Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

BUNYI deringan telefon bimbit membuat langkah Daniel terhenti. Poket seluar diseluk mengeluarkan objek tidak bernyawa itu. Melihat nama yang tertera pada skrin, simbol hijau diseret ke atas. Telefon dilekapkan ke telinga.

“Dan, kat mana?”

“Luar. Singgah beli makanan. Kenapa bang?” soal Daniel, mengatur langkah ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari kedai yang dikunjunginya tadi.

“Balik nanti singgah taska terus, ambil Aidan. Aku ada meeting kejap lagi. Boleh?”

“Okay. Dan gerak dulu. Bye.” Panggilan dimatikan. Pintu kereta dibuka lantas tubuhnya menerobos masuk ke dalam perut kereta. Plastik berisi roti dan air kotak yang dibelinya tadi diletakkan di atas dashboard. Enjin dihidupkan. Belum sempat keretanya bergerak, pintu bahagian penumpang hadapan dibuka tiba-tiba daripada luar. Susuk tubuh seorang gadis masuk ke dalam keretanya itu.

“Gerak cepat! Cepat!” arah gadis itu sambil menepuk lengan Daniel berkali-kali.

Daniel kerut dahi melihat gadis itu. “Kenapa I nak kena ikut cakap you?” soalnya pelik.

“Ada orang kejar saya. Geraklah. Kalau dia tahu saya dalam ni, habislah. Cepat!” jelas gadis itu. Sesekali kepalanya menoleh ke belakang.

Daniel angguk kecil. Tidak buang masa, dia terus memandu keretanya meninggalkan kawasan itu.

“Fuh, lega.”

Daniel yang sedang memandu itu mengerling sekilas ke sebelah. Entah dari mana gadis itu datang. Tiba-tiba masuk ke dalam keretanya, memberi arahan.

“Awak, terima kasih ya sudi bantu. Sorry sebab masuk dalam kereta awak tanpa diundang,” ujar gadis itu, lembut.

Daniel sekadar berdehem pendek. Matanya fokus memandang jalan raya. Rasa janggal pula apabila bersama dengan orang yang dia tidak kenal.

Kriuk

Dahi Daniel berkerut apabila bunyi itu menyapa sistem pendengarannya. Dia pandang perut sendiri. Tak, bukan perutnya yang berbunyi. Dia toleh ke sebelah.

“Err, awak bolehlah stop kat mana-mana nanti.”

“You lapar ke?” soal Daniel, tidak menghiraukan kata-kata gadis itu.

Gadis itu tidak menjawab. Sekadar tersengih sambil garu kepala.

“Nah, ada roti dengan air dalam ni. Makanlah, buat alas perut,” ujar Daniel seraya menghulurkan plastik yang dia letak di atas dashboard tadi.

“Eh, tak apa ke saya makan?”

“Tak apa. Makan je.”

“Baik. Terima kasih.”

Daniel berdehem pendek. Daripada ekor mata, dia melihat gadis itu yang berselera menjamu roti berinti coklat itu. Betul-betul lapar agaknya tu. Makan pun tak pandang kiri kanan.

“You nak balik mana ni?” soal Daniel apabila gadis di sebelahnya itu sudah selesai makan. Kali ini, dia menoleh ke sebelah memandangkan keretanya sedang berhenti di lampu trafik.

“Saya nak pergi tempat lain. Tak apa, awak berhenti je kat mana-mana. Nanti saya naik teksi je.”

“Tak apalah. I hantar. Bagitahu je nak ke mana.”

“Err, tak apa ke? Tak susahkan awak?”

Daniel geleng kepala. “Tapi ni I kena pergi taska dulu. Lepastu baru I hantar you.”

“Hmm, okay. Terima kasih ya,” ucap gadis itu seraya tersenyum manis.

Daniel yang melihat senyuman gadis itu terpaku seketika. Comel!

Piiinnn!!!

Bunyi hon nyaring itu membuat bahu Daniel terhinjut. Cepat-cepat dia toleh kepala ke depan. Melihat lampu isyarat yang sudah bertukar warna, dia tepuk dahi sendiri. Patutlah, lampu dah hijau. Tidak menunggu, pemanduan diteruskan.

Sepanjang perjalanan, suasana di dalam kereta sunyi. Tiada sesiapa yang mahu bersuara. Hampir 20 minit, kereta yang dipandu Daniel mula memasuki taman perumahan yang menempatkan taska di mana Rayyan menghantar Aidan. Daripada dalam kereta, dia sudah melihat kelibat anak buahnya sedang bermain di halaman taska.

“Tunggu ya. I keluar sekejap.” Tanpa menunggu balasan gadis itu, Daniel keluar daripada perut kereta. Bergegas dia melangkah ke pintu pagar taska.

“Papa!” Aidan yang tadinya sedang bermain bersama rakan-rakannya terus berlari mendapatkan Daniel.

My boy! Dah, jom balik. Daddy tak dapat datang ambil Edan. Balik dengan papa,” jelas Daniel.

Aidan mengangguk seperti faham saja dengan apa yang dikatakan oleh Daniel. Dia lepaskan pelukan lalu masuk ke dalam untuk mengambil beg. Sementara menunggu Aidan, Daniel sempat berbual dengan beberapa orang guru di taska itu.

“Jom papa!”

“Salam cikgu.”

Aidan akur. Tangan semua guru taska itu disalamnya. Termasuklah rakan-rakannya yang lain turut disalam. Kemudian dia menuju semula ke arah Daniel.

“Lepas ni nak ke mana?” soal Daniel ketika membawa Aidan ke kereta.

Eat icecream!” jerit Aidan teruja.

Yes, agree with you! Let’s go!” Daniel terus buka pintu kereta bahagian penumpang hadapan.

“Papa, siapa ni?” soal Aidan apabila melihat gadis yang duduk di dalam kereta bapa saudaranya itu.

Daniel tepuk dahi sendiri. Terlupa pula ada orang lain di dalam keretanya. “Err, Edan duduk belakang ya?”

“Eh awak, tak apa. Saya boleh duduk belakang.” Gadis itu terus keluar dan masuk di bahagian belakang.

Daniel hanya membiarkan. Dia terus meletakkan Aidan di atas kerusi. Pintu kereta ditutup rapat. Setelah itu, dia masuk di bahagian pemandu.

“Papa, nak aiskrim.”

“Hmm, papa hantar kakak ni dulu, lepastu nanti kita beli aiskrim. Okay?”

Melihat anggukan Aidan, Daniel hela nafas lega. Dia toleh ke belakang. “You nak I hantar ke mana?”

“Oh, saya nak ke alamat ni. Boleh ke hantar? Tak susahkan ke?” soal gadis itu, menunjuk sekeping kertas.

Daniel sambut kertas kecil itu. Dibaca teliti alamat yang tertulis di atas kertas itu. “Nak buat apa ke sini?”

“Dapat panggilan kerja,” jelas gadis itu.

Daniel angguk. “Okaylah. Boleh.”

“Terima kasih.”

Daniel senyum tipis. Kereta dipandu penuh berhemah. Yalah, ada anak abangnya di dalam kereta itu. Bahaya bawa laju. Jadi apa-apa, putus kepalanya nanti.

“Hmm, nak tanya sikit boleh?”

Daniel pandang belakang melalui pantulan cermin. “Apa dia?”

“Anak awak ke ni?” soal gadis itu, menunjuk ke arah Aidan.

“Eh, tak. Anak abang I.”

Gadis itu mengangguk kecil. Dengan selamba, jarinya mencuit pipi Aidan.

Aidan spontan menoleh ke belakang. Matanya terkebil-kebil.

“Comel.” Gadis itu memuji.

Daniel yang sedang memandu tergelak kecil. Kelakar melihat wajah blur Aidan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro