Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 61 (LOVE)

Bab 61

p/s; Holla fellas! This story isn't end yet guys. I'm sorry about the 'end' jokes yesterday. Thanks for following this story up, guys. I really appreciate it. So much! Don't forget that i also love you guys so much!

Oh, happy 1st of July everyone! So, happy birthday for those that celebrate it today!

xoxo.

0 1 / 0 7 / 2 0❤️
_________________

Trett!

Segala pergerakan juga lantunan bola perlahan-lahan berhenti. Semua lelaki yang berbaju kelabu putih bertulis 'Knight' berdiri sebaris menghadap 3 orang lelaki. Salah seorangnya yang meniup wisel tadi, Coach Harris.

"Alright guys, keep up the good performance! The big game is around the corner, Knights! Forget about everything that disturb you. Focus on the game, focus on the champion title! This is your last game before you leave WCIS. Remember." Coach Harris memberi pesanan serta semangat pada team basketballnya. Semua ahli kelihatan mengangguk faham.

"Captain!" Coach Harris berpaling pada Adam.

"Semangat members, bergantung kepada semangat awak. I know you such a good captain and please pastikan ianya berterusan." pesan Coach Harris lagi.

"I will, coach." Adam membalas seraya mengangguk sekali. Coach Harri mengangguk-angguk.

"Alright, dismissed." kata coach lagi seraya melangkah pergi dan dengan itu, habislah latihan mereka pada hari itu.

Hari ni, dari pagi lagi mereka dikerah untuk ke gym bagi memulakan latihan bola keranjang. Big game 2 hari saja lagi. Segala pergerakan seharusnya diperkemaskan.

Adam meraup rambut basah dek peluhnya. Dikerling jam di tangan.

11:15 a.m

Dia melangkah ke arah bangku yang menempatkan beg sukannya. Belum sempat Adam duduk, ada yang menegurnya.

"Hai Abang Adam.. em, kami nak bagi ni kat Abang Adam."

Adam berpaling ke belakang dan kelihatan 3 orang gadis tersipu-sipu malu di hadapannya. Gadis yang berada di tengah itu menghulurkan sebotol air mineral untuknya.

"Abang Adam kan penat berlatih tadi... so, minumlah.." kata gadis itu lagi.

Adam tersenyum kecil. Tangan menggapai huluran gadis itu. Menerima. Teruja 3 gadis itu dengan penerimaan Adam.

"Thank you. Susah-susah je." ucap Adam sambil tersenyum. Lagi tersipu-sipu 3 gadis itu dibuatnya.

"Em.. Abang Adam... saya pun ada air untuk Abang Adam. Spesial lagi! Tak nak ambil yang saya juga?"

Tiba-tiba ada satu lagi huluran botol air dari arah belakang. Adam berpaling lalu terbatuk-batuk. Tercekik air liur sendiri. Alamak, nenek sihir cantik dah sampai!

"Er dik, abang puasa hari ni. Tak apalah awak minum jelah air ni. Share 3 orang. Dah-dah pergi," halau Adam kalut selepas memberi semula botol air mineral itu. 3 gadis itu mengerut dahi hairan seraya memuncung mulut. Ish! Kak Zarryn ni kacau lah!

Dia nampak Zarryn menapak ke arahnya.

"Masuk kelas, " pesan Zarryn menyuruh pelajar itu masuk kelas. Perlahan-lahan Adam berpaling semula ke belakang dan tersengih comel.

"Hai puteriku. Dah lama kat sini?" tanya Adam dengan riak serba salah.

Zarryn silang tangan seraya memuncungkan mulut.

"Taklah Abang Adam, baru je." perli Zarryn sengaja menguatkan panggilan abang.

Adam tersenyum lucu. Comellah dia ni!

"Sorry.." ucap Adam seraya menepuk-nepuk kepala Zarryn perlahan.

"Tak payahlah sorry.. Adam bukan buat salah apa pun. Orang yang over..cemburu.." balas Zarryn bersalah. Adam bukan buat apa pun tadi. Sekadar menerima pemberian orang. Dia pula yang terlebih cemburu.

Adam ketawa melihat Zarryn yang menunduk itu.

"Tak apalah. Cemburu kan tanda sayang. Sayang sangat dekat orang la tu.." usik Adam seraya mencuit- cuit bahu Zarryn.

"Ish!" Zarryn tumbuk bahu Adam. Ambik kau, kan dah kena. Kuat juga dia tumbuk bahu lelaki itu. Adam hanya ketawa dan menepuk-nepuk kepala Zarryn lagi.

Tanpa mereka sedar, ada empat pasang mata yang memerhati dari tempat duduk penonton di row paling atas dan kedua atas. Dari tadi menonton babak yang terhidang depan mata.

"Rapat semacam je diorang ni. Dulu, rapat-rapat pun tak adalah macam tu. Ni, macam bercinta pun ya!" Hayden membuat spekulasi. Hatinya kuat mengatakan bahawa Zarryn dan Adam seperti mempunyai hubungan istimewa.

Dia duduk di row paling atas bersama Ayshalyn manakala Evans dan Armel di bawah mereka. Dia dan Ayshalyn membongkok badan ke arah Evans dan Armel. Seperti biasa, bergosip.

"Kan. Dahlah masa malam prom tu dua-dua lesap! Masa nak balik dorm baru muncul. Musykil betullah" Ayshalyn bersetuju akan Hayden. Armel dan Evans seperti biasa mengangguk-angguk memikirkan teori.

Ha eloklah. Hari tu duk memikirkan teori si Adam pasal Hayden dengan Ayshalyn. Kali ni, teori dua orang ni pula pasal Adam dan Zarryn. Ngam sangat.

"Tak payah lah, serabai rambut.." kata Zarryn tersipu-sipu malu, dengan anak rambut diselit sebalik cuping telinga. Adam sengih.

"Tengok tu, memang diorang ada something," kata Evans, bersama kerutan di dahi. Dah macam ulas berluncas tergatal-gatal dengan lelaki itu. Siap senyum-senyum malu lagi!

"Jangan-jangan diorang silent relationship!" jerit Armel tiba-tiba apabila dapat tangkap maksud Evans. Semua pandang ke arah Armel pamer riak wajah serius sebelum mereka mengangguk serentak. Macam gaya detective semua.

Zarryn yang mula perasan dia diperhatikan mula mengalih pandangan ke arah tempat duduk penonton. Dia menyepet mata dengan mimik muka geram.

"Korang buat apa dekat sini? Pergi masuk kelaslah!" halau Zarryn dengan nada tegas. Semua kecut perut akan teguran itu.

"Alamak Zarryn perasan la, cepat bangun!" cepat-cepat semua bangun dan beredar dari situ.

Adam? Apa lagi ketawa terbahak lah. Selama ini dia kena maki dengan Zarryn, hari ini diorang pula.

"Kenapa awak ketawa?" curiga Zarryn bercekak pinggang masih marah. Adam hanya mengeleng, hanya satu senyuman menghiasi bibir.

_______________

"Petang ni ada latihan?" tanya Zarryn pada Adam saat mereka berdua berjalan untuk masuk ke kelas.

"Ada. Sampai pukul 6. Kenapa?" soal Adam kembali.

"Oh ya ke. Orang ingat nak ajak study dekat library macam selalu."

"Ala tak bolehlah. Orang kena berlatih juga. Sorry, my beautiful." Adam mohon maaf, bongkok badan dan senget kepala. Dia kelip-kelip mata buat muka comel.

"Tak apalah, tak payahlah sorry. Orang tahu big game dah dekat." balas Zarryn tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Adam. Lelaki itu juga turut tersenyum.

"Tapi kan, boleh tak orang nak study dekat gym? Teman dia sekali?" kali ini Zarryn pula kelip-kelip mata pandang Adam dengan muka comel.

"Serius?"

"Ya lah, seriuslah."

"Of course lah boleh! Wah, makin semangatlah orang kali ni. Ada bidadari cantik datang teman!" kata Adam teruja. Zarryn hanya ketawa sambil menolak kepala Adam. Sengal!

_______________

Lieya menghempas kuat punggung di atas kerusi. Sakit mata bila lihat Adam dan Zarryn semakin rapat. Dia ingat Zarryn akan murung, sedih dan mengamuk bila dapat tahu dia dan Qairul berkomplot mempermainkan gadis itu.

Tapi, semuanya meleset bila Zarryn sendiri yang tidak bercakap banyak mahupun melakukan sebarang tindakan ganas pada mereka. Malahan, Zarryn makin rapat dengan Adam! Memang tak guna!

Secara jujurnya, dia masih menyimpan perasaan pada Adam. Bila lihat bekas kekasih tidak peduli padanya sama sekali, hati turut pedih. Dan salah satu sebab kenapa dia berkomplot dengan Qairul itu adalah kerana dia cemburukan Zarryn. Dia lihat gadis itu semakin rapat dengan Adam. Tak boleh jadi! Terus dia kenakan Zarryn.

Nasib bagai menyebelahinya apabila Zarryn menghantar mesej yang mengatakan gadis itu menyukai Qairul dan pada tika itu dia ada di sebelah Qairul ketika di kem itu. Dan yang balas tu sebenarnya dia. Tak sangka semuanya berjalan lancar hingga ke malam prom. Huh! Zarryn sememangnya bodoh.

Tapi, bila teringatkan Adam dan Zarryn yang semakin rapat itu, hati kembali mendongkol geram. No, dia takkan sesekali biarkan Adam dirampas orang lain! Walau Zarryn sekalipun.

Bibir ternaik sinis. Benak fikiran sudah penuh dengan segala cara untuk mengambil haknya semula. Zarryn, get lost!

No one can beat me, kiddos.

_________________

"Go, go! On the left!"

Team basketball kembali berlatih pada petang itu selepas tamat kelas terakhir. Kelihatan semua bertungkus-lumus berlatih untuk menghadapi pertandingan akhir yang akan berlangsung di WCIS 2 hari saja lagi.

Zarryn juga berada di situ untuk mengulang kaji sekali gus menemani Adam berlatih. Dari tadi mata banyak terarah pada si kekasih dari pandang buku. Tak jalan betul study kalau duduk dekat situ. Asyik nak beri sokongan je. Tak menyokong, duk usyar Adam yang berlari sana-sini. Hot pula pakwe aku ni. Ahaks!

Ting!

Zarryn munuduk kepala setelah mendengar seperti ada notifikasi masuk. Diperiksa telefonnya. Tapi tiada pun apa-apa notifikasi.

Ting!

Sekali lagi kedengaran bunyi notification sound. Zarryn kerut dahi. Telefonnya tiada masuk apa-apa mesej pun. Dipandang pula beg sukan Adam di tepi.

Ting!

Sah, bunyi itu dari telefon Adam. Zarryn menarik zip dan mencari telefon Adam. Setelah jumpa, ditariknya. Tekan butang tengah dan terpapar notifikasi yang diterima. Zarryn kerut dahi bila lihat notifikasi yang masuk itu.

WhatsApp message.

Lieya.

Hai baby..

Mesej satu.

Can we meet? I miss you so much..

Mesej dua.

I love you baby,

Mesej tiga.

Zarryn genggam kemas telefon Adam. Hati dah mula membara. Kurang ajar betul Lieya tak guna ni. Tak habis lagi ke nak menyakitkan hati dia? Tak boleh tengok orang senang langsung!

"Take five, everybody!" laung Coach Harris dari tepi gelanggang.

Kaki Adam berhenti dari berlari. Nafas tercungap-cungap mencari oksigen. Dia mula melangkah ke arah tempat rehat tepi gelanggang. Dia lihat Zarryn ralit menatap telefon di tangan. Muka sedikit serius.

"Ada orang call ke?" tanya Adam setelah dia duduk di tepi Zarryn. Dia perasan yang telefon di tangan Zarryn itu adalah telefon dia.

Zarryn terkejut dengan teguran Adam yang tiba-tiba kedengaran di sebelahnya. Zarryn pandang Adam yang duduk bertongkat siku sambil mengelap peluh dengan tuala kecil di sebelah. Eh, bila masa dia ni ada kat sini?

"Adam cakap apa?" tanya Zarryn ingin kepastian. Dia tak berapa dengar tadi.

"Orang tanya, ada call masuk ke?" tanya Adam sekali lagi.

Zarryn lihat telefon di tangan. Teringat mesej Lieya tadi kepada Adam. Dia mengemam bibir. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak? Dilema.

"Er.. tak ada. Orang saja je tengok. Jangan marah eh," Zarryn ambil keputusan untuk tidak bertanya. Mungkin Lieya saja yang perasan. Zarryn sedapkan hati sendiri.

"Lah, tengok jelah. Nak marah kenapa?" balas Adam sambil tersenyum. Dia membuka penutup botol dan meneguk air mineral. Mengganti peluh yang keluar.

"Nah, Adam tak nak check ke? Takut ada benda penting ke," Zarryn menghulurkan telefon Adam. Lelaki itu menggeleng.

"Malaslah. Dah Ryn cakap tak ada call masuk. Maksudnya tak ada benda penting lah tu," balas Adam membuatkan Zarryn mengangguk perlahan.

"Eh, Adam dah habis latihan ke?" tanya Zarryn ubah topik.

"Belum. Rehat je ni. Kalau Ryn rasa bosan, baliklah dorm dulu. Kesian, penat." suruh Adam. Zarryn tersenyum seraya menggeleng.

"Tak naklah. Ryn nak tunggu Adam habis. Lagipun tak bosan sebab boleh tengok team members yang handsome-handsome!" usik Zarryn membuatkan Adam menjeling. Tidak lama itu dia tersenyum kecil.

"Dan yang paling handsome mesti lah Adam," ujar Adam membuatkan Zarryn turut tersenyum mengiakan.

"Alright, guys! Continue!"

Kedengaran suara Coach Harris memanggil untuk sambung berlatih.

"Jangan nak mengada eh. Cucuk mata tu karang," Adam bangun dari duduknya sambil mencampak tuala kecilnya kepada Zarryn.

Zarryn gelak seraya menjelirkan sedikit lidahnya pada Adam. Lelaki itu hanya tersenyum sambil menggeleng lalu kaki berlari ke tengah court. Sambung berlatih.

Zarryn tersenyum melihat Adam yang bersungguh berlari ke sana-sini. Melompat-lompat menyumbat bola ke dalam jaring. Sesekali lelaki itu memandang ke arahnya dan mengenyit mata membuatkan senyuman bertambah lebar.

Tapi, bila teringat mesej Lieya tadi, hati kembali gundah. Dia tahu Lieya tu macam mana. Hati ditambah pula perasan takut. Hubungannya dan Adam akan berantakan ke nanti?

Runsing.

_________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro