Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 51 (MMA)

Same date❤️
________________

GELANGGANG MMA

"Are you guys ready for the final fight?" Lantang suara pengacara ingin menyemarakan lagi semangat penonton serentak itu mikrofon dihalakan pada penonton. Maka, bergemalah satu sorakan gemuruh daripada menonton seakan mahu meruntuhkan bangunan. Sungguh kuat sehingga dapat didengari oleh Tiger yang berdiri di hadapan pintu masuk.

Dia sedang menunggu namanya dipanggil. Empat pemuda bertubuh tegap sasa kiri kanan berdiri disisi untuk mengawal keadaan. Tiara yang turut berada disampingnya kelihatan menatap telefon. Dia yang menjaga barangan milik lelaki itu.

"Tiger, you turn now." Tiger mendongak kepala memandang jurulatih depan pintu. Dikerling Tiara yang sedang menyentuh permukaan skrin telefonnya sepintas lalu. Dia tidak menanyakan apa yang gadis itu sedang lalukan malah kaki diatur masuk ke dalam dewan.

"Ladies and gentleman!" Kata Pengacara dengan lantang. Semua penonton menumpukan perhatian pada pengacara itu sekarang.

"Welcome back our fighter, Tiger!" Tanpa diminta satu sorakan kuat mengemakan dewan. Tiger menapak dengan berani menuju ke sangkar. Tempat dia akan berentap nanti. Empat pemuda yang berada disisi menjalankan tugas mereka apabila beberapa penonton cuba menyentuh permukaan lengan Tiger. Hanya Tiara sahaja berlari ke tempat penonton bahagian paling hadapan.

Baju yang menutup tubuh ditanggalkan, jurulatih datang menghampiri seraya menyumbat pelindung gigi dalam mulut. Tiger memejam mata ingin menenangkan diri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum membuka kembali kelopak mata.

Dilaga kedua belah tangan yang siap memakai sarung tangan tanda sedia. Pintu sangkar yang nampak sungguh menggerunkan itu dibuka. Dengan langkah berani, Tiger menapak masuk. Today is the final fight.
_____________

Ayshalyn yang masih belum putus asa cuba menelefon Hayden berulang kali namun tidak berhasil. Apa yang dibuat lelaki itu sekarang sampai tidak dapat menjawab panggilannya?

"Kau call siapa? Cemas je." tanya Armel memandang Ashalyn yang nampak cemas.

"Hayden." jawab Ayshalyn menyentuh-nyentuh skrin telefon. Dia masih belum putus asa. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati. Dia sendiri tidak dapat mentafsirkan perasaan itu. Apa yang dia tahu sekarang dia takut dan bimbang.

"Ya lah Ayshalyn, kenapa kau nampak cemas semacam je. Hayden kenapa?" tanya Zarryn pula. Sungguh Ayshalyn nampak kalut. Seperti sesuatu buruk sedang berlaku. Lagi yang mencurigakan apabila gadis itu meminta Adam memandu kereta ke tempat terpencil. Tanpa dirancang pula tu.

"Hayden kan boyfriend dia. Mestilah dia risau," tanpa berfikir panjang Armel menjawab wakil Ashalyn sekaligus membongkar rahsia.

"What?!" Adam dan Zarryn menjerit sekali. Pantas Zarryn menoleh ke belakang. Dia pandang Armel. Evans dan Ayshalyn yang ralit menatap telefon memandang Armel. Gadis itu menjadi mangsa renungan mereka. Masing-masing memarahi Armel dalam diam.

"Sorry tersasul." Kata Armel dengan perlahan menepuk-nepuk mulut. Dasar mulut derhaka! Kan dah terbongkar rahsia.

"Are you serious Ayshalyn? Kenapa tak bagitahu?" marah Zarryn berasa kecewa dan terkilan. Sampai hati gadis itu tidak mahu berkongsi rahsia dengannya.

"Zarryn kita story kejap lagi," Evans mencelah, dia tidak mahu Adam terganggu. Lagipun Ayshalyn sekarang nampak cemas. Dia perasan dari tadi jari jemari gadis itu gementar. Entah apa yang digeruni.

Zarryn pandang Evans muka tak puas hati. Dia memusing badan kembali menghadap depan sambil memeluk tubuh.

____________________

"Welcome our next fighter, Dragon!" serentak itu sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton mengalukan Dragon yang sedang berjalan. Ada penonton yang terbangun daripada tempat duduk seraya mengangkat tangan seolah memberi sokongan. Segelintir cuba mengambil beberapa keping gambar ketika Dragon berjalan.

Nampak gaya dia sememangnya amat dinantikan oleh penonton. Kepala lelaki itu dilindungi dengan hoodie. Dia turut berjalan dengan beberapa pemuda untuk mengawasi keadaan.

Kepalanya menunduk hanya memandang lantai. Tidak lama itu sampai hadapan pintu sangkar, dia membuka hoodie dan tanggalkan baju ke lantai. Terserlah tatoo bercorak naga pada lengan kiri.

Perlahan-lahan kepala diangkat memandang wajah Tiger. Satu senyuman sinis terukir dibibir sebelum pelindungi gigi disumbat dalam mulut.

Dia menapak masuk dalam sangkar sebelum pintu besi itu dikunci dari luar. Seorang gadis separuh bogel berjalan sambil mengangkat papan bertulis angka satu. Tanda pusingan pertama akan bermula.

"The jugde is ready, the fighter is ready. Guys are you ready?!" sekali lagi pengacara mahu meriahkan keadaan. Dengan itu semakin lantang sorakan penonton yang berteriak menghasilkan bunyi yang amat membingitkan telinga. Sangat kuat. Pengacara itu hanya tersenyum lebar.

Dragon dan Tiger mara ke depan saling menghadap manakala seorang pengadil di antara mereka.

"This is the final fight, always protect yourself and obey the rules," pesan pengadil itu. Kedua lelaki mengangguk serentak mengerti. Mata saling membalas renungan tajam, muka mereka sangat bengis dan garang ketika itu.

"Ready?"

Tiada jawapan namun tangan diangkat tanda sedia menumbuk.

"Fight!"

____________

Satu tumbukan kencang cuba dihadiahi Dragon namun sempat dielak Tiger. Tanpa menunggu lama, Tiger menyerang pesaingnya dengan tumbukan padu mengena tepat di pipi. Tertoleh ke kiri Dragon dibuatnya dek tumbukan itu.

Wajah Dragon nampak bengis, dia menendang kuat perut Tiger membuatkan lelaki itu terundur ke belakang. Belum sempat Tiger bertindak lagi, Dragon terus menumbuknya bertubi-tubi. Tiger hanya mempertahankan diri daripada ditumbuk.

Matanya meliar mencari sasaran, sehinggalah dia tunduk kepala ingin mengelak daripada tumbukan kemudian menendang kaki Dragon. Dia turut menumbuk dagu membuatkan lelaki itu terdongak ke atas.

Dragon dah tarik nafas dalam-dalam menahan marah. Mukanya nampak lebam akibat ditumbuk. Tiger di hadapannya sedikit terlompat-lompat seraya sebelah tangan bergerak tanda kemari. Semakin geram Dragon, dia mara ke depan dan menendang perut Tiger dengan lutut. Tubuh Tiger dihentam kuat pada dinding sangkar. Semakin mudah Dragon menyasarkan tumbukan pada Tiger apabila lelaki itu lemah.

Tiger hilang kudrat ketika itu, dia biarkan sahaja Dragon menumbuk. Terasa tubuhnya ringan kerana diangkat Dragon kemudian dengan kuat tubuhnya dihempaskan ke lantai. Penonton dari tadi menyorak dengan kuat. Semakin kuat tumbukan mengena semakin bising dewan akan sorakan penonton.

Cukup pada masa pusingan pertama, pengadil mula datang meleraikan mereka berdua.

Dragon akhirnya berhenti dia bangun memandang Tiger yang terbaring atas lantai. Dia duduk atas kerusi, dua lelaki yang mempunyai tugas masing-masing lekas menjalankan tugas. Pelindung gigi dikeluar manakala sedikit air diteguk untuk berkumur. Kemudian air itu diludah dalam baldi.

Aku nak tengok kau tumbang,

Tiger tersenyum sendiri apabila ayat yang dilontar James bergema dalam kepala. Ini baru permulaan, harimau masih belum tunjuk belang. Perlahan-lahan Tiger menghempas punggung atas kerusi sudut sangkar. Kedudukannya saling mengadap Dragon. Sempat dia menghadiahi senyuman sinis pada Dragon manakala dua lelaki disisi sibuk mengelap dahi dan mengurut bahu.

Tiara yang menonton perlawanan itu menyeluk poket apabila terasa getaran. Telefon Hayden dari tadi tidak henti berdering. Nama 'Sayang' sejak tadi terpapar di dada skrin.

Sebenarnya sebelum pertandingan lagi pemanggil itu cuba menghubungi Hayden. Namun disebabkan telefonya berada pada Tiara jadi Hayden tidak tahu. Tiara pula tidak memberitahu lelaki itu.

Tiara menggesek ikon merah menolak panggilan itu kemudian dia menyentuh simbol 'off' pada skrin telefon. Dia tidak mahu Hayden terganggu sekarang.

Sorry, the number that you have dialed is unavailable..

Ayshalyn yang dari tadi cuba menelefon Hayden mula mengeluh. Skrin telefonnya dikerling sepintas lalu sebelum dia memandang ke arah Evans. Mereka sekarang sudah sampai di destinasi. Cuma apa yang menghairankan dia tidak lihat bangunan megah atau penempatan di situ. Hanya kilang dan bangunan yang terbengkalai.

"Evans betul ke tempat ni?" tanya Ayshalyn mula ragu-ragu. Hayden buat apa dekat sini?

"Betul dah kalau ikutkan alamat si Salina bagi," jawab Evans. Dia menjenguk sedikit kepala ke luar tingkap. Hairan sungguh, tempat itu seperti kota berhantu. Tiada orang disitu hanya rumah yang lama ditinggalkan dan bangunan belum siap dibina. Ayshalyn mengangguk. Percayakan Evans.

________________

Seorang gadis separuh bogel sekali lagi berjalan sambil mengangkat papan. Kali ini papan angka dua pula ditunjuknya. Tanda pusingan kedua.

Tiger dan Dragon mula bangkit mahu beraksi. Dragon terlebih dahulu mara ingin memberikan tumbukan. Namun dapat dielak Tiger. Sekali lagi dragon mencuba nasib ingin menghadiahi tumbukan kuat pada perut. Tumbukan mengena, Tiger tidak mampu melawan. Ditendang, terajang habis-habis pesaingnya sekarang.

Dragon merempuh badan Tiger rapat ke dinding sangkar. Apa yang membuatkan Dragon menyirap darah apabila Tiger mampu tersengih. Kemudian sekali lagi Dragon angkat tubuh lelaki itu dengan tinggi sebelum dihempas ke lantai. Mahu patah tulang belakang Tiger dibuatnya. Penonton menyokong Tiger mula risau. Tiara yang duduk bahagian paling depan juga bimbang. Jari jemari digenggam erat diletakan bawah dagu. Dia pejamkan mata.

Kereta yang dipandu Adam berhenti. Zarryn mencadangkan semua turun dan mencari penduduk kawasan itu. Adam bercekak pinggang. Dipandang sekeliling. Sunyi sepi. Sah tak ada orang!

Mereka berjalan mengekori Ayshalyn dari belakang menelusuri lorong kecil antara bangunan terbengkalai dan lama. Bau busuk dari sampah sarap mula menusuk lubang hidung. Adam sudah mengetip hidungnya dengan tangan tidak tahan bau itu. Armel pula macam takut-takut jalan, mana taknya, entah lorong sunyi dan kotor mereka lalui. sekadar mengatur langkah mengikut gerak hati tanpa hala tuju. Nasib baik Evans disebelah cuba tenangkannya. Zarryn? dia sama naik dengan Ayshalyn. Elok menapak macam detective.

"Woof! Woof!"

Automati Armel menjerit, laju dia sentuh dada. Dia dapat rasakan debaran kencang di dada. Perasaan takut bertandang dalam hati. Laju dia tekup mulut apabila sedari dia terpekik tadi. Dipandang Evans sebelahnya. Lantas lelaki itu menutup kedua matanya dan menolak tubuh Armel sedikit. Memaksa gadis itu melangkah walaupun matanya ditutup.

Seorang lelaki gaya rambut Mohawk warna oren keluar. Dia meneliti raut wajah Ayshalyn di hadapan pintu sebelum pintu besi berkarat itu dibuka. Mengizinkan mereka masuk.

"Rambut dia tertumpah serbuk super ring ke?" bisik Armel sebaik sahaja melihat lelaki itu apabila Evans mengalih tangannya.

Lelaki berambut oren itu memandang Armel dengan muka bengis apabila mendengar bisikan Armel.

"Sorry," kata Evans wakil Armel, dia tunduk sedikit kepala tanda maaf. Yang lain sudah menapak masuk ke dalam.

______________

Bunyi loceng menandakan pusingan ketiga bermula. Tiger dan Dragon sekali lagi bergelut. Hampir lebam setiap muka saling membalas serangan. Tenaga dan kudrat dua peninju itu sama kuat. Kaki diangkat mahu menendang kaki Tiger, namun sasaranya tidak mengena. Memuncak kemarahan Dragon. Dipandang muka Tiger dimana sebelah kening sudah pecah berdarah. Satu tendangan padu mengena perut Tiger. Dragon menendang perut lelaki itu berulang kali dengan kepala lutut.

Tiger tidak mengalah dia turut memberikan tumbukan padu di kepala. Kemudian dia menarik sebelah tangan dragon dan menterbalikkan tubuh lelaki itu. Dragon bangkit dia masih kuat untuk melawan. Kali ini Tiger pula memberi serangan, bertubi-tubi serangan diberikan pada Dragon. persaingnya hanya mampu menahan diri daripada dipukul.

Bukan itu sahaja, satu sepakan padu mendarat pada anggota badan Dragon. Bukan di perut atau kaki namun tepat pada kepala. Kepala Dragon mula berdenyut, pandangannya mula berpinar-pinar. Tubuhnya hampir rebah namun cuba digagah berdiri. Digeleng kepala cuba fokus namun belum sempat dia berbuat apa, Tiger menendang perutnya hingga tubuh tertolak ke dinding sangkar.

Dragon memejam mata, mimik wajah menahan rasa sakit. Tiger tersengih, dia belum puas belasah lelaki itu. Maka, sekali lagi tumbukan kencang singgah ke pipi Dragon. Bagaikan dirasuk penyokong di situ mula menjerit sekuat hati apabila Tiger mula bangkit melawan. Harimau sudah tunjuk belangnya sekarang.

______________

Ayshalyn menoleh kepala sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi sorakan yang kuat. Terus kaki diatur menuju ke arah bunyi itu. Zarryn dan yang lain turut menapak arah itu. Mereka sampai di hadapan pintu. Adam teragak-agak mahu memulas tombol pintu. Dikerling yang lain sekilas lalu sebelum dia membuka pintu. Mereka melangkah masuk dalam bilik, dimana sebuah dewan yang kini dipenuhi sejumlah penonton yang ramai.

Armel mengerut dahi, dia mengecil mata melihat sebuah pertandingan yang sedang berlangsung. Matanya tertumpu pada dua orang lelaki sedang berentap dalam sangkar.

"Ayshalyn.." lengan Ayshalyn ditarik Armel. Dia menunjuk ke arah sangkar.

____________

Dihimpit tubuh Dragon pada dinding sangkar. Satu persatu tumbukan singgah ke wajah. Tiger membengkok lutut dan menendang perut Dragon beberapa kali. Tiger seperti hilang waras, raut wajahnya tampak menggerunkan. Dia seolah dikawal dengan emosi sendiri. Sehinggalah satu tumbukan betul-betul melekat pada sebelah pipi Dragon.

Apabila dia melihat Dragon mula lemah terus tubuh lelaki itu diangkat ingin membalas dendam. Tubuh Dragon dihempas kuat atas lantai. Tiger naik atas badan Dragon, dan melayang tumbukan kuat mengena tepat pada rahang lelaki itu. Dragon mengerang kesakitan.

Tiger yang masih belum puas hati mengepal tangan mahu menghayun tumbukan terus dihalang oleh pengadil. Dipaksa Tiger supaya duduk, dia ditenangkan oleh pengadil. Tercungap-cungap Tiger mengambil nafas. Rambutnya basah dengan peluh jantan merinik pada dahi.

Dia memandang ke arah Tiara yang berada di tempat penonton. Gadis itu menguntum senyuman membuatkan Tiger tersunggih senyum. Namun senyuman itu pudar apabila matanya tertancap pada seorang lelaki yang merenungnya tajam. James, lelaki itu berharap Tiger tumbang dalam pertandingan.

Suasana bising dan amat membingitkan telinga. Lima orang yang baru sampai itu terkaku, dia tidak tahu apa yang dilihat sekarang. Semua menumpu pada fighter dalam sangkar.

"Am I dreaming now?" tanya Armel sendiri. Dia lihat Hayden berentap dalam sangkar. Lantainya dikotori dengan tompokan merah. Hampir pengsan pesaingnya dibelasah Hayden. Dikalih pandangan ke arah Ayshalyn. Gadis itu diam, hanya matanya terbuntang. Mukanya pucat.

Pusingan keempat bermula. Dragon yang dibelasah itu kembali bangkit. Kedua tangan diangkat sambil mengepal erat jari jemari. Tanpa berlengah masa, dia mengacu tumbukan ke muka. Tumbukan itu tersasar. Tiger segera menunduk sempat mengelak.

Dragon mengetap bibir berasa sebal. Satu lagi tumbukan dilepaskan ke bertemu muka Tiger. Nice hit. Berpaling ke tepi kepala Tiger dibuatnya. Perlahan-lahan Tiger menoleh seraya tersengih. Pinggir bibirnya nampak luka dan berdarah.

Tumbukan rendah dilempar pada rusuk Dragon. Dia membengkok lutut menghadiahkan tendangan pada perut. Dragon terundur beberapa langkah ke belakang. Belum dia berbuat apa, Tiger mengangkat kaki dan melakukan tendangan tinggi. Right on target, tepat pada kepala.

Penyokong Tiger mula terbangun dari tempat duduk dan bersorak menyukai aksi itu. Tersembur pelindung gigi dari mulut Dragon. Darah memercik mengotori lantai.

Armel tergamam, sekali lagi matanya ditutup. Wajah Evans serius apabila melihat rakannya melakukan tendangan itu. Adam pula sudah terlopong dari tadi tidak percaya. Manakala Ayshalyn yang kaku dari tadi mula menggeletar. Terasa jarinya digenggam. Dia menoleh ke arah Zarryn. Gadis itu memeluk lengannya dan memegang erat jari jemari.

Permukaan tangan Ayshalyn ketika itu berasa sejuk dan berpeluh. Gadis itu benar-benar ketakutkan. Dia takut. Lagi-lagi melihat petinju itu mengasak pesaingnya. Hayden Ziyad. Lelaki itu bagaikan dikawal.

Dragon mula lemah tidak berdaya. Sudahlah denyutan di kepala masih belum hilang, Tiger pula hadiahkan satu lagi sepakan.

Dragon tersandar pada dinding mengerang kesakitan. Keningnya pecah mula mengalir darah tidak henti. Wajahnya sekarang sudah bercorak lebam dan cecair merah. Apabila Dragon nampak tidak berdaya, semakin mudah Tiger mengambil peluang membelasah. Persaingnya mula rebah

Tiger sudah hilang waras. Dia melemparkan satu lagi tumbukan mengena rahang Dragon. Pesaingnya mula terbaring tidak membalas.

Kau kena ingat Hayden, MMA boleh bawak maut!

Sekali lagi ayat daripada James berlegar dalam kepala. Tangan melayang ke muka Dragon.

Aku nak tengok kau hebat macam mana nanti,

Buku lima mula berasa perit apabila berlaga dengan tulang rahang Dragon. Matanya tajam menatap wajah Dragon. Sungguh bengis.

Tangan yang mengepal erat buku lima diangkat tinggi mengumpul kekuatan. Dadanya bergerak naik dan turun menarik nafas yang tidak cukup. Peluhnya mula merinik di dahi membasahi anak-anak rambut. Dipandang seketika wajah lebam Dragon yang sedang mengerang kesakitan.

Pergi mampus!

Mata Tiger dingin, urat-urat merah mula tersembul pada bebola mata. Bunyi teriak seakan tersekat di kerongkong Tiger seraya mengayunkan tangan. Dragon sudah memejam mata. Satu tumbukan padu mendarat di pipi membuatkan darah memercik keluar dari mulut. Tumbukan itu seolah ingin melepaskan kemarahan.

Berulang kali Tiger menumbuk Dragon. Dia juga mengambil kesempatan mengunci pengerakan Dragon dengan memaut leher dan pusing tangan Dragon ke belakang. Dragon yang berasa sesak nafas menepuk-nepuk lengan Tiger supaya lepaskan dia.

Tidak lama itu, pengadil datang meleraikan dua lelaki itu. Tiger diheret oleh 2 lelaki. Pengadil itu pula berlari mendapatkan Dragon terbaring. Mulut pengadil terkumat kamit seolah bicara. Bukan mahu mengucap kalimah syahadah namun memeriksa keadaan Dragon. Lelaki terbaring itu tidak memberi respon.

Tiger tercungap-cungap tidak cukup nafas.

"Tiger! Tiger! Tiger!" Namanya dilaungkan kuat oleh penonton.

Dipandang sekeliling segenap sudut dewan. Dia menepis tangan dua pemuda itu apabila berasa rimas.

"Ladies and gentleman," pengacara mula berbicara.

Tiger menarik nafas dengan mulut. Dia memejam mata, dia dapat rasakan peluh mengalir di birai pipi.

"Jaden Tan, as known as Dragon has withdraw this game at 3 minutes 3 second of fourth round."

Beberapa paramedik datang mengusung Dragon. Jurulatih Dragon di luar sangkar mula mencampak kain putih tanda mengalah. James hanya tersunggih senyum sinis sebelum menapak pergi.

"The winner of this MMA Championship," Pintu sangkar dibuka, seseorang sedang berlari masuk dalam gelanggang. Semua kamera tertumpu pada satu-satu pegusti yang gagah berdiri. Ayshalyn dan yang lain hanya memandang dari jauh.

"Tiger!" Kali ini suara lantang pengacara. Serentak itu penonton mula bangkit dari tempat duduk dan melaungkan sorakan kemenangan. Jurulatih dan dua lagi pemuda yang menjaga Tiger tadi sudah terlompat dan berpelukan gembira. Mereka menang! Tiger pantas membuka mata. Cahaya berkelip-kelip dari telefon dan kamera membuatkan mata dia terpanar.

Satu senyuman bahagia tidak dapat disembunyi Tiger. Tiba-tiba tubuhnya terasa dirangkul dari belakang. Sepasang tangan memeluk tubuhnya. terasa hangat akan pelukan itu membuatkan Tiger memusing tubuh. Dia lihat Tiara yang memeluknya sambil menghadiahkan senyuman kegembiraan.

Adam mula mengerling ke arah Ayshalyn. Gadis itu mengecil mata memandang Hayden dan Tiara tanpa berkelip. Riak wajahnya seolah tidak percaya. Perlahan-lahan Ashalyn menunduk kepala, dia tidak sanggup melihat perkara itu. Hancur. Hatinya bagai ditusuk sesuatu tajam. Sakit.

"Or the real name of Tiger is Hayden Ziyad!"

Zarryn berpaling pada Ayshalyn apabila jarinya terasa erat digenggam Ayshalyn. Gadis itu hanya menunduk kepala menyembunyikan wajah. Apa yang dia tahu, Ayshalyn benar-benar rasa terkilan dan sakit hati. Hanya tuhan saja tahu bagaimana hati gadis itu sekarang.

"Tiger! Tiger! Tiger!" dewan seakan bergema nama itu.

Tanpa diminta, Tiara mengangkat tinggi sebelah tangan Tiger tanda kemenangan milik lelaki itu sekarang. Tiger turut menjerit melepaskan kepuasan. Dia menang! Dia berjaya tewaskan Jayden Tan atau nama samarannya Dragon. Kini, tali pinggang warna hitam berlogo MMA Championship miliknya sekarang. Semakin kuat sorakan apabila mendengar teriakan Tiger.

Senyuman Tiger mula melebar. Dia menepuk dada dengan tangan dikepal.

"Tiger! Tiger! Tiger!"

Berulang kali namanya dilaungkan penonton membangkitkan semangat. Mata Tiger mula menlilau melihat segenap sudut dewan. Dia masih tersenyum melihat reaksi penonton yang nampak bangga dan gembira. Sehinggalah matanya tertala pada hujung dewan, pintu masuk. Senyuman mati.

Dia lihat lima figura yang tercegat saling memandangnya dengan muka tidak percaya. Kawan-kawannya! Dan paling dia takut,

Ayshalyn Emane.

____________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro