✧・゚: no breathing
Aku dimasukkan ke dalam hospital.
Aku telah mengalami sesak nafas yang sangat dahsyat.
Aku hampir pitam.
Memandangkan bilik Mi Ra tidak jauh sangat dari bilik aku ditempatkan, aku pun berjalan pergi ke biliknya.
Sampai sahaja di tangga, aku terkelu.
Aku jatuh secara tiba-tiba.
Tidak mampu untuk berdiri.
Entah mengapa pada waktu itu aku menangis.
Tangisan air mata yang jatuh bukan kerana diri aku dalam kesakitan.
Tetapi, aku dapat rasa sesuatu.
Sesuatu yang amat mendebarkan.
Pada masa yang sama, aku ternampak seorang doktor dan juga beberapa orang jururawat sedang menolak dia masuk ke dalam Bilik Pembedahan.
Dengan sekuat hati aku menjerit nama kau.
"Tunggu oppa datang, Mi Ra."
Aku cuba untuk bangun, tapi malangnya kali ini aku jatuh dari tangga.
Kepalaku terhantuk dengan kuat.
Dan dapat dirasa darah-darah sejuk mengelilingi diriku.
Pemandangan ku menjadi gelap-gelita.
- lee sangyeon, June 2010.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro