Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 54 (DONE)

2 3 / 0 6 / 2 0 ❤️
__________________

Suasana sekolah yang sunyi tanpa sebarang suara pelajar. Ayshalyn melangkah masuk dalam perkarangan sekolah. Sebelah tangan memegang erat satu kotak yang dihiasi reben.

Langkahnya terhenti pada sebuah loker, nama Hayden Ziyad tentera pada loker itu. Ayshalyn menunduk kepala memandang kotak yang dipegangnya. Sapu tanganya pemberian Hayden Ziyad tempoh hari di dalamnya. Kini, sudah tiba masanya untuk dia pulangkan kembali.

Satu senyuman kelat diukir sebelum dia meletakkan kotak itu atas loker Hayden. Dengan langkah berat dia menuju ke dewan. Hari ini semua pelajar harus berada di dewan untuk mendengar ceramah dan beberapa booth University disediakan khas untuk final year students.

Kedengaran suara penceramah bergema apabila dia menghampiri dewan. Pintu ditolak. Beberapa pelajar dan guru terasa terganggu mula berpaling. Ayshalyn yang baru sampai ke sekolah agak lewat seperti biasa. Gadis itu hanya menunduk kepala memandang lantai. Dengan langkah berat dia menapak mendekati Armel dan Zarryn.

Sepanjang penceramah bercerita dan berkongsi pengalaman pada pelajar. Ayshalyn hanya menunduk kepala, dia langsung tidak fokus. Fikirannya bercelaru sekarang dan kosong. Armel dan Zarryn perasan akan itu mula berasa sangsi.

Dekat sejam setengah penceramah memberikan ceramah. Pelajar lain boleh masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran dan hanya pelajar senior sahaja dibenarkan berada dalam dewan untuk melawat booth University.

Pelajar lain mula bangkit dari tempat duduk, hanya 3 ketul itu saja tidak bergerak. Zarryn mengadu sakit kepala dan terasa mahu demam. Ayshalyn pula memang tak ada mood nak pergi booth tu. Armel hanya duduk di situ, setia menemani.

Terasa jari jemari sebelah tangan digenggam erat. Dia mendongak muka memandang Zarryn yang senyum padanya. Armel juga berada disamping. Dua orang gadis itu duduk hadapannya.

"Ayshalyn, kau okey tak?" tanya Zarryn dengan lembut membuatkan hati Ayshalyn tersentuh. Walaupun Zarryn sendiri yang sakit, tetap gadis itu bertanyakan dirinya. Matanya redup merenung lantai kosong, wajahnya muram.

"Okey," jawab Ayshalyn dengan lemah. Dia memejam mata cuba menguatkan semangat. Dia masih menunduk kepala. Dia bukan tidak mahu memandang Zarryn dan Armel. Tapi dia takut hatinya tidak kuat. Dia bimbang akan menangis depan mereka.

"Ayshalyn, kau tak okey.." kata Zarryn menggosok bahu Ayshalyn. Semakin bergenang air mata gadis itu.

"Aku okey.." kali ini tiada gelengan, hanya jawapan dengan suara bergetar.

"Ayshalyn, kau tak okey.." kali ini Armel berkata.

Ayshalyn diam seketika. Dia mengetap bibir sebelum menjawab.

"Aku okey." Dalih Ashalyn, namun air mata mula bertakung.

"Aysh.."

"Aku okey!" tegas Ayshalyn seraya setitis air mata jatuh. Dia mengangkat muka. Hujung hidungnya merah, bebola matanya turut kemerahan mula mengalirkan air mata. Bibir bergetar. Setitis lagi air mata jatuh ke lantai. Dia memandang kedua rakannya itu, air matanya laju turun membasahi pipi. Dia menangis depan Armel, Zarryn dan depan orang ramai.

"Aku okey.. aku okey.." katanya lagi dengan ayat sama berselang seling dengan tangisan. Terasa badannya dirangkul, Armel terus memeluk erat tubuhnya apabila Ayshalyn menangis. Hanya itu sahaja cara dia terfikir untuk menenangkan emosi Ayshalyn.

Zarryn menggosok belakang Ashalyn, dia dapat rasakan kesakitan yang menimpa gadis itu. Sakit kepala dihiraukan. Risau terhadap sahabatnya itu mengatasi segalanya.

"Aku okey, aku okey.." ulang Ayshalyn banyak kali dalam tangisan sambil kedua tangan mengesat air mata. Bahunya terhinjut-hinjut, dia tidak dapat mengawal emosi sekarang. Rasa hiba dan terkilan itu mula mempengaruhi diri.

"Ayshalyn kenapa?"

"Asyalyn menangis seriuslah?"

"Weh, kau kenapa menangis?"

Telinganya dapat mendengar beberapa pelajar sedang berbisik sesama mereka menanyakan keadaan Ayshalyn. Hairan, gadis yang disangka kuat itu akhirnya tumpas dengan air mata hari ini.

"Ayshalyn, it's okay.." bisik Armel cuba memberikan semangat namun sia-sia. Semakin kuat Ayshalyn menangis melepaskan perasaan yang selama ini dia pendam. Dia mengangkat kepala ingin memandang Armel namun lain yang jadi apabila matanya menyapa Hayden yang tercegat beberapa meter hadapanya.

Lelaki itu memandangnya tanpa mempamerkan sebarang reaksi sebelum menoleh ke arah lain. Seolah tiada perkara berlaku. Seperti lelaki itu tidak melihat dirinya. Lelaki itu melangkah pergi.

"Ayshalyn..kau kuat," pujuk Zarryn. Laju Ayshalyn menggeleng kepala sambil memejam mata biarkan saja air mata membasahi pipi.

Aku tak kuat Zarryn, aku tak kuat.. rintih Ayshalyn. Tidak mampu bicara dia hanya menggeleng kepala. Semakin erat dakapan pada tubuh oleh Armel.

Menangislah Ayshalyn. Lepaskan semua.

Pagi tu, sekali lagi pipinya basah dengan air mata. Dia betul-betul terasa akan perbuatan Hayden sebentar tadi. Dia benci Hayden.. Dia benci Hayden Ziyad!

___________________

Seorang lelaki menapak dengan laju, riak wajahnya cukup bengis dan ketat ketika itu. Didaki anak tangga menuju ke blok final student. Dua orang lagi lelaki cuba menenangkan lelaki itu tapi tidak berhasil.

Lelaki itu melangkah masuk kelas, matanya meliar mencari mangsa. Sehinggalah matanya tertancap pada seorang lelaki berkaca mata yang duduk di tempat duduknya. Terus memuncak kemarahan yang membara sebaik sahaja melihat lelaki itu.

Tanpa mengucapkan apa-apa atau salam, terus satu tumbukan singgah ke muka.

"Ini untuk kakak aku!" Tengking Zed yang menumbuk muka Hayden. Kedua belah lengan dan bahu Zed dipegang kuat oleh Que dan Zariel. Menenangkan rakan mereka yang seakan dirasuk itu.

Lepas dapat tahu Ayshalyn menangis di dewan tadi, terus naik bengang Zed. Dia sudah pesan pada Ayshalyn jika ada orang menyakiti perasaan kakaknya itu, sudah tentu orang itu pasti berdepan dengannya. Kau silap orang kacau Ayshalyn!

Hayden mengesat hujung bibir yang berdarah. Dia memandang wajah Zed tanpa sebarang reaksi. Dibetulkan kaca mata yang tersenget akibat penangan Zed tadi.

"Kau jangan berani dekat dengan kakak aku lagi! Ingat tu!" Zed memberi amaran tegas merentap lengan yang dipegang. Dia keluar dari kelas tanpa menunggu jawapan dari Hayden.

Hayden menyoroti langkah 3 lelaki itu keluar dari kelasnya. Bibirnya disapu sekali lagi. Keluhan
kecil keluar dari mulut.

Okey..

____________________

"Teruk sangat kau ni," Armel menggosok-gosok belakang Zarryn yang terbongkok-bongkok di hadapan sinki. Mengeluarkan segala isi perut.

Zarryn berkumur-kumur dan mencuci mulut. Muka juga dibasuh. Dia bertongkat di birai sink. Lemah tubuh dia hari ni. Kepala tak berhenti berdenyut sejak pagi tadi lagi.

Armel memapah Zarryn ke katil. Sahabatnya dilanda demam hari ni. Risau dia melihat Zarryn yang tak bermaya tu. Masuk yang tadi, sudah 2 kali Zarryn muntah. Di sekolah tadi sekali dan sekarang.

"Aku suruh pergi infirmary, kau tak nak." bebel Armel. Dilihat Zarryn yang terbaring itu. Zarryn tersenyum kecil.

"Aku okeylah. Kan aku dah makan panadol tadi." Zarryn tersenyum melihat wajah risau Armel. Bimbang sangat rakannya ni. Armel mengeluh.

"Ya lah. Kau tidurlah." Armel menarik selimut. Zarryn mengangguk. Sebelum lelapkan mata, sempat dia menitip pesan pada Qairul. Mengatakan yang dia tidak sihat.

________________

Zarryn buka mata perlahan-lahan. Dikerling jam loceng di atas meja kecil sebelah katilnya.

6:15 p.m

Dia duduk perlahan-lahan. Kepala dan badannya terasa ringan sedikit. Mungkin kesan panadol yang ditelan dan tidur tadi. Dia mengangkat wajah. Kelihatan Armel duduk di meja belajar. Siapkan kerja mungkin.

Zarryn bangun dan melangkah ke arah Armel. Betullah Armel sedang menyiapkan kerja. Gadis itu mengangkat kepala memandangnya. Senyuman terukir.

"Dah okey?" tanya Armel prihatin. Zarryn mengangguk seraya tersenyum. Okeylah dari tadi. Zarryn perasan ada plastik di atas meja. Dia mencapai plastik untuk melihat isi dalamnya.

Ubat. Beberapa papan pil. Ubat muntah, demam dan sebagainya.

"Kau ke yang ambil ubat ni?" tanya Zarryn pada Armel yang masih menulis. Armel berpaling seraya menggeleng.

Zarryn muncung mulut. Bila difikir-fikir, Zarryn menguntum senyum.

"Qairul eh yang bagi?" tanya Zarryn seraya tersengih nakal. Mesti Qairul. Uuu sweet.

"Hmph, Qairul lah sangat." jawab Armel perlahan. Zarryn kerut dahi.

"Dah tu?"

"Aku tak tahulah pula Qairul dah tukar muka dengan Adam sekarang," jawab Armel dengan perlahan lagi. Mata masih pada buku.

Kerutan di dahi Zarryn bertambah.

"Adam?" tanya Zarryn lagi tak percaya. Armel mengangguk.

"Ya lah. Adam. Kenapa, kau dah tak kenal Adam tu siapa lepas couple dengan Qairul ni?" sarkastik Armel. Zarryn senyap.

"Dia yang risau sangat dekat kau. Dia pergi ambil ubat kat infirmary. Masa dia hantar tu, kau baru tidur." sambung Armel.

"Mana Qairul kesayangan kau tu?" Zarryn dengar pertanyaan Armel yang sangat perlahan. Zarryn senyap lagi.

"Dahlah, aku nak pergi solat kejap. Kau pun, solat dulu baru makan ubat. Jangan tak makan pula," Armel bangun ke bilik air setelah memberi pesanan penaja pada Zarryn yang masih berdiri.

Zarryn mengangguk sekali. Dia memandang ubat itu. Keluhan dikeluarkan.

___________________

"Assalamualaikum.." Zarryn memberi salam depan pintu pagar. Armel disebelah menekan loceng rumah. Mereka sekarang di depan rumah Ayshalyn. Sudah beberapa hari sejak kejadian dalam dewan hari tu, Ayshalyn tidak hadir ke sekolah.

Tidak lama itu, seorang wanita pertengahan umur keluar membuka pintu pagar. Mummy Ayshalyn. Wanita itu menjemput mereka berdua. Armel dan Zarryn menyalami tangan mummy Ayshalyn dan melangkah masuk dalam rumah. Mereka duduk di sofa ruang tamu sambil menunggu Ayshalyn turun.

"Armel, Zarryn... Auntie dah cuba pujuk Ayshalyn, tapi dia tetap tak nak jumpa sesiapa." kata Puan Sri Muzifah yang baru turun. Dia pergi ke bilik anak perempuannya sebentar tadi.

Armel dan Zarryn berpandangan satu sama lain. Seperti yang dijangka, Ayshalyn tidak mahu berjumpa sesiapa.

"Auntie, boleh tak kami naik jenguk Ayshalyn? Kejap je.." pinta Zarryn bersungguh-sungguh. Dia dan Armel mahu bertemu Ayshalyn walaupun sebentar.

"Kami janji takkan buat masalah!" sokong Armel memandang muka Puan Sri Muzifah. Serba salah wanita itu dibuatnya.

Pintu bilik Ayshalyn dibuka Zarryn sebelum dia menapak masuk bersama Armel. Bilik yang suram dan kelam, hanya cahaya daripada skrin laptop bercahaya menerangi bilik itu. Ayshalyn yang sedang menonton cerita berpaling. Dia lihat Armel dan Zarryn tercegat depan pintu.

Satu senyuman tipis dihadiahi pada dua gadis itu.

"Kenapa nak jumpa aku?" soal Ayshalyn bermanis muka. Zarryn menghampirinya dan duduk di birai katil.

Armel mencari remote langsir atas meja kemudian membuka langsir bilik Ayshalyn. Cahaya matahari menerangi bilik gadis itu sebaik sahaja langsir dibuka.

"Ayshalyn, kau sihat?" prihatin Zarryn bertanya khabar. Ditatap wajah sugul rakannya itu dalam-dalam. Ayshalyn tersenyum tidak memberi jawapan. Ada lingkaran hitam dibawah matanya. Tidak lena tidurkah?

"Ayshalyn.. bila kau nak datang sekolah? Aku dengan Zarryn sunyi.. tak ada kau.." Armel datang menghempas punggung sebelah Ayshalyn. Mulutnya dimuncung sambil menyilang tangan di dada tanda merajuk.

Ayshalyn memandang Armel silih berganti dengan Zarryn. Dia tahu, dua gadis itu bimbangkan keadaannya. Dia hilang kata-kata, hanya senyuman sumbing menjadi jawapan.

_______________

Deruan angin dingin menggigit permukaan kulit. Ayshalyn merenung jauh ke luar beranda. Entah apa yang difikirkan. Matanya mula redup memandang ke bawah.

"Ayshalyn... bila kau nak datang sekolah?"

Wajahnya menjadi mendung. Jari-jemari memegang erat selusur pagar beranda. Dia termenung seketika sebelum matanya memandang ke depan kembali.

Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam bilik.

Lengan baju dilipat paras siku, rambutnya disikat rapi. Kot berlencana disarung pada tubuh. Ayshalyn menatap dirinya terpantul pada cermin. Perfect. Sudah lama rasanya dia tidak memakai baju uniform sekolah ini.

"Kak, dah siap belum?" Ayshalyn berpaling ke arah Zed yang bersandar di dinding pintu. Adiknya itu sudah siap berpakaian kemas sekolah.

Dia memandang Zed yang berpeluk tubuh. Garang semacam muka lama menunggunya.

Kenapa Zed berada di rumah? Dia terpaksa keluar asrama selama dua minggu kerana tindakan luar kawalan tempoh hari yang menumbuk Hayden. Zed tidak kisah pun, yang pasti dia dapat melepaskan kemarahan bagi kakaknya. Geram!

Satu senyuman lebar terukir di bibir Ayshalyn membuatkan Zed terkedu. Sungguh, dia amat merindukan senyuman manis gadis itu.

Ayshalyn mengambil beg sekolah mahu keluar dari bilik. Dia berhenti seraya menoleh ke arah Zed.

"Let's go bad boy," Sempat Ayshalyn mengusik adik lelakinya itu sebelum menolak sedikit tubuh Zed yang menghalang laluan keluar. Mukanya kembali serius seperti sedia kala. Tanpa diminta, Zed turut menguntum senyuman. Dia berlari memeluk bahu kakaknya sambil menghadiahi senyuman.

"Kak aku suka kau macam ni, garang.. kuat!" bisik Zed dengan senyuman semakin lebar. Ayshalyn hanya menjeling maut kemudian dia menumbuk lembut perut Zed.

Zed ketawa besar akan reaksi Ayshalyn. Mereka masuk dalam perut kereta menuju ke sekolah. Alhamdulillah, my old grumpy sister is back.

Sesampainya di sekolah, Ayshalyn menunduk sedikit kepala. Dia berfikir sejenak, adakah dia sudah bersedia? Dia berpaling ke arah Zed yang tersenyum manis.

Dia menarik nafas panjang sebelum dihembus. Perlahan-lahan dia mendongak kepala, dia nekad. Dia akan tempuhi segala cabaran. Dengan langkah berani dia menapak masuk dalam bangunan utama sekolah.

"Hello sweety," terus Ayshalyn menoleh apabila disapa. Dia lihat Zarryn dan Armel tersenyum lebar, senang hati apabila Ayshalyn kembali ke sekolah. Ayshalyn turut membalas senyuman. Sebelah lengan dipeluk Armel, manakala Zarryn hanya berpeluk tubuh.

Belum sempat mereka melangkah pergi, satu sergahan menghentikan langkah.

"Oi, lama cuti."

Ayshalyn memusing badan ke belakang apabila dia terasa kepalanya ditolak sedikit. Dia lihat Adam yang menggalas beg silang sambil menyeluk sebelah poket. Manakala Evans yang kemas berpakaian sambil membimbit buku nota menatapnya. Satu senyuman lebar terpamer tidak disembunyikan lagi.

Mereka berlima saling tersenyum.

"Welcome back fluffy," ujar Evans menghadiahi senyuman berjalan mendahului yang lain. Mereka berlima mengatur langkah masuk ke kelas. Walaupun hanya berlima, namun Ayshalyn tetap bersyukur empat permata setia bersama. She might lose one of it, but four more diamonds still shine in her life.

Dikalih pandangan melihat yang lain sambil tersenyum. Dia ada Armel, Zarryn, Adam dan Evans sentiasa disampingnya.

Di hadapan pintu, dia bertembung dengan Hayden. Satu-satunya mutiara yang berjaya buatkan hatinya retak seribu. Perlahan-lahan dia melarikan pandangan. Buat masa sekarang dia tidak mahu bertemu atau terserempak dengan lelaki itu. Dia perlukan masa untuk pulih semangatnya kembali.

Bye Hayden..

__________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro