𝗣𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚
14 tahun yang lalu....
Seorang budak lelaki yang masih berusia 9 tahun menghafal sifir lima. Sedang budak lelaki itu menghafal sifir, Tuan Kang ralit melihat anaknya dengan pandangan yang tajam sehingga membuatkan taehyun takut melihat wajah bengis ayahnya.
Budak lelaki itu tetap meneruskan penghafalan sifir itu dengan lancar walaupun hatinya sudah mulai takut jikalau jawapannya salah, sudah pasti ayahnya akan memukulnya.
"Lima kali empat....lima kali empat...."
Setelah hampir lima ke enam kali memikirkan jawapan, Tuan Kang masih ralit dan menanyakan soalan itu kepada anaknya.
"Lima kali empat berapa?" soal Tuan Kang kepada anak lelakinya membuatkan anak kecil itu mula menggigil ketakutan. Tetapi si anak tetap berdiam diri bukan tidak mahu menjawab, malah masih memikirkan jawapannya.
"Yahh! Kang Taehyun! Ayah tanya kamu ni, lima kali empat berapa jawapannya?!"
Hampir terhinjut bahu budak lelaki yang bernama Kang Taehyun itu apabila Tuan Kang menggertaknya sehingga Taehyun pun tidak berani melihat wajah bengis ayahnya lagi.
"D-dua puluh?" kata Taehyun sedikit perlahan.
"Apa dia? Cakap kuat sikit! Berapa jawapannya?!"
"D-dua puluh" kata Taehyun sedikit kuat walaupun terketar-ketar dia menjawab.
"Hah tahu pula jawapannya, asal kau kecut sangat nak jawab? Hah?! Nilah aku malas sangat nak ajar anak bebal bodoh macam kau ni. Menyusahkan aku jelah! Bodoh!" marah Tuan Kang setelah dia memaki hamun kepada anaknya.
Tanpa membuang masa, Tuan Kang melibas dan memukul Taehyun menggunakan tali pinggang hingga menimbulkan kesan lebam dekat badannya.
Zzap!
Anak kecil itu meraung kesakitan dan ketakutan. Libasan itu sedikit demi sedikit meninggalkan bekas di tubuh badannya. Air mata yang mengalir deras tidak dikesat. Tangannya hanya memeluk tubuh yang sakit.
"Kau tahu tak betapa susahnya aku nak sekolahkan kau? Kalau ini yang kau beri pada aku, jadi bodoh dan tak guna macam ni, lebih baik aku tak payah hantar kau pergi sekolah! Faham tak?"
Taehyun mengangguk kecil.
"Sa...sakit."
"Tahu pun sakit! Kau tak tahu lagi betapa sakitnya hati aku ni lepas tengok keputusan peperiksaan kau yang lepas! Kau dengan mak kau sama sahaja, bebal. Bodoh! "
Libasan telah berhenti. Tuan Kang mencampakkan tali pinggangnya ke tepi lalu menendang Taehyun buat kali yang terakhir sebelum meninggalkan anak kecil itu.
Lelaki tua itu keluar dari rumah. Taehyun masih menangis di bucu ruang tamu rumah kecil itu, memeluk lutut dan menangis semahunya.
Berfikir sampai bila harus dia tinggal dalam keadaan yang merana ini. Dia baru sahaja berumur 9 tahun, dimasukkan ke dalam sekolah swasta yang boleh menjamin kecemerlangan namun titik akhir hidupnya bagaikan berada di dalam penjara kemurungan.
■□■□■□■□■
Saetbyeol pulang ke rumah tepat pada waktu petang senja selepas dia bermain di luar rumah dengan kawan-kawannya. Ketika dia baru pulang dari bermain di luar rumah, terpacullah wajah beku Tuan Shin sambil menyilangkan tangan.
Saetbyeol hanya mampu meneguk air liurnya dan tidak sanggup melihat wajah bengis ayahnya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Risau jikalau Tuan Shin memarahinya.
"Baru nak ingat balik rumah ke? Ingatkan dah sesat tak tahu jalan rumah ni. Kerja asyik pergi main je. Dah pergi naik atas, mandi lepas tu pergi belajar. Aku tak nak kau tengok tv, main game atau buat apa-apa yang buat kau malas belajar." arah Tuan Shin dengan nada yang datar dan dingin.
Saetbyeol hanya akur mendengar arahan dari ayahnya. Dia segera bergerak menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Puan Shin yang melihat anak daranya dimarahi ayahnya berasa bersimpati. Entah apa salah budak perempuan itu sehingga dia bersikap terlalu tegas dengan anak gadis itu. Sudahlah baru berusia 10 tahun.
Segera Puan Shin menuju ke arah suaminya untuk memujuk.
"Yeobo. Kalau nak bertegas sangat pun dengan anak kita, janganlah macam ni. Tak kesian ke dekat Saetbyeol? Dari tadi saya perhati dia asyik berdiam diri sebab abang tahu tak?." pujuk Puan Shin menenangkan suaminya.
"Abang tak nak pembelajaran dia merosot tahu tak kalau dia asyik main kat luar atau buat benda yang boleh buat dia lalai. Abang nak dia ni jadi anak yang berjaya macam orang lain." ujar Tuan Shin melepaskan keluhan kasar.
Puan Shin yang mendengar balasan suaminya hanya menggelengkan kepala perlahan. Tidak faham dengan perangai suaminya yang sikit-sikit mahukan kesempurnaan. Tidak sedar yang anak masih kecil, sudah dipaksa untuk belajar keras, tidak seperti kanak-kanak yang lain.
■□■□■□■□■
Saetbyeol POV
Aku mendaki beberapa anak tangga menuju ke arah bilikku seperti yang diarahkan oleh ayahku. Setelah aku masuk ke dalam bilikku, pantas sahaja aku menutup dan menghempas pintu bilik itu dengan kuat untuk melepaskan kemarahanku. Peduli apa aku jikalau ibu bapaku mendengar bunyi hempasan pintu bilikku.
Pasu bunga yang terletak di atas meja kecil itu, aku ambil lalu aku mencampakkannya ke arah dinding bilikku sehingga pecah meninggalkan serpihan-serpihan kaca di atas lantai bilik itu.
Bukan setakat itu sahaja, barang-barang koleksi mainan dan alat muzik seperti gitar dan violin yang terdapat di dalam rak kabinet itu juga turut aku campakkan ke arah dinding sehingga rosak dan pecah.
Setelah aku mencampak barang-barang mainan dan alatan muzik atau benda-benda tajam seperti pasu bunga, aku juga turut menjerit kuat untuk melepaskan api kemarahanku yang kian memuncak setelah lamanya ku pendam perasaan marahku.
Lalu aku menangis semahu-mahunya di dalam bilik itu. Ya aku benci diri aku. Aku benci ayahku. Dan aku benci semua orang di dalam rumah ni. Entah sampai bila aku hidup macam ni dalam keadaan yang merana dan tertekan. Ibarat aku tinggal di dalam neraka.
"Aku harap aku cepat keluar dari sini" bisikku perlahan lalu aku memeluk lutut untuk melepaskan tangisku.
✙ MAIN CAST ✙ ::
➹ KANG TAEHYUN
➹ YOU AS SHIN SAETBYEOL
{ yoora's note } ::
❀ hi guys, i'm back again with my new txt ff after psycho boyfriend and badboy vs. tomboy - jay enhypen. This my first taehyun ff I write. Actually yoora malas nak speaking english kat sini maklumlah ayat pun berterabur apatah lagi grammar hshshdjssnjs. Untuk ff txt member lain tu yoora takde perancangan lagi nak buat melainkan kalau korang sendiri nak sedekahkan idea ff akan datang itu kat yoora melalui personal. For your information, ff ni dah lama tersimpan dalam draft berkurun lamanya patutnya masa birthday taehyun hari tu yoora nak pub but masa tu writer block menguasai yoora menyebabkan yoora lama x update ff jay termasuk ff baru ni. So yoora tak nak membebel panjang kat sini so itu jelah note daripada yoora. Enjoy your readings guys.
✿ - special tag - ✿
( yawnzluv • leomeoluvs • yawnzw • seochips • alwaysofmoments • kkvvit • beamishgyu • Dawoo_Osamu • stxrrytyun • -aegyopingu- • @hynjnirett • cbgwve • ddeonuimnida • sunnylya • jyj98_ • chanmalican- • chocochan- ) sorry tag random guys
Inspired by ::
• 0X1 : I know I love you - TXT
• LOVER-LOSER - TXT
• Good Boy Gone Bad - TXT
• Thai Drama : Bad Romeo
80% hasil idea datang daripada diri sendiri manakala 20% hasil daripada drama dan lirik lagu txt yang yoora dengar dan kaji
[ WARNING ⚠ ] ::
• dilarang sama sekali memplagiat, meniru or menciplak karya dan hasil kerja keras saya sendiri tanpa izin. Kau claim idea aku tu idea kau, get ready sniper for headshot your head. Punyalah susah payah mencari idea untuk hasilkan karya yang tidak seberapa ini, senang-senang je kau plagiat eh. Ada otak tu silalah fikir ya sebelum aku hempuk kepala otak kau guna frying pan abe seokjin nanti.
• haters are not allowed and don't throw a hated or rude comments on me. If you do this, I will mute and block you. Tak suka tak payah baca tiada sebarang paksaan. Understand?!
Dah tu ja selamat malam dan selamat membaca.
Words : 1202 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro