BAB 7 (BOY)
Same date❤️
___________________
Majlis perasmian berjaya dirasmikan dengan sempurna oleh Tan Sri Fareez. Pelajar dibenarkan masuk ke kelas masing-masing atau membeli makanan di kantin, kebetulan majlis itu habis pada waktu rehat.
Suara dan gelakan daripada pelajar memenuhi ruang kelas. Kelihatan mereka dengan berbual kosong dan saling bergurau satu sama lain.
Ayshalyn membelek telefon sambil duduk di sofa di pejabat menunggu Sir Hazar untuk menghantar borang.
Selepas kejadian Zarryn dan Adam pagi tadi, matanya tidak terlepas melihat telefon. Sudah tentu topik tersebut menjadi hangat di halaman sosial sekolah. Bukan itu sahaja batang hidung si Zarryn juga tidak kelihatan. Kemanakah dia pergi mengejar Adam? Haih tak habis la dua orang tu.
*****
Usai sahaja majlis, Hayden terus mengambil kesempatan ini untuk menguruskan sesuatu berkaitan dengan sekolah baharunya itu. Dia berjalan-jalan sambil matanya melilau mencari papan tanda pejabat sekolah. Daftar diri!
Matanya tertancap pada papan tanda pejabat yang tersangkut di dinding. Dia menolak pintu dan melangkah masuk dan pada kala itu matanya terpasak pada satu figura gadis lengkap beruniform sekolah yang sedang duduk di atas sofa sambil memegang telefon dan sehelai kertas.
Perempuan tersebut juga turut memandang ke arahnya apabila menyedari ada yang melangkah masuk ke pejabat. Namun Hayden hanya menghiraukan sahaja dan terus berjumpa dengan kerani di situ.
"Yes, may I help you?" Tanya kerani itu terlebih dahulu sebelum Hayden menegur. Hayden senyum.
"Saya nak register as a new student here." Balas Hayden sambil tangannya menghulurkan fail biodata dirinya pada kerani tersebut. Dia melihat kerani itu membelek-belek fail tersebut.
"Ouh Hayden Ziyad. Your nan, Datin Sri Kamsah right? Your nan already pay the payment untuk 1 semester ni and you already get your room is it? The fees for this semester already paid. You boleh duduk kejap dekat ruangan menunggu tu sebab ada few things nak settle,"
Hayden hanya mengangguk kepala.
Dia kembali ke tempat pelajar perempuan tadi duduk. Sempat dia memerhati keadaan sekeliling. Di ruangan itu dihiasi beberapa frame gambar pengetua, guru tauliah bulanan serta sijil dan piala penghargaan. Beberapa buah sofa juga disusun atur.
Seorang gadis yang menyedari kehadirannya tidak lagi berganjak dari situ. Dia kemudian melabuh punggung duduk di sofa menghadap gadis itu.
Setelah beberapa minit keadaan sunyi, tiba-tiba dia terdengar suara bersin dari gadis itu. Hayden mengangkat kepala. Dia melihat perempuan itu sedang menutup mulut manakala gayanya seperti tercari-cari sesuatu di dalam poketnya. Tisu la kut.
"Hayden Ziyad,"
Namanya dipanggil oleh kerani itu. Dia mengangkat punggung. Semasa dia berlalu di tempat pelajar perempuan itu duduk, sempat dia hulurkan kain kecil miliknya kepada perempuan itu.
Oh jangan kata dia seorang yang gentlemen sebab dia bukan jenis lelaki yang suka ambil tahu hal perempuan. Dia cuma tak nak nanti hingus wanita tu meleleh je nanti. So daripada sofa cantik pejabat tu jadi keras sebab hingus wanita tu lebih baik dia bagi kain tu.
Wajah pelajar perempuan itu nampak sedikit terkejut seraya mengangkat kening tanda 'apa'.
"You're looking for your tissues right? And I think you don't found it. Saya just nak tolong je," Hayden sekali lagi menghulurkan kain kecilnya itu pada perempuan comel di depannya.
"Oh yeah.. thank you so much. Tapi awak tak kisah ke? Ni kan kain awak. Tak apa, nanti saya basuh and bagi dekat awak esok." Gadis itu bangun lalu tersenyum. Hayden menggeleng kepala. Dia tidak kisah akan kain kecil, ikhlas dari hati niat mahu tolong.
"Use it when you need it," balasnya seraya mahu berganjak dari situ.
"My name is Ayshalyn. What is yo.."
"Hayden,"
Belum sempat soalan Ayshalyn habis, dia terdengar lelaki itu menjawab. Dan dia terus melangkah.
"Hayden.."
Ayshalyn memandang dan menggenggam kain kecil berwarna hitam dan berbenang putih itu sambil tersenyum.
Pada masa yang sama pintu pejabat terbuka dari luar dan tersembul wajah yang dinantikan Ayshalyn. Sir Hazar! Guru kokurikulum sekolahnya. Nak hantar surat untuk pertandingan akhir fencing pada minggu hadapan.
Sememangnya, Ayshalyn seorang pemain pedang yang top di sekolah mahupun di atas platform sukannya.
__________________
Kantin sekolah mula dipenuhi oleh pelajar. Kelihatan pelajar sedang menikmati makanan yang disediakan oleh pihak sekolah. Ada juga yang turut membeli di koperasi.
Kelihatan dari jauh, seorang wanita sedang membawa sebekas berisi makanan yang baru selamat sampai daripada lori. Dia membawa bekas tersebut ke dalam koperasi.
Belum sempat makanan itu diletak rapi pada rak, sekumpulan pelajar sudah menyerbu masuk ke dalam koperasi, berebut inginkan makanan dalam bekas itu iaitu, donut coklat.
"Donut coklat 3!"
"Donut 2!"
"Kak nak air coke empat! "
"Kak donut!"
"Sabar-sabar,beratur..jangan sampai aku hempuk dengan bekas ni sorang-sorang" penjual koperasi cuba menenangkan pelajar yang sedang berebut donut. Apa la special sangat donut ni sampai nak berebut pun entah.
Armel cuba menyelip masuk ke dalam koperasi itu dengan menolak beberapa tubuh pelajar ke tepi. Takut habis donut sedap tu dibeli oleh pelajar lain.
Tangannya cuba mengapai donut di dalam bekas, namun tidak sampai. Terpaksa dia bergelut dengan pelajar lain.
Pelajar lain semua tinggi, dia ni dahlah keturunan smurf. Kaunter depan pun tak nampak. Penuh gila pelajar.
Matanya terpandang hanya satu donut sahaja yang masih tinggal, cepat-cepat tangannya cuba menggapai donut tersebut.
Namun belum sempat dia mengambil donut tu, seseorang lebih tangkas mengambil donut tersebut. Hanya beberapa minit sahaja donut coklat itu habis dibeli oleh orang.
Beberapa helai anak rambut depan armel yang terurai jatuh pada dahi ditiup naik keatas. Matanya tertacap sebatang tubuh lelaki tinggi dari belakang. Sedang sibuk membayar donutnya a.k.a donut sasaran armel tadi. Armel berjalan mendekati lelaki tersebut.
"Kak, ni berapa?"
"Kamu ni Evans, berapa lama dekat sekolah ni? Tak ingat-ingat harga, "
"Hei pencuri!"
Suara menerjah dari belakang, seakan-akan menyebut kepadanya. Pencuri? Siapa pula mencuri?
Lekas Evans menoleh kebelakang melihat seorang gadis dengan muka geram. Mulut tu siap terherot ketepi dah. Manakala jari terlujuk ditunding kearah Evans. Dengan keadaan terpinga-pinga Evans tertoleh-toleh ke kiri dan kanan. Aku ke?
"Kau tuduh aku ke?" tanya Evans cuba mengamati gadis itu sepertinya pernah dilihat sebelum ini tapi dimana.
"Kau curi donut tu! Aku cop dulu." jawab Armel dengan penuh sebal.
"Ewah-ewah, cakap aku pencuri. Ada nama kau ke dekat donut ni?" Balas Evans tidak mengaku kalah. Nak sentap buat apa? Dia ambil dulu.
"Arh tak kira, sekarang ni kau bagi aku donut tu. Aku nak juga!" Armel tetap berkeras mahukan donut itu. sanggup bergaduh dengan Evans.
"Siapa nak kasi, aku dapat dulu. Jadi donut ni aku punya, " Evans juga berdegil tidak mahu bertolak ansur. Mereka saling memandang antara satu sama lain dengan renungan tajam.
***
Haluan menuju ke kantin dengan kelas dipenuhi oleh suara pelajar yang lalu lalang di situ. Di antara jalan tersebut juga terletak rak loker yang disediakan khas oleh pihak sekolah kepada pelajar untuk menyimpan barag mereka.
Pintu loker tanpa bertulisan nama dibuka oleh Armel. Maklum la dia baru sahaja berpindah. Loker yang dulu dia gunakan kini sudah diguna oleh pelajar lain. Jadi dia terpaksa menggunakan loker baharu. Armel menyimpan beberapa barangan disitu sambil teringat perkara yang menyebalkan hatinya tadi.
"Dah jangan gaduh-gaduh, adik esok adik beli donut baru eh. sebab donut ni Evans yang dapat dulu.. nak bayar dah ni, " teragak-agak jurujual memberi penjelasan, bimbang takut Armel mengamuk tidak berpuas hati. Evans tersenyum mengejek tanda menang. Ish!
Yang buat Armell lagi bengang, boleh pula lepas dia bayar, dekat situ juga dia makan. Dengan berseleranya siap menjeling Armel.
Barang-barang disimpan dengan kasar. Diatur begitu sahaja. Hatinya panas mengenang peristiwa tadi.
Kakinya dihentak-hentak tidak berpuas hati. Muka dahlah macam tempe! Ingin saja dia mencarik-carik rambut hitam sedikit keperangan milik Evans. Kasi botak, puas sikit hatinya.
"Muka soya! Tempe tak guna!"
Bang!
Pintu loker ditutup dengan hempasan kuat oleh Armel, dengan perasaan sebal masih terasa.
"Kak Armell! "
"Opocot Kak Armel!" pekik Armel terperajat melihat seorang gadis betul-betul berselindung dengan pintu lokernya. Spontan dia menutup mulut dengan kedua-dua belah tangannya, sebaik sahaja menyedari jeritan itu.
Terkekeh-kekeh gadis itu tergelak melihat reaksi Armel. Buruk gila muka terkejut.
"Haznis!" bahu Haznis dipukul lembut. Tersengih Haznis menyerlah gigi putih yang tersusun rapi mengenakan seniornya.
"Kak Armel I miss you so much!" kata Haznis memuncung mulut dengan wajah sedih. Matanya seakan-akan menarik perhatian Armel. Tanganya dia pula dibuka untuk mendakap tubuh armel.
"I miss you too," balas Armel menyambut pelukan Haznis.
"Actually Kak Armel. Can we talk about something? Serious one." bisik Haznis mengundang pertanyaan. Armel melepaskan pelukan, memandang wajah Haznis dengan mukanya tertanya-tanya.
_________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro