Bab 48 (CRUSH)
1 6 / 0 6 / 2 0 ❤️
_________________
Seorang gadis menapak masuk dalam bilik audio sekolah. Dia menghempaskan punggung kemudian menghidupkan alat-alat tersedia dalam bilik tersebut. Mikrofon dibuka sebelum dia mengerling ke arah Nayla yang tersenyum sebelahnya. Nayla memberi isyarat mata supaya mulakan. Yumi mengangguk kepala mengerti sebelum mulutnya mula bicara.
"Hello and good morning Knights!"
Serentak itu suara mereka bergema seluruh sekolah. Sudah menjadi kebiasaan warga WCIS mendengar ucapan selamat pagi dan bicara ringkas daripada Yumi dan Nayla.
"Hi Knights, I'm Yumi!" Kali ini suara lantang dari Yumi. Gadis itu tersengih memandang Nayla.
"And, I'm Nayla your favourite emcee!" Kedengaran suara Nayla pula.
"So today Knights, I'll broadcast the song as usual, to keep up your day. Bukan crush je boleh naikkan semangat ya. Sudahlah melting, tak takut kena reject ke nanti." Selamba Nayla berkata tanpa ragu-ragu.
Automatik pelajar pelajar yang sedang menyorok belakang dinding, mengelamun dalam kelas dan mengintip crush mereka dalam diam, terhenti. Mereka semua tersentak. Memang nak kena Yumi dengan Nayla ni. Siap gelak-gelak lagi.
Zarryn mengerling ke arah gadis yang berpakaian baju PE di sebelahnya. Armel yang sekadar mengenakan jacket pendidikan jasmani sekolah, dari tadi matanya langsung tidak terlepas menatap skrin telefon. Entah siapa yang bermesej dengannya.
"Dari 'peminat' kau lagi ke?" teka Zarryn, maklumlah semalam Armel bagitahu ada orang cuba ugutnya melalui pesanan ringkas. Rupanya 'peminat' dia tu sebenarnya haters. Tapi Armel boleh lagi layan siap tersenyum seperti tiada apa yang berlaku. Hairan sungguh Zarryn. Kalau dia, dah lama cari orang yang berani beri ugutan itu. Mesti junior sama sekolah mereka. Berlagak macam crush tu milik diorang!
"Bukan la. Evans," Armel menggeleng kepala menafikan. Dia tengah membalas mesej dengan Evans Uzair sekarang. Malas dia mahu melayan kerenah haters tidak bermoral itu. Dengki je kerja, haih apa nak jadilah.
"Untunglah ada boyfriend.. Aku crush pun tak notice," Kata Zarryn dengan mendatar mengenang nasib. Itulah Zarryn, crush mana sukakan kau balik kalau tiap-tiap hari marathon kejar Adam Rizal. Paling tak pun bergaduh je dengan lelaki tu.
Armel memandang Zarryn yang memuncungkan mulut. Dia senyum subing seraya menghulurkan tangan.
"Meh sini phone kau,"
Kening Zarryn terangkat. Nak buat apa dengan telefonnya?
"Nak buat apa?"
"Bagi jelah,"
Zarryn menyeluk poket, kemudian dia serahkan telefon dalam keadaan teragak-agak pada Armel.
Armel membuka aplikasi Whatapps. Soal password dalam telefon Zarryn? Dia tahu. Alah tarikh birthday dia je pun. Kalau dia tukar sekali pun password, paling tidak 1234 je. Kau fikir Zarryn ni jenis complicated?
"Apa nama nombor Qairul kau save?" tanya Armel tanpa memandang Zarryn. Matanya masih terlekat pada skrin telefon. Zarryn mula sangsi, rakannya itu mahu buat apa sebenarnya? Siap tanya nama nombor Qairul yang dia simpan.
"Erk, Inchi Crush ada love merah.. " jawab Zarryn mengosok leher, segan pula bila ditanya begitu. Armel hanya mengangguk kepala. Wajahnya serius sedang menitip pesanan. Selang beberapa minit, dia hulurkan kembali telefon pada Zarryn.
"Done." dengan muka selamba Armel berkata. Zarryn pandang muka keliru berasa suspen.
"Kau buat apa?"
"Tengok sendiri,"
Zarryn merenung wajah Armel seketika sebelum dia menunduk kepala menatap telefon. Dia ingin tahu apa yang Armel buat tadi. Diperiksa satu persatu mesej Whatapps sehinggalah mata Zarryn sedikit membulat besar. Lekas dia mengerling ke arah Armel dengan riak wajah terkejut. Armel tayang muka selambanya.
Inci crush ❤️ ( Last seen yesterday )
Saya suka awak. Please date me - Zarryn Lydia
Mulut Zarryn sudah ternganga. Sekali lagi dia toleh arah Armel, gadis itu pandang riak wajah biasa.
"Senang." Kata Armel dengan selamba. Dia macam berjaya satukan pasangan yang sudah lama berpisah. Tanpa rasa bersalah dia memandang Zarryn.
"Armel!!" marah Zarryn menampar kuat lengan Armel dengan geram. Siapa tidak geram kalau pandai-pandai menyamar jadi dirnya. Kalau menyamar tanpa apa lagi, ini hantar mesej ayat confess pada crush kut! Zarryn sendiri seribu kali fikir nak hantar ke tidak mesej sebegitu.
Dikerling Armel di sebelahnya dengan mimik muka bengang. Kecil besar, kecil besar je dia tengok Armel. Nak je dia lenyek-lenyek Armel sekarang. Berani betul dia!
"Nasib baik Qairul dekat kem. Kalau tak dah lama aku penyet kau Armel!" kata Zarryn dengan geram. Dia tunduk menatap telefon. Ingin memadam mesej antara dia dan Qairul. Jadi lelaki itu tidak akan dapat membaca ayat confess tadi. Baru sahaja Zarryn ingin berbuat demikian, matanya tertacap pada info.
Inci crush ❤️ ( Online )
Saya suka awak, please date me -Zarryn Lydia
Seen.
Weh! Dia seen woi! Alahai. Tak kena masa, kenapa Qairul boleh online pulak! Terperajat Zarryn.
"Argh!!" Spontan Zarryn menjerit, mahu luruh jantung Armel dibuatnya. Tiba-tiba menjerit macam histeria. Pantas Zarryn menoleh ke arah Armel. Mata gadis itu menjadi mangsa renungan Zarryn. Kembang kempis hidung menahan kemarahan kian memuncak. Sudahlah tadi Armel pandai-pandai hantar mesej tanpa izin pada Qairul. Sekarang ini Qairul membaca pesanan ringkas itu tanpa sempat Zarryn memadamnya.
"Zarryn... kau tenang dulu."
Armel sudah menelan air liur. Muka kalah mak singa, garang semacam. Ditoleh kiri kanan mencari orang. Haduh! Ayshalyn pula tak datang sekolah. kalau tak, boleh minta backup!
"Kau memang cari pasal Armel.."
"Sabar Zarryn sabar,"
"Diam!" detus Zarryn menyuruh Armel senyap.
"Zarryn, aku nak tolong kau je.." jujur Armel seraya mengangkat tangan surrender. Dia ditenung Zarryn dengan garang. Ayshalyn, tolong aku!
"Tolonglah sangat! Ah tak ada! Kau memang nak kena!" Habislah kau Armel, jadi macam Adam la hari ini.
"Okey, okey macam ni. Kau try tengok dulu reaction Qairul. Kita belum tahu Qairul balas apa kan?" cadang Armel mahu menyelamatkan diri. Lambat-lambat Zarryn bersetuju, dia masih marahkan Armel.
Dengan muka sebal sambil memejamkan mata. Zarryn melekapkan telefon didada, nafas ditarik dalam-dalam kemudian dihembus. Dia bukan apa, dia takut hatinya terluka akan reaksi Qairul. Maklumlah dia bimbang ditolak mentah-mentah. Sakit hati woi!
Bismillah!
Zarryn beranikan diri. Lambat-lambat dia mencelik mata ingin baca mesej Qairul.
Inci crush ❤️ ( Online )
Saya pun suka awak juga.
Zarryn membacanya tanpa berkelip mata. Dia masih tidak percaya. Qairul menyukai dirinya? Dipandang Armel di sebelah dengan mulut terlopong. Dia sendiri tidak menyangka Qairul akan membalas mesej sebegitu.
"OMG!" pekik Zarryn mengejutkan semua pelajar yang berada berhampiran. Dia kalih pandangan ke arah Armel.
"Apa? Kenapa? Dia jawab apa?" soal Armel ingin tahu, tadi bukan main muka macam tertelan lemon masam mencuka tapi sekarang? Manis muka siap senyum lebar lagi.
"Qairul suka aku juga!" Kuat suara Zarryn ketika itu. Peduli apa dia dengan pelajar sekeliling, yang penting hatinya sekarang berbunga-bunga. Siapa tidak gembira bila crush pun minat kita kan?
Armel dah tutup muka. Sudahlah pelajar yang berhampiran memandang mereka dengan pandangan pelik dan hairan. Yalah, Zarryn terlompat-lompat macam kangaroo dekat situ.
"Zarryn dah la, orang tengok lah." Armel cuba menenangkan Zarryn sekarang. Namun tidak berhasil gadis itu siap berjalan gembira hadapannya.
"Qairul sukakan aku juga," kata Zarryn seraya memusing badan seolah menari. Dia betul-betul gembira sekarang. Semakin hairan pelajar lain melihat gelagat Zarryn. Mana tak pelik kalau tiba-tiba menari ballet dekat situ. Armel dah tutup muka dengan sebelah tangan. Sempat dia cakap dekat pelajar lain yang pandang mereka,
"Dia bukan kawan saya.."
Zarryn berjalan gembira tanpa menghiraukan pelajar lain, sehingga tubuhnya terlanggar seseorang. Zarryn apa lagi break pakai muka la jawapannya. tu la menari ballet lagi dekat laluan sekolah lagi. kan dah kena.
"Sorry-sorry," ujar Zarryn memohon maaf dengan senyuman masih mekar. dia mengosok dahi yang berlaga. Namun senyumannya mati apabila melihat raut wajah yang amat dia kenal.
Seorang gadis yang menggalas beg sekolah sebelah bahu. Raut wajah nampak mendung tiada semangat membuatkan Zarryn tertanya.
"Ayshalyn, kau baru datang sekolah?" tanya Zarryn seraya mengerling jam di tangan. Sudah pukul sepuluh pagi, nampak gaya Ayshalyn datang lewat ke sekolah. Dipandang raut wajah Ayshalyn yang tampak lesu tidak bermaya.
"Hm.." hanya itu saja jawapan Ayshalyn sambil menghadiahi senyuman kelat sebelum menapak masuk dalam kelas. Armel yang dibelakang juga memandang Ayshalyn seolah tidak percaya. Ayshalyn datang lewat ke sekolah?
_____________
"Okey class, sebelum saya keluar. Ini kertas ujian yang sudah saya semak," kertas yang bertimbun atas meja kemudian diedarkan oleh seorang pelajar.
"So far, some have improved and... some have dropped drastically," kata Madame Aminah dengan mendatar dan silih berganti memandang pelajar.
"For those that have improved, keep rising your performance. And for those yang menurun, sila beri perhatian lebih dan jangan putus asa. This is your final year students." pesan Madame Aminah lagi sebelum melangkah keluar kelas.
Kertas ujian yang tentera 50 markah diletakkan atas meja Ayshalyn. Sebelah tangan mengurut dahi. Sekali lagi Ayshalyn mendapat markah ujian rendah. Dia mula rasa serabut. Terus kertas itu disumbat dalam beg. Dia tidak mahu melihat kertas itu. Semakin kusut kepala dibuatnya.
Ayshalyn mengambil telefon berharap ada notifikasi daripada Hayden. Namun, tiada balasan daripada Hayden malah mesejnya pun tidak dibaca lelaki itu. Telefon diletakkan dalam poket baju sebelum menapak keluar dari kelas. Dia ada latihan fencing hari ini.
________________
Zarryn dan tiga lagi rakannya makan sekali satu meja kecuali Ayshalyn yang tiada kerana kesuntukan masa. Katanya mahu berlatih fencing disebabkan tempoh pertandingan semakin hampir. Sejak dua menjak, ini gadis itu sering mengisi masa dengan berlatih dan belajar di pustakaan. Dia seperti mengelak mahu bertemu dengan yang lain. Hayden pula sudah lama tidak masuk sekolah. Kenapa dengan dua orang ni?
"Armel awak tengok apa tu?" tanya Evans apabila dia perasan dari tadi Armel senyum sendiri sambil menatap telefon. Donut coklat atas meja langsung tidak disentuh. Apa yang membuatkan gadis itu begitu leka?
"Tengok ni.." Armel menunjukkan akaun laman sosial Marcus yang dipapar pada skrin telefon. Dahi Evans berkerut. Dia pandang Armel dengan muka geram.
"Kenapa pandang saya macam tu?" tanya Armel berasa hairan. Evans menjeling maut pada gadis sebelahnya. Amboi garangnya.
"Perlu ke stalk Marcus?" Tanya Evans separuh marah. Patutlah dari tadi tersenyum-senyum seorang diri. Tengok muka Marcus si kekasih tak berapa gelap rupanya. Dia perhatikan Armel tengah layan telefon. Semakin sebal Evans dibuatnya.
"Meh sini kejap phone tu," terus telefon gadis itu dirampas Evans. Dia periksa akaun laman sosial milik Marcus itu. Bukan main bergaya lelaki itu dalam gambar. Bergaya tak apa, ini siap tayang six pack, body dan sebagainya. Dia kerling ke arah Armel muka tahan marah.
"Daripada awak tengok gambar ni. Baik awak tengok gambar saya, yang awak sebar tu." kata Evans lagi dengan sebal. Boleh pula si Armel ni layan Marcus. dia hulurkan semula telefon pada Armel.
"Uih bagi.." ujar Armel mengangkat sebelah kening. Ada senyuman nakal bergayut di bibir. Setahunya hari itu bukan main Evans mengamuk tidak mahu sesiapa melihat gambarnya. Muka Evans berubah mendadak. Dia ketap bibir, menyesal pula tersasul cakap.
Evans menjarakkan dirinya antara Armel. Semakin rapat gadis itu cuba menghampiri. Dia pandang Armel dengan muka tak puas hati. Kenapa?
Gadis itu hanya menguntum senyuman manis. Dia letakkan telefon atas meja, ditarik lengan baju Evans supaya datang kemari.
"Sayang cemburu ke?" tanya Armel, suaranya seakan membisik.
Pur!
Sayang? Automatik Adam yang tengah hirup air tu tersebur. Geli anak tekak dengar perkataan tu. Zarryn dah pandang muka semacam.
Evans memaling muka apabila dipanggil sebegitu. Dia merenung sepasang mata gadis itu. Armel membalas renungan dengan wajah tenang. Senyuman manis masih mekar dibibir.
Adam yang menyaksikan itu sudah nak termuntah. Zarryn pula cuba mengalih pandangan. Dia pura-pura belek telefon.
"Awak malu eh?" sekali soalan ditanya Armel menyedari cuping lelaki itu sudah kemerahan. Evans menelan air liur rasa tidak percaya. Gadis itu memanggilnya sayang sebentar tadi. Entah mengapa rasa malu seakan menerpa diri. Dia segan. Lagi-lagi sepasang mata gadis itu asyik merenungnya.
Baru sahaja Evans ingin menjawab, bunyi detingan daripada telefon. Evans mengalih pandangan pada skrin telefon. Armel turut memandang arah sama.
Marcus Miller
Okey sweetheart ❤️
Riak wajah Evans berubah mendadak menjadi tegang dan marah, bibirnya diketap geram. Armel sudah terkejut dia sendiri tidak menyangka dapat mesej sebegitu dari Marcus. Dipandang muka Evans yang garang itu.
"Evans, let me explain first." kata Armel sedikit tergagap-gagap. Kalut dia ingin menjelaskan perkara sebenar. Tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada Armel terus dia bangun dan melangkah pergi. Armel sudah cuak, laju dia ekori Evans.
"Padan muka," kata Adam. Dia menoleh apabila telinganya disapa akan gelak tawa kecil. Dia melihat Zarryn sedang ketawa kecil sambil sebelah tangan menutup mulut. Matanya tertacap pada telefon.
Satu senyuman terukir di bibir Adam. Gadis disebelahnya nampak manis ketika itu. Smile Zarryn, you look beautiful. Detik Adam memerhati gelagat Zarryn. Walaupun dia tidak tahu gadis itu sedang membalas mesej dengan Qairul.
______________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro