Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 44 (SORRY)

1 2 / 0 6 / 2 0❤️

note; part armelevans dekat pantai tu belum habis ye💋
________________

"Sedapnya kek awak," puji Hayden merasa kek yang dibuat Ayshalyn sendiri.

"Mestilah. Tengok siapa yang buat," kata Ayshalyn seraya mencalit icing mengena hidung mancung lelaki itu.

"Hei! Nakal eh," Hayden rasa tercabar lalu membalas perbuatan sama ke muka Ayshalyn. Habis muka masing-masing comot dengan icing kek. Ayshalyn ketawa diikuti dengan gelakan Hayden. Muka semua macam kena penyet dengan kek.

"Okey-okey saya mengalah!" Ayshalyn mengalah. Dia larikan tangan supaya ada jarak antara mereka. Hayden juga berhenti. Sempat mereka ketawa kecil melihat muka yang comot itu.

Ayshalyn merenung wajah Hayden seketika sambil senyum. Kemudian dia menyeluk beg dan keluarkan sapu tangan.

"Kesian muka handsome tapi comot dengan icing," tanpa dipinta dia mengesat icing dengan sapu tangan yang baru dikeluarkan itu.

Hayden yang merasai pipinya dikesat terus menoleh. Anak matanya jatuh pada sapu tangan yang digunakan Ayshalyn sekarang.

"This my handkerchief isn't it?" tanya Hayden lalu menggapai tangan Ayshalyn yang sedang mengenggam sapu tangan itu. Memang betul pun, sapu tangan yang diberikan semasa pertama kali mereka bertemu.

"You still keep this?" tanya Hayden lagi.

"Yeah, I still keep it." jawab Ayshalyn sambil tersenyum. Pada mulanya dia ingin memulangkan semula sapu tangan, tapi disebabkan masa tidak mengizinkan. Itu yang sampai sekarang dia tidak memberikan sapu tangan itu pada Hayden. Salahkan masa konon, padahal dia sayang mahu pulangkan balik. Hoho.

Dia nampak Hayden sedang membelek sapu tangan, dahinya berkerut entah apa yang dicari lelaki itu.

"What are you looking for?"

"This," Hayden menunjuk satu huruf di hujung sapu tangan. Huruf 'T'. Selama ini Ayshalyn tak perasan pun. Ya lah, sebab dia tak guna pun.

"Why T?" tanya Ayshalyn lagi.

"T ni merujuk pada someone special in my life," jawab Hayden dengan segaris senyuman diukir pada bibir.

"Special? Than me?" tanya Ayshalyn ingin tahu. Lelaki itu tidak menjawab. Sekadar memberikan senyuman. Siapakah yang berjaya membuatkan Hayden menganggap orang itu lebih istimewa dari Ayshalyn sendiri.

Baru saja mulut Ayshalyn ingin menanyakan gelaran istimewa itu, satu sergahan mengejutkan mereka.

"Hayden!"

Ayshalyn dan Hayden berpaling serentak ke arah pemanggil. Seorang gadis menapak masuk dalam keadaan tergesa-gesa. Dari segi raut wajah yang cemas itu, Ayshalyn dapat mengecam muka gadis itu.

"Tiara, kenapa kau nampak cemas semacam ni?" tiba-tiba Hayden bangkit merapati Tiara yang tampak cemas itu.

"We need to talk," kata Tiara lagi. Semakin bingung Hayden. Nampak macam emergency benar.

"Okey, kita duduk dulu."

"No. Just two of us," tangan Hayden disambar oleh Tiara dan dia mahu menarik lelaki itu keluar. Belum sempat Tiara berbuat demikian, terlebih dahulu Hayden menepis.

"Sayang, please excuse me for 10 minutes. I'll back," ujar Hayden seraya senyum. Ayshalyn hanya mengangguk dan memberikan senyum. Dia nampak tangan Hayden ditarik Tiara tika meninggalkannya.

_____________

Evans, Hanna dan Armel bersiar-siar di persisiran pantai. Cuaca yang cerah sesuai untuk mereka bersiar dengan udara segar datang menerpa. Pantai Bagan Lalang yang terkenal dengan resort bercorak kelapa sawit itu dikunjungi oleh ramai pelancong asing yang datang.

"Abang Evans, lawa kan laut ni." ujar Hanna dengan gembira. Evans berjalan disebelah mengiakan sahaja. Elok je pasangan itu berjalan seiring. Armel? Dia di belakang dengan wajah yang agak mendung. Perkara yang ingin dibincingkan dengan Evans itu tidak dapat diluahkan lagi gara-gara kehadiran Hanna.

"Haah, lawa." Armel mencelah. Dia merempuh badan Hanna ketepi. Armel menyelit antara Evans dengan Hanna. Hoho.

Telinga Armel disapa dengan suara keriangan kanak-kanak yang gembira mandi dalam laut. Armel apa lagi, berlari siap terlompat-lompat dalam air. Baik dia gembirakan hati sendiri. Penat dengan perasaan sendiri.

Hanna pandang serba salah, mungkin segan akan perangai Armel. Evans yang dah lali dengan perangai Armel tu, biarkan saja gadis itu. Dia kelihatan bahagia waktu itu sehinggalah sesuatu tidak dijangka berlaku.

"Kenapa korang tak datang awal-awal?" rintih Armel akan telefonnya selamat tenggelam dalam air laut. Dia berasa malang hari ini, sudahlah dia rasa terpinggir hari ini. Telefonnya pula terendam dalam air. Nasib dia cepat menangkap telefon itu. Banyak kali dia cuba hidupkan telefon namun tidak berhasil. Telefon dan jatuh dalam air, memang rosak la. Haih, apalah nasib..

Mereka sambung berjalan sampailah Hanna melihat basikal tersusun rapi. Dia merayu memujuk Evans supaya menemaninya menunggang basikal. Evans hanya menurut sahaja. Armel juga naik dan kayuh mengekori mereka.

Armel mengayuh basikal di belakang. Dia langsung tidak bersemangat tika itu. Biarkan sahaja Evans dengan Hanna mengayuh bersama. Moodnya dah lari ke kutub utara. Dah beku.

Kayuhan Armel berhenti apabila dia dapat rasakan kayuhan tersekat. Armel berhenti mengayuh, dia turunkan tongkat basikal kemudian dia duduk bercangkung memeriksa rantai. Ini paling tak suka. Naik je basikal mesti rantai tercabut. Apa kes hah?!

Armel menoleh ingin mencari Evans. Dia nampak Evans dengan Hanna sudah jauh ke depan mengayuh basikal. Armel mengeluh.

___________

"Hey, what's wrong?" tanya Hayden. Tangannya dilepaskan Tiara. Mereka sekarang berada di luar rumah.

"Jaden.." sebut Tiara membuatkan mata Hayden sedikit terbuntang. Siapa tidak kenal dengan jaguh MMA atau merupakan pesaing sengit bagi Hayden.

Yes, he is a MMA fighter as well.

Sebut saja nama Jaden atau nama samarannya dragon, kecut perut yang lain. Tidak mahu berlawan sebab sekali fight, tumpas terus pihak lawan. Boleh terbaring atas katil hospital jawabnya.

"Coach nak kau join competition kali ni. Fight him." ambik kau, semakin membulat mata Hayden tidak percaya. Dia bukan apa, tapi situasi sekarang tidak mengizinkan. Lagi-lagi dengan neneknya.

"Aku tak boleh.."

"Tak boleh apa?!" lantang suara Tiara dengan muka serabut.

"Kau cakap kau nak berehat sekejap bukan berhenti, lepas tu dapat tahu tukar sekolah. Sekarang ni bila coach panggil kau berentap, kau boleh jawab tak boleh. How could you.. " Tiara menyepet mata berasa kesal dengan sikap Hayden.

"Tak.. tapi keadaan sekarang tak sesuai. At least bagi la aku habis sekolah dulu," pinta Hayden.

Ayshalyn yang dalam rumah mula memandang pelik. Kenapa Hayden dengan Tiara seolah bertengkar?

"Habis tu nak bagi kitaorang serabut cari pengganti. Kau pun tahu budak lain semua pengecut. Tarik diri tak nak join. Kau punya senang-senang tolak. Come on Hayden, lagipun tempat fight dekat sini. Bukan Johor." marah Tiara membuatkan Hayden serba salah.

"Aku.." Hayden mati kata. Dia menunduk kepala seraya menoleh sepintas lalu ke arah Ayshalyn. Dia seakan tersepit untuk membuat pilihan sekarang. Argh!

______________

Armel menuntun basikal menuju ke arah tempat dia ambil basikal itu. Sedang dia membawa basikal untuk diletak pada tempat asal, matanya tertancap pada pasangan yang sedang bergurau senda. Siap makan aiskrim lagi kau tahu. Siapa lagi kalau bukan Evans dengan Hanna.

Basikal yang mahu diletak elok terus dihempas kuat oleh Armel. Basikal jatuh tersadai dibiarkan begitu. Armel menapak mengikut gerak hati, membawa diri yang pedih. Dia betul-betul terkilan dengan sikap mereka, lagi-lagi dengan Evans yang berubah mendadak.

"Mana Armel ni?" tanya Evans. Sejak tadi dia menunggu kepulangan Armel. Maklumlah, Armel kan suka kayuh basikal, itu dia biarkan sahaja dulu. Lama tunggu gadis tu, siap makan aiskrim bosan menunggu. Hanna pun beli sekali.

"Entahla Abang Evans," balas Hanna.

Sesekali Evans menoleh mengharapkan dia nampak kelibat Armel muncul. Ke mana pula perginya Armel ni?

__________

Evans mengerling jam tangan. Hampir 2 jam mereka menunggu. Bimbang pula dibuatnya. Sudahlah hari semakin gelap, si Armel pula tak muncul lagi. Nak call, telefon gadis itu rosak kes masuk air.

"Abang, jom balik." ajak Hanna yang sedang berkemas. Dia bangun dari tempat duduk manakala Evans masih tidak berginjak.

"Abang Evans, jom la. Dah lewat ni, nanti mama Hanna marah." sekali lagi Hanna mengajak Evans dengan lengan ditarik-tarik menggesa Evans untuk pulang sekali.

Lelaki itu diam tidak menjawab, raut wajahnya tidak dapat ditasfir Hanna.

"Abang.. jom la." Hanna yang berasa sebal, dah kenapa macam batu tak nak balik ke?

"No, you go back first. I want to find Armel," kata Evans lalu bingkas bangun. Baru sahaja dia menapak, lengan baju direntap kuat. Evans menoleh ke arah Hanna kemudian anak matanya jatuh pada lengannya digenggam erat oleh Hanna.

"What are you doing?" tanya Evans dengan sebal. Orang tengah panik dia boleh rentap tangan pula. Dia memandang Hanna dimana kepalanya sedikit tertunduk.

"Kenapa abang perlu cemas bila Kak Armel hilang? Dia ada kaki, boleh balik sendiri. Lagipun dia ada kereta untuk balik. Just leave her alone," semakin kuat cengkaman Hanna. Mata Evans menjeling tajam bila Hanna berkata begitu.

"Don't you ever say that. Nak tunggu dia hilang dulu ke? Lagipun dah nak malam ni. Bahaya." jelas Evans. Sadikit tinggi nadanya. Riak wajah cemas jelas terpancar. Dia menepis cengkaman tangan Hanna.

"Takut hilang ke sebab sayang?" Tanya Hanna, kepalanya masih menunduk menyembunyi wajah.

_________________

Sebuah kereta yang ditampal sticker grab meluncur laju, permandangan laut direnung. Kejadiaan yang berlaku tadi bermain di fikiran.

40 minit lalu..

"Takut hilang ke sebab sayang?" tanya Hanna, kepalanya masih tertunduk menyembunyi wajah.

Evans tampak sedikit tersentak, dia terdiam tidak mampu menjawab. Hanna dengar hembusan nafas berat dari lelaki itu.

"Hanna tolong faham, I don't have time to answer that question. I need to find Armel," jawab Evans seraya mengeluarkan telefon bimbit dalam poket. Tangannya lincah menyentuh permukaan telefon.

"WJK 8492," Kata Evans membuatkan Hanna tertanya.

"Hah?"

"Number plat kereta grab nanti. Hanna tunggu depan resort." Ujar Evans seraya memasukkan semula telefon dalam poket. Tanpa menunggu respon Hanna lagi dia berlari ke arah persisiran pantai mencari Armel.

"Abang..." ayat Hanna terhenti, tangan yang sedikit terangkat mahu menghalang lelaki itu kemudian diturunkan pelahan.

Evans sudah meninggalkan dia.

Jangan terlalu menyayangi pada seseorang,

Berapa titik air mata menitis atas lantai. Ya, Hanna menangis. Air mata yang dari tadi cuba disekat akhirnya tumpah.

Kerana kita belum tahu,

Hanna mengesat air mata yang tidak henti mengalir.

Sama ada orang itu menyayangi kita,

Serentak itu Hanna mengangkat kepala memandang kelibat Evans yang mula hilang dari pandangan mencari Armel.

"Aku terlalu mengharap ke?" detik Hanna.

Dia berhenti mengelamun. Dia kembali hiba mengingati kejadian berlaku tadi. Hatinya bagaikan digores, amat pedih. Hanna memejam mata membiarkan saja air mata turun. Bunyi esakan tangisan dari belakang kereta. Pemandu grab itu membetulkan cermin pandang belakang,dia melihat seorang gadis lara akan jiwa kacau.

_________________

"Armel?!" laung Evans. Sesekali dia tertoleh kiri dan kanan mencari Armel. Matahari sudah melabuhkan tirai membuatkan Evans semakin sukar mencari Armel. Nasib baik lampu tepi jalan yang tersedia menerangi malam.

"Armel!!" teriak Evans dengan lebih kuat lagi. Hatinya mula resah gelisah, ke mana Armel menghilang? Kaki tidak henti melangkah berusaha mencari. Dia kini berada di lorong penjalan kaki berdekatan pantai.

Dah macam orang gila dia menjerit nama Armel mengharapkan gadis itu menyahut. Dia memang yakin gadis itu belum pulang kerana kunci kereta ada dengannya.

Langkahnya terhenti seketika sebaik sahaja terpandang pada susuk tubuh kecil yang duduk di bangku. Dia nampak Armel yang sedang mengelamun menghadap laut. Laju kaki diatur menapak ke arah gadis itu.

Angin lembut meniup lembut rambut Armel. Wajahnya tampak sugul. Entah mengapa ayat yang dilontar tempoh hari pada Evans seakan meari-nari dalam kepala.

"Aku pun suka kau, tapi sebagai kawan.." ayat yang keluar dari mulut dirinya sendiri mula menyakiti hati sendiri. Dia berasa kesal, dia mula terbayang wajah mendung Evans tika itu. Lelaki itu betul-betul tampak kecewa, membuatkan dia lebih sakit.

Am I too cruel? Because I'm also hurting myself.

"If you have that feeling on me, please forget it.. " pantas Armel menekup muka, dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku. Cuma hatinya bagaikan retak. Dia dibelenggu dengan perasaan sendiri.

Am I too fool? Because I'm also fooling myself.

"Armel.. "

Armel mendongak kepala memandang pemanggil. Dia nampak Evans yang berdiri sebelahnya.

Entah mengapa air mata yang bergenang di kelopak mata itu, tumpah mengalir secara tiba-tiba bila lelaki itu muncul. Dia menangis di hadapan Evans.

"Armel, why are you crying?" cemas Evans menapak laju mendapati Armel. Dia tergamam melihat gadis itu menangis teresak-esak. Mencurah-curah air mata tumpah bagai air terjun. Dia tidak dapat menahan kesedihan.

Jangan sekali menipu perasaan mu sendiri..

"Armel.. what's wrong with you?" sekali lagi Evans bertanya. Dia merenung wajah Armel yang kemerahan menangis. Gadis itu memandangnya sambil menggeleng kepala. Lidahnya menjadi kelu, dia tidak mampu mengungkap sesuatu. Bebola matanya nampak merah membuatkan Evans menjadi bimbang.

Jangan sesekali menyesal..

"I'm sorry.." hanya itu sahaja keluar dari mulutnya, seraya menunduk kepala. Dia sedar, dia menangis teruk depan Evans. Bahunya terasa dirangkul, lelaki itu menarik bahu Armel ke dalam pangkuannya. Semakin lebat air mata.

Kerana suatu hari nanti kamu pasti menderita.

"I'm sorry, I'm sorry.. I didn't mean to hurt you.. " rintih Armel lagi. Wajah Evans ditatap seketika dengan air mata tidak henti-henti mengalir. Wajah Armel memang tampak sugul. Evans mengerutkan dahi. Maaf untuk apa ni?

Namun lama kelamaan, Evans seakan dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Armel.

Evans, lelaki itu sentiasa bersamanya..

"It's okey.."

Telinga Armel disapa lembut suara Evans mahu memujuk.

Sentiasa menghulurkan bahu untuk disandar..

Armel sedar, dia menghamburkan tangisan dalam pangkuan Evans. Entah mengapa hatinya yang bercampur aduk berasa tenang apabila mendengar suara lelaki itu.

Namun dikhianati dengan harapan palsu...

Armel memejam mata membiarkan sahaja air mata mengalir. Lama juga dia merintih kesedihan. Evans hanya merelakan sahaja. Hampir 20 minit dia biarkan Armel menangis dalam pangkuan.

"Armel.."

Armel mengangkat kepala, dia tenung raut wajah Evans dalam dalam. Lelaki itu mengukir senyuman manis.

"Jom balik dah maghrib ni.. Tak elok.. " ajak Evans melirikan senyuman.

"Nasib baik aku jumpa kau, kalau tak terpaksa aku report polis cakap adik aku hilang," ngomel Evans.

Armel mengetap bibir, dia menumbuk dada Evans. Sempat lagi lelaki itu memerli. Dia dengar Evans ketawa kecil. Armel jeling. Perlahan-lahan bibirnya turut mengukir senyuman.

_______________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro