BAB 55 (TRUST)
Same date❤️
_________________
Adam menutup pintu loker setelah meletakkan buku ke dalamnya. Sebelah bahu tergalas beg. Dia kemudian melangkah di laluan yang sunyi itu untuk balik ke dorm. Hening terasa biarpun terdapat beberapa pelajar di setiap sudut. Evans dan Hayden sudah pulang. Hanya dia yang baru nak balik kerana ada perjumpaan basketball. Mereka akan ada big game nanti. Menentukan siapa juara pada tahun ini.
Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah 6 setengah petang. Dia belum Asar lagi kerana terbantut dengan perjumpaan tadi. Jam di tangan kembali dikerling.
Ted Baker.
Adam mengeluh. Sebenarnya, dia rindu akan seseorang. Seseorang yang selalu bersamanya. Seseorang yang selalu bergaduh dengannya. Tapi, sekarang tiada lagi.
Ya, dia rindukan Zarryn Lydia.
Hah..
Deringan telefon mengejutkan dia dari lamunan. Kaki berhenti melangkah. Diseluk poket dan mengambil telefonnya.
Zarryn.
Gadis itu yang menghubunginya. Tanpa sedar, satu senyuman terukir di bibir sebelum ikon hijau digesek. Menerima panggilan itu.
"Hello Dam, kau kat mana?"
Kedengaran suara Zarryn bertanya.
"Aku nak balik dorm ni. Kenapa?" soal Adam kembali.
"Aku nak ajak kau study ni. Kat library," ajak Zarryn.
Adam tersenyum lebar. Memang ditunggu-tunggu saat ini. Memang dia nak pergi! Asalkan dengan Zarryn je.
Baru dia nak membalas, dia terdengar satu suara lagi di hujung corong.
"Adam datang?"
Adam berkerut kening. Sepertinya, itu suara Qairul. Adam mendengus geram. Telefon digenggam kemas. Apasal mamat tu kena mengekor je si Zarryn ni? Mana je Zarryn pergi, mesti mamat tu ikut. Memang tak guna betul si muka penyet ni!
"Adam? Dengar tak?" Soal Zarryn lagi.
"Tak apalah. Aku belajar dengan Evans je hari ni. Bye," terus Adam memutuskan talian. Memang taklah dia nak pergi study dengan Zarryn kalau muka penyet tak guna tu ada. Huh.
Kaki kembali melangkah balik ke dorm. Hati mendongkol geram. Sakit hati pun ada.
Tak apalah. Zarryn dah gembira dengan Qairul. Rasanya, tiada makna lagi kewujudannya di sisi gadis itu. Biarlah..
_____________________
Malam itu selepas meronda, Evans terus naik ke bilik. Dia nak kencing sebenarnya. Tak tahan dari bawah lagi. Bila masuk ke bilik, dilihat Adam yang baru keluar tandas dan Hayden yang duduk di meja belajar. Dua orang itu berpaling ke arahnya. Tanpa mempedulikan dua orang itu, terus pintu bilik air ditolak. Tak tahan sangat ni.
Hayden kembali menyambung kerjanya yang tergendala tapi sekali lagi terganggu bila telefonnya di sebelah, berdering minta diangkat. Nama neneknya terpapar. Keluhan terkeluar.
"Hello," Hayden menyambut juga panggilan itu.
"Ingat Hayden. Tak lama je lagi. Lepas ni, kamu akan ke Turkey,"
Arahan neneknya itu membuatkan dia mahu membaling saja telefonnya ke dinding. Biar rosak. Hancur. Telefon digenggam kemas. Terus diputuskan talian itu. Agak biadap tapi dia dah tak kisah. Kepalanya sangat serabut.
Dilempar telefon ke atas katil. Dia menongkat siku dan meraup muka serta rambutnya kasar. Argh! Dia mengeluh kuat. Beg yang tersadai di kaki meja itu dicapai.
Satu kotak kecil dan pemetik api yang disorok di dalam beg sandangnya diambil dan terus memasukkan ke dalam poket sweater. Dia melangkah ke pintu untuk keluar. Baru saja tangan menyentuh tombol, ada yang bersuara.
"Kau nak pergi mana, Den?"
Hayden menoleh ke belakang. Adam. Lelaki itu berdiri dan bersandar bahu pada almari sambil memeluk tubuh. Kening juga terangkat tanda menyoal.
"Bawah jap. Ambil angin." usai menjawab, terus Hayden melangkah keluar tanpa mendengar balasan Adam. Malas nak cakap banyak. Kepala tengah serabut bagai wayar yang berselirat. Celaru.
Sementara di dalam bilik, Adam yang masih berdiri di almari itu mengeluh. Hayden memang lain. Dulu, sedingin-dingin Hayden pun, masih boleh bergurau dengannya. Tapi sekarang, cakap pun acuh tak acuh.
Tapi dia perasan lately ni Hayden selalu bersendirian. Malam-malam keluar. Macam tadi. Nak ambil angin la, nak basuh baju la. Dan dia juga perasan Hayden bagai keluarkan sesuatu dari begnya. Macam disorok. Hati mula tak sedap.
"Woi! Kau kenapa ni? Mengelamun depan almari?"
Adam tersedar bila bahunya ditepuk. Dia berpaling. Evans yang menepuk bahunya. Dia mengelamun ke tadi? Risau fikir pasal Hayden sangat tadi.
"Evans.. aku rasa tak sedap la," luah Adam. Dia betul-betul rasa ada yang tak kena dengan Hayden.
"Kau demam ke?" tanya Evans hairan. Dahi Adam ditekup. Rasanya si Adam ni sihat walafiat. Tiba-tiba rasa tak sedap.
"No. Aku rasa tak sedap hati.. pasal Hayden.."
Evans mengerutkan dahi. Hayden? Evans cuba ingat perihal Hayden. Secara jujurnya, dia pun memang rasa tak sedap hati. Dirasakan Hayden lain. Lebih dingin dari dulu. Dia nak tegur pun kadang-kadang teragak-agak.
Sedang Evans duk ingat dan fikir pasal Hayden, terasa lengannya ditarik. Dia lihat Adam mengheretnya keluar dari bilik.
"Eh eh nak pergi mana ni?" pertanyaan Evans hanya dibiarkan sepi tidak dijawab. Kaki terus melangkah.
_______________
Seputung rokok dikeluarkan dari kotak dan diletakkan di hujung bibir. Baru je dia nak nyalakan api, terasa rokok di bibirnya itu dirampas kasar oleh seseorang. Dia angkat wajah.
Adam. Lelaki itu yang merampas putung rokoknya. Muka lelaki itu juga seperti menahan marah. Adam merampas pula kotak rokok dan pemetik api di tangannya. Terus di lempar ke tanah dan memijak-mijak kasar kotak rokok itu.
"Kau jangan jadi bodoh boleh tak, Hayden?!" lenting Adam seraya mencekak baju Hayden. Nafas juga tak teratur menahan amarah yang membuak. Hayden menunduk.
"Apa kau buat ni ha?! Hayden yang aku kenal tak akan buat macam ni tau," Adam menghempas belakang Hayden ke dinding. Lelaki itu masih menunduk. Evans di tepi cuba meleraikan.
"Ke kau memang macam ni? Kitorang je yang bodoh tak tahu. Macam kau sorokkan identiti kau. Tiger huh?" sinis Adam. Ayat Adam kali ini membuatkan Hayden mengangkat wajah. Dipandang tajam ke arah Adam.
"Apa masalah kau?!" kuat Hayden menolak dada Adam. Terundur lelaki itu. Evans sudah menahannya dari terus melangkah ke arah Adam.
"Tak payahlah gaduh macam ni. Kita cakap elok-elok, boleh kan?" kompromi Evans. Dia tak nak cetuskan pergaduhan kali kedua antara Adam dan Hayden. Cukuplah bertumbuk sekali dulu. Dia tak mahu ulang sejarah.
Dua-dua lelaki itu bernafas kasar. Menahan geram masing-masing. Hayden berpaling ke tepi seraya menghembus nafas panjang. Meredakan api. Dilihat Adam kembali melangkah ke arahnya. Dipegang kedua belah pipinya. Memaksa dia memandang lelaki itu.
"Aku tak nak kau buat benda bodoh macam ni sekalipun kau tengah tertekan. Aku dengan Evans ada untuk kau luahkan apa yang kau rasa! Bukan dengan merokok macam ni." suara Adam kedengaran perlahan sikit dari tadi.
"Hayden, walaupun aku kenal kau tak sampai setahun pun, aku selesa dengan kau. Kau sahabat aku. Aku selesa dan percayakan kau macam mana aku selesa dan percayakan Evans. Jadi, apa gunanya aku dan Evans dekat sini sebagai sahabat, kalau aku tak boleh nak bantu kau?" hiba suara Adam.
Hayden mengangkat muka memandang Adam. Mata terasa hangat bila mendengar ayat ikhlas Adam. Dia juga lihat mata lelaki itu berkaca.
"Aku tahu kau ada masalah sekarang. Cerita dekat aku dengan Evans. Kitorang akan bantu kau selagi mana kitorang mampu! Kau kena ingat yang kau tak keseorangan, Hayden."
Kata-kata Adam membuatkan dia bertambah sebak. Kali ini, dia tak mampu untuk bertahan. Pecah empangan air matanya. Adam juga mengalirkan air mata. Evans di sebelah menelan liur. Meneguhkan benteng. No! Jangan nangis!
Hari ni, air mata lelakinya tumpah kerana sahabat. Tali persahabatan yang dibina, kini sangat terasa kuatnya. Air mata turun kerana ikhlasnya satu hubungan antara sahabat. Dia memang takkan lupakan Adam dan Evans.
Sahabat terbaik yang pernah dia ada..
________________
Mereka berenam termasuk Qairul mengulang kaji pelajaran di luar perpustakaan. Tempat yang disediakan bagi pelajar yang mahu belajar di luar.
Sedari tadi kedengaran Qairul membuat lawak. Tak berhenti bercakap. Lepas buat lawak, bersweet pula dengan Zarryn.
"Sayang, you nak air tak? I tolong bukakan untuk you," Qairul bertanyakan Zarryn yang sedang membuat kerja.
Zarryn mengeluh. Entah kenapa dia rasa agak tidak senang. Suka mengganggu dia buat kerja. Tambahan lagi, lelaki itu tak habis bercakap dari tadi. Amat mengganggu konsentrasinya untuk belajar. Nak tak nak, dia senyum juga dan menggeleng. Tidak dahaga.
Tanpa sedar, ada seseorang yang sedari tadi hati membara. Dia hanya senyap tanpa mengeluarkan suara. Tekun menghabiskan kerja. Juga menyampah dengan adegan di depan mata.
Kedengaran lagi Qairul membuat lawak dan kali ini, Armel dan Zarryn tergelak. Adam mendengus. Terus ditutup buku dan mengemas barangnya. Tak betah berada di situ. Dia lantas bangun dan pergi dari situ tanpa sebarang kata membuatkan yang lain tertanya.
Zarryn memandang ke arah tubuh tinggi lelaki itu yang berjalan pergi tanpa menoleh. Kenapa dengan Adam? Tidak lama itu, kelihatan Evans dan Hayden juga turut bangun.
"Kitorang pergi dulu ya. Carry on," ujar Evans seraya itu dia dan Hayden melangkah pergi ke arah Adam. Secara jujurnya, dia memang agak tidak selesa dengan kehadiran Qairul. Walaupun dia dan Adam sudah mengenali Qairul lama, tetapi mereka sememangnya tidak rapat dengan lelaki itu. Bertukar dialog pun jarang sekali. Entah macam mana Zarryn boleh berkenan dekat Qairul pun tak tahu.
Evans dan Hayden berlari anak mengejar Adam yang mendahului. Alah, macam mereka tak tahu Adam berjauh hati dengan Zarryn. Budak kecil pun boleh nampaklah.
"Amboi kau bukan main merajuk," Evans menolak kepala Adam. Lelaki itu menjeling.
"Merajuk apa bendanya? Tak ada masa," balas Adam menekan. Evans mencebik, Hayden tersenyum kecil sambil menggeleng. Mereka bertiga berjalan balik dorm. Hari ni, mood nak study patah!
"Hoi!"
Sergahan kasar seseorang menghentikan langkah ketiga-tiga lelaki tersebut. Dikalih pandang ke arah empunya suara. Kelihatan seorang lelaki yang berjalan gaya gangster ke arah mereka. Muka seakan menahan geram.
"Haiqal, kau nak apa?" tanya Evans terlebih dahulu. Haiqal, ahli tinju WCIS. Lelaki yang kalah dengan Hayden dulu.
"Kau main tipu kan, Hayden! Patutlah kau menang hari tu. Rupanya kau dah memang ahli boxing! Kau tak patut menang pun hari tu! Bangsat!"
Haiqal meluru ke arah mereka dan tidak semena-mena muka Hayden ditumbuk. Terkejut mereka dengan tindakan Haiqal yang tiba-tiba tu.
Hayden yang terkejut dengan tumbukan Haiqal itu, terus naik hantu dia. Baru tangan diangkat untuk membalas, lengannya ditahan Evans di belakang. Bahunya juga ditarik. Adam di depannya juga menahan.
"Apa benda kau ni, Haiqal? Tiba-tiba datang tumbuk Hayden. Apa masalah kau?!" Adam pula naik hantu bila tiba-tiba Hayden kena tumbuk. Tak puas hati pasal kes hari tu pun, agak-agaklah! Lengan baju disingsing paras siku. Baru je Adam ingin membalas bagi pihak Hayden, ada 3 individu berdiri di hadapannya.
And the true hero of the day is,
"Kau pergi!"
Armel.
Gadis itu menolak perut Haiqal supaya beredar dari situ. Dia tidak mahu apa-apa pergaduhan terletus. Nak-nak lagi dia lihat yang Hayden kena tumbuk tadi, terus dia, Zarryn dan Ayshalyn meluru ke situ.
Lepas Evans dan Hayden turut angkat kaki tadi, suasana agak canggung. Terus ditepuk peha Zarryn perlahan dari bawah. Tanda yang mereka juga harus pergi dari situ. Tanpa Qairul. Dan Zarryn pun teragak-agaklah nak mempamit diri dengan Qairul. Bukan main susah nak lepas. Macam tak jumpa je nanti. Huh.
Haiqal menunduk memandang Armel yang menolak perutnya. Dia mendengus. Nak dilawan Armel yang perempuan lagi kecil ni nanti akan dicop dayus. Dia perlahan-lahan mengangkat kaki pergi dari situ. Mata tetap merenung Hayden tajam. Tanda yang mereka belum habis!
Armel memandang belakang ke arah yang lain.
"Huh, senang!" disapu bahu dan flip hair. Ditarik lengan Ayshalyn dan Zarryn untuk sambung melangkah balik ke dorm. Harap je MMA fighter, tapi aku juga yang settle. Tak boleh harap!
3 ketul lelaki itu memandang tidak berkelip ke arah Armel yang diva berjalan. Bangga dapat halau si Haiqal tu. Evans kemudian ketawa kecil teringat telatah gadis itu. Armel, Armel..
____________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro