
✧・゚: I feel your smile at the end of my day
Aku mundar-mandir di hadapan wad ICU.
Ya, Mi Ra dikejarkan ke wad ICU akibat denyutan nadinya turun.
Kebahagiaan dan kegembiraan aku tak dapat bertahan lama.
Semuanya sementara.
Hyunjae cuba untuk menenangkan aku.
Aku cuba untuk tahan air mata aku dari jatuh kerana teringatkan kata-katanya.
Aku harus kuat untuk dia.
"Duduklah dulu," pinta Hyunjae.
Aku duduk lalu cuba untuk bertenang.
Aku berdoa di dalam hati agar diberi kesembuhan buat isteri ku yang tersayang.
"Hyung, cuba cerita sikit pasal anak hyung tu," pinta Sunwoo.
Dapat aku lihat Hyunjae menjeling Sunwoo kerana tidak selesa dengan permintaannya itu.
"Takpe. Yeon Ra comel tau, lagi comel dari Eric. Rambut dia ikal mayang macam rambut mak dia. Lesung pipit dia dalam, lagi dalam dari hyung punya. Suara dia kecil sangat, hyung..,".
Tak dapat aku teruskan. Sedih apabila teringat bahawa semua itu hanya khayalan dan tidak pernah wujud.
"Ah hyung , sorry."
"Takpe. Bila tahu Mi Ra dapat jumpa Yeon Ra, hyung dah rasa gembira sangat."
Aku tersenyum.
Terima kasih atas segala memori.
- lee sangyeon , October 2010.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro