Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6 (RUN)

Same date❤️
__________________

Skrin telefon ditatap dengan wajah geram. Dia membelek bahagian panggilan, namun tiada sesiapa yang menelefonnya. Terutama Adam iaitu teman lelakinya itu. Sejak semalam ditelefon berulang kali, namun tidak dijawab.

"Lieya.. apa you tengok itu? Mesti nak call Adam kan. come on la.. " teka Sabriena, dengan sebelah kening terangkat dibuatnya ingin menyakini tekaannya itu betul.

"Aah nak call lah ini, tapi mamat tu tak reti nak jawab," balas Lieya dengan geram. Sabriena tersengih serba salah apabila mendengar jawapan rakannya dengan nada kecewa.

Lieya mengeluh berat, dia membuka laman web sekolah. Mana tahu dia mendapat info mengenai Adam. Berita Adam terjatuh bangunan ke? Adam digantung sekolah ke? Adam bergaduh lagi ke? Seperti biasa, akan ada sahaja info terkini yang dikongsi oleh akaun sekolah iaitu dijaga oleh Nayla atau Yumi.

{ New Student }

-Hayden Ziyad

-Armel Darnisya

Dia membaca biodata Hayden yang jelas tertera. Sempat dia memerhati raut wajah lelaki itu. Memakai cermin mata dan mempunyai wajah yang bersih tanpa sebarang jerawat. Tidak lama kemudian, bahunya digoncang Sabriena secara tiba-tiba.

"Weh Lieya tengok itu, Adam tengah datang sini. cepat pakai mekap, cair dah tu make up you,"  Sabriena menayang wajah yang gelabah. Namun hanya dibalas dengan jelingan tajam oleh Lieya. Boleh pulak pesan aku make up kat sini.

"Hai Lieya, sorry la tak jawab call semalam.. I tertidur," helah Adam senyum manis selebar mungkin. Hati Lieya berasa sedikit lega. Sekurangnya dia tahu bahawa Adam tidak curang dengannya. Lieya mengangguk kepala membalas senyuman Adam.

"Weh Adam, aku masuk dewan dulu." kata Hayden yang dari tadi diam. Pandangan Lieya beralih kepada Hayden, lelaki berkaca mata yang menyandang beg sebelah bahu. Sepintas lalu, dia teringat akan biodata pelajar baharu yang dibaca olehnya sebentar tadi.

"Weh siapa mamat itu? Handsome la, walaupun pakai cermin mata," bisik Sabriena dekat cuping anak telinga Lieya, seakan-akan tertarik dengan Hayden. Lieya sekadar diam, tidak menjawab.

________________

Kerusi disusun rapi oleh beberapa pelajar, segelintir pelajar mengantung banner majlis pelancaran hari sukan sekolah. Beberapa hiasan turut dihiasi oleh pelajar kreatif dan diketuai oleh Evans dan Zarryn.

Pentas mula diwarnai oleh belon yang berwarna-warni, tidak lupa juga reben yang telah diikat untuk proses semasa perasmian. Dewan pada ketika itu kelihatan ceria berbannding hari biasa.

Para pelajar mula berpusu-pusu masuk memenuhi dewan begitu juga Adam dan Hayden. Armel bersama Ayshalyn juga mengambil tempat duduk untuk majlis yang bakal berlangsung.

Seperti biasa majlis akan dimulakan dengan nyanyian patriotik. Semua pelajar harus berdiri dan bernyanyi sebelum ucapan-ucapan dimulakan.

Semua pelajar mula diam apabila pengacara majlis menjemput pengetua untuk berucap.

Hayden berpaling ke arah Adam apabila terdengar lelaki itu menguap. Adam pandang Hayden lalu menunjukkan 5 jarinya tanda 5 minit lalu selamba dia menutup matanya. Hayden hanya tersenyum senget serta menggeleng.

"Hi and good morning I bid for everyone. Today, as you guys been told, is a special day. Our greatest Tan Sri Fareez is here with us today to inaugurate our sport day! And as you guys have been informed and know, our sport day will be occurred on the next Thursday. Which means you guys have one week to practice. I hope you guys got enough time to practice and do the best for your team..."

______________

"So, yang round blok dorm ni bawah Zarryn ya. Ada 2 group akan round blok dorm. The rest, tolong apa yang patut dekat dewan ini dan bagi group bawah saya, ikut saya kejap lagi." Ujar Evans di luar dewan bersama pelajar council yang lain. Semua mengangguk.

"So, mana ahli group 2 and 5?" tanya Zarryn sambil melihat kertas di tangannya.

Beberapa pelajar mengangkat tangan dan melangkah ke arah Zarryn.

Zarryn mengangguk dan mula membahagi tugas masing-masing.

___________

Adam membuka mata yang terasa berat, kedengaran suara pengetua yang masih lagi berucap. Dia mengerling jam pada pengelangan tangan sudah menuju pukul 8.30 bermakna majlis sudah berlangsung selama 15 minit.

"Aku pergi toilet kejap," kata Adam yang baru tersedar dari tidur. Hayden mengangguk kepala dan memberi tumpuan kepada pengetua yang sedang berucap.

___________

Zarryn melangkah dalam kawasan blok steeve dan melalui aras satu iaitu bilik lelaki sahaja. Suasana asrama sunyi hanya ditemani oleh kicauan burung yang hinggap di lantai mencari cebisan makanan.

Tanpa mengeluarkan sebarang suara, dia melintasi setiap bilik pada aras itu.

"First Blood!"

Satu bunyi secara tiba-tiba jelas kedengaran pada salah satu bilik yang dia lintasi.

"Double Kill!"

Sekali lagi bunyi itu datang dari bilik yang sama. Zarryn mula berasa curiga terus mendekati bilik itu dan membuka pintu tanpa meninggalkan sebarang bunyi.

Kelihatan Adam sedang leka bermain permainan pada telefon di katil. Ditemani oleh sebungkus kerepok yang telah dibuka untuk dikunyah olehnya.

"Sikit lagi nak menang, sikit lagi!" kata Adam dengan bersemangat untuk menang. Dia langsung tidak menyedari kehadiran Zarryn pada ketika itu. Tali leher turut dilonggarkan olehnya apabila terasa rimas.

"Triple kill. WUUUUU~ " Adam mula bersorak apabila berjaya membunuh tiga musuh sekaligus. Wajahnya penuh dengan kegembiraan.

"Kau memang nak penalty kan Adam, " ujar Zarryn dengan wajah yang bengis. Kedua-dua tangan turut dicengkak pada pinggang.

Secara automatik Adam berhenti bermain apabila mendengar sergahan daripada Zarryn ditambahkan lagi dengan riak wajah kemerahan menahan amarah.

"SHUTDOWN! "

Bunyi jelas dari telefonnya, dia menelan air liur.

'Mampus! Mampus!' detik Adam.

Dia bangun dari katil dan melangkah ke arah Zarryn yang berada di pintu. Tersengih-sengih sebelum mengangkat kaki untuk berlari pecut meninggalkan Zarryn.

Gila kau nak duduk dekat situ lagi? Mahu sembelit seminggu kena penangan tendangan Zarryn di punggungnya nanti. Jadi, untuk mengelakkan harinya diselubungi sembelit, ada baik dia pecut dulu.

"Arrr mak singa senggugut dah naik darah!" jerit Adam sambil berlari.

Itu namanya cucuk harimau yang tengah tidur. Zarryn yang mendengarnya makin menggelegak hati.  Terus kakinya turut berlari mengejar mamat tak cukup zat tu. Siap kau!

________________

"Sekarang saya mempersilakan tetamu jemputan kita iaitu Tan Sri Fareez," ucap pengacara majlis dengan suara lemah lembut. Tan Sri Fareez bingkas bangun apabila namanya dipanggil untuk memberi ucapan.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pelajar. Terima kasih saudari pengacara majlis. Sihat ke semua? Saya harap semua pelajar dalam keadaan sihat ya. Sebelum saya mengucapkan sesuatu, saya terlebih dahulu ingin memuji tentang pelajar sekolah ini," semua pelajar mula memberikan tumpuan akan ucapan Tan Sri Fareez.

"Pelajar sekolah ni adalah yang terbaik buat saya!" satu tepukan gemuruh pada Tan Sri Fareez apabila memuji pelajar sekolahnya.

"Tidak kira dari segi pembelajaran, kokurikulum dan juga disip..."

"Adam!!!"

Satu teriakan memanggil nama Adam oleh Zarryn yang sedang mengejar lelaki itu. Apabila melintasi dewan, semua guru dan pelajar begitu juga Tan Sri Fareez terkejut dengan teriakan tersebut. Lantas mereka menyaksikan Adam dengan Zarryn yang sedang berlari.

Masa seakan-akan bergerak dengan pelahan. Adam kelihatan selekeh dengan tali leher longgar tidak sempat dibetulkan, sedang berlari daripada Zarryn manakala Zarryn cuba mengejarnya dari belakang.

"Dasi Run Run Run nan meomchul suga eobseo," pada masa yang sama seorang pelajar lelaki  bernyanyi dengan nada pelahan ketika melihat aksi dua orang seniornya. Dia cuba menjiwa watak Adam yang cuba melarikan diri.

"Weh weh! Tengok kakak kau tu Zariel, " bahu Zariel digoncang oleh rakan sebelahnya Que. Jari ditunding ke arah Zarryn yang sedang berlari.

"Go go power rangers!" Que cuba menyemarakkan semangat Zarryn yang kelihatan keletihan manakala Zariel tidak berkata apa-apa dan hanya mampu menggeleng kepala melihat kakaknya dan Abang Adam.

Cikgu displin iaitu Sir Henry berserta sebatang rotan lantas meraup muka. Berasa malu dengan perangai pelajarnya walhal yang buat hal tu tak lain tak bukan anak pemilik sekolah itu sendiri.

Dia segera keluar dari pintu belakang dewan untuk memintas larian Adam dan memberhentikan agenda yang tidak sepatutnya berlaku.

Suasana dewan menjadi sunyi seketika setelah melihat pelarian sebentar tadi. Ayshalyn berpaling ke arah Armell yang membuka mulut luas-luas seperti mahu mengatakan sesuatu. Keningnya bertaut satu-sama lain, sebelum Armell menjerit.

"Gempak arr!" teriak Armel dengan kuat. Lantas Ayshalyn menutup mulut Armell takut menganggu acara majlis. Cukupla dengan perangai nakal Adam menghuru-harakan majlis.

"Err.. Ha.. ha... terkejut saya tadi." Reaksinya cuba dikawal.

"Apa-apa pun pelajar sekolah ini tetap cemerlang buat saya!" sambung Tan Sri Fareez dengan nada serba salah. Reaksi wajahnya  yang malu cuba dikawal sebaik mungkin. Boleh setebal seinci tahan malu dengan kejadian sebentar tadi. Lebih-lebih lagi melibatkan darah dagingnya sendiri.

Tunggu Adam, siap la dia nanti.

___________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro