Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 45 (FEELING)

Same date❤️
_________________

Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Evans keluar dari kereta. Dari tadi dia memekakkan telinga menahan bebelan Armel. Gadis itu turut keluar membuntuti Evans.

"Evans, aku taknak tidur sini. Segan la. Lagipun aku tak bawak baju.. " bangkang Armel. Dia segan mahu menginap di rumah lelaki itu.

Evans menunduk sedikit kepala supaya rapat dengan Armel.

"Adik perempuan aku kan ada," balasnya sambil melambung-lambung anak kunci kereta atas tapak tangan.

Ini yang malas ni, tapi adik si Evans ni zat terlebih macam abang dia. Tinggi macam galah, mana muat baju dia dengan Armel. Nanti ada baju meleret atas lantai dengan lengan baju terlebih panjang.

"Adik kau tu dahlah galah. Aku ni tebu, pendek.." kata Armel merendahkan diri sendiri.

"Lain kali bergayut la. Tinggi sikit, makan benda seimbang. Ni makan benda tak berkhasiat. Itu yang pendek tak tinggi-tinggi." bebel Evans. Sempat sindir.

Armel menyepet mata dengan muka geram. Ada juga nanti naik penampar dekat muka kang!

"Tak payah kutuk aku la, bak balik kunci kereta tu. Aku nak balik sekarang!" serentak itu Armel mahu merebut kunci kereta dalam tangan Evans. Lelaki itu mengangkat tangan dengan tinggi. Ambik kau, kan dah terserlah smurf Armel tu. Tak pasal-pasal dia buat scene rabbit dekat situ. Terloncat-loncat nak capai kunci kereta.

Bunyi pintu dikuak dari dalam, serentak itu Armel yang terlompat-lompat berhenti. Dia memandang seorang gadis. Tubuhnya tinggi lampai dan ramping tercegat hadapan pintu. Gadis itu memiliki warna rambut seperti Evans. Segaris kerutan di dahi gadis itu hairan melihat Armel.

"Thank you Rosie," ucap Evans pada adik perempuannya seraya melangkah masuk dalam rumah.

"As always, welcome." Balas Rosie dengan malas, sambil memeluk tubuh mengalih sedikit tubuh. Mimpi apa entah abang dia ajak Kak Armel datang rumah.

Armel hanya mampu memberikan senyuman mesra membuntuti Evans. Belum sempat Evans mahu naik ke atas, bajunya terasa ditarik. Siapa lagi kalau Armel dengan muka sebal.

Evans mengangkat sebelah kening. Kenapa?

"Aku segan la tidur rumah kau, lagipun aku bukan rapat sangat dengan Rosie.. " kata Armel serba salah. Evans menunduk sedikit badan supaya sama aras dengan Armel. Kedua-dua bahu gadis itu dipegang. Dia menatap wajah gadis itu dengan penuh kasih sayang.

"Don't worry, kau bukan tidur sebilik dengan dia pun.. and, parents aku tak pernah makan orang lagi setakat ni,"

Armel mengecil mata, nak mengusik ke?

"Evans, bak sini balik kunci kereta tu.. " baru saja Armel mahu merebut anak kunci, namanya dipanggil. Dia menoleh arah dapur. Kelihatan sebuah keluarga sedang bersantap. Patutlah tadi ada kereta lain di perkarangan rumah.

"Armel, mari makan dulu. Auntie ada masak banyak ni. Alang-alang dah lewat ni, tidur sini jela." kata mama Evans melirik senyuman sambil membawa pinggan lauk.

Armel menoleh arah Evans yang senyum smirk. See? Belum Evans minta izin, mama dah bagi green light awal-awal.

"Haah memang pun Armel tidur sini ma, dia kena tinggal dengan abang dia," Tanpa Armel minta, Evans yang menjawab sebagai wakil.

Armel mencerlang renungan tajam pada Evans. Bila masa aku bagitahu dia?

"Eh takpe la auntie, Armel nak balik dah ni. Hantar Evans balik je.. " dalih Armel tersengih. Matanya jatuh pada satu keluarga yang sedang menjamu selera. Mungkin itu saudara mara Evans. Namun dia tertarik pada seorang gadis turut berada di situ. Macam pernah nampak, lama juga Armel perhati. Gadis yang diperhati Armel cuba senyum mesra. Mungkin tidak selesa ditenung begitu.

"Eh apa pulak. Tidur jela sini. Tak ada orang kat rumah kan. Bahaya. Nanti pinjam baju Rosie je," kata mama Evans dengan senang hati. Armel dah tak tahu nak jawab apa. Hanya tersengih serba salah.

____________________

Sudah pukul 12 malam. Semua orang dalam rumah sudah lama diulit mimpi. Namun Evans masih di meja belajar. Dia masih menyiapkan assignment yang diberikan guru.

"I'm sorry, I'm sorry.. I didn't mean to hurt you,"

Ayat itu terus bermain di kepala membuatkan Evans hilang fokus. Dari tadi dia cuba mengusir namun tidak berhasil. Evans menggeleng kepala meneruskan kerja.

"But if you have that feeling on me, please forget it.. "

Evans berhenti menulis. Dia mengusutkan rambut seraya meraup muka. Dia dibelenggu dengan perasaan sendiri. Serabut.

"Kenapa kau buat aku macam ni Armel.." desisnya merintih. Sepertinya dia masih belum menerima kenyataan. Buku ditutup kemudian dia bangun seraya menggapai bathrobe dalam almari. Dia ingin segarkan diri. Sudah menjadi kebiasaan apabila dia serabut.

__________

Armel cuba memejam mata mahu tidur, banyak kali dia tukar posisi tidur. Sekali mengiring sekali terlentang. Macam-macam dia buat. Kaki mula menggelepar tanda protes membuatkan katil sedikit bergoncang. Dia tak boleh tidur!

Dia membuka kelopak mata, dia berasa malu bila teringat kejadian di pantai tadi. Armel dapat rasakan dia menangis teruk depan lelaki itu. Mana dia nak letak muka ni. Kenapa Armel kenapa?

"It's just a mistake. Aku tak sengaja nangis depan dia tadi. Dahlah dia peluk aku, lama pula tu. Arh!" Armel mengetap bibir, dia menampar lembut pipi beberapa kali. Kali ini dia betul-betul malu.

Armel turun dari katil, dia melangkah keluar dari bilik. Perlahan-lahan Armel menapak, ruang tamu dan dapur gelap. Hanya cahaya lampu luar rumah dan lampu kolam menerangi rumah itu.

Dia menolak penuh berhati-hati sliding door yang memisahkan ruang tamu dan kolam di luar. Bimbang menganggu orang sedang diulit mimpi dek bunyi pintu.

Armel melabuh punggung di atas lantai tebing kolam. Dia berteleku dengan tangan ditopang pada dagu sambil termenung. Peristiwa sewaktu dia meluahkan perasan masih segar dalam ingatan. Armel seakan digemuruhi perasaan serba salah dan kesal.

Entah mengapa hari ini dia merasakan iri hati akan Hanna. Timbul perasaan yang dia sendiri tidak dapat tafsir. Dia keliru dengan perasaan dia sendiri.

"Siapa ni sayang? Kawan ya? By the way I'm Evans. Her lover,"

Armel tersenyum sendiri mengingatkan kenangan di Langkawi itu. Siap bermasam muka lagi dengan Marcus bila mat saleh tu bersembang dengan Armel ketika di London.

Satu persatu memori dia bersama Evans diimbas kembali. Semakin meleret senyuman bila teringat akannya. Ya, dia sedar lelaki itu sentiasa risaukan dirinya. Terutama ketika dia hilang. Memang Evans paling cemas dan bimbang.

"Do you have a crush on Abang Evans?"

Senyuman mati dibibir, soalan yang ditanya Hanna tempoh hari membuatkan hatinya gusar. Riak wajahnya nampak kosong. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Dia seperti didera dengan perasaan sendiri.

"Aku suka kau,"

Ayat yang diungkap Evans. Sudahlah malam semasa mereka bermain jenga, lelaki itu membisik ungkapan sama di cuping telinganya. Bisikan dan bunyi deru nafas pelahan dari lelaki itu yang membuatkan jantung bergedup kencang. Dadanya berdebar, dia sedikit terkejut tidak menyangka ayat yang dibisik Evans. Namun dia cuba mengawal reaksi tidak mahu orang lain perasan.

"Aku pun suka kau Evans.." gumam Armel seorang diri. Dia tidak mampu menipu diri lagi. Dia menyayangi Evans dalam diam. Tanpa dia sendiri sedar, dia rasa cemburu apabila Evans cuba rapat dengan Hanna. Bukan sahaja dia rasa terpinggir, malah dia juga cemburu.

Tiba-tiba, bunyi air kolam terpecik. Mata Armel membulat memandang wajah Evans hanya berapa inci sahaja depannya. Kepala lelaki itu tiba-tiba timbul dari kolam. Lelaki itu sedang meraup rambut dan muka dengan mata terpejam. Pandangan Armel jatuh pada dada bidang Evans tanpa baju.

"Argh!!" tempik Armel dengan panik automatik kaki diangkat kemudian dihayunkan arah lelaki itu. Nice hit Armel. Head shot.

Dahi Evans betul-betul ditunjal kaki gadis itu.

Splash!

Evans kembali tenggelam dalam air kolam. Beberapa saat kemudian baru Armel sedar. Dia terajang kepala Evans?!

"Evans?" Armel memanggil nama Evans mengharapkan lelaki itu menyahut.

"Evans?!" sedikit kuat Armel memanggil. Kenapa tak timbul-timbul lagi ni? Dia pengsan dalam air ke?!

"Evans?" sekali lagi Armel menyeru. Dia mula risau.

Tidak lama itu kepala Evans timbul, lelaki itu sedikit tercungap-cungap dengan mulut ternganga. Dia memandang Armel dengan muka terkejut.

"Kau kenapa?!" bentak Evans dengan geram. Dia berenang naik ke tebing kolam.

_________________

Disebabkan tendangannya yang dah macam Ronaldo sepak bola ke dalam gol tadi mengena pada dahi Evans, timbullah benjol sikit pada dahi lelaki itu. Tidak terlalu ketara, tapi kalau orang tengok tu tahulah ada benjol.

Dan disebabkan tu jugaklah Evans terpaksa menadah muka dan telinganya. Buat apa tadah muka? Sebab Armel nak tuam dahi dia. Buat apa pula tadah telinga? Tadah untuk mendengar bebelan Armel yang dari tadi berbunyi.

"Kau ni.. cubalah jangan terkejutkan aku macam tu. Kan dah tak pasal-pasal mendapat. Lagi satu, yang kau mandi kolam tengah-tengah malam ni kenapa? Tak elok kan. Ish dia ni lah!" Armel masih lagi membebel. Ditekan-tekan kuat dahi Evans yang merah itu. Sebelah lagi tangannya memegang lembut kepala lelaki itu.

Evans diam tidak menjawab. Dia sebenarnya agak tak selesa dan segan. Mana taknya, kedudukan mereka berdua sangat rapat. Armel bagai memeluknya dengan keadaan gadis itu menghadapnya yang bersandar pada sofa.

Mukanya dan Armel begitu rapat, hanya berapa inci saja jarak antara mereka. Dia pun sekarang hanya memakai bathrobe dan seluar pendek sahaja. Tangan sengaja disilang pada tubuh, dadanya agak terdedah.

Jantungnya dari tadi berdegup kencang. Dia lihat Armel yang dekat dengan dirinya. Gadis itu ralit menuam pada dahi, wajahnya nampak risau. Hati Evans seakan tersentuh, dia dapat rasakan gadis itu sememangnya merisaukan dirinya.

Ditilik segenap inci wajah Armel yang fokus pada dahinya. Kening, mata, hidung, mulut. Sempurna. Cantik. Armel tampak matang dan cantik pada matanya sekarang.

Tanpa disedari, dua susuk sedang mengintai mereka berdua di balik tangga. Terjenguk-jenguk dari tadi. Susuk itu adalah mama Evans dan Rosie.

"Tengok tu diorang. Mama rasa mama cepat dapat menantu," kata mama Evans teruja. Rosie tersenyum.

"Haahlah. Diorang nampak rapat sangat," sokong Rosie. Mereka sambung mengendap gelagat Armel dan Evans.

Sementara di sofa, dua orang itu masih dalam kedudukan yang sama. Yelah, nak tuam tu at least 15 minutes. Ni baru kurang 10 minit. Armel masih menekan-nekan dahi Evans.

Evans yang merasakan jantung berdegup semakin kencang, dikalihkan kepalanya dari pegangan Armel. Dia tidak mampu bertembung mata dengan gadis itu. Mahu pecah jantung aku ni. Haish. Dia pula terlebih malu sekarang.

Armel yang perasan Evans mengalihkan kepalanya itu, terus mengheret kembali leher Evans supaya dekat dengan dia. Disebabkan Evans yang agak mengeras, dia mengheret sedaya upaya. Sehingga tangannya jatuh pada dada Evans. Omg! Did I just touched his gorgeous chest? Oh my!

Evans terkejut bila tangan Armel jatuh pada dadanya. Hanya sekejap sebelum Armel mengangkat tanganya dan kembali menuam. Evans berdehem sekali dua, sedaya upaya mengawal reaksi muka.

Kali ini Evans redha. Ditadah mukanya sekali lagi pada Armel. Tapi kali ini juga, matanya tidak memandang muka Armel. Tak sanggup. Dia dapat rasakan gebaran di dada kembali.

Tapi bila memikirkan yang Armel menolak cintanya, hatinya kembali sakit. Dia mengeluh, teringat akan itu.

Kalaulah perasaan kau sama macam perasaan aku..

Evans terasa tangan Armel berhenti dari menuam dahinya. Eh dah siap ke? Matanya melihat Armel. Armel sedang memandang wajahnya tepat. Matanya direnung dalam. Membuatkan jantung kembali berdegup kencang.

"Sebenarnya.. perasaan aku pun sama macam kau.." perlahan Armel berkata. Suaranya kedengaran matang. Berkerut dahi Evans tidak dapat apa yang cuba disampaikan Armel. Sesaat kemudian, mukanya terkejut. Dia dengar ke apa aku cakap tadi? Aku rasa aku cakap dalam hati je. Ke aku tercakap?!

"What do you mean Armel?" tanya Evans serius. Inginkan kepastian.

"My feeling towards you.. I mean, the feeling is mutual.. I like you. More than a friend would be.. Or maybe should I just say, I love you.." Armel berkata tanpa memandang Evans. Malu! Sekarang pun boleh rasa betapa panas dan merahnya muka dia. Wait, did I just confessed to him? Man!

Meluas mata Evans mendengar luahan Armel. Ditarik bahu Armel supaya menghadapnya. Dia tersalah dengar ke?

"Are you deadly serious Armel Darnisya? You are just joking around, aren't you?" tanya Evans lagi dengan serius. Direnungnya Armel dalam-dalam. Mencari kejujuran di balik mata itu.

"I'm not joking.. and I'm deadly, extremely serious." Armel menjawab dengan matanya dikalihkan ke lain. Rasa malu mula menyelinap di dalam hati. Dia tidak berani memandang muka lelaki itu ketika itu. Did I cross the line now?

Dari hujung mata, dia lihat Evans seakan senyum manis. Wajah tidak percaya. Armel juga turut mengukir senyum dengan muka merah. Argh!

___________________

Ketika masuk ke dalam bilik, terus Armel mencapai telefonnya dan membuat video call dengan 2 ketul gadis itu. Setelah beberapa ketika, panggilan video tersebut bersambung dengan kedua-dua rakannya.

"Korang korang!!!" Armel mula terjerit. Tapi perlahanlah. Kat rumah orang kan. Malam lagi tu.

"Armel, kenapa kau bervideo call malam-malam ni?" tanya Ayshalyn.

"Ha. Aku baru je nak tidur. Eh kejap, kau dekat mana tu Armel? Kenapa bilik lain je tu?" tanya Zarryn kehairanan. Melihat dekorasi dan dinding bilik tu, memang tu bukan bilik Armel.

"Aku tidur dengan Evans," jawab Armel.

"Hah?! Kau tidur dengan Evans, Armel?! Astaghfirullahahazim!" jerit kedua-duanya serentak.

"Eh tak! Maksud aku, aku tidur dekat rumah Evans. Bukan aku tidur sekali dengan dia!" jawab Armel kalut.

"Hah! Nasib baik. Kalau tak dah lama aku azan kat telinga. Kenapa kau call ni?" tanya Zarryn sekali lagi.

"Aku nak bagitahu korang something sebenarnya.." Armel teragak-agak berkata.

"Apa?" tanya Ayshalyn. Pelik tengok si hyper ni slow sikit malam ni. Selalunya bukan main hyper dan happy bercakap.

"Aku.. sebenarnya... sebenarnya aku... aku dah declared dengan Evans.." kata Armel tergagap. Dua orang tu ternganga.

"Declared? Maksud kau.. kau dengan dia dah.. together ke?!" tanya Zarryn terkejut. Armel tersengih comel seraya mengangguk.

"What?!" kedua-dua rakannya menjerit.

_____________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro