EPILOGUE
28/8/2021🤍✨
6 YEARS LATER
Sebuah kapal terbang berkode BA selamat mendarat di lapangan terbang kuala lumpur. Berpusu-pusu penumpang daripada kapal terbang itu turun dan menuju ke balai utama KLIA.
Hari yang ditunggu telah tiba,
lengan baju dilipat paras siku, jam berjenama ted baker dikerling sepintas lalu. satu senyuman manis terukir sebaik melihat jam itu.
bunyi beg bagasi seakan menghampiri, Adam yang sedang melipat lengan baju menoleh ke sisi. pandangan terarah akan seorang gadis cantik berpakaian dengan cermin mata disemat pada batang hidung. rambut yang terjutai ke dahi disisip ke belakang.
"dah lama tunggu?" selamba gadis itu menyoal tatkala Adam memandangnya. lelaki yang sedang bersandar di kereta itu sekadar menguntum senyuman.
"hmm, lama. sampai 6 tahun" jawab Adam mencebirkan bibir nadanya seakan merajuk. Zarryn tergelak kecil, ditenung lembut raut wajah lelaki itu.
"sorry sayang..." ucap Zarryn dengan lemah lembut. matanya redup merenung Adam. Dari reaksi wajah Zarryn, dia kelihatan amat berasa bersalah.
Adam membetulkan posisi, pandangan mereka segaris lurus.
" to keep you waiting for long" sambung Zarryn, sempat bibir menguntum senyuman hambar melihat wajah dirindui itu.
Adam turut tersenyum lucu mendengarnya. dia bergurau saja lah!
"I just kidding, please don't take serious okey" jelas Adam tidak mahu Zarryn rasa bersalah.
"dah jom, Adam nak bawa Zarryn pergi tempat special" pesan Adam membawa beg ke bonet. Zarryn mengangguk kecil, memerhati Adam yang meletakkan bagasinya dalam bonet.
Kereta Mercedes Amg Gt milik Adam direnung. Timbul satu idea di benak kepalanya. Satu senyuman nakal terukir sebelum kedengaran suara lantang Zarryn memberitahu sesuatu.
"Adam, hari ini orang nak drive!" Ujar Zarryn terus masuk dalam perut kereta.
"okey..."
"Eh apa?!" Panik Adam.
_______________________________
Bunyi pintu butik dikuak dari luar membuatkan Puan Sri Muzifah yang ralit melayan pelanggan berpaling. Seorang lelaki segak berpakaian dengan gaya potongan rambut savvy. Lelaki itu juga melemparkan senyuman manis.
Puan Sri Muzifah turut membalas senyuman lelaki itu. entah mengapa setiap kali melihat raut wajah lelaki itu, hatinya berasa tenang. Mungkin kerana lelaki itu bakal menjadi sebahagian keluarganya nanti.
"Assalamualaikum mama" ucap lelaki itu penuh sopan santun, semakin lebar senyuman Puan Sri Muzifah mendengar salam lelaki itu.
"waalaikumussalam, menantu mama cari Asyalyn ke?" teka Puan Sri Muzifah. Tahu sahaja tujuan Hayden Ziyyad ke butiknya. Sudah tentu mahu mencari Anak daranya. Maklumlah, Asyalyn lepas habis belajar tolong ibunya dekat ibu sahaja. Katanya bosan duduk dekat rumah.
Hayden mengaru pipi tidak gatal, segan pula dipanggil menantu. Sejak dia rasmi menjadi tunang Asyalyn Emane. Ibu gadis itu selalu mengusiknya dengan gelaran menantu.
Pelahan-lahan Hayden mengangguk. Kelihatan Asyalyn asyik mengira sesuatu sehingga tidak menyedari kedatangan Hayden di butik.
"pergi kacau dia, mama rasa dia tak perasan kamu datang" ujar Puan Sri Muzifah mahu menyakat Asyalyn. sibuk mengira apa sampai tak perasan Hayden datang. Macam kira ekonomi negara.
Hayden tidak menjawab hanya senyuman dikuntum tanda iya. Lantas dia mengatur langkah mendekati kaunter pembayaran. Dimana Asyalyn berada sekarang.
"sayang.." panggilnya penuh kasih sayang.
Asyalyn mendongak kepala memandang Hayden yang tercegat depan kaunter. Lelaki itu menghadiahi senyuman manis sebelum mulutnya mengutur sesuatu.
"lunch jom" ajak Hayden senggih comel.
___________________
"Dapur Asia?"
Asyalyn berasa ragu-ragu sebaik sahaja kereta sampai ke destinasi. Hayden berlari anak keluar dari kereta dan bukakan pintu sebelah pemandu.
"Thankyou" ucap Asyalyn teragak-agak keluar dari perut kereta. hatinya terdetik mahu menanyakan sesuatu, hairan. kenapa Hayden membawanya ke restaurant tepi pantai.
setahunya Hayden tidak gemar ke tempat seperti ini. oleh kerana dia mempunyai alergic. namun melihat tunangnya dihadapannya sambil melontarkan senyuman manis. pertanyaan itu dilupakan sahaja.
"jom masuk sayang" pelawa Hayden melebarkan senyuman. Asyalyn hanya mengangguk mengekori Hayden masuk ke restaurant.
Pada masa yang sama kereta berwarna hitam memakir bersebelahan kenderaan pasangan itu. seorang gadis berambut ikal maya turun dari perut kereta. ditoleh kepala kiri dan kanan, gayanya mahu mencari seseorang sebelum melangkah masuk ke restaurant.
_________________
dia dah sampai ke?
Selang beberapa minit mesej itu dibalas
dah sampai, get ready
Hayden memanjang leher seolah ingin mencari seseorang. berkerut dahi Asyalyn melihat Hayden yang berwajah serius. Dia turut menoleh ke belakang mahu melihat apa yang dicari teman lelakinya itu.
"Ehem"
Automatik Pasangan muda itu mengalih tumpuan apabila kedengaran suara berdehem. Seorang pelayan lelaki berkaca mata dengan mukanya dilindungi mask hitam mahu mengambil pesanan makanan. Bukan itu sahaja pelayan itu juga mengenakan topi hitam di kepala.
Segak
"hello sir, can I take your order" tanya pelayan lelaki itu sedia mencatat pesanan makanan Hayden dan Asyalyn. dengar sahaja suara pelayan itu, Hayden tersenyum makna.
"sayang nak makan apa?" tanya Hayden merenung sepasang mata Asyalyn. gadis itu nampak anggun walaupun berpakaian simple. Asyalyn tidak menjawab, sibuk memilih makanan. Rambut yang terjuntai sedikit diselit belakang cuping teling.
Dalam diam tanpa Asyalyn sedar, Hayden masih memanjangkan leher mencari kelibat yang dinantinya. Sampai satu saat seorang gadis berambut ikal mayang melangkah masuk dalam restaurant. Laju Hayden mengerakkan sedikit mata seolah mengisyaratkan sesuatu. Pelayan itu mengangguk kecil.
_____________
"Miss Armel darnisya right?" Mesra seorang pelayan wanita yang berdiri berhampiran kaunter datang menyapa. Pelayan itu terus mendapatkan gadis berambut ikal mayang itu sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk.
"yes," balas Armel Darnisya, apabila ditegur. Bibir pelayan itu melirik senyuman.
"Sila ikut saya," Pelayan wanita itu berjalan menunjuk meja. Armel yang tidak tahu apa-apa hanya membuntut dari belakang.
__________________
"saya nak chili crab erm..." Anak mata Adam memerhati Zarryn dihadapannya. gadis itu turut memandangnya.
"sweet and spicy" sambung Adam lagi, sebelum satu kenyitan nakal diberikan pada gadis itu. Zarryn ketawa kecil. sempat lagi ye!
Pelayan lelaki yang mengambil order hanya mengeleng akan telatah Adam.
"Abaikan dia. biasanya pesakit dari hospital bahagia" kata Zarryn dengan senyuman. dikalih pandangan kembali arah Adam menjuih mulut seolah marah digelar pesakit hospital bahagia.
Pelayan lelaki itu pergi meninggalkan mereka. Adam memeriksa mesej yang dihantar oleh Hayden. Sesaat kemudian dia melihat Zarryn yang asyik merenung seseorang.
pandangan Zarryn tidak lepas memerhati seorang pelayan lelaki. Riak wajah gadis itu seperti sesuatu bermain di mindanya. Adam yang perasan mula berasa pelik.
"Kenapa ryn renung pelayan tu?" tanya Adam berasa tidak sedap hati. Dia turut memberi tumpuan pada pelayan itu.
Zarryn mengeleng, matanya masih merenung figura pelayan itu.
"tak saya cuma hairan, kenapa muka pelayan tadi macam.."
Zarryn mengalih pandangan melihat Adam.
"Evans Uraiz Lawrance" sambung Zarryn berwajah serius.
matanya tepat merenung sepasang mata Adam inginkan sebuah jawapan. Gulp! air muka Adam berubah mendadak. dia pura-pura gelak, membuatkan Zarryn menjadi sangsi. something fishy here. Nguman Zarryn dengan pelahan dapat didengari Adam.
Zarryn diam, matanya mula menerawang memerhati sekeliling restaurant. Lampu-lampu yang digantung dan pelbagai hiasan dan corak bunga mawar disusun rapi atas lantai.
"mana ada, takkan lah Evans pula. kan dia dekat luar negara lagi." cepat-cepat Adam berdalih. Zarryn dengan riak tak puas hati merenung Adam.
"Betul ke? rasanya dia dah habis belajar." tanyanya lagi ingin kepastian. setahunya course tahun belajar Evans Lawrance tidak jauh beza dengan Zarryn. Cuma Zarryn habis awal setahun belajar dari lelaki itu.
Adam segera mengangguk dan berlagak biasa.
"Miss Armel Darnisya, sila duduk disini"
Mereka berpaling ke tepi.
Damn shoot!!
Serentak itu muncul satu kelibat yang amat mereka kenali. kelihatan Armel sedang berbicara dengan pelayan wanita. Zarryn memandang Armel dengan dahi berkerut.
Dipandang Kembali muka Adam dengan wajah tertanya. lelaki itu mengosok leher dan tersenggih serba salah.
______________
Armel merenung jauh ke luar sambil tangan menopang dagu, tenang fikiran apabila angin dingin pantai meniup ke muka. Beralun-alun rambut panjangnya akan angin itu yang datang menerpa. Mata dipejam seketika menikmati suasana tenang itu.
kemudian pelahan-lahan dia membuka kembali kelopak mata. segaris senyum terukir di bibir gadis itu.
Entah mengapa hatinya terasa dicuit, dia teringat akan peristiwa cemburu antara dia dan Hana di pantai tempoh hari. Evans benar membuatkan hatinya sakit ketika itu. kini sudah Enam tahun berlalu, bagaimana keadaan hana sekarang ye?
"miss"
Armel menoleh ke sisi apabila disapa. seorang pelayan lelaki bertopi dan berkaca mata menegurnya. menu dihulurkan kepada Armel kemudian dia menunduk sedikit kepala ingin mencatat pesanan Armel.
"Udang lemon honey butter" pesannya melirikkan senyuman manis. pelayan itu mengangguk dan mencatat makanan di buku kecil.
Sesekali dia membetulkan topi dan menyambung mencatat. Armel hanya memandangnya dengan senyuman membuatkan hatinya tidak tentu hala. tak keruan jadinya. direnung gadis comel dari jarak dekat.
Dia berdehem membetul anak tekak. segan pula asyik direnung gadis itu. Armel ketawa kecil.
"Sorry, tapi awak buatkan saya teringat dekat someone " jujur Armel tersenggih nampak barisan gigi. pelayan itu terus tersenyum walaupun senyumannya disebalik pelitup muka.
"tapi Handsome dia lagi" kata Armel ketawa kecil lagi. pelayan itu menunduk sedikit kepala mungkin malu diusik Armel. kemudian dia berlalu pergi ke dapur meninggalkan Armel.
Beberapa minit kemudian, seorang pelayan wanita datang sambil menolak troli dengan makanan lazat. sepinggan makanan yang dipesan Armel diletakkan atas meja.
"Thankyou" ucap Armel dengan mesra menguntum senyuman. sekeping note kecil di pinggannya.
"You look more attractive with necklace"
Satu tawa kecil terlentus membaca ayat itu yang ditulis dengan tangan. Mungkin daripada pelayan itu tadi. Namun tulisan itu mengingatkan dia pada seseorang.
Satu alunan melodi piano menyapa telinga,lagu kegemarannya berjudul All of me dimainkan. Pantas Armel menoleh ke sisi ke arah piano, melihat seseorang sedang bermain piano dengan lincahnya. entah mengapa satu memori manis dengan Evans mula berlegar di kepalanya. dia teringat akan mereka bernyanyi bersama di bilik muzik sewaktu di London.
Namun sesaat kemudian, matanya kini tertacap ke arah Pelayan wanita menolak troli itu. yang secara tiba-tiba tersilap langkah di hadapan Armel, mula hilang imbangan dan
"watch out!"
hampir terjatuh.
Nasib baik seorang pelayan lelaki cepat menyambut pelayan perempuan itu. mata mereka bertentangan sebelum pelayan lelaki menarik pelayan wanita itu ke dalam pelukan dan kemudian bernari di sebelah Armel.
Armel dengan muka bingung menyaksikan tarian itu. Pelayan tersebut mula menari mengelilingi mejanya.
Tidak lama itu, beberapa pelayan datang menghampirannya turut menari. mereka berpusing dan menari mengikut alunan muzik. Mejanya ketika itu menjadi tumpuan pelanggan lain.
"awak bawak saya ke restaurant musical ke?" tanya Asyalyn perasan beberapa pelayan tiba-tiba menari mengelilingi sebuah meja. pelik semacam je, ada petunjukkan ke?
Hayden tidak menjawab, hanya tersenggih, sebaliknya dia bangun dan mengheret tangan Asyalyn berlari ke meja tersebut. Asyalyn menonong membuntuti langkah Hayden.
"Jom" Ajak Adam tiba-tiba bangun, lantas menarik tangan Zarryn. Mereka menghampiri meja Armel.
Beberapa pelayan bernari mengelilingi meja Armel berada sekarang. pada masa yang sama, dua lagi pelayan datang menghampar tikar merah. Usai tikar siap diampar, pelayan yang menghiburkan hati pelanggan berhenti menari dan membuka ruang pada seseorang.
Armel menoleh ke belakang, matanya menangkap susuk tubuh Seorang pelayan lelaki bertopi dan cermin mata tadi,datang menghampiri dengan sejambak bunga. Armel kaku.
lelaki itu datang membengkok sebelah kaki dan melutut di hadapan Armel. Gadis itu mempamerkan riak wajah terkejut. apa yang mengejutkannya lagi, Lelaki itu adalah pelayan yang mengambil pesanan makanannya tadi.
Pelahan-lahan lelaki itu membuka peliput muka, dan menanggalkan cermin mata. Terserlah wajah tampan lelaki itu.
sejambak bunga itu dihulurkan pada Armel sebelum lelaki itu menyeluk kocet seluar dan mengeluarkan kotak segiempat kecil.
"Saya datang nak claim awak" tutur lelaki itu.
Kotak itu dibuka, sebentuk cincin berlian membuatkan mata Armel menjadi hangat. lidahnya kelu tak terkata. dia mula menjadi tumpuan pelanggan lain, segelintirnya mula mengambil gambar dan merakam saat itu.
Dikalih pandangan ke kiri dan kanan, kelihatan Adam, Zarryn dan Hayden serta tunangnya Asyalyn berada berhampiran. Mereka saling tersenyum lebar membuatkan Armel mahu menangis.
"Armel darnisya..." Panggil lelaki itu dengan lembut, wanita dihadapannya mula mengibas-gibas sedikit muka tidak mahu menangis.
"Will you marry me?"
Bagaikan mimpi, Armel mendengar ayat yang dilontarkan lelaki itu. Air mata terharu akhirnya tumpah mengalir, hidung Armel tampak kemerahan. dia mengetap bibir menahan rasa terharu. Evans Uraiz Lawrance sedang melamarnya.
"Terima!"
"Terima!"
Kedengaran suara Adam dan Hayden menjerit dan melompat gaya kanak kecil.
Armel menoleh ke sisi melihat Zarryn dan Asyalyn. mereka berpandangan seolah mengisyaratkan sesuatu sebelum Armel memandang kembali ke arah Evans.
Wajah Evans direnung dalam-dalam. Betul ke apa yang didengari itu? Evans mahu memperisterikannya. Bibir terkunci, jantungnya dari tadi memikul dada tak henti-henti.
Zarryn yang menyilang tangan di dada mula menjungkit kening dan tersenyum bangga.
Armel mengela nafas, Ditatap wajah lelaki itu seketika penuh kasih sayang sebelum bibirnya merekah satu senyuman seraya mengangguk. Yes!
"Congrats!!" Tiba-Tiba Adam menjerit dan melemparkan bunga ros ke pasangan itu. Hayden juga berbuat benda sama. Serentak itu beberapa pelanggan berhampiran bertepuk tangan turut gembira atas kebahagiaan pasangan itu.
Evans tersenyum bahagia, pelahan-lahan dia memegang jari jemari Armel dan menyarung cincin itu pada jari gadis itu.
"Yes! Yahoo!!!" Semakin kuat dan Adam dan Hayden bersorak riang mengejutkan yang lain.Lagu Marry you didendangkan, pelayan yang bernari tadi mula bernari. Hayden dan Adam turut serta bernari seperti kanak kecil menjadi penghibur.
Evans mengela nafas lega, pelahan-lahan dia bangkit dari melutut, dia memegang kedua belah bahu gadis itu supaya mengadapnya. dia merenung sepasang mata gadis hazel itu sebelum menariknya ke dalam pelukannya.
Armel turut membalas pelukan itu sambil tersenyum.
"Haish, hari itu Hayden dengan Asyalyn. Sekarang ni Evans dengan Armel pula" kata Adam mencebik, tidak suka melihat agenda itu. dia menoleh ke sisi, melihat Zarryn yang senyum bahagia.
"habis kita bila lagi? khawin terus jom" usik Adam senyum miang. Zarryn menjeling dari hujung ekor mata. tanpa diminta, satu cubitan manja ke perut lelaki itu. terpekik-pekik Adam dibuatnya mengadu.
"Gatal!" marah Zarryn menguatkan lagi cubitan. rasakan! mengatal lagi ye.
THE END
UNTOLD STORY
Evans Lawrance mengintai Armel disebalik tingkap. Dari tempat sembunyi, matanya tertumpu akan gadis itu berwajah muram merenung ke luar tingkap.
Entah mengapa hatinya seakan terusik saat melihat Armel sekarang. seakan timbul sesuatu perasan sukar ditafsir.
Dia mengeluh nafas, mahu sahaja dia berhenti mengintai. tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
"Hah buat apa tu! Satu sekolah aku cari kau" sergah Adam berasa curiga. Hayden disebelahnya mula mengerli ke arah bilik rawatan itu.
"Kau mengintai Armel ke?" soal Hayden nada mendatar.
Evans menafikan, lantas dia mengeleng.
"mana ada, kenapa pula aku nak intai minah cengeng tu" Balas Evans mengawal reaksi muka. Hayden memandangnya mula tersenyum makna.
"Tadi aku nampak muka kau cemas masa Armel jatuh tadi" kata Hayden mempamerkan muka semacam. sepertinya dia mengetahui isi hati yang cuba disembunyikan Evans sekarang.
"ke kau dah mula suka Armel" usiknya menjungkit sebelah kening, semakin lebar senyuman nakal bergayut di bibir lelaki itu.
Adam turut memandangnya dengan reaksi sama Hayden. pelahan-lahan dia memeluk leher Evans.
"nanti kalau korang berdua dah bercinta, bagitahu aku tau. aku dengan Hayden boleh tolong kau plan untuk propose si smurf Armel tu" Ujar Adam memberitahu Evans. Hayden pantas mengangguk, dia setuju.
"bukan plan je, aku boleh bernari lagi" usiknya Adam lagi membuatkan Evans mengetap bibir geram.
"kalau aku nak lempar bunga ros" kata Hayden menyakat Evans.
"Korang ini tak habis merepek, aku dengan Armel takkan ada relationship" Kata Evans separuh marah.
"yelah bukan sekarang, tapi mana tahu kau tersuka Armel ke" Adam tayang muka menjengkelkan. Hayden pun sama naik dengan Adam. masing-masing senyum makna. Evans hilang kata mula berdehem.
"Dalam mimpi jela, aku suka Armel. dah lah, aku ada acara lari pecut ni." Evans mula mengelak, laju kaki disusun melangkah pergi. Hayden menyiku perut Adam seraya tersenyum sebelum berlari cuba mengerja Evans.
"Lovely boy! tunggu~" Jerit Adam dengan kuat sengaja dia mahu malukan Evans dengan panggilan itu.
Evans mengendahkan sahaja, malah dia memecut berlari ke padang.
"Woi Evans!!"
Adam dan Hayden mengejarnya dari belakang sambil ketawa.
"Tunggu la!!" Seperti kanak-kanak riang mereka bertiga berlari ke pandang sekolah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro