BAB 8 (EYE TALK)
Same date ❤️
_________________
Bunyi derapan tapak kaki seperti sedang berlari memenuhi ruang sunyi koridor. Pintu bilik stor yang sedikit renggang tidak ditutup rapat pantas dibuka olehnya. Lekas Adam masuk ke situ.
Dia membengkok sedikit badannya sambil memegang kedua-dua kepala lututnya. Penat gila berlari sekeliling sekolah dikejar Zarryn yang menyinga itu. Tak cukup nafas dibuatnya.
"Boleh pengsan kalau hari-hari macam ni, " kata Adam dengan nafas tercungap-cungap. Dia kembali berdiri sambil menguak rambutnya yang sedikit basah dan jatuh menutupi pandangan matanya. Peluh di dahi terus dikesat olehnya. Perlahan-lahan dia duduk pada kerusi untuk menghilang penat.
***
Ayshalyn berjalan sambil mata melekap pada telefon. Dia masih tidak dapat apa-apa info dalam page sekolahnya tentang Zarryn dan Adam. Apa yang dia tahu, ada pelajar yang sempat merakam kejadian tadi dan telah viral. Haih mana pula dua ekor tu pergi.
Baru sahaja dia ingin membuka pintu kelas, tanpa diduga pintu kelas terlebih dahulu dibuka oleh seseorang dari dalam.
Kaki Ayshalyn terhenti dihadapan muka pintu kelas apabila wajah lelaki berkaca mata tiba-tiba muncul sebaik sahaja pintu dikuak. Jarak diantara mereka hanya berapa inci sahaja, amat dekat.
Berkaca mata, memiliki warna mata kelabu yang mempersonakan serta berkulit putih itu diperhatikan oleh Ayshalyn.
'New student? Ar Hayden pelajar tadi' Detiknya. Baru dia teringat lelaki tersebut yang telah memberikan dia sapu tangan dekat pejabat tadi.
Cepat-cepat Hayden mengalih pandangan. Ingin mengelak daripada keadaan janggal itu. Lalu dia pergi meninggalkan Ayshalyn yang masih beku di muka pintu.
Dari jauh mata Ayshalyn tidak terlepas memandang Hayden dari belakang. Lelaki itu kelihatan tinggi dan segak walaupun daripada belakang. Entah mengapa hatinya berdegup kencang.
What's wrong with me?
"Ayshalyn... " sapa Armel dari belakang lalu memeluk bahu rakannya itu. Pelik tiada balasan dari gadis itu.
Armel memandang muka Ayshalyn yang sedikit kemerahan.
"Ayshalyn, kenapa muka kau merah tiba-tiba ni? Kau sakit ke?" tanya Armel dengan polos sambil menekap tangan pada dahi Ayshalyn. Tiada rasa suhu tinggi pada dahi Ayshalyn, cuma pipinya kelihatan merah.
Armel mengalih pandang melihat seorang lelaki tinggi yang sedang berjalan dari belakang. Kelihatan beberapa pelajar perempuan berhenti berjalan tepi koridor sambil menekup mulut dan membicarakan sesuatu dengan rakan sebelahnya. Mereka kelihatan tersenyum-senyum.
"Siapa tu? Student kelas kita juga ke?" Armel bertanya kepada Ayshalyn yang masih kaku memerhati Hayden dari jauh.
"Wait. Student kelas kita?!" tanya Ayshalyn sambil mengalihkan pandangan memandang Armel. Ingin tahu. Armel menjungkit bahu.
"May...be," jawab Armel.
"Lagipun aku nampak dia keluar dari kelas kita tadi, then terserempak dengan kau masa nak masuk kelas. Korang beku kejap tadi."
"Arh sebab tu muka kau merah?" tanya Armel tersengih-sengih masam basi. Pantas tangan Armel yang memeluk bahu ditepis oleh Ayshalyn. Mukanya kembali menjadi tegang sediakala.
"Mana ada," jawab Ayshalyn cuba mengawal reaksi. Armel tersenyum polos sambil mulutnya membuka menyebut 'ooo' acah-acah faham.
Baru mereka ingin masuk ke kelas, mereka dengar ada yang menjerit nama Ayshalyn. Mereka mengalih pandangan mencari gerangan yang memanggilnya. Kelihatan Evans tergesa-gesa menghampiri dua gadis itu.
"Where's Adam?" tanya Evans. Armel memandang Evans dengan muka tak berasa senang.
'Kenapa la si tempe ni ade dekat sini,' detiknya sendiri masih sebal akan peristiwa sebentar tadi.
"Ada nampak muka kitaorang macam pengasuh Adam ke? Mana la kitaorang tahu," jawab Armel
ATTENTION!
Satu pengumuman mengejut memenuhi ruang sekolah. Semua pelajar diam dan berhenti membuat hal masing-masing ingin mendengar pengumuman.
Mereka bertiga memandang ke arah pembesar suara di sudut dinding, apabila seseorang mengumumkan perhatian daripada bilik broadcasting sekolah.
TO ADAM RIZAL AND ZARRYN! PLEASE COME TO THE OFFICE.
IMMEDIATELY!
Evans memandang Ayshalyn dan Armel yang sudah berpaling satu sama lain apabila nama Zarryn turut dipanggil ke pejabat sekolah.
ATTENTION! TO ADAM RIZAL AND ZARRYN PLEASE COME TO THE OFFICE IMMEDIATELY!
Dua kali pengumuman berturut-turut diulang oleh emcee broadcasting iaitu Yumi.
Ha sudah!
_____________________
Zarryn berhenti menapak mendaki anak tangga hujung bangunan. Dia belum putus asa ingin mengejar Adam yang pasti sedang menyorok darinya. Dengan rambut yang kemas kini kelihatan serabai dan kusut masai akibat lari pecut sebentar tadi.
Zarryn mengeluh nafas sambil mengerli cermin tingkap bangunan yang memantul dirinya. Cukup serabai. Pandangan yang bengang mengalahkan muka cikgu displin. Penampilannya cukup berbeza dari pagi tadi.
"Kau tunggu Adam, habis aku kerjakan nanti," dengus Zarryn dengan geram menapak ke pejabat sambil menyelak rambut yang serabai itu. Wajahnya cukup ketat pada ketika itu.
______________
Tombol pintu dipulas dari luar, Adam membuka pintu bilik pengetua.
Puk!
Bantal kecil yang menjadi hiasan pada sofa dibaling tepat kearah pintu. Lekas Adam menutup pintu melindunginya dari terkena bantal.
"Masuk Adam!" suara lantang milik Tan Sri Fareez dari dalam. Dengan akur Adam masuk ke dalam bilik berlagak bersahaja seperti tiada apa yang terjadi.
Dia melabuh punggung duduk di atas sofa bertentang Tan Sri Fareez. Wajah ayahnya ketat tiada segaris senyuman.
"Kenapa papa panggil Adam?" soal Adam cuba menyenangkan keadaan tegang antara mereka walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Tan Sri Fareez menyilang kakinya masih memandang Adam tanpa perubahan reaksi. Marah sangat ke? Lari je pun. Hoho.
"Kenapa Adam tanya? Adam tahu tak Adam dah malukan papa hari ni?" Tan Sri Fareez bersuara. Adam mengaru kepala tidak gatal. Mencari alasan ingin membela diri.
"Ala papa, lari je pun. Hah Zarryn tu yang kejar Adam... sebab tu Adam cabut lari. Kalau papa tengok muka dia tadi takut gila," ujar Adam menyalahi Zarryn dan ingin membela diri.
Wajah Zarryn yang ketat itu diimbas sekilas lalu. Nazubillah seram. Naik bulu roma teringat balik ketika Zarryn cuba mengejarnya waktu itu.
"Apa lah nak jadi dengan kamu Adam," Tan Sri Fareez memandang anaknya yang selamba membuka pembalut lollipop yang baru sahaja dikeluarkan dari poket bajunya. Langsung tiada rasa rasa bersalah akan kejadian memalukan itu.
"Makan lollipop pula. Siapa bagi?"
"Secret admire," Lebar senyuman Adam sambil menyumbat lolipop dalam mulut. Tan Sri Fareez menggeleng.
"Papa ada benda penting nak cakap dengan kamu," Adam hanya mengangkat keningnya.
"I have asked someone to help you improve your study,"
"Who's that pa? I'm sure she or he won't help that long,"
Pendek kata sudah tentu tiada orang sanggup mengawasi dia yang "kepala lipas" itu. Lagi-lagi mengenai pembelajaran. Letak tepi sekali.
"Maaf saya lambat,"
Suara asing menerjah suasana perbualan mereka berdua. Tan Sri mengangkat wajah memandang ke arah pintu.
"She's here.." kata Tan Sri Fareez membuat Adam keliru. Dengan penuh tertanya Adam menoleh ke belakang arah pintu sepintas lalu. Dia ingin tahu pemilik suara itu.
Krek.
Lolipop dalam mulut terpatah dua akibat digigit Adam. Tindakan refleks tanpa disedarinya. Mata Adam membulat luas terlampau terkejut.
"Have your sit Zarryn," pelawa Tan Sri Fareez menghadiahkan senyuman. Zarryn membalas senyuman itu. Sempat dia menjeling Adam dengan jelingan maut.
"Zarryn, I heard you got second place on this examination. Really?"
"Second place je pun. Evans still got the first place," sampuk Adam.
Zarryn merenung Adam dengan renungan tajam. Dari wajahnya kita dapat baca 'tunggu kau Adam'. Cepat-cepat Adam mengalih pandangan apabila menyedari renungan tajam Zarryn. Dia membetulkan suara.
"Yes uncle. I got second place only,"
Zarryn mengangguk kepala dengan senyuman nipis. Dia cuba bermanis muka walaupun sekarang dia mahu sahaja menerkam Adam. Habiskan lelaki itu secukupnya.
"Uncle nak mintak tolong kamu untuk tolong Adam. Awasi dia dan pembelajaran dia. Kalau boleh uncle nak Adam berjaya. Could you please help uncle, Zarryn?" pinta Tan Sri Fareez. Zarryn teragak-agak. Sejak hari itu lagi perkara ini difikirnya.
Mahu tidak mahu Zarryn terpaksa setuju dengan permintaan Tan Sri Fareez. Dia kesian dengan Uncle Fareez je sebenarnya. Bapak kemain nak anak berjaya. Anak? Tahu buat masalah je! Lagipula, uncle Fareez adalah rakan papanya sendiri. Rasa bersalah pulak kalau tolak.
"NO!" bantah Adam. Siap menyilang tangan symbol pangkah lagi. Memang tak nak. Dah kalau aku kena belajar dengan dia dah memang sah-sahlah aku kena 24 jam dengan dia. Itu adalah perkara yang paling ngeri dalam sejarah hidup dia nanti. Arh!
"Kenapa tak Evans je?" protes Adam.
"Kamu ingat papa nak percaya kalau kamu belajar dengan dia. Memang tak jalanlah pendek kata kalau kamu belajar dengan Evans tu," jawab Tan Sri Fareez dengan wajah tegas.
Adam memandang Zarryn yang senyum kemenangan puas hati melihatnya dimarahi.
____________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro