CIVIL WAR: BAB 10
16 watak.
Dari tujuh cerita berbeza.
Hanya satu pertarungan.
Bakal menentukan segalanya.
"Sudah sampai masanya."
Satu suara bergema ke setiap ruang bangunan kayu itu. Bunyi tapak turut kedengaran di koridor. Kelihatan Alif Najmi berjalan di sepanjang koridor. Dua bilah pisau sudah sedia di tangan.
Iskandar melangkah keluar dari kelas. Tangannya yang hilang hanya menumbuk bahu Alif Najmi. Dua sahabat itu berjalan ke pintu keluar. Isma Fatieha dan Aliya Syakira baru munculkan diri dengan senjata tajam di tangan.
Sebaik mereka melangkah keluar dari bangunan kayu itu, Ilyana Zhamuri segera bersiap memegang sniper yang disandangnya. Cindy Hawk turut bersedia dengan sniper. Aya pula memperbetulkan katana.
Enjin kenderaan kedengaran. Kereta Nissan 370Z dipandu keluar dari stor. Kelihatan machine gun sudah terpasang di atas bumbung. Begitu juga dengan trak Mitsubishi Pajero. Siap ada pelancar roket lagi. Syarifah Izzati menunggang basikal yang diubahsuainya keluar dari stor.
Luthman Harith dan Aminah Safawiyah sedia lindungi anak mereka yang tersayang.
Aisyah Maisarah munculkan diri di sebelah Alif Najmi. Begitu juga dengan tiga beradik dari dunia lain itu.
Mereka menghadap dua makhluk paling berkuasa yang pernah mereka temui.
"Bonda..." ucap Aisyah Maisarah, perlahan sebaik melihat Rozepa berdiri jauh di depannya.
Bahu Aisyah Maisarah ditepuk, menarik pandangannya.
"Semua arahan dari kau. Kitorang dengar," kata Alif Najmi dari sebelah dengan matanya tumpu pada musuh.
Aisyah Maisarah memandang lelaki itu. Dia melihat setiap wajah yang lain. Apa pasti bakal terkorban sealanya? Apa juga pasti akan terselamat semuanya? Pandangan kembali tertumpu pada dua lawannya; Rozepa dan Hamashita Natsume.
Tangan diangkat tinggi.
"Ayuh! Ke depan!" seru Aisyah Maisarah bersemangat.
Segera mereka mengeluarkan kebolehan masing-masing. Alif Najmi menjadi musang jadian, ketuai pasukan pawn.
Hamashita Natsume berlari ke depan dengan pisau di tangan. Rozepa hanya memerhati dari belakang. Matanya tepat dituju ke arah Aisyah Maisarah. Mereka berdua tidak memandang mereka yang sedang berlawan mati-matian di depan.
"Muahahahahaha!" Hamashita Natsume mengilai sebaik terkena serangan dari Alif Najmi.
Dia berundur beberapa langkah. "Boleh tahan."
Ketua puak Psycho itu mengeluarkan dua bilah pisau. Alif Najmi teruskan menyerang. Isma Fatieha dan Aliya Syakira turut membantu. Tiga orang psiko berlawan dengan seorang ketua puak Psycho sudah cukup epik disaksikan mereka di situ.
Satu demi satu serangan berjaya dielak pantas Hamashita Natsume. Tawa ilai turut kedengaran.
Pada masa yang sama, Hamashita Natsume menyerang balas. Dia melemparkan pisau ke muka Alif Najmi. Mujurlah Isma Fatieha pantas menepis pisau tersebut dengan sudu sahaja. Aliya Syakira menerkam Hamashita Natsume dari belakang. Pantas, Hamashita Natsume berpusing ke belakang lantas menendang perut Aliya Syakira. Susuk wanita itu terpelanting jauh hingga terkena dinding kayu.
"Aduh..." keluh Aliya Syakira terbaring di dalam bangunan kayu itu.
Alif Najmi dan Isma Fatieha masih berlawan dengan Hamashita Natsume. Sekarang masanya!
Mereka berdua serentak memberi tendangan udara setelah Hamashita Natsume menyepak Aliya Syakira tadi. Badan lelaki badut itu terpelanting ke tanah. Dia bangkit berdiri dengan pantas. Tawa ilai kedengaran lagi.
"Kau tak boleh hentikan aku. Hahaha!"
Tanpa dijangka, susuk di depan mereka ditembak dari tepi lantas dilanggar oleh kereta yabg dipandu Samantha Lee. Badan Hamashita Natsume melayang ke udara. Azizul Rahman yang memandu trak Pajero, terus melepaskan roket berpandu ke arah susuk yang melayang di udara.
Kaboom! Badan Hamashita Natsume berkecai dek letupan.
"Korang boleh berundur. Biar yang lain selesaikan yang satu lagi," pinta Samantha Lee sebaik berhenti di depan mereka.
Alif Najmi sekadar mengangguk. Dia mendukung Isma Fatieha lalu berundur ke belakang. Giliran mereka yang ambil alih perlawanan. Rozepa melihat mereka yang lain mara ke arahnya.
Baru sahaja mengangkat tangan dan mahu mengeluarkan kuasa air, bebola kuasa ditembak. Rozepa terpinga-pinga seketika. Cindy Hawk yang menembak bebola kuasa dari hutan sebentar tadi. Ilyana Zhamuri pula mengambik di sisi yang lain. Snipernya betul-betul bersedia melancarkan tembakan. Peluru dilancarkan. Rozepa memandang bunyi tembakan sniper itu.
Masa terhenti.
Segalanya membeku. Peluru sniper tadi berhenti di depan matanya. Rozepa menepis peluru yang melayang dengan mudahnya. Dia menoleh ke belakang lalu menumbuk perut Aya yang cuba menyerang dari belakang. Masa kembali berjalan.
"Ugh..." Aya terasa senak.
Aya rebah ke belakang. Rozepa memandang mereka yang lain. Tiga beradik dari Freaky World pula menyerangnya. Anak panah dilayang Hanazono Suzuki dengan kuasa rantai dari Rachel Berlitz. Dada Rozepa terkena anak panah itu. Claude Thunder terus mengalirkan arus elektrik pada rantai tersebut. Kejutan elektrik dirasai. Rozepa meraung kuat.
"Izz!" seru Rachel Berlitz.
Syarifah Izzati muncul semula lantas menyerang Rozepa dengan pisau tajam. Aisyah Maisarah melihat sahaja pertarungan di depan mata. Iskandar turut memerhatikan mereka yang berlawan.
"Dia... makin kuat," kata Iskandar tersenyum.
"Siapa?" tanya Aisyah Maisarah sepatah.
Tubuhnya disandar, menarik perhatiannya. Mata Aisyah Maisarah melihat susuk yang tak bergerak itu. Dia nenepuk bahu lelaki itu.
"Hei, bangunlah," ujar Aisyah Maisarah, mula risau.
Iskandar tidak memberi respons. Aisyah Maisarah membimbing susuk itu lalu meletakkan tubuhnya bersandar pada dinding.
"Iskandar!" ujar Alif Najmi munculkan diri dari tingkap.
Dia melompat keluar lalu dapatkan Iskandar. Aisyah Maisarah melihat sahaja dua sahabat itu.
"Kau okey, tak?" kata Alif Najmi keresahan.
"Perempuan tu... terlalu kuat," kata Iskandar, makin tak bermaya.
"Apa?"
"Argh!" Raungan bergema.
Masing-masing memandang suara itu. Kelihatan susuk Syarifah Izzati rebah ke tanah dengan beberapa pisau terpacak di dadanya.
"Izzati!" jerit Alif Najmi terkejut.
Tawa ilai kedengaran. Hamashita Natsume ketawa sahaja melihat mereka terpinga-pinga dengan kemunculan semulanya.
"Apa? Kau sepatutnya dah mati!" kata Azizul Rahman berkerut dahi.
"Apa susah sangat nak bezakan palsu dan tulen?" balas Hamashita Natsume bernada sinis.
Dia mengilai bagai orang hilang waras. Alif Najmi melihat sahaja susuk Syarifah Izzati yang terbaring di tengah medan perang itu. Nadinya mula tak terkawal.
"Kau... Kau..." Alif Najmi bersuara.
Iskandar melihat sahabatnya makin menjadi. "Najmi..."
"KAU MEMANG DAH LAMA TEMPAH KUBUR KE?"
Dalam ketenangan, satu suara muncul dari susuk yang terbaring itu.
"System call: Dark Nuclear, Self-Explode. Burst!"
Hamashita Natsume terkejut melihat mangsanya masih bernyawa. "Apa?"
"Izz..." Alif Najmi tidak habis berhujah.
Satu letupan besar berlaku di depan mata. Raungan tidak kedengaran akibat letupan yang menenggelamkan segala bunyi. Gelombang hitam diperlihatkan mereka. Hamashita Natsume menerima serangan mengejut itu.
Masing-masing menutup mata dek gelombang kuat. Perlahan-lahan telinga menangkap bunyi raungan.
"Argh! Ugh..." Hamashita Natsume masih bertahan dengan parah.
Kaki dan sebelah tangan tercabut. Pinggangnya terlihat isi dalaman. Mulutnya tercungap-cungap dek kesakitan. Perlahan-lahan, rintihan bertukar tawa ilai.
"HahahaHAHAHAHA!!" Hamashita Natsume menggila.
Bang! Satu tembakan jarak jauh mengenai kepala lelaki badut.
Hamashita Natsume rebah ke tanah dengan senyuman psikotik. Cindy Hawk segera mengisi peluru sniper Barrett. Matanya kembali tumpu pada skop sniper. Suatu benda dilontar ke arah. Skop sniper ditembus dengan benda tajam sebelum terkena biji matanya.
"Argh!" jerit Cindy Hawk sebelum terjatuh dari pokok.
Masing-masing tergamam.
"Cindy!" Aya segera berlari ke masuk ke dalam hutan.
"Aya, jangan!" Aisyah Maisarah cuba menghalang.
Aya enggan mendengar kata-kata wanita itu. Serangan dari belakang tidak disedarinya. Belakang badannya ditikam.
"Ugh!" Aya meraung lalu rebah tertiarap ke tanah.
Mereka yang lain terpinga-pinga. Rozepa menyerang mereka lagi sementara mereka masih tergaman.
"Hati-hati!" kata Claude Thunder melihat serangan tiba.
Mereka kembali berwaspada.
"System call: Water Element, High Wave. Launch!" Aisyah Maisarah mengeluarkan ombak besar, menghalang serangan dari Rozepa itu.
Mereka semua terpegun.
"Semua berundur! Sekarang!" arah Aisyah Maisarah.
Segera menurut perintah, mereka berundur ke belakang, berlindung di dalam bangunan kayu. Hanazono Suzuki sempat lagi membimbing Aya keluar dari medan perang.
"Aisyah, apa kau nak buat?" kata Alif Najmi berkerut dahi.
"Biar aku lawan dia... dengan cara sendiri. Kamu semua berlindung dulu. Aku tak mahu yang lain terkorban lagi," pinta Aisyah Maisarah.
"Kau tahu kan dia kuat tahap mana?" kata Alif Najmi cuba menghalangnya.
"Ini bukan pasal kuat atau tak. Ini pasal keluarga."
Dengan langkah berani mati, Aisyah Maisarah berjalan ke depan secara bersendirian. Rachel Berlitz muncul dengan susuk Cindy Hawk. Tubuh wanita Amerika itu diletakkan di atas lantai.
"Hana, cuba kau rawat diorang," kata Rachel Berlitz.
Hanazono Suzuki mendekati susuk yang lemah terbaring di lantai. Dia mendekati susuk Iskandar dahulu.
"Jangan rawat aku. Rawat yang lain dulu," kata Iskandar, lemah.
Gadis itu terdiam seketika.
"Jangan! Kau tu ketua kami sekarang!" kata Claude Thunder.
"Heh... Jangan buang masa nak rawatkan orang nazak. Biarkan aku," kata Iskandar lagi.
Alif Najmi duduk di sebelah kawannya. Kepala Iskandar diletakkan di atas ribanya.
"Aku ada sekarang ni. Kau bertahanlah," kata Alif Najmi, lembut.
Iskandar menggeleng. Alif Najmi mengeluh kecil. Dia memandang Hanazono Suzuki lalu memberi isyarat. Gadis itu mengangguk faham lalu mendekati pesakit lain. Alif Najmi dan Iskandar saling memandang.
"Maafkan aku," ucap Alif Najmi, perlahan.
"Dah. Bukan salah kau," balas Iskandar, lemah.
Alif Najmi tidak tahu hendak berkata apa lagi.
"Kau... makin kuat aku tengok. Aku teringin... nak lawan dengan kau," kata Iskandar tersenyum.
"Ya, kita akan lawan bersama. Kau bertahanlah," kata Alif Najmi memberi semangat.
Iskandar hanya menggeleng. Pandangannya dibuang ke tempat lain. Dia melihat Hanazono Suzuki merawat Cindy Hawk. Aya pula masih bernyawa tetapi lemah. Dia kelihatan duduk bersandar pada dinding. Hanazono Suzuki memandang Rachel Berlitz yang berdiri di sampingnya. Kepalanya digeleng. Sudah terlambat. Rachel Berlitz mengeluh kecil, kesal sedikit. Dia memandang Aya.
"Maafkan kami, Aya," ucap Rachel Berlitz.
Aya menundukkan pandangan, rasa kesal. Dada diurut, cuba mencari ketabahan. Dia bangkit berdiri dengan pedang dijadikan tongkat.
"Aku kena..." Aya cuba berjalan, tetapi lemah.
Aminah Safawiyah menghalang. "Jangan. Kau tak boleh lawan dengan sakit macam tu."
Aya mengeluh kecil. Dia kembali duduk.
"Kita tak tahu apa terjadi dekat sana. Kita cuma mampu tunggu masa sahaja," kata Aminah Safawiyah lagi.
Ilyana Zhamuri mengintai keadaan di medan perang. Kelihatan Aisyah Maisarah dan Rozepa masih bertentang mata. Bahu wanita Rusia itu ditepuk dari belakang. Ilyana Zhamuri memandang Samantha Lee muncul. Sekotak rokok dihulurkan dengan salah satu batang dikeluarkan.
"Nak, tak?" pelawa Samantha Lee dengan sebarang rokok di mulut.
"Pegang sekejap untuk aku," pinta Ilyana Zhamuri.
Sniper dikeluarkan lalu dibidik me arah Rozepa. Ilyana Zhamuri menunggu masa untuk menembak hendap.
"Jadi, boleh kita mulakan?" pinta Rozepa dengan senyuman manis di mulut kepada anaknya.
"Bila-bila masa bonda sedia," balas Aisyah Maisarah.
Rozepa dengan pantas bergerak ke arah Aisyah Maisarah dengan kelajuan ombak. Aisyah Maisarah tanpa ragu-ragu terus mengeluarkan sayap pesawat di belakangnya lantas bergerak ke arah Rozepa. Pertarungan di antara ratu Mermaid dan puteri Cyborg-Mermaid bakal menamatkan segalanya di sini.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro