Bab 53 (EXPOSED)
Same date❤️
________________
WCIS News
Salah seorang Knight adalah MMA fighter dan baru sahaja dinobatkan sebagai juara di MMA Championship baru-baru ini! Menarik bukan?
Artikel itu menjadi topik perbualan hangat di kalangan warga WCIS. Mana tidaknya, seseorang yang dimaksudkan itu ialah Hayden Ziyad! Lelaki yang berlindung di balik kaca matanya. Sangat tak percaya!
Suasana di laluan utama yang menempatkan loker dan ramai pelajar di situ beransur-ansur senyap. Semua mata memandang ke arah seorang lelaki yang berpakaian sweater sekolah melangkah dengan beg dipikul sebelah bahu. Itu dia, hero sudah muncul!
Zarryn, Armel dan Ayshalyn yang turut berada di loker itu juga memandang ke arah Hayden. Mata Ayshalyn redup melihat wajah Hayden yang dingin. Tetapi bila mata lelaki itu turut memandangnya, wajahnya berubah mendung.
Kaki sama-sama terpasak. Tubuh sama-sama terkaku. Mata saling menusuk. Memandang satu sama lain dengan perasan yang bercampur-aduk. Lama. Sunyi. Mereka bagai di dunia mereka sendiri. Menatap wajah sesama sendiri dengan pelbagai rasa.
Sehinggalah Hayden terasa bahunya ditepuk dari belakang lalu hoodie dan lengannya terasa ditarik. Hayden berpaling. Kelihatan Adam yang menarik hoodienya dan Evans yang menarik lengannya. Entah ke mana.
Ditoleh kembali ke arah Ayshalyn. Gadis itu masih memandangnya dengan mata redup dan wajah yang mendung. Kaki masih terpasak di situ. Sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya akibat ditarik dua ketul tu.
_________________
Adam tolak tubuh Hayden supaya duduk. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan Hayden manakala Evans berdiri sambil menyeluk kedua belah tangan ke dalam poket. Muka masing-masing serius. Hayden memandang dua rakannya yang berdiri teguh di hadapannya. Bagai seorang pesalah.
"Sekarang, aku nak kau cerita siapa kau sebenarnya. Dan kenapa kau tak bagitahu kitorang awal-awal pasal semua ni." kata Adam serius. Masih berpeluk tubuh. Evans mengangguk setuju. Sesungguhnya, mereka masih terkejut dengan kenyataan ini.
Hayden menekup muka lalu meraup wajah dan rambutnya. Mengeluh. Dia berdehem sekali dua sebelum memulakan cerita. Bercerita dalam terpaksa. Argh, serabut!
_______________
Armel menatap kertas di tangannya. Borang kemasukan ahli kelab drama. Ya, borang Hanna tempoh hari. Gadis itu tidak mengambil semula borang itu walaupun sudah dihulur Armel. Sekarang, borang itu ditangannya kerana dia perasan borang itu tersadai dalam lokernya ketika dia menyusun buku di dalam loker pagi tadi.
Tapi, itu bukan masalahnya. Yang menyebabkan Armel tenung tak lepas borang itu adalah kerana maklumat yang tertera di atas kertas itu. Terdapat maklumat diri termasuk nombor telefon.
Dia perasan yang nombor yang ditulis di situ, sama seperti nombor yang tertera di telefonnya. Bukan nombor telefonnya, tapi nombor telefon dari 'peminat' dia yang selalu kacau dan ugutnya. Tapi nombor Hanna dulu lain.. Dia tukar nombor ke? Tapi takkanlah.. tapi dia perasan yang Hanna berubah dingin dengannya. Tapi..
Armel kerling jam di pergelangan tangan. 9:45. Nice! Ini masa rehat junior. Sangat kena dengan masa bila sekarang pun kelasnya tiada guru. Cuti sakit. Terus dia bangun dan melangkah.
________________
Seorang gadis menyapu sampah seorang diri sementara yang lain keluar ke kantin untuk rehat. Hari ini merupakan hari dia bertugas mengikut jadual tugasan. Jadi, dia ambil kesempatan masa rehat untuk melakukan tugasnya.
Dia melangkah ke luar kelas untuk membuang sampah. Keluar je pintu, dia nampak seorang gadis berdiri tidak jauh dari situ. Di tanganya terdapat sehelai kertas. Dia menghiraukan kewujudan gadis itu lalu meneruskan niatnya untuk membuang sampah.
"Hanna,"
Pergerakan terhenti. Dia menoleh ke belakang memandang gadis yang memanggilnya. Reaksi wajah tidak senang dipamerkan. Tanda yang dia betul tak suka dengan kehadiran gadis itu.
"Kak Armel nak apa?" tanya Hanna acuh tak acuh. Muka Armel pun tidak dipandannya.
"Kak Armel nak tanya something boleh?" pinta Armel. Hanna senyap.
"Nombor dekat kertas ni, nombor Hanna sendiri ke?" sambung Armel bila tiada jawapan dari Hanna tadi. Dia menunjukkan nombor telefon yang terpapar di dada kertas.
Hanna berpaling. Dia melihat seketika kertas itu lalu mengangguk sekali dengan wajah tidak senang.
Armel mengerut dahi dengan wajah serius. Jadi, selama ini yang mengacau dan mengugutnya Hanna sendiri ke? Armel tidak percaya. Hanna bukan macam tu.
"Hanna ke yang hantar mesej dekat Kak Armel? Yang suruh jauhkan diri dari Evans, ugut Kak Armel? Is it you, Hanna?" tanya Armel. Tidak sangka.
Mata Hanna terbutang. Jantung berdegup laju. Alamak! Macam mana dia boleh lupa pasal ni? Penat-penat dia tukar nombor hanya semata-mata untuk mengacau dan mengugut Armel. Arh! Tidak sangka yang rahsianya akan terbongkar dengan Armel sendiri.
"Hanna, is it really you? Answer me!" desak Armel lagi. Memandang Hanna yang tidak memberi jawapan, membuatkan Armel penasaran dan takut.
"Kak Armel yang jahat! You broke all your promises! Hanna ni tunggu masa untuk Abang Evans jadi hak Hanna. But now, you and Abang Evans are getting closer and throwing me away! Abang Evans don't even speak to me, and this is all your fault!" bentak Hanna tiba-tiba dengan lantang. Mengamuk. Terjungkit bahu Armel terkejut dengan kelantangan suara Hanna.
"Hanna dah buat macam-macam untuk Abang Evans tak suka pada Kak Armel, benci pada Kak Armel. Hanna sebarkan gambar Abang Evans to make him scold and hate you! But you see, Abang Evans didn't hate you even a little. And I hate to see it. So much!" amuk Hanna lagi. Dia seakan-akan tenggelam dalam emosi sendiri. Sampaikan Armel tidak sempat untuk mencelah.
"Apa yang spesial tentang Kak Armel ni ha? Sampai Abang Evans tergilakan sangat? He even left me to looking for you dekat pantai tau. Don't you feel how hurt I am bila Abang Evans buat macam tu? I hate you Kak Armel! I really hate you!" Hanna bertindak luar kawalan bila dia menolak-nolak dan memukul-mukul bahu Armel.
Armel pertahankan diri dan menepis tangan Hanna yang memukulnya. Dia menolak Hanna yang masih kuat menolak dan memukul. Kudrat wanitanya menolak Hanna hingga gadis itu jatuh terjelopok di hadapannya. Sakit terasa di bahu kerana pukulan Hanna boleh tahan kuat. Sengal dan pedih terasa.
Hanna memandang Armel tajam. Berani tolak dia jatuh! Baru Hanna ingin bangun dan sambung memarahi Armel, satu suara datang menyampuk.
"Hey, what's wrong?"
Kelihatan Evans datang menghampiri dua gadis itu. Hanna terkejut dengan kehadiran Evans. Terus dia buat muka sedih. Nak menangis.
"Abang Evans.. Hanna jatuh. Kak Armel yang tolak Hanna. I don't why. Hanna cuma nak peluk Kak Armel je.." kata Hanna dalam tangis. Air mata berjuraian turun.
Evans memandang Armel lalu kaki melangkah ke arah Hanna yang masih terduduk. Dia membantu Hanna bangun.
Armel yang melihat situasi itu sudah bergenang air mata. Evans percayakan Hanna.
"Next time, hati-hati. Ada luka tak?" tanya Evans prihatin. Hanna menggeleng manja seraya mengesat air mata.
"Awak pun, janganlah tolak dia. Hanna nak peluk je kan," kata Evans lembut pada Armel. Hanna tersenyum sinis. Huh, Abang Evans backup akulah! Gadis itu mengangguk perlahan.
"Sorry.." ucap Armel seraya kaki melangkah pergi dari situ. Tinggalkan Evans dan Hanna. Terasa air mata tumpah. Bahu yang sengal dan pedih tidak dihiraukan lagi.
____________________
Armel duduk bersendirian di tempat duduk penonton di padang sekolah. Tempat dia dan Evans bergosip dulu. Dia termenung seorang diri. Air mata sudah kering tidak mengalir. Malas mahu melayan perasaan. Dia hanya mahu tenangkan hati sahaja di situ. Dipandang padang yang luas itu. Hanya ada beberapa orang sahaja. Sekarang kan waktu belajar.
Bila dia teringatkan kejadian tadi, sungguh dia tidak sangka Hanna sebegitu. Langsung tidak terlintas di benak fikirannya. Rupanya selama ini dalam diam, Hanna membencinya. Haih.. Deruan angin pagi yang menyapa kulit dibiarkan saja.
"I love you,"
Terkejut Armel tiba-tiba ada suara berkata di cuping telinganya. Dia berpaling ke belakang. Kelihatan Evans yang berdiri sambil senyum manis padanya. Lelaki itu kemudian mengambil tempat di sebelahnya. Bibir masih menguntum senyuman manis pada Armel.
"Buat apa dekat sini?" tanya Armel acuh tak acuh. Merajuklah! Apa lagi? Evans tergelak kecil.
"Saya nak pujuk kesayangan saya lah dekat sini. Dia kan merajuk dengan saya," kata Evans sambil menompang pipi dan memandang ke arah Armel.
Armel mencebik. Dia berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulut.
"Pergilah pujuk Hanna sana. Pujuk saya buat apa. Saya kan tak penting," rajuk Armel lagi. Evans sekali lagi tertawa. Ih, comellah dia ni!
"Actually, saya dengar perbualan awak dengan dia. Right from the start. Dari awak tanya pasal nombor tu lagi saya dah dengar. But I chose to just listened to it. Until, you got hit by her and she fells off. Bila dia berlakon macam tu, I didn't expect. Then I decided to play along. Nak tengok macam mana," cerita Evans.
Memang betul dia dengar perbualan Armel dan Hanna kerana bila dia tidak nampak kelibat Armel di dalam kelas, terus dia cari. Kebetulan Tan Yik Lan nampak Armel melangkah ke blok junior. Itu yang dia turut pergi ke sana. Sampai-sampai, dia dengar suara Armel bertanya akan seseorang dan bila dia dengar suara Hanna yang meninggi, terus dia bersembunyi di sebalik tangga. Mendengar pertelingkahan dua orang tu sampailah kejadian tolak-menolak tu terjadi.
Sangat dia tak sangka Hanna bersikap sebegitu. Tadi pun, bila Armel dah melangkah pergi, teruk Hanna kena dengan dia. Ingat dia pekak dan buta kut. Setelah itu, terus dia melangkah mencari Armel. Satu sekolah dia tawaf. Akhirnya jumpa juga Armel yang tengah termenung.
"Seriously, awak dengar?" tanya Armel tak percaya. Evans mengangguk seraya tersenyum.
"Like Hanna said before, I don't and can't hate you." kata Evans lagi. Armel senyum kecil.
"Bahu okey?" soal Evans lembut. Dia nampak Armel kena pukul tadi. Marahnya membuak-buak bila terlihat Armel diperlakukan sebegitu. Yang si Armel pula, reda kena pukul. Hailah. Bila ikut perasaan, nak je dia balas balik apa yang Hanna buat tu. Tapi bila difikir Hanna tu perempuan, kecil, dan junior dia lagi, niatnya terbatal. Hanya membidas dengan kata-kata.
"Please, grow some claws sayang. Protect yourself," nasihat Evans. Dia tidak mahu Armel terus dibuli oleh kerana sikapnya yang lembut dan tidak membalas. Risau.
Armel hanya senyum seraya menepuk-nepuk peha Evans. Tanda jangan risaukan dia. Pandailah dia jaga diri nanti.
_______________
Seorang gadis duduk bercangkung menangis di belakang bangunan. Bangunan di mana tempat dia pertama kali berjumpa dengan seniornya yang bernama Armel. Tempat yang sama. Keadaan yang sama. Dia menangis di situ.
Kejadian tadi bagai terlayar dalam fikirannya membuatkan dia lagi bertambah hiba. Air mata laju mencurah bagai air terjun. Kata-kata Evans menari-nari di minda.
"Don't you dare to say that to Armel. She did nothing to you. Jangan buat sampai abang yang benci Hanna. You have no right to treat her like that. She is your senior. Show some respect!" tengking Evans. Amarahnya membuak.
"And even if she didn't do anything bad to you, doesn't mean I won't." Evans menikam anak mata Hanna tajam. Hanna tunduk. Menikus.
"Hanna ingat abang tak dengar ke? I heard everything! Please, stop it Hanna. Save your words and time for the useful things. Not something like this," ujar Evans. Dia tak nak gadis itu buang masa untuk dapatkannya. Tolonglah.
Diam antara mereka. Hanna hanya menunduk dengan wajah sugul. Evans mengeluh.
"Don't touch her. Don't put your hands on her. Ever again." Evans memusingkan badannya untuk melangkah. Tak betah dia berada di situ. Takut ada yang kena penampar dia je nanti.
"One more thing, Hanna." kaki Evans berhenti melangkah. Hanna mengangkat muka memandang Evans.
"Perasaan orang tak boleh dipaksa. Bear that in mind." Evans sambung melangkah meninggalkan Hanna yang terkaku di situ.
Semakin kuat tangisan gadis malang itu. Adakah takdir hidupnya memang sedih begini? Apakah dia tidak layak untuk gembira? Haih..
Tiba-tiba, satu huluran tisu mengejutkan Hanna. Dia mendongak kepala memandang empunya diri yang menghulur tisu tersebut. Seorang lelaki tinggi berdiri di hadapannya. Dia mengambil huluran tisu dan mengesat air mata dan hingus yang meleleh. Dilap juga cermin mata yang basah.
Hanna turut berdiri dan memandang ke arah lelaki tinggi di hadapannya. Baru dia nampak wajah lelaki itu. Dia kenal siapa individu itu. Lelaki itu adalah senior dia. Salah seorang ahli band group WCIS. Drummer. Zariel namanya. Dan Zariel ni juga adik kepada seniornya, Zarryn.
Telahan Hanna dikuatkan lagi bila nametag lelaki itu terpampang di dada kirinya.
Zariel.
"Saya Hanna," gadis itu menghulurkan tangan, tanda perkenalan.
Zariel kelihatan teragak-agak untuk menyambut. Mengeluh sekali sebelum tangan akhirnya menyambut jua huluran tangan gadis di hadapannya.
"Zariel,"
"Saya junior Abang Zariel." jelas Hanna tanpa diminta sambil tersengih. Wah, nampaknya dia ada orang baru untuk dikejar!
Zariel hanya mengangguk. Dia nak blah dari situ sebenarnya. Dia lalu kat situ pun sebab baru lepas pergi toilet. Nampak Hanna tengah menangis. Dihulurkan juga tisu. Kesian. Baru je dia nak mempamit diri, Hanna kembali bersuara.
"Abang, Hanna nak jadi adik angkat abang boleh?" pinta Hanna mengada.
Berkerut dahi Zariel. Apa gaya minta jadi adik angkat ni. Sangat tiba-tiba. Budak Wechat ke dia ni.
"Bolehlah eh Abang Zariel.." pinta gadis itu lagi. Dia nampak gadis itu mengeluarkan buku nota kecil berserta pen dari poket kot. Dihulurkan buku nota dan pen itu padanya. Semakin bertambah kerutan dahi Zariel. Nak minta autograph dia ke?
"Tulis nombor Abang Zariel dekat situ. Nanti Hanna nak contact-contact abang," Hanna membetulkan kaca matanya. Malu.
Zariel kelip-kelip memandang Hanna. Selambanya minta nombor dia.
"Cepatlah bang," gesa Hanna.
"Just.. just give me your number. Then I'll contact you," kata Zariel teragak-agak. Hanna menggeleng.
"Alah, Hanna tahu abang tak akan contact Hanna. So, abang kena bagi number phone abang." desak Hanna lagi. Zariel mengeluh lagi dan mencapai pen lalu menulis nombornya. Terpaksa. Nampak gaya gadis itu boleh tahan degilnya. Dapat dia rasakan kalau dia tidak memberi nombor telefonnya sekarang, mahu Hanna mengganggunya sampai dia graduate. Haih.
"Dah," Zariel menghulur buku dan pen itu kembali. Hanna tersengih gembira. Yeay!
"Okey abang. Thank you! Nanti kita jumpa!" Hanna berlari sambil terlompat-lompat kegembiraan.
Zariel mengeluh seraya meraup muka. Apa aku nak buat ni? Tak pernah-pernah selama dia terlibat dengan perempuan. Alih-alih hari ni dapat adik angkat! Haih! Adakah dia membuat keputusan yang salah bila dia hulurkan tisu tadi? Tapi dia hanya mahu hulurkan tisu saja! Zariel menepuk-nepuk dahi sambil kaki sambung melangkah ke kelas. Bad day!
____________________
Suasana sunyi dan tenang antara mereka berenam dan Qairul. Sejak lelaki itu menjadi pasangan Zarryn, dia sentiasa disamping mereka. Pada mulanya Adam dan yang lain tidak selesa tapi nak buat macam mana kan? Dah Qairul nak berkepit dengan Zarryn.
Petang itu sebelum pulang ke dorm, semua final student harus mengisi borang. Semua ralit mengisi borang untuk sijil berhenti sekolah dan impian menyambung pengajian mereka nanti. Maklumlah, mereka akan tamat bergelar pelajar WCIS lebih kurang 2 bulan saja lagi. Tu yang dah kena isi.
Armel sedari tadi tekun menulis. Dia tersangkut di salah satu pertanyaan di borang itu. Impian menyambung pengajian dan cita-cita selepas tamat sekolah. Dari tadi dia tulis, lepas tu potong, tulis balik, potong balik. Susah betul fikir cita-cita ni.
Dia memuncungkan mulut sambil mengetuk-ngetuk hujung pen di dagu. Berfikir. Mata terhala pada Evans yang tekun menulis di hadapannya. Senyum terukir di bibir. Laju dia menulis semula di dada kertas.
Ambition : Kahwin dengan Evans.. love.
Armel tersengih membaca cita-cita sendiri. Kemaruk betul ni. Haha. Dipandang Evans di depannya sekali lagi. Lelaki itu masih tekun menulis.
"Eh aku tak tahu lah nak jadi apa. Kau tulis apa Mel?" tanya Zarryn di sebelah seraya kertas Armel diambil. Dibaca setiap butiran yang dijawab Armel. Sampai di kolum cita-cita, dia mengerut dahi. Lantas dia pandang Armel di sebelah. Gadis itu tersengih comel seraya mengangguk-angguk.
Zarryn tepuk dahi. Dia menggeleng sambil tersenyum kecil. Armel, Armel.
"Kenapa? Armel tulis apa tu?" Adam juga turut menyibuk. Ditarik kertas Armel di tangan Zarryn. Matanya tiba-tiba luas bila tengok jawapan Armel. Terbatuk-batuk dia. Tercekik air liur.
"Korang rasa siapa kahwin dulu?" tanya Armel selamba. Pertanyaannya membuatkan yang lain tersentak. Diam.
"Kalau macam tu aku lah nak kahwin dulu. Boleh sayang?" Armel menompang dagu dengan kedua belah tangannya memandang Evans.
"Ya Allah. Mel sabar Mel." Adam merenjis air pada Armel dengan mata terpejam. Teruk sangat ni!
Semua tergelak bila tengok Armel kena renjis dengan Adam. Dah macam halau jin.
Mata Evans tertancap pada Armel kemudian perlahan-lahan dia tersenyum. Mereka saling menatap satu sama lain.
"Of course I do," jawab Evans membuatkan senyuman Armel semakin lebar. Dapat green light lah!
"Pinky promise?"
Armel mengangkat jari kelingking pada Evans untuk berjanji. Evans senyum manis, jari kelingking memaut lembut jari kelingking Armel.
"InsyaAllah, I promise." kata Evans dengan lembut. Anak matanya masih merenung Armel. Lekas gadis itu mengalih pandangan cuba menyembunyikan pipi mula kemerahan. Perasaan malu mula menjadi penghuni hati. Evans ketawa kecil apabila melihat respon Armel.
Dikalih pandangan pada Adam apabila mendengar lelaki itu batuk kuat berulang kali.
"Evans, jangan sampai aku simbah air ni dekat muka kau." ugut Adam. Dari tadi matanya dipejam tidak mahu menyaksikan babak itu. Geli kau tahu geli? Lagi dengan Armel dan Evans. Tolonglah, mahu muntah hijau dia hari ini.
Dipandang pula Zarryn di depannya. Itu tak apa, tapi hati membara bila lihat Qairul duk manja-manja dengan Zarryn. Ha, ni lagi satu hal. Ada yang muntah berwarna juga dia hari ni. Haish.
Tetapi, dalam gelakan kecil itu ada yang cuba menyembunyikan kesedihan. Ayshalyn Emane yang cuba bermanis muka dengan senyuman kelat. Dia menoleh ke arah Hayden yang khusyuk mengisi borang. Lelaki itu tidak masuk campur mahupun ketawa.
Matanya jatuh pada beberapa borang yang telah diisi Hayden. Dia perasan borang lelaki itu lebih banyak berbanding dia dan yang lain. Entah borang apa yang disisi Hayden. Hatinya juga disebelungi perasaan bimbang. Ditambah pula dengan kebisuan Hayden. Makin bertambah risaunya.
Tapi, hatinya lagi sakit bila memikirkan yang Hayden langsung tidak mempunyai usaha untuk membetulkan keadaan. Memujuknya pun jauh sekali. Bagai semua ini berpunca dari dia sendiri dan bukan dari lelaki itu. Hati sakit sendiri dan hati juga memujuk sendiri.
Hah..
___________________________
Malam itu, Ayshalyn menyiapkan kerja sekolah di meja belajar. Dia menggeliat sedikit apabila tubuh badannya berasa lenguh. Entah pukul berapa sekarang, rasanya dah dekat 2 jam dia duduk di meja belajar. Selepas solat mahgrib, terus dia membuka buku. Mummy dia ajak dinner pun ditolak. Malas. Lebih awal dia siapkan kerja tertangguh, lebih awal dia boleh lelapkan mata.
Entah mengapa dia tiba-tiba teringat akan pertanyaan Armel di sekolah tadi. Kahwin? Dia masih muda untuk membina rumah tangga sekarang. Belum bersiap menempuh halangan suami isteri.
Perlahan-lahan Ayshalyn menarik laci meja belajar. Dia keluarkan sehelai sapu tangan bertulisan huruf T hujung kain. Sapu tangan milik Hayden.
Masih segar lagi dalam ingatannya bahawa huruf ini melambangkan pada seorang istimewa dalam hidup Hayden. Tapi siapa? Sampai sekarang Ayshalyn tak tahu.
Bunyi notifikasi daripada telefon membuatkan Ayshalyn tersentak dari lamunan. Dia mencapai telefon yang tersadai atas meja belajar.
Salina mentioned you [ TWITTER ]
-Weh tengok ni, aku jumpa video Tiger dengan awek dia. nampak sepadan, lawa pula tu!
Dahi Ayshalyn berlapis. Hayden ada video dengan dia ke?
Terus dia membuka aplikasi twitter menonton video yang dipaparkan. Video dimana jejaka gelaran Tiger itu dipeluk dari belakang oleh seorang gadis.
Tiara...
Luka kembali berdarah. Lama dia tengok video tu. Berulang secara automatik. Badan Hayden dipeluk. Tangan Hayden dipegang.
Mata terasa hangat. Lantas dia mengemam bibir. Tahan dari tangis yang tak berpenghujung. Dia meraup muka. Hidung juga berair.
Satu lagi notifakasi naik.
Salina mentioned you [ TWITTER]
-Serious, muka Tiger macam kawan kau hari tu!
"Dah memang dia pun Salina." monolog Ayshalyn. Dia sendiri tidak tahu bagaimana reaksi Salina nanti bila dapat tahu selama ini jangkaan dia benar. Dia menekan notifikasi itu dan melihat gambar Hayden yang mengangkat tali pinggang.
Namun, bukan Hayden yang menarik perhatiannya tetapi gadis disamping lelaki itu. Tiara yang tersenyum lebar sentiasa bersama Hayden. Tidak hairanlah kalau orang anggap itu kekasih Hayden.
Tiara dan Hayden.
Hah..
Namun dia seperti dapat menangkap sesuatu. Dahi berkerut.
Tiara.
Tiara.
Tiara.
"Why T?"
"Someone special in my life."
Satu senyuman sumbing terukir. Nampaknya, dia sudah menjumpai jawapan siapakah empunya diri di balik huruf itu.
Kenapa aku bodoh sangat selama ni? Fikirkan hanyalah aku yang dia sayang. Aku yang dia cinta.
Tapi hakikatnya, itu semua hanyalah palsu belaka.
Nombor Hayden didail. Seperti yang dijangka, lelaki itu tidak menjawab panggilan. Hanya pesanan ringkas daripada operator menyuruhnya untuk tinggal voice message.
Dia membuka aplikasi WhatsApp. Nama sayang ditekan. Lantas, simbol mikrofon disentuh.
"It is Tiara right, Hayden? Then, what about me?" Ayshalyn berkata sambil menahan tangis. Rapuh. Jika lelaki itu sudah mempunyai seseorang istimewa, kenapa lelaki itu masih mahukan dia? Perasaannya dipermainkan. Adakah perasaanya hanya sebuah permainan bagi seorang lelaki bernama Hayden Ziyad?
"This is too much Hayden." Rintih Ayshalyn menutup mata yang mula bertakung dengan air. Kesal.. dia berasa menyesal. Kerana mempercayai, menyayangi dan mencintai lelaki itu selama ini. Sungguh kesal!
Dia rindukan senyuman, gelakan dan suara lembut lelaki itu. Dengan kata lain, dia rindukan Hayden Ziyad yang pernah membuatkan dia rasa bahagia dan merasai kasih sayang daripada seorang lelaki yang dia cintai.
"When I choose you to be my love, I mean it. Seriously."
Ayshalyn mula ketawa kecil kemudian mengetap bibir yang bergetar menahan diri daripada teresak. Hayden benar tulus mengatakannya atau hanya janji palsu yang manis dan sedap didengar?
"Even you ask me zillion times. My answer will still be the same. It is always you."
Segala ayat Hayden seakan anak panah menusuk dalam hati. Semudah itu Hayden menipunya dengan kata-kata manis. Ayshalyn merasainya dirinya diperbodohkan. Peristiwa dimana Tiara datang menerpa dan memeluk erat tubuh Hayden seakan berputar bagai pita rosak dalam kepala.
Tolonglah, kenapa awak buat saya macam ni Hayden.. Am I joke for you? I was blind and you dumped me.
Hit me hard.
Perlahan-lahan Ayshalyn mendongak kepala mahu menghentikan air mata yang tumpah. Jari jemari menyapu pipi yang lecun. Dia cuba mengumpul kekuatan sebelum meneruskan percakapan.
"Thank you for making me fall in love with you.."
"Thank you for letting me loving you.. "
"Thank you for the sweet memories that we create together.."
"And..thank you for breaking my heart.."
Tangan kiri sudah menyeka air mata. Kenapa setiap kata-kata itu amat menyakitkan?
"Hayden Ziyad.." Seru Ayshalyn dengan perlahan. Dia menarik nafas dalam-dalam, telefon dalam genggaman dipegang erat.
"Let's end here.."
Suara berselang dengan tangisan halus. Ayshalyn menekup mulut, matanya lencun basah air mata sendiri. Pedih, sungguh sakit hatinya tercalar oleh seorang lelaki. Kehilangan, dia kehilangan seorang lelaki yang pernah buatkan dia bahagia.
Inikah pergakhiran antara kita? Kenapa berbeza dengan impian yang dia idamkan. Mengapa menyakitkan? Air mata mengalir tidak henti menodai pipi. Sakit, hanya tuhan saja yang tahu. Ayshalyn menepuk-nepuk dada yang terasa perit berulang kali.
"1 2 3 ubi kayu, you know what I really love you,"
Esakan Ayshalyn terletus, mukanya dan bebola mata kemerahan. Bibirnya bergetar tidak mampu menahan kesedihan lagi. Betapa mudahnya kata-kata itu bermain di bibir. Dalam sekelip mata perasaan remuk disebabkan lelaki.
Kenapa awak buat saya macam ni.. rintih Ayshalyn seorang diri.
Malam yang larut sepi menemani dirinya yang pilu. Hanya dia saja menangis teresak-esak ingin melepaskan rasa terbeban selama ini.
Sakit!
____________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro