Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💣24

(Jungkook POV)


Aku berjalan masuk ke kubikel yang terletak di dalam balai disiplin. Setengah jam lagi, mesyuarat dengan ahli lembaga sekolah akan bermula. Urat leherku diregang sebelum menyisip latte panas dari Starbuck itu.

"Woi, sibuk ke sekarang?" Jimin menerjah masuk ke dalam balai disiplin tanpa sebarang amaran. Hampir tersedak aku dibuatnya.

"Eh, taklah. Aku sedang rehat sekejap. Nanti ada mesyuarat lagi. Kau tak apalah, ajar Pendidikan Jasmani saja" Jimin ketawa sambil menampar bahuku. Nasib baik tangan gebu. Kalau tak, aku tempeleng biar kepala berbintang empat belas.

"Weyh, aku nak tanya pendapat kau ni. Hara tu cantiklah. Aku suka dia" Jimin menongkatkan dagunya di atas meja. Senyum simpul tercalit pada bibirnya.

"Cantik? Cantik kau kata? Biasa saja aku tengok. Mak cik yang kerja dekat kafe kita tu lagi cantik dari dia. Citarasa memang teruk betul" pandai kau berdalih, Jeon Jungkook. Sedangkan kau pun tergilakan dia.

"Tak baiklah kau ni. Dia cantik, dia baik. Yang penting, dia tak gedik dan asyik nak berkepit dengan aku. Sebab tu aku suka dekat dia. Dia lain" terasa gigiku bergesel sesama sendiri menahan amarah. Mahu saja aku layangkan penumbuk sulungku ke pipinya.

"Hati-hati dengan dia. Dia bukan macam yang kau bayangkan. She's a badass girl, you know? Dahlah! Aku nak sambung mesyuarat. Aku pergi dulu" segera aku sarungkan kasut dan beredar dari situ. Boleh putus saraf tunjang jantan tu kalau aku duduk lama-lama dekat situ.

'Badass? Interesting' Jimin menggigit bawah bibirnya sambil tersenyum nakal.

(End POV)

🍄🍄

Aku melangkah keluar dari kelas setelah loceng berbunyi. Sakit kepala yang masih menguasai diri aku tahan sebolehnya. Sebaik aku tiba di lot parkir, kelibat kereta milik Jungkook sudah tiada di situ.

"Aku kena tinggal" kenapa aku rasa penat hari ni? Mungkin sebab aku terlalu memikirkan masalah aku dengan Jungkook. Mana mungkin aku biarkan isu ini begitu saja. Takkanlah aku nak pegang status janda di usia semuda ini. Semua fikiran negatif itu aku tangkis dari minda.

"Bertenang, Hara. Semua masalah boleh selesai. Sekarang, kita jalan kaki balik rumah" aku memulakan perjalanan yang berjarak 7.5 kilometer itu. Tak apa, dekat saja ni.

Peluh yang menitik di bahagian leher itu aku seka dengan tapak tangan. Aplikasi Google Maps aku lancarkan pada telefon pintarku.

Jarak untuk ke Jamsil Elite Properties masih berbaki 7 kilometer. Maknanya, aku masih belum menjangkau satu kilometer pun? Tahniah! Kalau aku hubungi Jungkook, dikira tak malu ke? Ah! Yang penting aku tak penat.

Nombor yang tertera pada skrin itu aku ketik. Telefon itu aku lekapkan ke telinga kananku.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba--"  talian aku putuskan. Nampaknya, aku kena tabahkan diri untuk berjalan kaki ke rumah.

Mesin vendor yang terletak di kaki jalan membuatkan aku dahaga. Aku menyeluk saku skirtku. Hampa hati aku apabila teringatkan dompet yang tertinggal di dalam papan pemuka kereta Jungkook. Mujurlah aku masih menyimpan beberapa keping syiling di dalam saku beg galasku.

Aku menyepak batu dan ranting yang berada di sepanjang jalan. Sejujurnya, aku hampir hilang deria pada kakiku. Tapak kasut pun dah haus.

"Hara sunbae!" suara yang sama dengan perempuan pagi tadi. Aku endahkan dan terus berjalan. Bahuku ditarik kasar dari belakang.

"P-perhitungan k-kita tak h-habis lagi" kali ini, dia hanya ditemani oleh seekor anak anjing.

"Sudahlah, Seolha. Kau perempuan, aku perempuan. Jadi, aku masih ada rasa hormat dengan kaum aku. Kau baliklah. Aku dah malas nak layan kau" terus kedua tangannya menarik rambutku kasar.

Aku menampar pipinya berkali-kali namun genggaman pada rambutku tidak melonggar sama sekali. Dahiku turut terguris apabila kuku langsuirnya mencakar dahiku.

"Hara! Kang Seolha!" suara lelaki yang amat aku kenali menghentikan adegan gila tadi. Cikgu Hoseok berlari ke arah kami setelah keluar dari perut keretanya.

"Apa yang kamu berdua cuba buat ni? Nak malukan nama sekolah dan nama baik keluarga kamu? Kalau nak buat perkara tak elok macam ni, tolong jangan sarungkan uniform sekolah pada badan awak. Awak bawa imej sekolah. Sedar tak?" bebelannya yang panjang lebar langsung tak dapat aku hadam. Yang aku nampak sekarang hanyalah bayangan pokok yang bertindih.

"Seolha, saya nampak pemandu awak sedang mencari awak tadi. Pergi balik cepat" perempuan itu pun berlalu pergi. Kereta Cikgu Hoseok aku jadikan sandaran seketika.

"Hara, awak okey tak ni? Mana keluarga awak? Diorang tak datang ambil awak?" soalnya sambil badanku dipapah masuk ke dalam kereta.

"Diorang semua sibuk, cikgu. Saya nak balik naik bas tapi saya tertinggal dompet dekat rumah. Sebab tulah saya jalan kaki"

"Lain kali, bagitahu dekat saya. Saya boleh hantar awak balik" senyuman manis dia. Dah lama aku tak dapat nikmati senyuman tu.

S

K

I

P

Aku melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah setelah dihantar oleh Cikgu Hoseok. Kereta milik Jungkook sudah berada di dalam garaj.

"Tak guna punya suami. Kau dah tinggal aku, lepas tu senang hati duduk goyang kaki dalam rumah"

Aku tersentak apabila wajah dingin Jungkook terpacul sebaik pintu rumah di buka. Aku masuk ke dalam rumah tanpa memandangnya.

"Pergi mana tadi? Siapa hantar balik? Jimin?" muka aku berkerut apabila nama Jimin juga yang disabitkan dalam isu ini.

"T-tak. Cikgu Hoseok yang hantar"

"Hara! Kenapa awak degil sangat?! Saya cakap tunggu saya ambil kan? Kenapa balik sendiri? Awak tahu tak saya risaukan awak. Kalau jadi apa-apa, siapa nak jawab? Saya kan? Awak ni memang suka pentingkan diri sendiri kan? Tak pernah nak fikir pasal perasaan orang. Tiga empat kali saya ulang alik cari awak dekat sekolah. Macam nak luruh jantung ni tahu tak?" suaranya naik beberapa oktaf membuatkan darahku menyirap.

"Kenapa awak nak tengking-tengking saya ni? Awam cuba tilik jam awak yang mahal tu. Apa gunanya pakai jam mahal kalau tak berguna? Sekarang pukul 4 kan? Saya balik pukul 1.15 tadi. Awak ingat saya tunggul kayu ke nak tunggu selama itu? Hah? Kalau tunggu awak, bila awak nak ambil saya? Saya telefon pun tak angkat. Dahlah! Saya penatlah macam ni. Dah salah sendiri nak tuding jari dekat orang" aku menghempas kuat pintu sehingga bergegar bingkainya.

Puas hati aku dapat luahkan segala yang terpendam dalam hati. Akhirnya, rasa terlepas batu besar yang serasa bergantung pada pangkal hatiku. Kaki yang berdarah itu aku lap menggunakan antiseptic wipes. Sekejap lagi sembuhlah luka-luka ni.

Aku merebahkan badan ke atas tilam yang serba empuk ini. Apabila letih berjalan dipadukan dengan letih di hati, nikmatnya memang terasa. Jadi, kalau tidur dulu tak jadi masalah kan?

🌴🌴🌴

Jungkook melangkah masuk ke bilik tidur 'isteri'nya bersama sebuah kotak pertolongan cemas di tangan. Suhu pendingin hawa dinaikkan supaya tidak terlalu sejuk.

Setelah melabuhkan punggung di atas katil, kaki Hara ditarik ke atas ribanya. Cecair iodin disapu pada belakang tumit dan jari-jari yang melecet. Buku lalinya juga sedikit bengkak. Mungkin kerana berjalan jauh tanpa memanaskan badan. Rasa pedih di kaki mendorong Hara untuk terjaga.

"Eh, awak buat apa ni? Saya kan dah cakap. Jangan masuk bilik--" jari telunjuknya mendarat ke atas bibir Hara. Terdiam sejenak gadis itu dibuatnya. Sedikit antiseptik disapu pada dahi Hara yang terguris akibat cakaran langsuir Seolha.

"Sakit-sakit pun nak melawan lagi ke? Kenapa dahi ni? Macam kena cakar" rambut Hara diselak untuk memudahkan proses menyapu ubat.

"Ya, memang kena cakar. Kucing sial mana entah tadi. Tiba-tiba saja turun dari pokok. Awak ni dah tak ada kerja ke?" Hara mendiamkan diri tentang Seolha. Dia menganggap bahawa Seolha bukanlah ancaman besar untuknya. Jadi, tak perlu runsingkan kepala.

"Daripada awak membebel, baik pergi tukar pad dulu. Saya dah boleh bau sampai sini" terkocoh-kocoh Hara melarikan diri ke bilik air bersama sehelai tuala.

"Ah, shit! Malunya aku! Malu! Malu! Malu! Kenapa aku ni bodoh sangat?! Malunya bila dia tegur! Eii!!!" ingin sahaja dia menghentakkan kepala ke dinding kerana perasaan malu melampau.

'Hahaha, senjata ampuh kalau perempuan banyak bebel lepas tu tak mandi. Padahal tak ada bau apa pun. Walaupun berpeluh, dia tetap wangi. Ish, aku dah angau dengan bini sendiri' Jungkook terkekeh-kekeh sambil melangkah keluar dari bilik itu dengan pipi yang membahang. Jatuh cinta dengan isteri sendiri tak salah kan?
























{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍





















Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro