Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 49 (WHY)

Same date❤️
________________

BILIK LATIHAN FENCING.

Sebilah pedang ditangan kanannya dipegang kemas lantas dihalakan kearah sasaran. Banyak kali pedang cuba menyentuh pada sasaran namun tidak berhasil. Ayshalyn mula rasa serabut. Langkah mara ke depan dan menghunus pedang arah pihak lawan. Setiap kali dia mahu mencari markah ada saja helah pihak lawan pandai mengelak.

"Hayden are you alright?"

Ayat itu terlintas dalam minda. Pertanyaan yang didengari corong telefon. Paling dia tidak dapat terima kenyataan, dia kenal akan pemilik suara itu. Suara itu milik Tiara. Tiara. Tiara. Tiara. Selangkah demi selangkah dia mara ke depan. Ayshalyn mula hilang fokus.

"Hayden?"

Suara itu seakan bermain dalam kepala. Ayshalyn memejam sebentar mata sebelum membuka kembali mata. Dia menggeleng kepala mahu mengusir perkara itu. Dia ingin beri tumpuan pada permainan sekarang. Sampailah hujung pedang mengena pada lengan. Ayshalyn sedikit mengeluh berat apabila pihak lawan berjaya menewaskannya kali ini.

Perlahan-lahan topeng muka dibuka, wajahnya tampak letih dan lesu. Peluh merenik pada dahi dikesat kasar. Dia sedikit tercungap-cungap tidak cukup nafas. Coach datang menghampiri sambil memeluk tubuh.

"Ayshalyn, seems you are not focusing on the game. Why? Do you have problems?" tegur Coach Adrian. Sejak kebelakangan ini, gadis itu kelihatan tidak memberi tumpuan pada latihan. Dia bukan apa, cuma bimbang kerana tarikh pertandingan semakin hampir. Jadi dia tidak mahu gadis itu terleka.

"No coach. I'm okay," ujar Ashaylyn menguntum senyuman subing. Namun kelamaan senyuman itu mula pudar apabila dia menyedari bahawa dia gagal memenangi latihan hari ini. Dia berasa kesal akan sikapnya sekarang.

_________________

"Evans, Evans. Please let me explain." rayu Armel memujuk Evans. Dari tadi dia mengekori ingin memberikan penjelasan. Namun lelaki itu tetap tidak mahu mendengarnya. Armel dapat rasakan dia separuh halimunan hari ini. Evans tidak mahu melayannya.

"Evans jangan la macam ni.. " suara Armel mahu menangis, kakinya sudah penat mahu mengejar Evans ini. Akhirnya dia berhenti membuntuti lelaki itu. Dia biarkan sahaja Evans jalan ke depan. Dihentak-hentak kaki berulang kali tanda protes dengan kedua belah tangan dikepal erat. Ish! Susahlah lelaki ni kalau merajuk.

"Berapa kali aku nak cakap yang kau tak boleh masuk kelab ni!"

Satu suara lantang berbunyi. Armel menoleh ke arah sebuah bilik. Bilik kelab Drama. Hatinya terdetik mahu mendekati bilik tersebut.

"Dengan muka tak siap macam ni, ada hati nak masuk kelab drama. Sedar diri sikit!"

Kata-kata sinis keluar dari mulut seseorang. Sepertinya Sara. Armel menjenguk sedikit mahu mengintai. Dia lihat Sara dan yang lain mengelilingi seorang gadis sedang memegang sehelai kertas. Borang dalam genggaman itu sedikit bergetar, Armel dapat agak gadis itu dalam keadaan ketakutan.

"Eh Hanna, kau tak tahu malu ke?" tanya Sara menunjal bahu Hanna. Si Fady dan yang lain sudah ketawa sinis seakan mahu mengejek. Mereka melihat Hanna dengan pandangan jijik. Ada hati nak masuk kelab drama. Kalau muka cantik macam mereka tak apa la juga, ni muka tak ada beza dengan watak kartun tu.

"Kalau aku jadi kau, aku tak berani tunjuk muka dekat kelab ni tau. Malu!" Kali ini Melly pula melontar kata-kata cukup menyakitkan hati. Dia tayang muka menyampah pada gadis itu.

"Kak Melly.." kata Hanna tergagap-gagap mahu berkata.

"Apa kak-kak. Fikir aku kakak kau ke? Tak ingin aku." sindir Melly serentak itu tanpa diminta Sara dan Fady mentertawakan Hanna.

"Kak Melly, Hanna memang nak masuk kelab ni. Hanna janji akan jadi ahli paling komited!" kata Hanna siap angkat tangan swear lagi. Melly mengeluh berat, dia pandang atas. Tidak sudi terima Hanna sebagai ahli kelab drama.

"Hanna aku tak nak bazirkan masa, tapi pintu keluar ada kat sana. Tak buta kan, jadi berambus!" tinggi nada Fady menghalau gadis itu. Hanna sudah bergenang air mata.

"I bukan nak cakap apa but, you look unseemly to sign up. Muka macam ni.. I'm sorry baby.. "

Seorang perempuan keluar dari sebuah bilik. Dia melangkah ke arah Hanna yang sedari tadi tunduk. Dia silang tangan. Berdiri angkuh di depan Hanna.

"Kak Lieya.. tolonglah. Hanna nak masuk." Hanna merayu pula pada Lieya. Presiden kelab drama. Ya, Lieya si girlfriend Adam yang curang tu.

Kertas pada tangan Hanna diambil Lieya. Borang kemasukan kelab ahli baru. Lengkap isi maklumat Hanna pada borang itu. Terukir senyuman sinis pada bibir Lieya.

"I'm sorry dear.. But, we don't need you!" kata Lieya seraya mencampakkan kertas dalam genggaman ke muka Hanna. Kertas itu jatuh selamat cium lantai. Tanda mereka betul-betul tidak ingin terima Hanna sebagai ahli kelab drama. Sekali lagi Sara, Fady dan Melly ketawa. Hati Hanna ketika itu benar-benar tergores. Kecil hati dengan perbuatan seniornya itu.

Baru Hanna ingin menapak keluar, pintu bilik terlebih dahulu dibuka dari luar. Tersembul muka Armel. Dia pula berasa geram akan sikap tiga manusia itu tadi. Setiap ayat yang dilontar daripada mereka seolah menusuk hati. Terasa bahang hati ini sekarang, ingin saja dia memaki hamun Sara, Fady dan Melly sekarang. Terutamanya si Presiden kelab, Lieya. Dia memperlakukan Hanna seperti seorang yang tiada hati perut dan perasan. She has feelings too!

"Apa korang buat ini?" tanya Armel walaupun dia sendiri sudah tahu jawapan. Lieya memandangnya dengan senyuman sinis. Sumpah muka perempuan itu amat menjengkelkan.

"Are you blind Armel?"

Soalan dikembalikan soalan. Pertanyaan daripada Lieya membuatkan Armel senyum sinis. Dia cuba mengumpul kesabaran saat itu. Masih bertenang.

"Aku tanya baik-baik, tak payah cakap macam tu." pesan Armel masih bersabar. Sara, Melly dan Fady memandang satu sama lain kemudian melihat Armel kembali. Lieya yang berpeluk tubuh datang mendekati Armel. Mata mereka bertentangan saling membalas renungan.

"Kau datang sini nak backup budak hingusan ni ke?" soal Lieya. Dia dapat rasakan Armel menyaksikan babak kasih sayang tadi.

"Aku ingatkan dah besar. Tapi otak macam budak kecil. Budak kecil pun aku rasa lagi cerdik lah dari korang," sindir Armel membuatkan mereka mengecil mata. Berani kutuk mereka!

Lieya ketawa sinis membetulkan rambut terjuntai di dahi. Dia pandang Armel dari atas sampai bawah.

"Eh Armel, kalau kau datang sini nak cari gaduh. Sorry I don't have time for you. Better you menggatal sana dengan Evans. Murah!" Hujung ayat ditekankan. Semakin membara hati Armel dengar ayat sinis itu. Sudahlah tadi dia tahan sabar, sekarang dilabel sebagai perempuan murahan?

"Kalau aku murah kau apa? Tak ada maruah?" bidas Armel. Bukan dia tidak tahu perangai sebenarnya Melly dan yang lain. Lieya pun sama, tergatal dengan Hayden dulu.

"Kurang ajar!" Tangan kanan Lieya diangkat tinggi mahu menampar pipi Armel. Gadis di hadapanya hanya memandang dengan wajah tenang.

"Sebelum kau naik tangan, berdepan dengan aku dulu!"

Satu suara lantang menyergah mereka. Semua menoleh arah pemilik suara. Zarryn berada di pintu. Bukan itu sahaja, Evans dan Adam turut berada disitu. Armel tersenyum senget, mujur dia memberitahu yang lain untuk datang ke sini. Yalah takkan satu lawan empat. I have friends bitch.

"Baik kau turunkan tangan sebelum kau betul-betul minum air jamban hari ni." kata Ayshalyn yang baru sampai. Usai mendapat mesej daripada Armel, terus dia bergegas datang ke mari. Dia menapak kedepan menghadap Melly dengan topi melindungi kepala dan beg pakaian digalas sebelah bahu. Langsung tidak gerun pada Melly.

"Bagus la, bawak member sampah kau sekali." perli Lieya yang tidak mahu kalah. Dicerlang tajam anak mata Ayshalyn pada gadis itu. Raut wajahnya kelihatan sangat serius dan garang. Berani betul biadap dengan rakan baiknya tadi!

"Kau ingat aku tak tahu apa yang kau cakap dekat Armel tadi?" Kali ini Zarryn pula mara ke depan. Sempat telinga menangkap ayat-ayat kesat keluar dari mulut Lieya tadi. Berani cakap Armel murah!

"Memang betul pun kan? Berkepit dengan Evans. Meluat aku tengok." rasa tidak puas hati tersimpul dalam diri. Berbulu mata tengok si Armel dengan Evans, berkepit je kerja.

"Cakap baik sikit, dia tak kacau you pun." Adam yang masih bersandar di pintu itu bersuara. Dipandang mata bekas kekasih. Tajam.

"Dah memang betul nak buat macam mana." bidas Fady dari tadi diam. Ingin Adam membalas, terlebih dahulu Evans memotong percakapan.

"Aku rasa baik kita pergi dulu. Kalau layan diorang sampai Subuh lusa tak sudah," kata Evans. Dia tidak mahu timbul dan panjangkan masalah ini. Lagipun mereka ada kelas sekarang. Jadi dia rasa membazirkan masa kalau dilayan Squad GGG ni.

Evans hanya beri isyarat mata menyuruh Zarryn dan yang lain beredar dari situ. Dia mengheret Armel yang masih berkeras tidak mahu mengundur diri. Yang lain hanya menurut permintaan Evans. Hanna juga dibawa sekali keluar. Baru saja mereka semua menapak keluar, satu ayat menghentikan langkah mereka.

"Pergi berambus. But, where's your great Hayden anyway?" bagaikan direnjat elektrik, semua berhenti melangkah. Tali beg galas digenggam erat oleh jari jemari Ayshalyn bila nama Hayden disebut.

"Hayden berhenti sekolah ke berlagak tunjuk pandai tak nak datang sekolah? Ingat ni sekolah bapak dia?" Lieya berkata lagi. Sinis.

"Eh memang la ni bukan sekolah bapak dia. Tapi ni sekolah bapak I. I yang bagi dia cuti. You ada masalah?" Adam mengangkat kening. Semua menjeling Adam. Sempat backup Hayden.

"Tak guna!" detus Ayshalyn. Perasaan marah yang bertandang dalam hati sudah melebih tahap. Terus dia memusing tubuh dan menghayunkan beg galasnya itu. Mujur Zarryn sempat menghalang kalau tidak dah lama pengsan Lieya kena pukul.

Lieya ketawa sinis sambil menyilang tangan di dada. Fady, Melly dan Sara pandang semacam, dah kenapa Ayshalyn melenting?

"Kenapa marah? Kau dengan Hayden ada apa apa hubungan ke? Patutlah semakin bebal. Ingat aku tak tahu akademik kau merosot sekarang!"

PANG!

Satu tamparan singgah di pipi Lieya, bukan dari Zarryn mahupun Ayshalyn. Tapi dari Armel sendiri. Lieya sudah melampau. Berani dia kutuk Hayden dan Ayshalyn.

"Watch your words and your smelly mouth friend." pesan Armel. Tak pasal-pasal pipi Lieya kena penampar sulung dia hari ni kerana geram.

Lieya menyentuh pipi yang terasa pijar, pedih ditampar Armel. Terus dia memaling muka melihat Armel.

"Hei!" Lieya mula melenting tidak berpuas hati. dipandang muka Armel dalam dalam. Turun naik nafas menahan marah. Dia mengangkat tangan untuk membalas.

"Don't you dare to put your hands on her." Evans genggam kuat tangan Lieya. Mata juga menghunus tajam mata Lieya. Gadis itu mula melarikan anak mata bila direnung tajam. Armel tunduk memungut kertas yang dibuang Lieya tadi.

"Huh!" bentak Lieya seraya melepaskan genggaman kuat Evans. Dia menggosok permukaan pipi dan tangan yang nampak kemerahan.

"Dah, jom keluar." kata Evans menyuruh yang lain beredar. Lieya memerhati Evans dan yang lain mula keluar dari situ.

"Anyway Lieya.."

Lieya mengangkat muka memandang Adam yang berhenti di hadapan pintu.

"Armel ke you yang murah? And, mahal sangat ke you?" kata Adam tanpa menoleh ke belakang dan dia melangkah keluar dari bilik kelab drama. Sempat dia dengar Lieya menjerit geram namanya.

"Nah," Armel menghulurkan kertas yang jatuh di lantai pada Hanna kembali. Satu senyuman manis dihadiahkan pada Hanna. Tiada sebarang respon dari Hanna dan tanpa berkata apa-apa, dia menyusun langkah pergi dari situ. Kertas yang dihulurkan pun tidak diterima.

Ayshalyn mengurut dahi apabila dia terasa pening. Ini mesti dia belum makan lagi asyik berlatih sahaja. Sampaikan makan tidak teratur. Dia menunduk kepala apabila terasa sesuatu menitis. Beberapa tompokan merah pada baju sekolahnya.

Laju dia menyentuh permukaan bawah hidung, dia lihat jemarinya tercalit cecair merah. Darah. Itu sahaja yang terfikir Ayshalyn sebelum dia ditegur Zarryn apabila menyedari keadaan itu.

________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro