Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5 (TOGETHER)

Same date❤️
____________________

Waktu malam menjelma. Suasana sekolah yang dipenuhi gelak ketawa pada waktu siang kembali sunyi. Hampir keseluruhan lampu di blok asrama sudah dipadamkan hanya beberapa bilik yang masih terang.

Sejak kes curi harta benda milik guru dan pelajar terjadi, setiap malam akan ada sekumpulan pelajar lelaki yang mempunyai tidak lebih empat orang ahli ditugaskan oleh guru untuk mengawal sekolah mengikut jadual secara bergilir.

Adam dan Evans yang merupakan salah seorang ahli kumpulan yang terpaksa bertugas mengawal kawasan blok. Manakala pengawal akan mengawal di kawasan lain. Hayden pula tidak mempunyai tugas lagi.

6 missed call - LieyaDarling

Adam membaca pemberitahuan panggilan terlepas daripada telefonnya. Dia sengaja tidak mahu menjawab panggilan tersebut. Serabut dengan sikap gadis gedik seperti Alieya.

Lantas tangannya sibuk menconteng sesuatu pada poster di dinding.

"Jawab jela. Pipi merah sebelah tak cukup lagi?" usik Evans seraya membaca pemberitahuan panggilan terlepas terpapar pada skrin telefon Adam. Usikan Evans mendapat jelingan maut dari Adam. Lekas telefon disembunyikan di poket seluar.

"Kau nak rasa juga ke?" balas Adam berasa geram dengan Evans yang menjengkelkan itu. Dia menyentuh pipi kanan yang ditampar.

Dia memandang Evans sedang bersandar di dinding sambil terkekeh ketawa membuatkan dia bertambah geram. Silap hari, kaki kanan ini dihayun ke muka kawan karibnya ni.

Adam masih lagi lincah menconteng sesuatu.

ADAM

Adam mencoret tandatangan miliknya hujung poster. Dia senyum jahat tidak sabar menunggu esok.

***

Mereka berjalan menaiki anak tangga satu persatu untuk menuju ke arah blok Steeve bahagian perempuan. Adam melihat jam pada pergelangan tangannya sudah menunjuk pukul 10 malam.

Sreet sreet

Langkah mereka terhenti secara tiba tiba setelah telinga menangkap sesuatu bunyi seperti seretan pada lantai. Evans dan Adam berpaling satu sama lain secara serentak.

Dengan rasa ingin tahu, lampu suluh ditangan masing-masing segera disuluh ke arah bunyi itu datang walaupun laluan itu sudah diterangi lampu.

"Siapa tu?" tanya Evans memberanikan diri. Adam di sebelah berpaling sambil mengangkat kening. Tiada jawapan dibalas, bunyi seretan yang berdekatan itu lenyap serta merta.

Namun, bunyi tapak kasut berlaga dengan lantai jelas kedengaran bergema dikawasan tersebut. Lebih mengejutkan, bunyi kasut itu sepertinya menuju kearah mereka berdua.

"Pergi masuk bilik masing masing kalau tak nak dimerit!" ugut Evans bersuara keras menyangka bunyi tapak kasut itu daripada pelajar perempuan blok steeve.

"Entah, ada bilik taknak masuk," Adam berlagak berdisplin menyokong Evans. Kedengaran bunyi tapak kasut itu bertukar arah berserta bunyi seretan sesuatu. Senyuman berani terukir dibibir lelaki itu. Lantas Adam mengajak Evans untuk beredar dari situ. Ketika mereka hendak berendar dari situ,

"Amboi garangnya,"

Muncul satu suara sekali lagi memberhentikan langkah. Adam dan Evans menoleh kebelakang, seorang perempuan berpakaian biasa, rambut yang panjang beralun melebihi paras bahu dibiarkan lepas sahaja. Sebuah beg bagasi besar disisi dengan riak wajah masam mencuka.

"Awak ini siapa? Takkan new student tak reti baca peraturan sekolah? Waktu paling lewat masuk asrama sebelum pukul enam petang," marah Evans sambil menyilang tangan di dada tanda tegas. Adam disebelah diam tidak terkata malah dia menggoncang bahu Evans berulang kali. Gayanya ingin memberitahu sesuatu.

Gadis itu diam, mengatur langkah perlahan-lahan mendekati lelaki kacukan dihadapannya dengan berani.

"Armel? Bila kau balik sini?" tanya Adam teruja. Tadi terkejut sangat sampai terkelu kejap.

"Adam siapa mamat ini?" tanya Armel yang kini betul-betul hadapan Evans. Kening Evans bertaut satu sama lain memandang Adam dengan penuh hairan. Bagaimana pelajar baru itu mengenali Adam dan sebaliknya.

"Armel this is Evans Uzair and Evans this is Armel Darnisya," Adam memperkenalkan kawannya sesama sendiri.

"Hey, nice to meet you," sapa Armel dengan mesra sambil menghulurkan tangan ingin berjabat.

"Tak payah friendly sangat, " bidas Evans dengan pandangan dingin, tidak mahu beramah mesra dengan gadis itu.

"Oh,"

Sepatah perkataan terkeluar dari mulut Armel. Eee kerek betul. Dia ni siapa?

Armel pernah bersekolah di sekolah sama dengan Adam dan yang lain namun dia terpaksa berpindah sekolah mengikut keluarga yang bekerja di Los Angeles. Selepas 3 tahun menetap belajar di situ akhirnya dia berjaya mendapat keizinan daripada keluarganya untuk tinggal di Malaysia bersama abangnya yang mempunyai kerjaya sebagai arkitek.

Dan bagaimana dia tidak mengenali Evans? Kemungkinan Evans berpindah ke sekolah ini selepas dia berpindah.

"Eh, Armel kau bilik mana? Bilik sama macam dulu ke?" tembak Adam, dia meneka bilik gadis itu sama dengan Zarryn dan Ayshalyn. Cepat dia menyelamatkan Armel daripada terus janggal akan layanan Evans sebentar tadi.

"Haah, still same!" jawab Armel senyum lebar menampakan gigi tersusun rapi.

"Jom pergi," ajak Adam. Dia mengalukan kedatangan Armel dengan menolong menarik beg bagasi gadis itu.

___________________

Sebuah motosikal yang berlabel pizza hut meluru laju ke belakang blok dorm. Memecahkan kesunyian malam yang ditemani dengan deruan angin dingin malam.

Kemudian seorang lelaki yang bertopi keledar turun dari motosikal. Dia memandang sekeliling, hairan tiada orang.

"Eh dah sampai ke pizza?" tanya seseorang dengan nada yang lebih lembut memecahkan kesunyian malam.

Klack!

Bunyi tingkap dibuka. Lelaki itu mendongak atas memandang salah satu tingkap yang dibuka.

"Miss your pizza," kata lelaki itu dia dapat menganggak pemilik itu adalah perempuan.

"Bang sambut,"

Puk!

Satu tali diturunkan dari atas melalui tingkap. Terkejut lelaki itu dibuatnya.

"Tolong ikat pizza tu dengan tali tu eh," pinta pemilik suara lembut itu. Segera lelaki itu mengikat pizza dengan tali berserta resit makanan tempahan. Tanpa berlengah masa, tali tersebut ditarik dari atas dan diturutkan kembali dengan sejumlah wang.

"Terima kasih," ucap Ayshalyn kepada lelaki itu yang mula lenyap dari pandangan dengan motosikal yang dinaiki olehnya. Terus tingkap ditutup rapat.

"Heaven arrived!" jerit Ayshalyn dengan girang sambil menayangkan kotak pizza yang dipegang olehnya.

Zarryn yang tengah belajar di meja belajar turut bangun tersenyum dan mendekati meja jepun yang berada di tengah-tengah bilik. Mereka terpaksa menggunakan cara sebegitu kerana nanti akan dimerit sebab turun selepas pukul 10 kalau si Evans tu nampak.

Tok! tok!

Pintu bilik mereka diketuk tiba tiba, spontan Ayshalyn dan Zarryn yang baru sahaja menyumbat pizza ke dalam mulut berpandangan satu sama lain. Muka malas terpancar.

"Osom!" jerit mereka serentak. Tangan Zarryn menunjukan simbol air manakala Ayshalyn menunjukkan simbol batu. Ayshalyn menghela nafas berat manakala Zarryn menjerit keriangan meraikan kemenangan diri sendiri.

Ayshalyn mengecilkan anak matanya tunjuk rasa tidak puas hati. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengundi siapa yang harus membuka pintu bilik.

Sejenak kemudian, pintu bilik dibuka oleh Ayshalyn. Tersembul wajah Evans dan Adam yang masam mencuka dihadapan pintu. Kalau seminit lagi tidak dibuka pintu, sudah tentu kakinya terasa ringan untuk memecahkan pintu bilik ini.

"Kau dah kenapa datang sini tiba tiba?" soal Ayshalyn seperti tidak menyambut kedatangan dua lelaki itu ke bilik mereka berdua. Ayshalyn dan Zarryn tidak perasan kehadiran Armel yang terlindung disebalik tubuh tinggi dua lelaki itu.

Zarryn terus berpaling wajah kearah lain apabila melihat wajah Adam dihadapan pintu. Baginya makanan lebih elok dipandang berbanding lelaki itu.

"Aku datang sini sebab nak bagitahu ada new student nak masuk bilik ni." jawab Adam dengan nada menekan 'new student'. Automatik Zarryn berhenti mengunyah.

"Tak boleh," jawab Zarryn acuh tak acuh. Adam mengetap bibir geram rasanya kerana dirinya itu tidak dilayan.

"Aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan Ayshalyn," jawab Adam sekali gus mencabar tahap kesabaran Zarryn.

"Korang ni tak habis-habis nak bertikam lidah. Tepi sikit. Ini aku la.. Armel," tubuh Adam dan Evans yang menghalang dia terus ditolak pelahan ke tepi. Dua orang gadis itu tersentak apabila melihat gadis itu. Mereka berpaling serentak ke arah Armel.

"Armel?!" Satu jeritan gembira bergema di blok steeve. Adam dan Evans lantas menutup telinga. Zarryn bangun berlari ke arah Armel dan Ayshalyn lalu mereka bertiga berpelukan.

Best Friend Hug!

"Wah sweetnya! Nak peluk jugak!" Adam mendepakan tangannya untuk memeluk.

"Eh eh tak payah mengada eh. Dah pergi masuk bilik kau," Zarryn menolak tubuh dua lelaki itu dan menutup pintu.

"Bila kau sampai? Kenapa tak bagitahu kitaorang?!" tanya Ayshalyn dengan teruja. Satu senyuman terukir dibibir manis gadis itu sebelum dia membuka mulut untuk bercerita.

Wah, akhirnya mereka bersatu semula!

__________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro