Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 57 (FENCING)

Same date ❤️
________________

Sebuah Mercedes GLC Coupe hitam meluncur laju masuk perkarangan Kompleks Sukan Negara dan berhenti di depan pintu utama bangunan. Seorang lelaki segak berpakaian suit dengan cermin mata disemat pada hidung keluar dari perut kereta.

"Welcome Mr. Benezet. We are honored to have you here," Sambut Encik Daniel selaku wakil di hadapan pintu. Senyum mesra dihulurkan seraya berjabat tangan.

"This is the WCIS's representative, Evans Uzair." katanya lagi memperkenalkan seorang lagi lelaki berada disebelahnya. Lelaki berkumis dan berbangsa Perancis di hadapan mereka mengangguk. Semua mempamerkan riak wajah mesra.

"Hello Mr. Benezet, I'm Evans Uzair." ujar Evans beramah mesra turut menghulurkan tangan ingin berjabat dengan Mr Bezenet, tetamu jemputan khas.

"Nice to meet you, Uzair." huluran tangan disambut Mr. Bezenet. Mereka berdua berjabat tangan.

"So where's the match will taking place?" soal Mr. Bezenet berslang perancis. Dia dijemput untuk menyaksikan sebuah pertandingan peringkat kebangsaan lawan pedang. Dengan kata lain, pesaing yang datang menunjuk bakat adalah fencer daripada luar negara.

"This way, Mr. Benezet." ujar Evans sekali lagi mendepakan tangan ke arah pintu masuk. Dia berjalan menunjukan ke arah hala tuju ke dewan pertandingan fencing yang akan berlangsung sebentar lagi. Manakala Encik Daniel dan Mr. Bezenet berjalan seiring.

Dewan pertandingan Fencing yang sudah beransur-ansur dipenuh penonton. Kebanyakkannya dari warga WCIS dan ada juga dari orang luar.

"Please have sit, Mr. Bezenet." kata Encik Daniel mempersilakan tetamu jemputannya duduk. Evans pula berlari anak-anak mendaki tangga menuju ke tempat duduk sebelah Armel.

"Hai," sapa Armel yang tengah menyumbat popcorn dalam mulut. Dari mana dia dapat popcorn? Dia beli dekat gerai jualan luar dewan tadi.

"Hai sayang," balas Evans melabuh punggung sebelah Armel manakala Adam di sebelah Armel dan Zarryn sebelah sana bersama Qairul. Dia mengerling ke arah kerusi kosong di sebelah kiri. Tempat duduk Hayden. Walaupun lelaki itu sudah berhenti sekolah, tapi mereka tetap berharap lelaki itu munculkan diri menyaksikan pertandingan terakhir buat Ayshalyn.

"Takkan tak datang juga Hayden?" Monolognya dalam hati berharap Hayden turut berada disini. Terasa lengan dicuit, dia menoleh ke arah Armel yang sedang hulurkan bekas popcorn.

"Nak?" soalnya dengan suara lembut. Evans hanya mencebik dan menggeleng.

"Tak naklah. Awak makanlah sampai gemuk," usik Evans menolak pelawaan itu. Armel mencebik mulut kemudian menyumbat lagi popcorn dalam mulut. Mahu tembam pipi dibuatnya.

Evans tersengih nampak barisan gigi putih. Merajuk la tu orang cakap gemuk.

Lampu dewan mula menjadi malap. Evans kembali menoleh ke depan. Matanya tertumpu pada strip, sekilas lalu dia mengerling jam tangan. Pertandingan akan bermula berapa ketika je lagi.

Seorang gadis duduk di atas bangku sambil menegakkan saber di atas lantai. Kepalanya tertunduk memandang lantai kosong. Hanya menunggu namanya diseru naik beraksi saja. Namun wajahnya muram, seolah tidak bersemangat. Matanya redup merenung lantai kosong.

"Are you ready, Ayshalyn?" soal Coach Adrew yang memakai kad sebagai coach fencer. Ayshalyn yang sedang mengelamun tersentak, dia berpaling ke arah Coach Adrew.

Satu senyuman cuba diukir. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"It's already 9 a.m. The time has arrived, Knight." ujar Coach Adrew.

Ayshalyn bangkit dari tempat duduk, dia memandang Coach Adrew seketika. Lelaki itu memberikan satu senyuman manis. Ayshalyn nampak lelaki itu sangat mengharapkan sebuah kemenangan.

"Thank you for everything, sir. I will try my very best." Kata Ayshalyn serius. Dia berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan oleh Coach Adrew tanpa jemu. Lelaki itu mengangguk, berasa terharu. Dia menepuk-nepuk sebelah bahu gadis itu ingin berikan semangat.

"Make sure that gold medal is yours." pesannya. Ayshalyn memberikan senyuman manis mengiakan. Apabila merasakan mereka lama berdiri, dia akhirnya memutuskan untuk mengatur langkah.

"Kak Ayshalyn,"

Ayshalyn mengalih pandangan, dia lihat sekumpulan fencer yang merupakan junior bakal beraksi nanti. Mereka memandang wajah Ayshalyn dengan muka serius.

"Kami semua akan tunggu. We hope that the champion title will be yours today," kata seorang gadis sebagai wakil. Ayshalyn mula mengerdip kelopak mata cuba menyeka air mata. Terharu.

"Cause we all trust you," katanya lagi. Dengan riak wajah serius, semua fencer mengangkat pedang dalam genggaman mereka dan dihalakan arah Ayshalyn.

"Knights win!" jerit mereka. Membakar semangat.

Setitis air mata jatuh, perlahan-lahan Ayshalyn mengangguk. Laju dia sapu air mata itu dan menguntum senyuman.

"Sure, InsyaAllah." balas Ayshalyn dan yang lain hanya senyum. Dia memandang Coach Adrew kembali.

"I promise.." Janji Asyalyn, satu senyuman diberikan pada Coach Adrew dan squad junior fencer. Dia akan menang. Dia angkat tunaikan janji itu. Dengan izinNya.

Pelindung muka dikepit di lengan. Dia berjalan keluar menuju ke medan perjuangan. Tangannya memegang erat tombol pintu. Dia menunduk menatap lantai seketika. Sudah bersediakah dia?

Ayshalyn memejam mata cuba mengumpul kudrat sebelum kelopak mata dibuka. Riak wajah dan lirikan mata yang sayu tadi berubah menjadi tajam dan tegang. Dia mendongak kepala dan perlahan-lahan pintu ditolak, dengan langkah berani dia menapak masuk.

Bismillah.. Dengan izinMu aku berjuang hari ini.

"Please welcome, Ayshalyn Emane! A fencer from Malaysia!"

Bunyi muzik Legend by The Score menjadi latar belakang suara ketika dia menapak. Sorakan daripada penonton mula mengisi ruang kosong dewan. Sempat dia memandang sekeliling, lampu-lampu berkelip daripada flashlight telefon mahupun kamera cuba mengambil gambar.

Pandangan beralih ke arah tempat penonton. Dia nampak Adam, Armel, Evans dan Zarryn turut memberikan sokongan. Dia juga nampak Zed yang memeluk tubuh disamping Que dan Zariel. Anak mata jantan milik zed seolah memberikan dia kekuatan. Kau kena menang kak! Kelihatan juga ibu bapanya. Ayshalyn mengalih pandangan. Saber dalam genggaman tangan dipegang erat, langkah disusun ke arah strip.

Pihak lawannya seorang gadis berambut blonde ikal mayang sudah berada di strip.

"Weh dah start, dah start!" Seperti biasa, Armel teruja bila pertandingan sudah mahu bermula.

Kamera bergerak menumpukan pada dua orang fencer atas strip. Seorang lelaki kemas berpakaian suit hijau selaku pengadil mula menapak masuk. Dia mengatur langkah sambil membuntangkan kot dan berdiri antara dua fencer itu.

Semua diam memberikan tumpuan pada mereka. Pengadil itu memandang kedua fencer bersilih ganti. Riak wajah serius dipamerkan.

Nafas panjang ditarik kemudian dihembus perlahan. Ayshalyn memejam mata kemudian mengangkat saber tinggi bertentangan dan searas muka. Sebelum dia membuka kembali kelopak mata dan pedang itu dilibas kearah kiri. Salute!

Fencer bagi pihak lawan juga berbuat perkara sama. Sudah menjadi adat sebelum permainan bermula.

Pengadil mengangguk kepala, sekali lagi dia memandang dua orang fencer itu. Ayshalyn dan pesaingnya saling merenung. Renungan tajam yang mahu menusuk anak mata. Sangat garang, sedia untuk memulakan pertandingan.

"En garde!" dengan lantang pengadil mula bersuara. Serentak itu pelindung muka disarung, sebelah kaki mara ke depan bersedia. Manakala saber diangkat dan dihala ke pihak lawan.

"Prêtes?" tanya pengadil apabila dua fencer itu sudah dalam posisi betul.

"Allez!"

Maka bermula pertandingan yang dinantikan, dan bunyi tapak kasut berlaga dengan strip serta libasan kuat dari pedang mengisi ruang dewan.

Ayshalyn Emane, you must win!

________________________

Pertandingan yang sengit berlangsung, perlawanan yang ditonton oleh warga WCIS dan orang luar. Malah Yumi dan Nayla bertanggungjawab merakam secara live.

"Berapa viewers?" tanya Yumi ingin tahu. Nayla yang sedang merakam video mula berpaling. Riak wajahnya serius.

"10K," jawabnya ringkas tidak mahu mengganggu rakaman. Yumi mengangguk menyambung tugas.

Satu libasan saber dilakukan oleh pihak lawan cuba mencari sasaran. Ayshalyn mengelak, pedang pihak lawan ditepis. Bunyi detingan kuat apabila pedang itu saling berlaga. Sengit.

Fencer itu tidak mengalah, dia mara ke depan cuba melibas apabila serangannya tidak mengena. Ayshalyn berundur beberapa langkah. Saber dipegang kemas lantas dihalakan ke arah sasaran.

Satu persatu pergerakan yang telah diajar oleh Coach Adrew, dilakukan. Apabila satu serangan dibuat oleh pihak lawan, terus dia menepis dan berjaya elak menggunakan taktik yang betul. Matanya meliar mencari kesempatan untuk sasaran.

Tanpa memberikan sebarang peluang pada pihak lawan. Terus dia melibas dan hujung saber mengena pada bahu pihak lawan. Automatik strip bahagian Ayshalyn bernyala merah. Dia mengela nafas lega, perlahan-lahan pedang diturunkan. Markah pertama berjaya diperolehi Ayshalyn.

Telinganya menangkap bunyi sorakan, warga WCIS mula menjerit gembira walaupun hanya satu mata.

"Guys! Ayshalyn got one point!" jerit yumi sebagai pengacara, Nayla mengalihkan kamera pada Ayshalyn. Suasana dewan menjadi kecoh hanya kerana satu mata sahaja. Mereka semua bergembira. Wouw!

Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Segaris senyuman manis terukir di bibir Hayden. Dia turut gembira. Walaupun dia tidak mampu menonton pertandingan Ayshalyn secara langsung, tapi dia tetap mahu menyokong gadis itu. Dia kemudian menutup telefon dan memasukkan ke dalam poket.

Dia memandang pantulan diri dari cermin. Dibetulkan tali leher dan kot yang tersarung di tubuh. Rambut yang digayakan business savvy diraup. Hari ini, dia dipaksa oleh Hajah Kamsah untuk menghadiri satu mesyuarat penting bersama client besar company keluarganya. Dia mengeluh lemah. Serabut dengan semua benda. Kaki dipaksa melangkah keluar dari restroom dan ke restaurant di mana mesyuarat itu diadakan.

"I agree with the budgets, time scales and specifications." ujar seorang lelaki yang merupakan klien kepada Hajah Kamsah. Mereka sedang berbincang mengenai anggaran kos untuk projek.

"Thank you Mr. Damien, Hope we succeed." kata Hajah Kamsah senyum mesra, melakukan persetujuan antara dia dan klien. Dilihat cucunya baru kembali dari tandas dan duduk di sebelahnya.

"Don't worry, my engineers will modifying and re-testing the products." Mr Damien menghadiahkan satu senyuman pada Hajah Kamsah. Mereka berdua menanda tangani beberapa dokumen terlebih dahulu sebelum mesyuarat selesai.

"Thank you again for this opportunity and cooperation." Mr Damien terlebih dahulu meninggalkan mereka selepas berjabat tangan dengan Hayden dan beberapa ahli lembaga pengarah yang lain kerana ada urusan penting. Hayden kembali duduk dan mata menatap telefon.

Hajah Kamsah mengerling ke arah cucunya yang ralit menatap telefon. Langsung tidak memberikan tumpuan terhadap apa yang dibincangkan tadi. Entah apa yang dilihatnya. Siap tersenyum lebar lagi.

"Kamu tengok apa tu, Hayden?" tanyanya tidak senang membuatkan Hayden terkejut. Laju dia menyorok telefon dan memandang Hajah Kamsah.

"Nothing, surfing Internet.." bohong Hayden mempamerkan riak wajah biasa. Satu keluhan berat dilepaskan oleh Hajah Kamsah. Dari reaksi wajahnya, Hayden tahu wanita itu tahu apa yang dia buat.

"Watching the fencing competition?" tanya Hajah Kamsah lagi dengan lembut. Dia merenung anak mata Hayden yang tanpa diselindungi oleh cermin mata.

Perlahan-lahan Hayden mengangguk, tiada guna mahu menipu lagi. Nenek dia tahu segalanya.

"Hayden.. you need to forget about everything. Especially that girl.. "

"Nek please. Don't push me like this. Hayden tak ada hak ke untuk tentukan hidup Hayden sendiri?" soal Hayden berang. Wajah juga tegang. Dia tunduk melihat telefon. Hajah Kamsah menelan liur, riak wajah bimbang terpacar di muka apabila melihat cucunya.

"Hayden, listen.." telapak tangan cucunya digenggam erat, dagu diangkat supaya memandang wajahnya. Mereka berpandang satu sama lain.

"You have to move on. Tak lama lagi kamu akan pergi ke Turkey. Jadi kamu tidak akan terlibat lagi dengan boxing dekat sini. Tempat ni tak sesuai untuk kamu, bahaya. You put yourself in danger." nasihat Hajah Kamsah merenung anak mata cucunya.

Hayden ketawa kecil. Sinis. Lalu mengalih pandangan. Dahi Hajah Kamsah berlapis-lapis, entah apa yang lawak membuatkan cucunya tergelak.

"Apa yang membuatkan nenek yakin sangat yang Hayden takkan join boxing dekat sana?" tanya Hayden seraya berpaling arah wanita itu. Hajah Kamsah sedikit tersentak. Bila difikir kembali, ada logik juga, kenapa dia tidak pernah terlintas sebelum ini?

"Hayden tinggal dengan nenek sendiri, dekat sini pun Hayden berani buat. Apatah lagi belakang nenek dekat sana. Jauh. Wow, I think it is a good thing for me. Dunia boxing dekat sana lagi meluas. Great chance, huh?" bakar Hayden lagi. Saja.

Hajah Kamsah sekali lagi tersentak. Dia cuba mengawal reaksi wajah menatap Hayden. Dia terdiam.

Hayden yang melihat neneknya senyap itu, mula mengeluh. Digenggam tangan nenek kesayangan.

"Nek, please let me graduate here with my friends. Hayden sayangkan nenek dan Hayden hormatkan nenek. Tapi, tak boleh ke nenek lepaskan Hayden untuk merasai gembira. Can't you, nenek? Hayden rayu pada nenek, tolonglah. Tolonglah faham Hayden. Sekali ni je. Lepas Hayden graduate, nenek hantarlah Hayden kat mana sekalipun." jujur Hayden menatap Hajah Kamsah tanpa berkelip. Matanya berkaca seolah mahu menangis.

Hajah Kamsah mula rasa serba salah. Hatinya berbelah bagi. Dia dapat lihat dari anak mata cucunya itu. Sebuah kesakitan yang menjerat diri.

Hajah Kamsah melepaskan satu keluhan berat sekali lagi. Keluhan yang lebih berat seperti permintaan Hayden yang sukar ditunaikan. Dia melihat wajah mendung Hayden, mula timbul rasa kasihan. Dia dapat merasakan keikhlasan lelaki itu. Perasaan yang mendera diri.

"Nek, please..." rayu Hayden masih mengenggam erat jari jemari wanita itu. Hajah Kamsah tidak menjawab, hanya riak wajah kasihan sahaja menjadi jawapan. Dia memandang Hayden yang nampak sayu. Hah...

_____________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro