Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❄07❄

"Wei, balik ni kau ada nak pergi mana-mana ke?" Haechan bertanya kepadaku sambil mulutnya penuh aiskrim walnut dengan coklat meleleh.

"Aku, tak de kot, aku tumpang kau balik boleh?"

Aku menunggu dia memberi jawapan. Mulut penuh sangat, itu yang tak boleh bercakap langsung. Kelihatan dia mengangguk laju. Lantas tanganku menekan pad kekunci, memberitahu Jungwoo bahawa aku rempit dengan Haechan.

.
.
.

"Broom broom!" Haechan menolak bahu aku menuju ke tempat parkir kereta.

"Aechan, mana kereta kau?" aku sudah pelik. Kereta Haechan warna kuning, jadi dari jauh pun sudah nampak, tapi sekarang mana?

"Aku naik motor la harini."

Mataku terbeliak, jangan cakap aku kena bonceng dia naik motor superbike tu?

Fikiranku terbayang di saat lalu, Haechan membawa aku membonceng motornya masa dia baru beli dulu. Dia bawa motor macam pelesit kau tahu? Laju gila, aku dah takut kalau malaikat maut sehensem Lee Dongwook datang menjemput kami.

"Hyah, aku pakai skirt tahu? Nanti kain aku terangkat macam mana? Lepas tu, aku tak nak bontot aku tertonggek lagi bila naik motor kau tu, lepas tu, aku tak jamin kalau kau boleh bawa motor perlahan!" pekikku. Sedar tak sedar, kami sudah tiba di motor.

"Bising la! Nah pakai ni!" topi keledar bertema black metal disarungkan di kepalaku. Tangannya lantas mengetap tali topi tersebut.

"Aku takut la Chan!"

"Kau peluk je la aku, kita rempit. Lagipun apartment kau bukan jauh pun, setengah jam sampai." kakinya sudah start ekzos motor.

Matilah aku, menyesal pulak aku balik dengan dia. Kalau aku tahu dia bawa motor, aku suruh Jungwoo ambil aku je.

"Wei, tayar motor aku pancit siak!"

Ah sudah, aku patut nangis ke, patut ketawa ek?

"Mwo?"

Kelihatan Haechan sudah mengurut batang hidungnya.

"Aku call Jungwoo oppa jap."

"Hello oppa, boleh tolong amik Jungha dengan Haechan tak? Sebab motor Haechan tayar dia mati."

"Mati kau!" marah Haechan. Apa, betul la mati.

"Eh Jungha, oppa mintak maaf, sebab tadi Jungha cakap Jungha balik dengan Haechan, oppa dah gerak pergi Daegu ni."

"Eo, takpe la oppa. Drive safe."

"Oppa call kawan oppa, mintak tolong dia hantar korang balik, dia kerja kat universiti kamu."

"Okay oppa, thank you!"

"Thank you hyung!" pekik Haechan pula.

Aku meletak panggilan selepas Jungwoo oppa membebel kepada aku. Dia punya bebel, sampai minggu depan pun tak habis lagi agaknya.

"Jungwoo hyung cakap apa?"

"Dia cakap, dia mintak tolong kawan dia hantar kita balik, sebab kawan dia kerja sini."

"Jinjja? Yeay!"

Tak berapa minit aku dan Haechan bergosip fasal budak kena tangkap dating di hari pertama, sebuah kereta kelabu cair parking tidak jauh dari tempat kami menunggu. Dia hon kami juga.

Kami bergerak ke kereta tersebut, tatkala aku membuka pintu kereta. Alangkah terkejutnya aku.

J-jaehyun kawan oppa?





.
Amie tak sedar dah 500 reads. Thank you yeorobun

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro