipar you tu? Why? Dia tak setaraf dengan family you ke sebab tu you tak nak dia jadi kakak ipar you?"

   "Hell, no!"

   "Habis tu apa? I betul-betul nak tahu, Alden. You buat I curious. Wait, takkan kakak ipar you tu ex-girlfriend you kut?" Delisha gelak kecil. Mendengarkan itu, kepala Alden dah terteleng memandang Delisha di tepi. Mata gadis itu ditatapnya lama.

   "Yes. She's my ex,"

   "She what?!"

Sekali lagi Delisha terjerit kecil. Eh, dia cuma cakap aje tadi. Takkan betul kut. Bekas teman wanita kini dah jadi kakak ipar sendiri? Alden ketap bibir bawah. Perasaannya bercampur baur sekarang ni. Dia tidak tahu sama ada nak sedih, kecewa atau marah. Sejujurnya dia dah boleh lupakan kisah lama dia dan Joviana. Cuma, dia tak boleh terima kalau Joviana kini memegang status isteri kepada abang kandungnya sendiri.

Ah! Dia ke sini sebab nak lari daripada hal itu. Kenapa Delisha tiba-tiba bangkitkan hal itu dan buat dia kembali berfikir? Kepalanya benar-benar serabut sekarang ni. Wajah Alvian dan Joviana silih berganti di dalam fikiran. Ditambah lagi dengan wajah Puan Sri Bethany dan Tan Sri Tengku Aazad Zhen. Mesti kedua orang tuanya itu marah sebab dia tidak ada di majlis itu. Sudah la panggilan daripada ahli keluarganya sengaja dia tak angkat.

   Mummy, daddy. Angah minta maaf. Angah tak boleh terima semuanya lagi.

***
Penat la taip banyak2 hahahahah. nak rehat lama sikit la macam ni. tunggu idea datang 😘

Promote ;

- Unwanted Girl by grappyfairy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro