Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 47 (COMEBACK)

Same date❤️
________________

Hujan renyai-renyai membasahi muka bumi. Seorang lelaki dengan kepala dilindungi hoodie sambil memikul beg di bahu. Dia menapak menyusuri lorong sunyi belakang bangunan yang berderetan.

Beberapa tompokan cat putih yang mula menggelupas di dinding bangunan. Bau busuk daripada sampah sarap yang berselerak di atas jalan menjadi santapan hidung.

"Woof! Woof!" Dua ekor anjing mula menyalak dan melolong apabila saat lelaki itu mahu membuka sebuah pintu. Seorang lelaki bertubuh sasa dengan gaya rambut Mohawk diwarna oren menolak pintu besi yang sedikit berkarat. Mengizinkan lelaki berhoodie itu masuk.

Kaki diatur memasuki dalam bangunan. Bunyi teriak ingin melepaskan geram mengisi ruang itu. Lelaki itu mengalih tumpuan pada boxing ring. Dua orang wanita sedang bertinju dalam gelanggang. Satu tumbukan kencang singgah ke muka. Tidak lama itu salah seorang wanita itu rebah, tak bermaya mahu bangkit. Terpaksalah beberapa orang menolongnya supaya berdiri.

"Baru muncul?"

Kedengaran satu suara sinis menegurnya. Lelaki itu memusing badan memandang seorang lelaki berkumis sambil menghembuskan asap rokok. Muka lelaki berkumis itu mempunyai parut di muka dengan sebelah kening dicukur sikit.

Tiada jawapan, hanya hoodie yang melindungi kepala diturunkan. Iris mata kelabu merenung tajam arah lelaki berkumis itu. Senyuman sinis tersunggih di bibir lelaki hadapanya. Dua jari yang mengepit putung rokok kemudian diangkat menghala arah mulut. Dia menghisap rokok sambil membalas renungan.

______________

Ayshalyn menatap telefon pintarnya berharap ada notifikasi dari Hayden muncul. Bunyi gelak tawa daripada beberapa pelajar perempuan yang masuk dalam kelas. Telefon diletakkan atas meja, dia mengalih pandangan merenung angka 40 dalam bulatan merah pada kertas ujian.

"Ayshalyn, kamu sakit ke?"

Pertanyaan Miss Saline bermain dalam kepala. Ayshalyn memejam mata sambil sebelah tangan mengurut dahi. Kejadian yang berlaku pagi tadi dalam bilik guru diimbas kembali.

____________________________________

"Kenapa Miss Saline?" tanya Ayshalyn pada guru kelasnya. Wanita hadapannya nampak serius mampu membuatkan sesiapa berasa gerun. Dari tadi Ayshalyn hanya bermain jari jemari tidak mahu bertentang mata dengan gurunya itu. Dia menunduk kepala.

"Saya dapat laporan dari coach kamu, yang kamu kurang beri tumpuan semasa latihan. Dan yang paling saya tidak sangka ialah markah ujian kamu yang saya jalankan dua hari lepas turun mendadak Ayshalyn! Why Ashalyn? What is wrong with you dear? Apa yang saya boleh cakap, you really look different now, Ayshalyn." Panjang lebar Miss Saline menjelaskan pada Ashalyn. Pelajarnya itu seakan berubah menjadi orang lain. Tidak seperti dahulu yang aktif, cekap dan bijak.

Ayshalyn menjadi gugup tidak berani menjawab. Semakin tertunduk kepalanya tidak mahu memandang wajah Miss Saline. Dia dengar gurunya menghela nafas panjang.

"Ayshalyn, kamu sakit ke?"

Ashalyn mengangkat muka menatap wajah Miss saline. Bibirnya nampak pucat, wajahnya seakan tidak bermaya. Dari segi riak wajah, Ayshalyn sekarang mempunyai masalah.

"Miss Saline,"

Akhirnya Ayshalyn yang diam membisu itu bersuara. Wanita dalam lingkungan 30-an itu memandangnya dengan riak wajah tertanya. Ayshalyn kembali diam membisu. Dari reaksi muka yang sugul, gadis itu benar-benar tersepit dalam masalah.

"Boleh saya keluar asrama, miss?"

__________________________

Ayshalyn menghembus nafas berat apabila teringat kejadian itu. Dia membuka kembali kelopak mata melihat markah yang diperoleh hari ini membuatkan nafas berat sekali lagi terhela.

"Weh, kau dapat markah tinggi ke ujian kali ni?"

"Syukur Alhamduliah dapat 80. Rangking aku pun naik!"

Ayshalyn terdengar perbualan antara pelajar sekelasnya.

"Aku ingatkan aku dapat markah paling rendah. Nasib baik tinggi juga." dengan nafas lega seorang pelajar perempuan mengurut dada. Dia berasa beruntung dapat markah melebihi target.

"Who get the lowest score then? Miss kan ada cakap yang some have dropped drastically. Aku ingatkan kau,"

Ayshalyn yang mendengar perbualan itu mula rasa serabut. Terus kertas ujian atas meja itu digumpal dan dia bangkit dari tempat duduk. Bunyi daripada kerusi ditolak kebelakang membuatkan sekumpulan pelajar yang ralit berbual itu berhenti berbicara.

Dengan kertas yang digumpal itu dalam genggaman tangan. Mata Ayshalyn melingas arah dua pelajar itu sebelum dia menapak keluar dari kelas.

"Dah kenapa pandang kita macam tu?"

"Entah jealous la tu, maklum la ranking kita kan naik.."

Sempat telinganya menangkap bicara kosong dan gelak tawa daripada pelajar tersebut. Laju kaki diatur keluar dari kelas.

Dihadapan pintu, dia bertembung dengan Armel dan Zarryn sedang membimbit plastik.

Baru sahaja Ayshalyn ingin mengelak, Zarryn terlebih dahulu menyekatnya.

"Kau nak pergi mana? Kita orang rushing nak bagi roti kau pesan ni," ujar Zarryn. Armel disebelah memandang dengan riak wajah hairan.

"Letak atas meja," itu sahaja balasan dingin dari Ayshalyn sebelum mengatur langkah pergi. Zarryn dah berkerut dahi manakala Armel tayang muka bingung. Dah kenapa dengan Ayshalyn?

_________________

Beberapa bunyi notifikasi menandakan mesej masuk. Mata tertancap pada mesej sambil senyuman melirik di bibir.

Eh pompuan, kenapa gatal sangat kacau bf I ah? - Unknown number

Dah la tak cantik, nak dibandingkan you dengan I. lawa I lagi lah! - Unknown number

Armel tersenyum sendiri apabila membaca mesej daripada orang yang tidak dikenali. Sejak dia semakin rapat dengan Evans, semakin banyak mesej diterima daripada orang yang tidak dikenali seakan memberi ugutan.

I memang lawa kan? *send photo

Armel menghantar gambar sewaktu dia masih kecil. Tidak lama itu mesej masuk menyebabkan Armel ketawa kecil.

Gambar google - Unknown number

Hanya itu sahaja mesej dibalas. Boleh dia cakap gambar bayi Armel itu dari google. Laju jari jemari menyentuh permukaan skrin ingin menaip sesuatu.

Jealous la tu, I lawa sejak baby lagi. - Armel

Armel mendapat tiga lagi mesej daripada orang itu.

Setakat gambar google I pun boleh cari. - Unknown number

You dah la hitam, muka tak cantik - Unknown number

Ada hati nak kacau bf I - Unknown number

Armel mengemam mulut tahan senyum. Entah mengapa dia rasa lawak. Hitam dia cakap aku? Ada kecacatan penglihatan mungkin. Claim Evans Uzair sebagai teman lelaki lagi. Wow, advance.

"Senyum-senyum tu, chat dengan Evans ke? Tadi bukan main menangis," tegur Zarryn disebelah apabila perasan dari tadi Armel tersenyum sendiri. Rasanya tadi Armel menangis seperti budak kecil, siap tak nak lepaskan pelukan dengan Ayshalyn. Dia tidak mahu Ashalyn keluar dari asrama. Lagi-lagi mereka sekarang sudah di semester akhir sebelum mereka semua graduate.

Armel memaling muka ke arah Zarryn dengan senyuman masih mekar.

"Tak lah, chat dengan peminat," jawab Armel dengan selamba.

"Peminat?" tanya Zarryn ingin kepastian. Kedua belah kening hampir bertaut. Armel mengangguk. dia tengok Zarryn yang sudah berkerut dahi. Kenapa, pelik ke? Armel kut. Mestilah ada peminat. Lagipun tiada siapa tahu dia sudah berpunya kecuali Adam, Ayshalyn dan Zarryn. Hayden? Entahlah. Batang hidung pun tak nampak.

Pandangannya jatuh pada pengelangan tangan Zarryn.

"Cantiknya!" puji Armel dengan mulut ternganga. Siap membulat sedikit mata. Terpesona.

Zarryn disebelah sudah tersenyum, siapa tidak gembira apabila orang puji barang dari crush. Mesti Armel puji bracelet yang Qairul bagi semasa hari lahirnya hari tu.

"Mestilah, Qairul yang bagi kut." kata Zarryn dengan bangga. Tersenyum malu pula apabila Armel memuji.

"Qairul yang bagi jam ni?" tanya Armel menyebabkan senyuman Zarryn mati. Jam?

Lekas matanya memandang Armel yang sedang menilik jam yang terhias pada pengelangan tangan gadis itu. Cantik!

Zarryn pokerface. Dia lupa yang dia turut memakai jam pemberian Adam hari itu. Ingatkan puji gelang Qairul. Huh.

"Oh, jam tu jiran aku bagi." balas Zarryn perlahan.

Sedang Armel menilik jam tangan itu namanya dipanggil seseorang.

"Armel,"

Gadis itu mengangkat muka memandang empunya suara. Kelihatan dua jejaka di hadapannya. Adam berbaju T-shirt sekolah dan Evans yang menyeluk poket sebelah tangan. Senyuman manis mula mekar di bibir Armel apabila melihat jejaka disebelah Adam itu. Terus dia berlari-lari anak menuju ke arah Evans.

Zarryn disebelah Armel tadi hanya berdiri melihat. Alah, berkuch-kuch hota hai pula dengan Evans. Nasib tak ada bukit, kalau tak mahu bernari siap diorang tu. Armel bukan boleh kira sangat! Dikalih pandangan ke arah Adam yang turut berdiri melihat cerita hindustan live tu. Matanya tertancap pada pengelangan tangan kanan Adam. Lelaki itu turut memakai jam pemberiaannya.

Tanpa sedar, bibir mengukir senyum.

_______________

Ayshalyn tersedar daripada tidur, rupanya dia terlelap atas meja belajar sewaktu ulang kaji. Pelahan-lahan dia mengangkat kepala sambil mengeliat. Tubuhnya terasa tidak bermaya dan lesu, dia seakan hilang daya ketika itu.

Sudahlah hatinya rasa serba salah apabila nekad keluar asrama petang tadi. Berat sungguh hatinya mahu melangkah keluar dari pintu pagar asrama. Lagi-lagi matanya melihat muka kemerahan Armel yang menangis manakala Zarryn disebelah cuba memujuknya.

Telefon yang tersadai atas meja diambil, dia memeriksa mesej antaranya dengan Hayden. Lelaki itu masih belum membaca dan membalas mesejnya. Dia bangun dari tempat duduk, perlahan kaki diatur ke arah balkoni bilik.

Tangan yang memegang erat telefon dikerling sepintas lalu. Nombor Hayden didail, hatinya terdetik mahu menghubungi lelaki itu. Lama juga Ayshalyn mencuba nasib, namun panggilan tidak dijawab lelaki itu. Hampir beberapa minit Ayshalyn menelefon sehinggalah talian bersambung.

"Hello?"

Kedengaran suara yang amat dirindui hujung corong telefon. Mata Ayshalyn yang kelihatan redup sedikit terbuka. Mungkin terkejut akan respon Hayden. Lelaki itu menjawab panggilannya.

"Hello, sayang?"

Telinga Ayshalyn disapa lembut lagi dengan suara Hayden. Mata terpejam seketika. Rindu.

"Kenapa awak tak datang sekolah?" tanya Ayshalyn membuatkan Hayden terdiam seketika.

Senyap.

Hanya nafas berat dihembus sebelum lelaki itu menjawab.

"Saya..."

"Awak pergi mana Hayden?" perlahan suara Ayshalyn menanyakan soalan. Sekali lagi lelaki itu diam tidak membalas. Sungguh lelaki itu membuatkan hatinya bergelora resah. Dia seakan tersepit dalam masalah. Kemana lelaki itu menghilang?

Lama dia menunggu jawapan dari Hayden, namun tiada sebarang suara kedengaran. Ayshalyn menjadi sangsi, dia lihat skrin telefon. Hatinya mula bertandang dengan emosi. Perasaan sakit hati dan resah bercampur aduk.

Hayden Ziyad mute call

Ayshalyn memejam mata sebaik saja matanya menatap skrin telefon itu. Bibirnya nampak bergetar sebelum dia menghembus nafas berat. Dia cuba mengawal emosi.

Kenapa dia dapat rasakan, lelaki itu semakin berubah. Lain.

___________

Baru sahaja Hayden ingin meneruskan percakapan dengan Ayshalyn, namanya dipanggil. Terus Hayden menyentuh skrin pada simbol mute. Dia tidak mahu Ayshalyn mendengar perbualan antara dia dan coach.

Usai berapa minit Hayden tadah telinga mendengar nasihat, akhirnya jurulatihnya beredar dari situ. Hayden hanya melihat gerak geri jurulatih sebelum hilang dari pandangan. Terus telefon dilekapkan pada telinga.

"Hel.." percakapan Hayden sekali lagi terbantut apabila namanya sekali lagi diseru. Tidak jadi lelaki itu mahu bercakap dengan Ayshalyn. Ditoleh ke arah empunya suara. Kali ini seorang lelaki bertubuh sasa tanpa baju dan kain tuala disangkut pada leher memanggilnya. James, petinju yang pernah berentap dengan Hayden sewaktu pertandingan boxing lalu.

"Nak apa?" tanya Hayden tidak senang. Dia merenung tajam wajah James. Lelaki ini juga yang menegurnya sewaktu dia sampai. Senyuman sinis diukir James sebelum satu tumbukan melayang ke muka Hayden. Tepat pada sasaran, pipi kanan Hayden mengena. Telefon terlepas dalam genggaman.

"Apa masalah kau?!" bentak Hayden automatik dia menolak James rapat ke dinding. Lelaki yang memilik parut di wajah hanya tersenyum sinis.

"Kau fikir kau jaguh ke? Layak berentap dengan dragon!" tengking James berasa tidak puas hati. Kemain dengan bersungguh training mahu menyertai pertandingan Mixed Matrial Art 2020. Namun lain jadinya apabila Coach meminta Hayden masuk bertanding. This is not fair dude.

"Kalau nak kau fight, ambik aku tak kesah!" kata Hayden dengan marah. Semakin meleret senyuman James.

"Cakap memang senang!" tubuh Hayden ditolak kuat ke belakang. Terundur Hayden beberapa langkah ke belakang. Dia mencerlang tajam arah hayden sebelum dia melontar ayat.

"Kau kena ingat Hayden, MMA boleh bawak maut! Aku nak tengok kau hebat macam mana nanti." Ugut James melangkah pergi. Sempat dia menoleh arah Hayden sepintas lalu.

"Pergi mampus!" kata James membuatkan Hayden ingin menghayunkan tumbukan pada lelaki itu. Mujur Tiara yang baru sampai sempat menghalang perbuatannya. Jika tidak, mahu lebam lelaki itu ditumbuk Hayden.

James senyum sinis memandang Hayden dari bawah hingga atas. Dia nampak Hayden sudah mengepal erat jari jemari mahu menumbuknya.

"Sengai, dalam sangkar. Aku harap kau tumbang." katanya kemudian beredar dari situ. Hayden hanya membalas renungan tajam. Dia memandang kelibat James sehingga hilang dari pandangan.

"What is going on Hayden? Korang gila ke apa?" tanya Tiara inginkan jawapan dari Hayden. Siapa tidak terkejut, apabila melihat pergaduhan antara ahli MMA sendiri. Mahu bercorak lebam muka masing-masing.

Hayden diam tidak menjawab. Dia tunduk mahu mengambil telefon yang tercampak atas lantai. Mukanya berubah pucat menyebabkan Tiara tertanya.

"Hayden are you alright?" prihatin Tiara menanyakan keadaan Hayden sekarang. Takkan lah Hayden berasa tergugat dengan ugutan James tadi.

"Hayden?" Tiara mula risau. Lelaki itu masih diam membisu. wajahnya seolah ketakutan sekarang.

Mata Lelaki itu sedikit terbuka luas, dia mengambil telefon dimana skrinnya sudah retak pecah. Namun itu bukan apa yang dia takuti. Tapi apabila dia sedar talian antara Ayshalyn dan dia masih bersambung. Adakah gadis itu mendengar segala pergaduhan tadi?

_______________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro