Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

| epilogue |


. . .

gadis di hadapan aku ini serta merta terkedu mendengar apa yang baru sahaja aku bisikkan di telinganya . aku ukirkan senyuman nakal lalu menjauhkan tubuh dari tubuhnya semula .

terkebil kebil gadis itu melihat aku . masih tak mempercayai sama ada betul ataupun tidak apa yang aku katakan . atau sama ada dia sedang bermimpi ataupun realiti .

" kenapa bagi aku pandangan macam tu ?" aku tertawa kecil .

geli hati melihat wajah blank yang ditayang gadis itu . even wajah blur mereka juga turut sama . ya , sebijik . saling tak tumpah samanya .

menyedari aku menegurnya , pantas dia menggeleng kepala laju . pandangannya pantas sahaja dialihkan , tidak mahu bertentang mata dengan milikku .

aku tersenyum tatkala menyedari kedua belah pipinya yang sudah berona merah . tak sangka pula kata kata aku tadi boleh buatkan dia berdebar .

" so... awak dah bersedia , Haein-sshi ?"

" n-nae ?"

" ada banyak tempat yang saya nak bawak awak . and i hope you'll love it "

aku menggerakkan sedikit kepala ke tepi , memberi isyarat kepadanya untuk mengikut aku . senyuman manis aku ukirkan kepadanya sebelum tubuh aku dipusing ke belakang untuk memulakan langkah .

disebabkan tidak mahu ketinggalan , pantas dia mengejar langkah aku dari belakang . dia tidak berjalan bersebelahan dengan aku , mungkin masih berasa sangsi dengan aku .

tak mengapa , aku memahami . lagipula , dia baru sahaja bertemu dengan aku buat pertama kalinya pada hari ini .

" eo ? a-awak bawa saya ke mana ni ?" dia bertanya hairan apabila menyedari lokasi yang aku pilih .

ianya merupakan sebuah restoran yang terkenal di bandar ini . dan kini aku membawanya ke rooftop bangunan restoran itu .

gadis itu memerhatikan sekeliling dengan pandangan terkejut tatkala aku dan dia tiba di lantai rooftop bangunan tersebut .

aku perhatikan sekeliling buat seketika , semuanya sudah pun disusun dengan baik . terdapat meja makan untuk dua orang disediakan dan tempat memasak .

" Taehyung , awak..."

" nae , ni restoran saya " seakan mengetahui apa yang berada di mindanya , aku menjawab dengan senyuman tak lekang di wajah .

dia terkedu buat seketika .

aku perlahan mengatur langkah menghampirinya . kedua belah bahunya aku pegang perlahan membuatkan dia sedikit terkejut dengan sentuhan secara tiba tiba .

" awak boleh ambil tempat dekat situ , tak lama lagi saya akan kembali , hm ?"

dia mengangguk perlahan kekok . walaupun masih ragu ragu , namu dia tetap ikutkan sahaja apa yang aku minta . gadis itu mengambil tempat di meja itu .

jaket yang aku pakai , aku buka lalu diletakkan di atas kerusi sebelum langkah aku diaturkan ke ara tempat memasak yang sudah disediakan .

tanpa berlengah , aku teruskan rancangan utama aku untuk memasak . kedua dua belah lengan baju aku yang panjang ditarik perlahan ke atas paras siku untuk memudahkan aku memasak .

sedang aku memasak , aku dapat rasakan pandangan mata yang tak lepas diberikan Haein untuk aku . tapi aku langsung tak menegur , malahan membiarkan sahaja .

tanpa aku sedar , aku tersenyum .

" awak takde apa apa soalan untuk saya , Haein-sshi ?"

tubuh Haein serta merta terhinjut kerana terkejut menengar soalan aku secara tiba tiba . aktiviti memerhatikan aku yang sedang memasak tergendala .

" so-soalan apa ?" sedaya upaya gadis itu cuba untuk mengalihkan pandangannya .

" erm... " aku mengemam bibir perlahan , memikirkan apa apa topik perbualan kami .

" well... apa apa je ? tentang kenapa saya ajak awak keluar malam ni atau pun apa apa sahaja yang bermain di fikiran awak ?"

Haein terdiam buat seketika .

" macam mana awak boleh kenal saya ?" soalan pertama Haein tujukan .

" sudah tentu lah saya kenal awak dekat cafe . awak kan pekerja cafe tu "

dia kembali mendiamkan diri . mungkin dia sendiri juga tidak tahu macam mana nak teruskan perbualan memandangkan aku dan dia baru sahaja berkenalan .

aku senyum nipis . masakan aku yang sudah pun siap aku letakkan elok di atas pinggan . kedua pinggan itu diangkat perlahan lalu dibawa ke arah meja di mana Haein berada .

" i hope you'll love this " aku tolak perlahan hidangan Haein ke arahnya .

dia menunduk perlahan seraya tersenyum . bibir kecilnya perlahan sahaja mengungkapkan ucapan terima kasih membuatkan aku tersenyum nipis .

aku terus mengambil tempat di hadapannya dan mula mencapai sudu dan garfu yang disediakan di atas meja bersama sekeping tisu .

" omo !"

aku yang baru ingin merasa sesuap hidangan , pantas mengangkat wajah dan memandang Haein yang baru sahaja menghasilkan suatu bunyi .

" waeyo ? tak sedap ke ?"

dia menggeleng laju dengan senyuman lebar tak lepas dari wajahnya . " anni . sedap sangat sangat !"

aku tersenyum lebar .

Haein langsung tak pedulikan apa apa lagi , hidangan di hadapannya terus sahaja dinikmati penuh teruja . terlalu sedap baginya .

aku perlahan meletakkan sudu dan garfu semula . entah kenapa tetiba rasa kenyang . perlahan dagu aku direhatkan di atas telapak tangan di mana tangan aku didaratkan di atas meja .

" Haein-sshi "

" hurm ?" Haein tidak memandang , masih fokus dengan makanannya.

" cuba tengok tu " kataku sambil mata tak lepas memerhati pemandangan langit di atas.

mendengarkan apa yang aku katakan , Haein terus mengangkat wajah , melihat ke arah tempat yang aku sedang amati . dia terkedu buat seketika tatkala matanya diperlihatkan dengan langit gelap yang dibentang dengan jutaan bintang yang bercahaya.

aku tersenyum . dapat aku lihat yang dia terpesona dengan kecantikan alam ini . aku yakin dia terlalu sibuk bekerja sehinggakan tak pernah dapat menyaksikan pemandangan seperti ini .

" a million stars up in the sky . one shines brighter - i can't deny "

mendengarkan aku bicara lembut , dia perlahan menundukkan kembali wajahnya dan kini anak mata hazelnya bertemu dengan anak mata aku lembut .

aku tersenyum .

" a love so precious , a love so true , a love that comes... from me to you "

dia tergamam .

matanya sedikit membesar tatkala mendengar kata kata terakhir yang aku ungkapkan diakhiri dengan senyuman petak milikku .

. . .

lokasi seterusnya yang aku akan bawa dia merupakan tayangan malam . bukan dekat cinema , tapi tayangan perdana yang disediakan di sebuah padang . dan kami akan saksikan tayangan tersebut bersama sama di dalam kereta .

dan kini , hanya ada aku dan Haein di dalam kereta . berduaan sedang menyaksikan tayangan pacak yang aku sendiri sediakan untuknya .

aku tak tahu sangat tentang movie yang best . jadi aku tanyakan kepada pekerja aku sahaja tentang movie mana yang sesuai . tanpa langsung melihat isi ceritanya aku , aku terus tayang .

" err... taehyung ?"

" ya , saya ?"

aku menoleh ke sebelah , memandang wajah Haein . entah mengapa , riak wajahnya seperti tidak selesa membuatkan aku sedikit pelik . dia tak selesa dengan kereta aku ke ?

" kalau awak tak selesa dengan tempat duduk awak , awak boleh bagitahu . saya boleh tolong adjustkan "

dia menggeleng perlahan . menggigit bibir bawahnya , seolah dia tidak tahu bagaimana ingat ungkapkan kepada aku .

" kenapa ?"

" awak... memang suka cerita genre macam ni ke ?"

aku terdiam buat sejenak . berkemungkinan dia juga suka dengan cerita ni . jadi aku tak perlu bagitahu dia yang cerita ni pekerja aku yang pilihkan .

" ya , saya suka " aku kuntumkan sengihan perlahan . " awak pun suka ke cerita macam ni ?"

dia terdiam sejenak . masih menundukkan pandangannya . entah kenapa pula kedua dua belah pipinya mula berona merah seperti sedang menahan rasa malu .

sebelah kening aku terangkat ke atas , pelik dengan kelakuan dia yang kelihatan agak aneh secara tiba tiba .

" saya... tak tahu pula awak orang seperti tu "

dahi aku semakin berkerut tatkala mendengar kata katanya . apa yang dia cuba katakan kepada aku ketika itu aku juga tak berapa nak faham . tapi aku biarkan sahaja sampai lah ....

" a-argh ! a-ahhh ~ "

mata aku serta merta membulat mendengar bunyi aneh itu . pantas aku menolehkan kepala menghadap ke hadapan . riak wajah aku serta merta berubah tatkala melihat aksi yang tak sepatutnya ditayang di tayangan pacak terbuka ini .

" tajuknya 365 . saya... tak tahu pulak awak ni penggemar porn , taehyung-sshi " ujar Haein sedikit kekok .

mata aku membulat besar . pantas aku toleh dan pandang wajahnya . berulang kali aku menggeleng kepala laju , cuba untuk membetulkan salah faham ini namun aku tak tahu nak cakap macam mana .

" t-tak . bu-bukan . sa-saya..." aku terkelu lidah .

hancur terus reputasi aku sebagai seorang lelaki sejati . aku gigit bibir bawah dan mengeluh perlahan . rambut panjang hadapan aku diraup perlahan ke belakang .

kedua belah pipi aku betul betul terasa panas . aku betul betul malu sangat sangat dengan Haein . sepatutnya aku tengok dulu cerita tu pasal apa ni main tayang macam tu je .

" ma-maafkan saya "

disebabkan terlalu malu , aku terus keluar dari perut kereta . aku mengatur langkah agak jauh dari lokasi kereta aku berada . ya , aku betul betul malu .

selama aku hidup , tak pernah sekalipun aku menyesali kesemua pilihan aku sampai lah harini . tapi kenapa hari ni juga perangai bodoh aku nak keluar ?

aku geleng kepala perlahan . kedua dua belah tangan aku menekup wajah aku , menahan rasa malu yang sudah menyebulungi diri aku sepenuhnya .

" eish , macam mana aku nak berhadapan dengan dia . tengok mata dia pun aku tak mampu "

telinga aku pula sudah pun memerah . menunjukkan betapa malunya aku ketika itu . terlalu malu sampai aku rasa macam nak sumbat kepala dalam tanah sekarang jugak .

" hadap jelah macam biasa , apa yang susah ?"

suara seseorang membuatkan aku terus berpusing ke belakang . mata aku sedikit membulat tatkala wajah gadis itu menyambut pandangan aku . sedikit terkejut dengan kehadirannya secara tiba tiba .

dia tersenyum .

aku ketap bibir rapat . " Haein-sshi , maafkan saya tapi cerita tu kawan saya yang suggest kan dan saya tak tengok lagi cerita tu . saya nak--"

dia tertawa kecil . " kenapa awak nak gelabah pulak ni , taehyung-sshi ?"

" saya taknak awak... salah faham "

" it's okay . lagipun saya tak marah pun cuma agak terkejut bila awak tayang cerita tu " dia tertawa lagi .

aku tersenyum kekok . tengkuk aku diusap perlahan . mata aku pula dialihkan untuk memandang ke tempat lain . aku betul betul tengah kekok ni .

" taehyung saya--"

belum sempat Haein ingin meneruskan kata katanya , tiba tiba rintik hujan mula turun dengan lebatnya membuatkan kami berdua serentak terkejut .

aku terus menarik lengan Haein dan ingin membawanya ke arah kereta secepat yang mungkin namun entah macam mana langkah aku terhenti tatkala Haein mengeraskan dirinya .

aku memusingkan tubuh ke belakang dan memandang ke wajah Haein yang masih berdiri tercegat di posisinya itu dengan pandangan penuh risau .

" Haein , kita kena--"

" awak pandai menari tak , taehyung-sshi ?"

aku terdiam . sedikit terkejut mendengar soalan tiba tiba yang diberikan Haein kepada aku .

dia melepaskan lengannya daripada pegangan aku dan mula memegang tangan aku erat . mata kami sekali lagi saling bertemu sebelum dia mengukirkan senyuman manis .

dan di kala itu lah , kami mula menari bersama sama .

seolah olah sedang membuat persembahan di dalam hujan . kami berdua langsung tak merisaukan diri dibasah lencun dengan air jernih itu malahan semakin rasa seronok .

tanpa aku sedar , aku tersenyum .

kau pernah rasa perasaan ini ? di kala waktu hujan lebat tapi kau pilih untuk menari di dalam hujan walaupun kau mempunyai tempat berteduh dan payung .

menari dalam hujan .

bukannya suatu benda yang baik . berkemungkinan kau akan demam dan juga pakaian yang tersarung pada tubuh kau akan basah lencun dek kerana air hujan yang turun dengan lebat .

tapi ....

di ketika kau menari di dalam hujan , terasa seperti segala bebanan masalah kau hilang begitu sahaja . air hujan bagaikan sedang menyerikan persembahan tarian yang kau cuba persembahkan .

kau enjoy dengan emosi seronok ketika menari dan tak perlu risaukan apa apa masalah . bagaikan segala masalah kau sudah pun dibuang dari fikiran kau di setiap kali titisan hujan mengalir mengenai tubuh kau .

dan itu lah apa yang aku dan Haein rasakan .

ketika menari di dalam hujan , tiada apa apa yang perlu kami berdua risaukan dan takutkan . seolah di dalam dunia ini hanya ada kami berdua sedang menari dengan seronoknya .

selesai menari , aku dan Haein pantas berlari di bawah sebuah pondok , berteduh di bawah bumbung itu . tatkala mata kami saling bertembung , aku dan dia serentak tertawa .

tak menyangkakan kerja gila apa yang baru sahaja kami lakukan .

" ahhh ~ omma selalu melenting bila saya terkena hujan . tapi tak sangka pula bila menari dalam hujan ni rasa... puas sangat sangat "

Haein mengukirkan senyuman lebarnya . aku yang melihat wajah serinya , turut tersenyum .

" Haein-sshi "

" hurm ?"

" awak tau tentang vampire ?"

" eo ? ermm... tau . yang dekat dalam filem barat tu kan ?" balasnya selamba .

aku tersenyum kecil . bahkan cara mereka jawab berkenaan vampire jugak sama .

" tapi sayangnya , untuk kehidupan kalini Kim Taehyung bukan vampire . hanya manusia biasa "

" nae ?"

Haein menayang wajah blurnya . tak faham dengan apa yang aku cuba katakan . keningnya terangkat ke atas buat seketika . aku tersenyum .

perlahan aku pusingkan tubuh ke tepi bagi menghadapnya . kini , anak mata aku merenung dalam ke dalam anak matanya lembut membuatkan dia sedikit tergamam . terpukau dengan renungan mataku .

" Haein-sshi "

" y-ya ?"

" will you be with me for the rest of my life ? be the queen and i'll never leave you alone . i'll protect you at all cost if you let me... marry you "

dia tergamam .

melihatkan dia yang langsung tidak memberikan sebarang respon kepada aku , perlahan lahan senyuman aku memudar . aku memandang ke arah cincin yang masih tersarung di jarinya .

" kalau awak reject saya... awak boleh tanggalkan cincin tu " ujarku dengan nada suara yang perlahan .

" anni " mata aku membulat . pantas aku mengangkat wajah dan memandangnya keliru . " saya... akan tetap pakai cincin ni "

pada awalnya , aku terkejut . namun perlahan lahan senyuman lebar terukir di wajah aku . aku tak menyangkakan jawapan yang aku ingin dengar akhirnya terbit di bibir gadis itu .

akhirnya... cincin tu sudah pun menemui peganti Eun Haewon .

aku serta merta menarik wajah Haein perlahan lalu membenamkan bibirku ke bibirnya . dia turut memejamkan matanya , menikmati ciuman yang aku berikan ikhlas kepadanya .

kedua dua tangan aku mula memegang perlahan wajahnya , tidak mahu gadis itu mengubah fikirannya . bibir gebunya aku amati lama , melepaskan segala rasa rindu yang terbuku .

air mata Haein juga turut mengalir .

walaupun dia baru sahaja mengenali aku ketika itu , namun entah kenapa cepat sahaja dia jatuh cinta kepada aku sedangkan dia bukan jenis seorang gadis yang cepat jatuh cinta .

bila bersama aku , terasa seperti dia sudah pun selesa . terasa bagaikan ini bukan kali pertama dia bertemu dengan aku malahan sudah lama dan kami sudah bersama dari awalnya .

Haein langsung rasa tak asing bila bersama aku .

kerana dia... kehidupan semula Eun Haewon .

dan akhirnya... semuanya akan jadi baik baik sahaja seperti sediakala . dan aku akan bahagiakan gadis ini . aku akan lindunginya dan tebus balik kesilapan yang aku lakukan pada waktu dulu .

kerana aku .... cintakan dia .

dia lah , hickey aku .

- t h e e n d -

soooo akhirnya cite ni habis pun huhuhuhu sorry sebab ambil masa untuk tamatkan ff ni and storyline pun serabut barai semacam huhu

so best tak ?

HAHAHHAHAHA i know tak best just fikir nak habiskan cepat je ff ni dah la nak murung bye hshshhshs

btw for those yang tak faham ending dia , act yang mati at the end tu only haewon je and tae tak mati just dia macam kena pancaran matahari tu and tubuhnya berubah debu

but dia kembali jadi manusia biasa like bukan vampire dah . like kalau korang tengok , hanya tae sorang je nama dia kim taehyung which is nama asal dia and dia je ingat pasal haewon semua and ada cincin tu apa lah kan

so , dia jadikan kelahiran semula haewon as peganti cincin tu gitchuwww

okay neul tau cite ni merepek HAHHAHAH mampus la fantasy en buat apa nak logik semua bende agagaggagag

btw thank you so much sudi baca ff merapu neul ni and pls keep support me dengan ff akan datang 🥺❤️

me love you yayangs 💜💜💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro