Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

photo card

Setelah selesai persembahan pembukaan, para peserta telah diberikan nombor dorm masing-masing.

"Xing, kau dorm nombor berapa?" tanya Yinghao. "Aku dapat dorm-1," tambahnya lagi.

"Oh, kalau kau dorm-1 aku dorm-2 lah." Balas Xingxing sambil menggalas beg bajunya.

"Kau tak bawa bagasi ke?" tanya Yinghao lagi kerana pelik melihatkan Xing seorang itu hanya membawa satu beg sahaja. Manakala, Yinghao pula membawa satu beg bagasi dan disandangnya lagi beg aksesori yang besarnya seperti beg golf.

"Buat apa nak bawa banyak-banyak?" tanya Xing tapi tidak disahut pula oleh Yinghao kerana dia sudah berjumpa dengan teman gosip yang baru.

Xing berdecit. "Sungguh mudah kau meninggalkan aku."

Situasi lain.

"Hui Yin!"

Hui Yin yang baru selesai membasuh rambutnya menoleh ke arah suara itu datang. "Apa dia?".

"Kau ingat lagi Xing?"

"Duan Xingxing? Ex yang takde keberkatan tu?" tanya Hui Yin semula.

"Mungkinlah."

Hui Yin memerhatikan kawannya yang diberi nama Lili. "Kenapa dengan dia?"

"Ni. It's him right?" Lili menunjukkan gambar Xingxing yang sedang berdiri dan memakai baju khas untuk trainee Youth with You.

Hui Yin hampir menyemburkan air dari mulutnya, cuba untuk kekal tenang. "Yeah, it's him. Mana kau dapat gambar ni?".

"Come on girls, aku sebagai penonton setia rancangan tu sedang mengstalk jejaka-jejaka kacak lagi kan merbahaya. Then ternampak dia ni."

"Dia masuk? Ceh, ada bakat ke?" Hui Yin mencebik.

"Dari kajian aku, dia ni ada bakat dalam bidang tarian." Kata Lili sambil mengusap-usap dagunya. Hui Yin memuncungkan bibirnya.

"Tak percaya? Meh sini, kita tengok sama-sama." Lili menarik tangan Hui Yin supaya duduk di sebelahnya lalu mereka pun menonton episod satu Youth with You bersama.

Pada awalnya, niat nak tengok part Xingxing sahaja. Entah bagaimana boleh terlebih sampai habis satu episod.

"So how?" Tanya Lili kepada Hui Yin.

"Aku dah ada pick," kata Hui Yin. "Siapa?" tanya Lili lagi. "Luo Yizhou dengan Tang Jojo!" jawab Hui Yin teruja.

Lili yang terkejut dengan reaksi Hui Yin hanya tersenyum. Sudah lama dia tidak melihat Hui Yin memberikan senyuman yang sangat lebar setelah ditinggalkan Xingxing.

Di Dachang, Dorm-2.

"Oh? X!" Sapa Yizhou ramah.

Xingxing hanya melihat Yizhou sepintas lalu sebelum sambung berjalan menuju ke arah katil.

"Baguslah kau ada dalam dorm yang sama dengan aku." Yizhou cuba untuk berbual dengan Xingxing. Walaupun seperti bercakap dengan tiang, dia masih berusaha.

"Yizhou!" Jerit seseorang dari luar.

"Tu ada orang panggil kau, pergi sana. Jangan kacau aku!" Xingxing mengiringkan badannya dari memandang Yizhou.

"Kenapa tu? Apa ni dah main cop katil tak ajak," Jojo mencebik.

Yizhou hanya tersenyum kelat bagi menyahut kata-kata Jojo.

Setelah Jojo selesai menyusun barangnya di dalam bilik, dia meminta izin untuk keluar sebentar. "Yizhou, aku keluar jap tau. Aku dengar diorang kata mak cik kantin cantik. Papai!" Lambai Jojo dengan teruja.

Yizhou bingung. Wah, mak cik kantin pun nak usya ke? Ada-ada jelah.

Keadaan menjadi janggal balik antara Xingxing dan juga Yizhou.

"Sebenarnya, aku nak bagi photo card ni dekat kau." Yizhou mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Xingxing mengabaikan kata-kata Yizhou. Dia hanya menutup mata supaya Yizhou menjauhi katilnya.

Yizhou mengeluh. Susah betul nak tarik perhatian seorang Duan Xingxing. "Haih, aku letak dekat rak kau ni. Aku keluar dulu. By the way, cantik perempuan dalam photo card kau tu." Yizhou pun keluar dengan lemah.

Xingxing tersentak. Dia lantas bangun dan memeriksa raknya. "Dia kata dia letak atas ni?" Terkejut Xingxing apabila melihat atas raknya itu masih kosong.

Xingxing mengeluarkan pandangan yang tajam dan juga dingin. "Kau nak main-main dengan aku. Kau tunggu, Luo Yizhou."

hi korang ! I'm backkk ❤️.

maaflah lama sudah tak update, hiks.

kesalahan tatabahasa kalau ada minta tegur lah ya, uhuhu.

btw, note. ini fiction je tau, the real personality is diorang crackhead and friendly antara satu sama lain.

hope you enjoy!

thank you 🤧












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro