Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11

Satu persatu kedai yang terdapat di sepanjang jalan itu aku cari namun kelibat kedai yang Mina katakan semalam masih belum aku jumpa. Huh?!!! Betul ke si Mina ni? Betul ke tempat ni? Aku sudah mulai ragu.

Macam mana aku boleh ada kat jalan Tunku Abdul Rahman ni? Semuanya sebab nak belikan hadiah untuk adik 'kesayangan' aku itu. Semalam adalah juga aku berura minta dia ubah permintaannya. Mintalah apa saja kecuali dua perkara. Satu, hadiah lebih daripada RM100 dan yang kedua.. poster atau apa-apa barang berkaitan dengan selebriti ini.

Itu yang aku paling malas itu! Si Aysha itu kalau request barang mesti nak limited edition. Cis, dia fikir aku ni berduit sangat nak belikan dia barang tak function itu?

Sat! Aku nak tanya. Apa guna kau kumpul gambar artis pujaan kau berlonggok kalau dia tak pernah pun nak simpan gambar kau sebagai memori? Pfft.. sungguh membuang masa.. plus, ia juga sangat menyedih kan untuk manusia sebegini. Seperti contoh si Aysha itu!

Satu keluhan berat aku lepaskan. Termasuk kali ini, sudah dua kali aku jalan tempat yang sama. Kaki yang terasa lenguh, aku cuba kuatkan. Tolonglah jangan buat usaha aku ni jadi sia-sia please. Sudahlah aku sanggup minta cuti semata-mata nak belikan poster yang tak mendatangkan kebaikan dunia itu. Huh!! Dasar..

Aku cuba tukar langkah menuju masuk ke lorong lain pula. Dalam jiwa, rasa mengalah ku mulai bertandang. Kalau tak jumpa juga kali ini.. aku fad up!! Lantaklah, nak kena sisterzone sekalipun. Aku tak kisah. Yang penting, aku tahu aku pernah berusaha untuk puaskan hati Aysha itu.

Sempat juga mataku melilau mencari sesuatu di situ sehingga lah..

Mataku terus bersinar tatkala melihat sesuatu yang berjaya buat kan aku rasakan ini adalah hari paling indah. Now, sisterzone gonna be die! Senyuman ku terus meleret. Phuh, untung betul aku hari ini.

Terus aku berlari anak menuju masuk ke dalam salah sebuah kedai yang berderet di sepanjang lorong itu. Masuk sahaja ke dalam kedai itu, aku disapa dengan wajah-wajah asing yang aku pasti, aku malas nak ambil tahu.

Ada yang mata sepet, ada yang bibir menjuih, ada yang kulit cerah dan tak lupa juga ada yang acah cool perasan glamor. Dan, mungkin ada yang tahu siapa sebenarnya yang aku maksudkan itu...??

"Ada apa ya, dik?" sapa seorang pakcik berusia lingkungan 50-an tahun. Rasanya, dia penjaga kedai ini.

Aku melukis senyum melihatnya. Mataku sedari tadi memandang ke arah poster yang melekat pada dinding kedai. Jelas besar poster lelaki itu. Huh, muka kereknya itu bertayang. Pfft..

"Poster mamat ni ada lagi tak, pakcik? Kalau ada, saya nak satu." pintaku sambil jari telunjukku menuding ke arah gambar si pelakon yang si Aysha itu minatkan sangat.

Entah apalah bagusnya si Ryle itu sampai Aysha tergila-gilakan artis yang baru menang dua piala itu? Kalau piala cerdik pandai tak apalah jugalah, ini piala tak datangkan apa-apa manfaat. Hanya dijulang atas sebab ramai yang minat dan undi. Huh, kesian..

Pakcik itu terus menoleh ke arah poster Ryle yang terpapar. Lalu senyumannya menjungkit. Wajah aku kemudiannya dipandang.

"Adik memang betul-betul bernasib baik hari ini. Tinggal satu aje lagi poster Ryle ini." beritahunya masih mengukir senyum.

Aku sudah angkat kening. "Laku ke pakcik poster mamat ni?" soalku bila pakcik itu seperti teruja bila aku orang yang 'bertuah' dapatkan poster Ryle itu.

Kali ini soalan ku disambut tawanya mengekek. Aku yang ada di hadapan pakcik itu sudah menarik sengih sumbing. Erk, ada yang kelakar ke pakcik?

"Kalau tak laku, takkannya habis. Baru pagi tadi, 100 keping dia hantar.. tak sampai 24 jam, laku keras poster ini. Hmm.. pakcik tak hairanlah sebab budak Ryle ini memang muka boleh jual." ujar pakcik itu sempat buka ruang berbual dengan aku.

Aku sekadar mengangguk kecil. Riak muka tak minat bertayang pada wajah aku. Lantaklah, laku ke tak laku tapi yang pasti janji aku nak beli kan poster Ryle untuk Aysha itu akhirnya tercapai.

Aku dah tak hutang apa-apa pada Aysha. Lepas ni, dia tak boleh nak tuntut something kat aku di hari akhirat kelat. Pfft..

Selesai sahaja membayar harga poster yang berharga RM57 itu, aku terus menyusun langkah menuju ke perhentian bas yang terletak agak jauh dari lorong tersebut. Poster yang berada dalam tanganku, aku buka lalu aku belek. Terpampang jelas wajah Ryle di depan mataku.

Yang tak boleh blah, hidungnya yang betul-betul memenuhi poster. Haih, nasib baik kau ciptaan Tuhan.. kalau tidak, mau aku kutuk hidung kau yang tak berapa mancung itu. Sepuasnya aku kutuk.

Mesti ada yang tertanya kan, kenapa aku tak suka sangat dengan si Ryle ni? Hmm.. ada kisah silam ke, ada benda yang Ryle buat ke?

Tettt!!

Semuanya salah belaka. Well, lumrah hidup artis mesti ada haters dan lovers kan? So, aku dengan senang hatinya pilih jadi haters. Itu aje sebabnya. Lagipun tak bermanfaat nak jaga hidup artis yang tak pernah ambil tahu fasal kita.. kan?!

Sedang aku ralit membelek poster tersebut, tak semena-mena bahu ku dilanggar dari hadapan menyebab kan bahagian tanganku di sebelah kiri terasa sakit. Poster yang aku pegang juga jatuh ke lantai tar. Satu rengekan sakit mendayu dari mulut ku.

Auch!

"Sis, jalan pandang depan boleh tak?" sapa suara garau di hadapan ku.

Tergamam aku dibuatnya. Entah kenapa suara itu rasa seperti tak asing menyapa telingaku. Yurp, rasa nya suara ini pernah mengundang perasaan tak puas hati kepada aku sebelum ni?

Terus aku alihkan pandangan ku mendongak memandang si gerangan manusia yang melanggar bahuku itu. Hoodie yang menutupi kepalanya buatkan wajahnya sedikit samar namun tatkala dia juga turut memandang ke arahku, terus pandangan kami bertemu.

Tersentak aku dibuatnya. Tak percaya pada apa yang aku lihat depan mataku ketika ini. Apa maksud semua ini. Adakah ini karma daripada Tuhan kerana menjadi haters?

"R-Ryle?" soalku dalam nada tergagap. Yurp, masih tak percaya.

Ini kalau si Aysha tahu ni, entah apalah yang dia buat pada si Ryle ni. Mau dia ikut si Ryle itu sampai ke rumah agaknya?

Ryle juga turut terpana tatkala melihat muka Aysara. Kejadian beberapa minggu lepas masih terbayang dalam kepalanya. Yurp, kejadian di mana pelanggarannya dengan seorang gadis. Nampaknya Tuhan aturkan semula pertemuan antara mereka.

"Yes me. Why? Terkejut?"  nada suaranya seakan memerli aku.

Aku tergamam. Tak sangka aku boleh diperli sebegitu rupa oleh selebriti yang diminati oleh adik aku sendiri. Pfft.. nampaknya bila depan kamera saja, dia acah jadi malaikat. Isy!

Aku tidak membalas kata-katanya. Diamku dipenuhi rasa tak suka. Nampaknya, tak sia-sia aku jadi haters abadinya di Malaysia ni.

"Bila kau nak ganti air aku? Remember? Air cappucino latte yang kau tak sengaja tumpahkan itu??" soalannya bertubi itu buatkan dahi aku berkerut.

Entah bila pula aku tumpahkan air nya itu pun tak tahu lah. Rasanya baru kali ini, aku jumpa dia. Ke.. pernah?

Kepalaku cuba aku ingatkan semula. Memandangkan daya ingatan aku ini seperti berusia sikit, jadi sedaya upaya aku kerah. Yurp, air cappucino latte yang Ryle sebutkan itu rasanya pernah terjadi pada aku sebelum ini..

Mataku buntang tatkala mengingati kejadian itu. Tak mungkinlah...?!!!!

Terus aku alihkan mataku memandangnya. Riak wajah cemas aku memang jelas kelihatan.

Huh.. jangan cakap yang..

"Awak yang lelaki itu ke? Lelaki yang tumpahkan air cappucino pada baju saya itu?" soal ku dalam nada memang jelas rasa terkejutnya.

Ryle menarik sengih. Kelakar bila tengok reaksi terkejut gamak dari Aysara. Hoodie yang dipakai pada kepalanya dibetulkan sedikit.

"Ingatkan dah lupa." spontan dia memerliku sambil berpeluk tubuh. Tak lupa juga, senyum sinisnya itu.

Aku ketap bibir. "Dalam hal itu, bukan saya seorang aje yang salah okay?! Kalau awak pun fokus pada jalan mungkin benda itu tak jadi. Faham?!" aku sudah mulai bela diri.

Yurp, dalam suatu pelanggaran. Pasti kedua-duanya adalah punca dan bukannya pada satu pihak saja.

Dia tersengih sinis. "Masih taknak mengaku?!" nampaknya kata-kata ku memang tak buatkan dia berfikir dua tiga kali nampaknya untuk mengakui kekhilafan diri sendiri.

"Buat apa saya nak mengaku kalau saya tahu yang saya tak salah? Huh?!!" gertakku sebelum berura-ura mahu meninggalkan tempat itu.

Tak betah betul berhadapan dengan muka munafik ini. Selama ini, aku dengar orang kata Ryle baik, gentlemen dan benda-benda murni semua itulah tapi nampaknya semua orang silap.

Yurp, dunia lakonan memang licik. Hanya depan kamera, kau tunjuk baik. Belakang kamera, perangai bangkai kau ditayangkan.

Baru beberapa langkah aku menjauh, tawa berdekah itu menyapa halwa telingaku namun langsung aku tak pedulikan. Biarlah dia.. sewel!

"Wou!! Tak sangka.. Hmmm, kenapa tak cakap dari awal yang kau ni peminat fanatik aku?!" suara lantangnya itu berjaya buatkan langkahku mati.

Tergamam aku dibuatnya. Kedua-dua belah tanganku aku belek. Sh*t!! Poster itu!!!

Perlahan-lahan, aku memusingkan kepalaku ke belakang. Dan, itu dia.. apa yang aku taknak jadi akhirnya terjadi.

Dengan senyum perlinya, poster yang aku beli tadi dijulangnya. Muka mengejeknya terpapar pada pandangan mata aku. Dan, sekarang aku rasa segan yang amat.

"Nampaknya cik adik tertinggal Ryle kat sini."ujarnya dan berjaya buatkan telingaku berdesing.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro