Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❄03❄

Aku menjamah spaghetti yang aku masak ni. Memang tak silap lagi, sedap sungguh.

Anak mataku naik memandang Jungha yang juga sedang makan. Sedikit sedikit disuap ke mulut. Sopan dan ayu.

Ayu, itu hanya semasa makan. Dia tak ayu sebab culik aku. Heh.

"Sedar tak sedar, dah seharian kita duduk sama-sama." katanya tiba-tiba.

"Haah. Kenapa, kau menyesal?"

"Aniyo!" cakapnya laju.

Aku hanya tersenyum memandangnya. Ligat dari rupanya, dia memang gadis yang baik. Tetapi terlalu naif.

"Mana family kau?" tanyaku.

Dia terdiam. Tangannya meletakkan garfu ke pinggannya.

"Omma appa tinggal dekat LA. Oppa dengan isteri dia tinggal dekat rumah diaorang. Saya tinggal seorang dekat apartment oppa ni. Dia bagi saya tinggal."

"Kau sorang saja?"

"Ye, saya sorang je."

"Then kenapa tak jaga kesihatan sendiri? Kenapa tak makan cukup? Kau dah kerja?"

"Aniyo, saya tak ada kerja."

"Habistu - "

"Jaehyun, apa kata awak makan, lepastu kita tengok movie sama-sama." belum sempat aku menghabiskan pertanyaan, dia memotong percakapanku.

"Hm, kau pun. Cepat makan."

.
.
.

"Jungha..." aku memandang ke sebelah. Kelihatan dia sedang terdiam, sambil air matanya deras mengalir.

Movie ni tidaklah sedih sangat, yang dia emo ni kenapa?

"Kau okey?"

"Jaehyun, wujud ke orang macam Hyunmo? Yang hidup susah dan didera. Dahtu, dia dibuli and he tried to survive. At the end, dia bunuh diri. A-ada ke kehidupan yang macam tu?"

"Ada je, cuma kita tak jumpa. Mungkin satu hari nanti diaorang akan dapat kebahagiaan. Kau jangan lah nangis lagi."

"Jaehyun, saya..."

Shh

Aku memeluk dia. Hanya untuk menenangkan, bukan untuk ambil kesempatan.

Kalau aku ambil kesempatan, dari semalam lagi aku dah buat.

Dia membalas pelukanku.

"Terima kasih Jaehyun, sebab masih layan saya dengan baik walaupun saya culik awak."

Kami seakan berkongsi suhu badan yang sama. Lama kami berpelukan. Aku hanya mengusap belakangnya perlahan.

"Hmm."

Ah, malam ini terasa sejuk pula. Dan kami masih berpelukan di sofa, tanpa aku sedar, Jungha sudah tertidur rupanya.

.
.
.

Idk kenapa amie asyik publish and unpublish ff baru amie. Apapun, ff ni akan habis since pkpb dah start. Aigu, malasnya nak join online class🐱

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro