Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 66 ( FAREWELL )

14/8/2021❤

Sebuah lapangan terbang yang kini dipenuhi oleh pelancong mahupun warga negera sendiri. suasana bising daripada riuh perbualan dan beg bagasi seakan menguasai tempat itu. Sesekali kedengaran pengumuman untuk pemberitahuan info penjalanan kapal terbang dari semasa ke semasa.

Seorang gadis berpakaian rapi berserta beg bagasi disebelah membalas pelukan orang tua. Pelukan yang sangat erat sebagai pengubat rindu untuk beberapa tahun berpisah nanti.

"Zarryn, Jangan tinggal solat. jangan lupa breakfast, jaga kesihatan. Ingat pesan mama" Pesan mama Zarryn dengan lembut sambil meleraikan pelukan. Kedua belah tangan memegang pipi anaknya. Wajah yang bakal dirindui itu ditatap seketika dengan penuh kasih sayang.

Zarryn tersenyum, pelahan dia mengangguk. Dia turut mengusap sebelah pipi ibu kandungnya itu. dia mengaku sebuah perpisahan itu amat berat, namun ini hanya untuk sementara.

"Thankyou ma, doakan Zarryn dekat sana" Pinta Zarryn memohon ibunya berdoa akan keselamatan di negara orang. hari ini dia dan Evans akan berangkat ke negara London untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Kenapa dengan Evans? lelaki itu turut memilih kos pengajian yang bertempat di negara yang sama. Cuma bidang dan tempat yang berbeza.

Usah bicara dengan orang tua, matanya terhala pada susuk tubuh seorang gadis tinggi lampai. Yang sekadar mengenakan baju casual dan satu topi yang melindungi kepala.

"Asya..."

Belum sempat Zarryn menyebut penuh nama rakannya, Asyalyn terus mengatur dan meluru kearah Zarryn. Tanpa diminta, satu dakapan hangat melekat di dada gadis itu. Asyalyn turut memeluknya dengan erat seperti ibunya tadi. Siapa yang mahu berpisah dengan orang tersayang bukan.

"Jaga diri kau baik-baik dengan sana" Pesan Asyalyn mengeratkan lagi dakapan. Zarryn terkedu, dia dapatkan rasakan sesuatu hangat di sebelah bahu. Sudah tentu air mata milik rakannya itu. Namun pelahan-lahan satu senyuman terukir di bibir, Zarryn membalas pelukan itu.

"I'm going miss you" Luah Zarryn semakin ketat dakapan antara mereka. tidak lama itu, akhirnya mereka meleraikan pelukan. Bebola mata Asyalyn dan hujung hidungnya agak kemerahan. dia membetulkan sedikit rambut yang kusut supaya nampak lebih rapi seperti tadi. dia cuba berlagak cool namun setiap kali matanya menyapa wajah Zarryn pasti air matanya akan mengalir.

"Jangan la menangis.." pesan Zarryn perasan hujung mata Asyalyn Kembali berair. Sebelah tangan memegang jari jemari Asyalyn seakan memberikan kekuatan. Lama juga Asyalyn cuba melawan perasaan sendiri sehinggalah dia berani bertentangan mata dengan Zarryn.

Tiada balasan hanya satu senyuman pahit cuba menyembunyikan wajah suram.

"kau janganlah nangis, nanti aku pula nangis tengok kau macam ni" pujuk Zarryn menyeka air mata yang mula bertakung. sebak hatinya melihat wajah Asyalyn tampak kemerahan semasa menangis.

Asyalyn mengangguk sambil menyapu air mata. tanpa diminta, Sehelai sapu tangan dihulurkan padanya. lantas dia menoleh, siapa lagi kalau bukan Hayden.

"kenapa muka merah-merah ni, nak cendol? " usik Hayden.

jejaka yang disampingnya menguntumkan satu senyuman.

Asyalyn mengetap bibir, terus dia menyiku perut lelaki itu. sempat telinganya menangkap bunyi tawa kecil dari Hayden. Zarryn bersebelahan turut ketawa, comel akan gelagat pasangan muda itu.

Apabila terasa dirinya ditenung seseorang, Zarryn mengalih pandangan. Adam Rizal, yang dari tadi diam membisu.

Langsung tiada gurauan atau lawak nakal keluar dari mulutnya. Hanya menyepikan diri dan mengunci mulut. Kenapa semua orang sedih ni, enam tahun je pun.

"Let me guess, Encik Romeo pun nak nangis juga ke?" Teka Zarryn menyilang tangan di dada berjalan mendekati Adam. Lelaki itu melarikan pandangan, dia pun merasai perkara sama seperti Asyalyn. hatinya tidak kuat untuk mengadap sebuah perpisahan ini.

Sangat sakit untuk melakukan perpisahan yang selama ini Adam sendiri tidak mahu. Zarryn Lydia yang sentiasa setia bersama walaupun sering bergaduh. Tawa, duka dari kecil hingga besar. Nafas Panjang ditarik dan dihembus berat. Kenapa harus ke luar negara juga Zarryn?

"Adam.. dengar tak?" soal Zarryn perasan Adam mengelamun jauh.

"Zarryn can you keep a promise with me?"

Zarryn mengerut kening tidak memahami maksud Adam. janji?

Dia nampak Adam menyeluk kocet jacket dan keluar sesuatu. satu kotak berhias reban, kotak itu dibuka dan sepasang cincin hitam didalamnya.

Zarryn menjadi bungkam, lidahnya kelu untuk berkata. Dia memandang Adam bersilih ganti Hayden dan Asyalyn.

"Adam..." hanya itu sahaja yang mampu diungkap Zarryn. lelaki itu memandangnya sambil menghadiahi senyuman manis.

Sebelah tangan Zarryn ditarik, salah satu jari jemarinya disarung cincin itu.

"This ring is proof that I really love you,"katanya seraya menyarung cincin pada jari runcing Zarryn. kemudian dia menatap Kembali wajah gadis itu.

"and I ask you to always wear it, to proof you love me" pinta Adam mengenggam erat jari jemari Zarryn beberapa detik. Sebentuk cincin yang menjadi saksi penjanjian kisah antara mereka.

Bukan itu sahaja, Adam juga mengambil cincin itu dan menyarungkan pada jarinya. Diangkat sebelah tangan kanan untuk ditayang pada Zarryn, yang dia turut berjanji memakai cincin itu sebagai bukti.

"Even I go toilet?"

Adam terlentus tawa kecil sebaik sahaja Zarryn menyoal. Soalan jenis apa tu.

"yep, walaupun masuk lubang cacing pun kena pakai juga" jawab Adam layan sahaja si soalan Zarryn tadi. gadis itu turut ketawa.

"Zarryn.." panggil Adam dengan lembut, dia menatap wajah gadis itu dengan penuh kasih sayang. Dia mengenggam erat jari jemari gadis itu.

"can you?"

Tanyanya senyum comel nampak barisan gigi putih. Zarryn memandang Adam sebelum bibir menyimpul senyuman manis dan mengangguk.

"yes!" jerit Adam gembira siap angkat tangan lagi. terlampau bahagia. Zarryn sudah rasmi menjadi kekasihnya. Tergelak Zarryn apabila melihat reaksi teruja Adam, macam baru lepas melamar.

"Khawin-khawin jelah" Sakat Hayden dari tadi menonton babak drama pasangan itu. Terus matanya menjadi mangsa renungan Adam, lelaki itu memarahinya dalam diam. sibuk je!

Asyalyn tergelak bila lihat reaksi Adam memarahi Hayden, baru berseri muka semua. tak macam tadi, mendung je. tapi hatinya tertanya, di mana Armel dan Evans?

dia perasan pasangan itu dari tadi menghilang. Tertoleh kiri dan kanan mencari kelibat mereka, namun tiada. Haih, kemananya?

__________________

Di sudut terpencil lapangan terbang yang agak sedikit tersembunyi daripada tumpuan. Satu pasangan berdiri dan saling mengadap satu sama lain. Tiada sebarang perbualan antara mereka, hanya diam membisu. Evans memegang leher apabila merasakan sesuatu tidak kena pada Armel. entah mengapa gadis itu nampak cukup berbeza hari ini.

Armel langsung tidak beramah mesra seperti selalu. Malah matanya reduh asyik merenung lantai kosong.

"Kenapa ni?" soal Evans prihatin. Armel diam tidak menjawab, dia dapat rasakan setiap kata yang diungkap Evans mampu melukakan hatinya. Evans mengela nafas apabila Armel masih tidak mempamerkan sebarang reaksi. Bodohkah dia? sudah tentu gadis itu sedih mahu melepaskannya.

"Armel... got to go" Pamit Evans merasakan dirinya sudah terlewat.

pelahan-lahan Armel mengangkat kepala melihat pemuda itu. Evans Uraiz lawrance, wajah lelaki itu direnung dalam-dalam buat kali terakhir.

Melihat gadis itu tidak memberi respon, Evans mengalih pandangan apabila rasa bersalah itu mula menyelip dalam hati. Namun dia tetap kuatkan semangat mengatur langkah.

"janganlah pergi.."

Terasa hujungnya ditarik, Evans berhenti melangkah. Hatinya pun sama, amat berat untuk melangkah meninggalkan tanah air ini. pelahan-lahan dia memusing badan mengadap Armel Kembali.

"saya pergi kejap je"

Sunyi.

Armel diam tidak mahu bersuara, sungguh dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. matanya mula berkaca dan berair. Tunggu masa untuk tumpah sahaja air mata ini. tipulah kalau Armel tidak menangis kan.

Evans tersenyum kecil, Dia tunduk membengkok sedikit tubuh agar ketinggian sama dengan Armel. dipandang muka muram Armel mula yang menyilang tangan di dada. comel ye bila dia merajuk.

Tangan diletak atas kepala gadis itu,

"jangan lah macam ni" pujuk Evans mengosok kepala Armel. gadis itu membisu dan mengalih pandangan arah lain. semakin lebar senyuman Evans melihat Armel tengah merajuk sekarang. Anak matanya jatuh pada leher jinjang Armel yang nampak kosong.

"hey, mine.." kali ini, lengan baju gadis itu ditarik agar Armel mengadapnya Kembali.

" I have something for you" Ujar Evans seraya menyeluk kocet poket kemudian dihulurkan pada telapak tangan gadis itu.

Sebelah kening Armel terangkat apabila melihat seutas tali leher. Dia memandang Evans dengan riak wajah tertanya. bingung.

"This chain belongs to my grandmother. she left it to me, To give for someone I love.," Evans menceritakan Kembali kejadian yang berlaku di majlis perkhawinan tempoh hari. Armel tayang muka polos.

"now I think I have found it," Ujar Evans merenung sepasang mata Armel. setiap kali melihat mata gadis ini, setiap kali itu juga hatinya terpikat. Sungguh cantik dan comel akan perangai keanakkan. Armel menguntum senyuman dan membalas renungan. Dia sukakan akan renungan lelaki itu, nampak lebih matang dan buatkan hatinya tenang.

"Armel, I want to claim you with this chain"

Sekali lagi dahi Armel berlapis, tidak mengerti apa yang cuba disampaikan.

"awak fikir saya barang ke, nak claim dengan rantai ni" katanya mula ketawa,sudahlah tadi menangis kini ketawa pula. Boleh jadi gila dia hari ini.

Evans tidak memberikan sebarang reaksi mahupun gelak. Hanya riak wajah serius dipamerkan. Dia sekadar memandang gadis itu dalam renungan.

"come on Evans.."

Tiada respon, hanya renungan menjadi jawapan.

Melihat lelaki itu langsung tidak memberikan reaksi, Armel berhenti ketawa.

"oh god, are you serious?!" membulat mata Armel apabila menyedari lelaki itu benar-benar serius. Evans mengembam bibir mengalih pandangan arah lain sambil mengaru pipi tidak gatal.

"Evans, talk to me"

Lelaki itu mengalih pandangan melihat Armel Kembali. dia tersenggih, semakin menebal curiga Armel.

"Armel Darnisya, Lets.."

Evans berhenti bicara.

"lets?" tanya Armel ingin Evans menghabiskan ayat. Dia benar-benar ingin tahu. lelaki itu memandangnya tanpa berkelip dengan riak wajah serius, Armel mula terangkat sebelah kening.

Evans menoleh kiri dan kanan sebelum dia mendekati mulut pada cuping telinga gadis itu. Jantung Armel mula berdebar kencang apatah lagi dia dapat mendengar hembusan lembut nafas lelaki itu. Evans nak buat apa ni?

"Lets get married after I finish study" Ungkap Evans menyatakan hasratnya mahu memperisterikan Armel. membuktikan bahawa dia benar serius dalam hubungan ini. Automatic bibir gadis itu mula melengkung ke atas, pipinya turut berasa hangat.

Armel tersenyum dan mengangguk. Lah tadi Evans ajak dia khawin rupanya. sekejap! Marry? khawin? After study? Laju Armel pandang Evans Kembali muka tak percaya. sekali matanya membulat besar.

" Betul ke?!!" pekik Armel. jejaka itu mengajak dia berkhawin! Laju dia tekup mulut. Tertoleh kiri dan kanan bimbang orang pandang. Evans hanya tersenggih tanda iya.

Pada yang sama Zarryn juga mahu mengheret beg bagasinya untuk ke balai pelepasan. Namun lengannya sempat disambar Adam.

"Ryn ingat tak kem akhlak dekat kolam hari tu, Adam nak cakap sesuatu tapi tak jadi" tiba-tiba Adam menyoal, anaknya tepat menyapa mata gadis itu. entah mengapa serius sangat Adam bertanya.

"yang orang tolak Adam jatuh dalam air tu kan" balas Zarryn masih segar dalam ingatan tentang peristiwa itu. Adam anggap Lieya kawan je kut. dia punya berbunga hati siap tersimpul senyum bahagia lagi.

" there is something I want to tell you during that day" kata Adam dengan serius, renungan tajam seakan menusuk bebola mata. Adam kelihatan cukup serius Ketika ini.

"orang nak ryn tahu yang.."

Belum sempat Adam menghabiskan ayat, satu pengumuman mengejutkan mereka.

"Good morning passengers. This is the announcement for passengers on flight number BA123 to England.."

Adam dan Zarryn berpaling arah speaker di dinding sebelum mereka berpandangan satu sama lain.

"kita sambung nanti" pinta Zarryn mahu bergegas ke balai pelepasan. Adam mengangguk, pelahan-lahan dia lepaskan genggeman tangan pada lengan gadis itu. damn, sekali lagi! getus Adam dalam hati. Mesti ada halangan Ketika dia mahu berterus terang.

Adam mengaru kepala tidak gatal, sesekali dia meraup muka. Tak boleh jadi ni! dia memandang susuk tubuh Zarryn yang jauh ke depan meninggalkannya.

"Zarryn Lydia!!" jeritnya tiba-tiba penuh semangat mengejut orang sekeliling. Laju Zarryn berhenti melangkah dan pusing belakang. Jarak antara dia dan Adam hanya beberapa meter sahaja. Lelaki itu mengukir senyuman sebelum mulutnya sekali menjerit.

"Orang nak Ryn tahu yang satu-satunya perempuan yang Adam sayang adalah Ryn!" laungnya dengan kuat. Zarryn tersenyum sebaik sahaja ayat itu didengarinya. Terharu pun ada.

"Dari orang kecil sampailah sekarang Zarryn Lydia!!" betul-betul lantang suara adam sehingga mereka berdua menjadi tumpuan orang sekeliling. Orang lain yang berada sekitar mereka mula tertanya, ada yang mempamerkan reaksi keliru. mana tak ye, tiba-tiba Adam menjerit macam orang gila dekat tempat umum.

Mereka saling tersenyum, dia nampak cuping telinga Adam sedikit kemerahan mungkin malu.

"I love you" balas Zarryn. tidaklah menjerit seperti adam tadi. kan ada juga yang kena heret pergi balai polis kalau dua-dua saling berteriak dekat situ. Kemudian dia mengambil keputusan untuk meneruskan langkah Kembali. sedang dia mengatur langkah, satu lagi teriakan dari lelaki itu. kali ini betul-betul kuat dan jelas.

"Me too!!!" Teriak Adam Rizal, suaranya seakan mengegarkan kawasan itu. Hayden dengan Asyalyn pula berasa segan.

Zarryn masih meneruskan langkah namun, sebelah tangannya sempat menunjuk satu symbol. Small love. Semakin lebar Adam menguntum senyuman , Aku akan tunggu kau ryn. Sebab aku betul-betul sayang kau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro