Part 16 : Ugutan
Beberapa jam berlalu setelah penerbangan daripada Scotland ke Perancis, mereka akhirnya tiba juga. Sesampainya di sekolah Beauxsbaton, mereka berkumpul didewan utama, disambut oleh Madam Maxime.
Mereka menikmati makan malam terlebih dahulu sebelum beredar ke asrama. Disini, dewannya terlihat lebih cerah daripada di Hogwarts. Ianya dipenuhi dengan emas dan perak serta cahaya yang keluar daripada manusia sihir separuh Veela. Noice.
Tak lama kemudian, pelajar Hogwarts dan pelajar Durmstrang berkumpul bersama dibahagian asrama mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain seperti seorang musuh tatkala terserempak.
Seulki sudah pun memasang mata ninjanya pada Jongin. Lelaki itu sedang bermain mata dengan gadis-gadis dari Dumstrang.
Kim Jennie dan Jung Krystal. Dua gadis kembar, lain bapa yang mungkin menjadi sasaran Jongin. Apa yang Seulki tidak tahu adalah, kedua gadis itu sememangnya teman wanita Jongin, sejak lama lagi.
Seulki mengepal tangannya. Dia geram. Terus dia beredar dari sana dalam keadaan marah. Entahlah ke mana dia nak pergi. Dia sudah tidak peduli lagi.
Wendy pula perasan akan kehilangan Seulki. Dia cuba untuk mengejar namun dihalang oleh Chanyeol. Lelaki itu menolaknya supaya mengambil air buatnya.
"Palliwa!" arah Chanyeol. Wendy hampir-hampir sahaja menumbuk Chanyeol.
Kebetulan, Rowoon, teman pena Wendy daripada Durmstrang ada disana. Rowoon juga adalah pemain Quidditch kedua terhebat untuk Durmstrang. Lelaki itu tinggi, gagah dan kacak. Crush Wendy yang kedua, mungkin?
Wendy mengawal air mukanya. Nanti imejnya tercalar pula.
Dia tidak membantah arahan Chanyeol dan terus pergi mengambil air yang berada dihujung koridor. Tempat dimana house-elves menyediakan makanan buat pelajar-pelajar yang datang melawat.
Wendy menghadiahkan senyuman pada Rowoon yang turut sama memerhatinya. Wajah Wendy hampir merah sepenuhnya sekarang.
Tak boleh! Tak boleh! Ingat Chanyeol!
Terus wajah Wendy kembali normal kerana teringat akan kekasaran Chanyeol kepadanya. Musnah terus emosinya.
"Wendy! Nak pergi mana?" jerit Cedric sambil mengekori Wendy. Dia merengek tidak seperti kebiasaannya. Macam sengaja pun ada.
"Ambil air—"
"Jom teman aku kejap! Palli-palli!"
"Tapi—"
Cedric membawa Wendy pergi jauh dari sana. Dia memandang ke belakang sekilas kearah Rowoon. Senyuman kemenangan dihadiahkan kepada lelaki dari Dumstrang itu. Rowoon jelas tidak suka dengan pandangan Cedric.
"Ced, baik kau cakap sekarang kenapa kau tarik aku jauh dari sini?" pinta Wendy. Cedric merampas gelas berisi pumpkin juice itu.
"Nah, aku cuma nak buat budak Rowoon tu marah. Keke—" ujar Cedric sambil tergelak. Wendy berdecit. Macam-macam betul lah Cedric ni.
...
Pelajar-pelajar mengelilingi sekolah Beauxsbatons. Ramai diantara mereka, lelaki, yang terpukau dengan kecantikan Veela sementara pelajar perempuan mengorat pelajar lelaki.
Wendy sempat perasan yang Bella seolah-olah dipinggirkan oleh Chanyeol—erm, seperti biasa. Gadis itu berjalan bersendirian tidak ditemani sahabat baiknya, Olivia.
Dia sengaja pergi berdekatan Bella agar gadis itu tidak bersendirian.
"Hai?" sapa Wendy pada Bella.
Bella memandang Wendy sekilas dengan wajah bingung. Dia memandang ke kiri dan kanan kerana risau Wendy sebenarnya bercakap dengan orang lain.
"Ya aku bercakap dengan kau," ujar Wendy.
Bella tersenyum.
"Hai jugak."
Ini sebenarnya kali pertama ada orang sudi menegurnya secara ikhlas dan bukannya sebab ingin mengutuknya secara berdepan.
Disebabkan Bella terlalu cantik, ramai gadis-gadis di Hogwarts insecure dengan diri sendiri dan iri hati pada Bella sampaikan menebar kebencian kepadanya.
Wendy sahajalah yang datang dan menegurnya secara ramah.
"Kenapa kau tak pergi dengan Chanyeol? Bukan korang— bercinta?" soal Wendy dan jeda seketika.
Bella menggeleng perlahan.
"Chanyeol—"
"Bella!" Suara Chanyeol menghentikan percakapan antara Bella dan Wendy.
Keduanya merenung Chanyeol yang sudah pun seperti singa kelaparan. Lelaki itu datang dan menarik Bella ke belakangnya.
Jari telunjuknya dihalakan ke muka Wendy.
"Kalau kau bercakap dengan Bella lagi, aku jamin itu hari terakhir kau hidup atas bumi ni!" tegas Chanyeol. Lebih tepat lagi mengugut.
Bella cuba untuk menenangkan Chanyeol tapi lelaki itu tidak menghiraukannya. Tangan Bella digenggam dengan kuat.
"Kalau kau marah dekat aku, cakap dengan aku! Jangan nak libatkan Bella dalam hal ni! Kau nak bahayakan dia ke?!" marah Chanyeol.
"Chanyeol.. Wendy bukannya nak—"
"Diam Bella! Aku tengah bercakap dengan perempuan yang dengki dan tak
boleh tengok hidup kau senang! Kau ingat dia ni baik sangat ke? Diorang semua ni sama je macam perempuan-perempuan lain—"
Pang!
Wendy menampar pipi Chanyeol dengan segala kudrat yang ada. Nafasnya naik turun.
"Confringo!"
Lampu jalan di koridor meletup.
Kini, jari telunjuk Wendy pula yang berada diantara mata Chanyeol.
"Kau kutuk lagi aku. Kau jadilah berkecai macam lampu tu!"
Marah Wendy.
Dia melanggar Chanyeol dan berlari pergi dari sana. Pedulilah dengan lawatan ni. Dia tak ada masa untuk ini.
Habis semua pelajar dilanggarnya. Nasib baiklah ada beberapa orang sahaja disana memandangkan yang lainnya telah masuk ke dalam muzium Beauxbatons.
Salah satu guru bertugas keluar dari muzium kerana bunyi yang cukup kuat tadi. Dia nampak bingung.
"Apa yang berlaku tadi?" Soalnya.
Bella merenung guru tersebut dan diam sahaja.
Dia memandang Chanyeol, lama.
"Kenapa awak buat macam tu?" soal Bella, perlahan.
Chanyeol meleraikan pegangan tangan pada Bella. Dia terlihat geram sekarang dengan Bella.
Gadis itu terus masuk ke dalam muzium tanpa menghiraukan Chanyeol lagi.
"Park Chanyeol, you owe me an explanation!" ujar guru tersebut.
...
"Kau yang hantar surat ugutan tu kan? Apa tujuan kau?!" marah Chanyeol kepada Wendy.
Wendy mendongak seraya hampir terjatuh saat Chanyeol berada begitu dekat dengannya. Bahunya dicengkam.
"Su—surat apa?!" soal Wendy, kelu.
"Surat ugutan! Kau kata kalau Bella— tak jauhkan diri dari aku, kau akan bunuh dia! I mean, come on! Sampai tahap itu ke kau benci dengan aku?!" ujar Chanyeol. Surat ugutan tersebut dilempar kepada Wendy.
Wendy menyambut surat tersebut dan membacanya. Kemudian, dia memandang kearah Chanyeol.
"Kau nak sangat ke aku suka dekat Bella tu? Kau nak sangat aku lindungi SEPUPU aku tu? Fine! Aku akan buat macam yang kau selalu suruh tu. Aku akan ada dengan dia selama 24 jam sampaikan mata kau naik bengkak tengok! Puas hati kau kan? Cubalah berdendam dengan aku lagi kalau kau berani! Kau benci aku kan?" sambung Chanyeol sambil tersenyum sinis.
Dia boleh tahan kalau Wendy setakat ingin mengenakan dia, tapi kalau sampai tahap membunuh salah satu ahli keluarganya, itu sudah melampau.
Chanyeol terus beredar dari sana dalam keadaan marah. Sementara Wendy, gadis itu berlinangan air mata sekarang. Bawah bibirnya digigit.
"Tapi, ini bukan tulisan aku."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro