【2】
" Are you there? " Tegur Hayriell seolah olah seseorang mendengarnya. Dia masih belum dapat melihat kelibat manusia berada dekatnya.
Anak muda itu menapak, kemudian mendekati meja kecil yang diperbuat daripada kristal.
Prang!!!!!!
Bunyi retakkan pingan kaca di bahagian dapur mendirikan bulu roma Hayriell, " mungkin
' dia ' marah kut aku masuk tanpa izin.. " Duga Hayriell. segera dia menyuluh cahaya lampu bimbit itu ke arah serpihan kaca berderai pecah jatuh ke lantai.
Urat saraf Hayriell mula menegang akibat aliran darah yang semakin laju."Eh,air apa ni?" Dia memandang ke bawah dan mengangkat kakinya.Serentak itu juga dia terdengar titsan air yang keluar dari paip. Segera dia mengalihkan lampu telefonnya ke arah paip itu.Tanpa dijangka air mula melimpah dari singki.Bukan itu yang mengejutkannya tetapi air yang mengalir itu adalah cecair berwarna merah sehingga melimpah di atas lantai.Kakinya berundur setapak demi setapak ke belakang menjauhi darah itu dengan peluh yang membasahi dahi.
Tiba-tiba...
"Hello friend,play with me,"Kakinya terpijak sesuatu. Teddy bear kecil yang dipijak dapat mengeluarkan suara apabila ditekan.Tetapi yang peliknya perut anak patung itu sudah terburai kapas di dalamnya yang berwarna merah seakan darah.
"Reqza ."Hayriell teringat yang teddy bear mainan dihadiahkan oleh bekas isterinya Erina kepada Reqza .Semasa Hayriell mengambil anak patung itu ,tiba tiba terasa jantungnya seperti berdenyut kuat sekali apabila memegang teddy bear hancur . Gulp! tekaknya berasa pasir yang memenuhi tekaknya.pedih dan sakit ketika meneguk air liur.
Satu kelibat hitam berlari melintas Hayriell.Hayriell cepat-cepat menutup mata.Tangan yang memegang anak patung terlepas. " jangan main main larh sial! " Marah Hayriell , tahap kesabarnnya sedang diuji.
Kriekkk....
Telinga capang Hayriell dapat mendengar bahwa seseorang sedang cuba membuka pintu.Dia berniat mahu melihat siapa yang membuka pintu bilik , tetapi dia juga dapat menangkap bunyi aneh seperti seseorang menyanyi opera tahun 1960 yang mendayu-dayu. Bagaikan hembusan suara betul-betul di belakang telinganya. Terperanjat dia.Bulu roma mula meremang kembali.
Dia memusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian..
" What?! " sesuana gelap gelita tiada langsung kelibat sesuatu berada dipintu.
Apabila dia berpaling ke hadapan, serta merta tubuhnya berdiri tegak dan kaku bagaikan patung,dihadapannya sebuah cermin tergantung di dinding bertulisan dengan cecair merah segar. are you looking for your new wife and our daughter ?
Hayriell berasa takut hendak menoleh ke belakang kembali apabila membaca tulisan yang terukir sendiri di cermin.Dia memeluk tubuh dengan erat .Bahagian tengkuknya terasa dingin dan seram.
Dummm!!!
Terperanjat Hayriell sebaik sahaja mendengar dentuman kuat dari pintu yang telah dihempas. Spontan dia menoleh ke belakang semula " Erina ! aku yakin dia yang menculik anak aku dan Zureen.. " Wajah Hayriell kelihatan resah dan serius suaranya kedengaran terketar-ketar. Dia yakin dia melihat kelibat manusia sama iaitu bekas isterinya, Erina.
Dadanya serta merta turun naik, jika Erina telah menculik mereka bermakna mereka dalam keadaan bahaya.Dia perlu mencari Zureen dan Reqza.
***
Dia melihat sekeliling.Keadaan disekelilingnya gelap.Tiada sedikit cahaya pun walau sejalur.Dia cuba meggerakkan tangan dan kakinya.Tetapi usahanya gagal.Kemudian,dia cuba membuka mulut untuk menjerit.Sia-sia.
Dalam keadaan lemah,dia cuba membuka kelopak matanya perlahan-lahan kerana kelopak matanya berat untuk dibuka
Selepas beberapa saat,Zureen terdengar bunyi goresan mancis berdekatan dengannya.Dia cuba menyesuaikan dirinya dengan keadaan gelap gelita.Semakin lama penglihatannya semakin jelas.
Barulah dia tahu bahawa mulutnya disumbat dengan kain merah.Tangan dan kakinya pula diikat kemas di kerusi.
"Umpphh!"Dia cuba menjerit meminta bantuan."Shh..."Wanita berpakaian serba putih itu mengeluarkan kain merah dari mulut Zureen."Lepaskan aku!"Zureen menjerit sekuat-kuatnya. Wajah wanita itu tidak dapat di cam kerana rambutnya yang panjang dapat menutupi sebahagian wajahnya.
" Kau siapa sebenarnya? Apa salah aku pada kau? Mana Reqza ,anak aku? " Pinta Zureen dia menangis dan air matanya tidak langsung berhenti sejak dari dia direntap di atas lantai dengan kasar.
Dia tidak tahu mengapa dirinya diperangkap hingga dijadikan tawanan perempuan misteri itu. Tiada jawapan keluar daripada mulut wanita berambut panjang itu malah yang mengerunkannya lagi,tangan kanan wanita itu digenggam kemas sebilah pisau.
" Kau nak buat apa dengan pisau tu? " Tanya Zureen pelahan lahan wanita misteri menghampiri dia sambil mengangkat pisau ditempel dipipi Zureen."Your daughter?Are you sure,Zureen?"Suara wanita itu agak serak.Zureen pelik mengapa wanita itu menggunakan bahasa inggeris.
***
Sedang ralit Hayriell memerhati perabot-perabot di rumah itu yang sudah berdebu tiba-tiba dia mengerling ke arah tangga yang digunakan untuk ke tingkat atas apabila mendengar seperti ada orang menggusurkan tangan ke pemegang tangga.Hayriell mendekati tangga. Memandang atas.Tiada orang.Dia mengatur langkah untuk naik ke tingkat atas.
Satu langkah.
Dua langkah.
Tiga langkah.
Guli dari tingkat atas melantun dan bergolek.Kemudian berhenti di kaki Hayriell.Bunyi guli melantun seperti ada budak yang sedang bermain guli dari atas.Hayriell ingin mengambil guli tersebut.
Satu labah-labah
Cuba panjat perigi
Bila hujan turun
Satu suara seorang wanita sedang leka menyanyi di atas.Suaranya yang merdu dapat menambat hati Hayriell dan membuatkan dia berhenti seketika di anak tangga. Dia menggelengkan kepalanya.Dia menghiraukan suara itu.Tanpa berfikir panjang,dia kembali mendaki tangga.
LABAH CEPAT LARIIIII !!!
Suara yang merdu bergemisik tadi tiba tiba bertukar menjadi kasar membingitkan telinga Hayriell. Terus dia menekup telinganya supaya dapat mengurangkan kebingitan suara itu.Jantung dia seperti tercabut pangkal.
to be continue..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro