Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24. MIRA

mira merenung wajahnya di cermin. airmata kesedihan mengalir laju di pipinya. dia merasa sedih mengenangkan orang tuanya yang tinggal di kampung. sudah lama dia tidak menjenguk mereka di kampung. dulu dia lari dari rumah kerana ingin hidup bebas bersama boyfriendnya tetapi sekarang kebebasan yang di carinya tidak bererti apa apa dalam hidupnya.

Hidupnya musnah setelah dia lari dari rumah bersama boyfriendnya yang tak guna itu. Sebaik saja dia berada di bandar, dia di jual oleh boyfriendnya pada seorang ibu ayam yang jahat sekali. dia kini menjadi seorang pelacur. Hidup sebagai seorang pelacur bukannya baik sangat. malah hidupnya semakin lama semakin teruk. Setiap hari dia terpaksa melayan nafsu lelaki lelaki serakah yang tidak pernah puas dengan seks. dia benci akan semua lelaki lelaki buaya itu.

Malam itu dia bertekad hendak melarikan diri dari sarang pelacuran tersebut. seperti biasa dia di bawa ke sebuah hotel dengan seorang bodyguard. dia di suruh menunggu di dalam sebuah bilik hotel. Tak lama kemudian pelanggannya pun tiba. dia menyuruh lelaki tersebut pergi mandi dahulu sebelum mereka berasmara. Tanpa banyak soal lelaki itu akur dengan perintahnya. sementara lelaki tersebut mandi dalam bilik mandi yang berdekatan, mira mengambil kesemua duit lelaki tersebut dari dalam dompetnya. Kemudian dia memasukkan duit itu ke dalam beg tangannya.

Perlahan lahan dia membuka pintu bilik hotel tersebut secara perlahan-lahan. Kelihatan bodyguard yang menjaganya sedang tertidur lena di kerusi sofa yang ada luar koridor hotel itu. dia pun melangkah keluar dengan langkah kaki yang terjengket jengket. Sebaik saja dia sampai di pintu lif yang berdekatan, dia pun segera menekan punat lif tersebut untuk turun ke tingkat bawah. Apabila pintu lif itu terbuka luas dia terus meluru masuk ke dalam lif tersebut. Perlahan lahan pintu lif itu tertutup rapat lalu membawanya turun ke tingkat bawah. Sebaik saja pintu lif tersebut terbuka luas, mira segera melangkah keluar dari situ.

Kelihatan sebuah teksi lalu betul betul di hadapan hotel itu. Dia pun segera menahan teksi tersebut. Apabila teksi itu berhenti dia cepat cepat melangkah masuk ke dalamnya. Ketika teksi tersebut mulai bergerak perlahan, kelihatan bodyguard yang mengawalnya tadi sedang mencarinya. mira terus menundukkan kepalanya supaya lelaki itu tidak nampak dia berada dalam teksi tersebut. cepat cepat dia menyuruh driver teksi itu membawanya pergi ke terminal bas maritim.

Tidak lama kemudian dia pun sampai di tempat yang di tuju. Setelah membayar tambang teksi tersebut dia segera melangkah keluar dari dalam teksi itu lalu berjalan masuk ke dalam terminal bas tersebut. Di sana dia menempah tiket bas untuk dirinya sendiri. Dalam diam dia bertekad hendak balik ke kampung halamannya. dia menaiki sebuah bas ekspress menuju ke kampungnya di hulu semenyih. Dia sampai di bandar semenyih pada awal pagi yang cerah itu. Kemudian dia meneruskan perjalanannya ke kampung hulu semenyih dengan menaiki sebuah teksi yang ada di situ. Tidak lama kemudian dia pun sampai di kampung halamannya.

Perlahan lahan dia melangkah menuju ke rumah orang tuanya. Dari jauh lagi dia lihat emak dan ayahnya sedang duduk di luar halaman rumah mereka sambil berbual bual. Langkah kaki mira terhenti seketika. Dia tidak tahu samada orang tuanya itu masih mengharapkan kepulangannya atau pun tidak. Maklumlah sudah lama dia melarikan diri dari orang tuanya dan tidak kembali lagi ke situ. Baru hari ini dia balik ke kampung halamannya itu. sudah tentu orang tuanya akan merasa marah padanya. Dalam diam mira merasa serbasalah. Namun dia cuba membuang perasaan serbasalah itu dari lubuk hatinya.

"mak!... ayah!...", jeritnya sambil melangkah menuju ke arah orang tuanya itu. mereka merasa sungguh terkejut sebaik saja mereka melihat mira. "mira... akhirnya awak balik juga sayang... mak dan ayah rindu sangat dengan awak", emaknya bersuara sambil memeluknya. "maafkan mira, mak... ayah, sebab mira lari dari rumah... mira yang salah... maafkan mira...", mira bersuara sambil menangis tersedu sedan. "Tak apa mira... mak dan ayah dah maafkan mira. syukurlah awak dah sedar, mira. raya tahun ni pasti meriah dengan kehadiran awak di sini...", ayahnya bersuara perlahan-lahan. mira mengesat airmata di pipinya. dia tersenyum gembira. kepulangannya di sambut dengan baik oleh orang tuanya. dia tahu hidupnya kembali bersinar semula.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro