Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 38 (BABY)

Same date❤️
________________

Sebuah kereta Porsche meluncur laju atas jalan raya London. Kenderaan itu dipandu oleh Evans manakala disebelahnya Armel. Hari ini mereka berdua sahaja kerana Armel meminta menemaninya berjumpa seseorang.

Adam dengan Zarryn tidak dapat turut serta kerana Zarryn mahu mengulang kaji bersama Adam manakala Hayden dan Ayshalyn katanya mempunyai hal sendiri.

Hari itu adalah hari minggu. Jadi, mereka tiada apa-apa aktiviti berkaitan dengan sekolah untuk dilakukan. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan mereka di bumi London. Tamatnya tempoh sebulan, berakhir juga tempoh mereka belajar di situ. How time flies..

Kenderaan itu meluncur laju hinggalah berhenti di destinasi. Evans dan Armel keluar dari perut kereta kemudian masuk ke sebuah bangunan yang megah tingginya. Entah milik siapa. Armel duduk di sofa di ruang menunggu. Evans katanya mahu membeli minuman. Kebetulan dalam bangunan itu ada cafe.

Armel tunduk sambil meneleku tapak tangan, bosan menunggu Evans kembali. Sesekali dia mengerling jam tangan kecil pada pergelangan tangan. Sudah 15 minit lelaki itu pergi ke cafe. Dia memanjang leher mana tahu dia nampak kelibat Evans yang datang kemari.

Tiba-tiba lehernya terasa dipaut kuat oleh seseorang dari belakang. Seperti menariknya ke dalam pelukan. Armel berpaling. Dia tersenyum melihat gerangan yang memeluk lehernya erat itu. Muncul pun!

***

"Thank you and please drop by again next time," ucap seorang cashier pada Evans seraya tersenyum. Evans hanya mengangguk dan membalas senyuman. Cawan kertas yang berisi Hot Americano diambil oleh Evans kemudian dia menyusun langkah menuju ke arah Armel.

Dia tahu dia tinggalkan Armel agak lama di situ. Bila dia sampai di ruang menunggu di mana Armel berada, kaki berhenti melangkah.

matanya tertancap pada tubuh seorang lelaki berkot hitam sedang tunduk hadapan Armel. Mereka kelihatan mesra bila lelaki itu memeluk Armel.

Cawan digenggam erat cengkaman jemari. Anak matanya melihat pipi Armel dicekup manja oleh lelaki itu. Perasaan marah dalam diri seakan-akan menggelegak tak tahu kenapa apabila melihat keadaan Armel begitu.

Laju dia melangkah, ikutkan hati mahu saja dia mencurah air dalam bekas minuman ini atas kepala lelaki itu.

"Makin kurus eh, mana pipi chubby dulu," kata lelaki itu kemudian dia menarik hidung Armel. Tangan Armel pula tergapai-gapai mahu menarik rambut lelaki itu, namun apakan daya. Diakan smurf. Mana sampai.

"Hei!" lelaki itu memaling muka apabila ditegur seseorang. Tanpa diduga pipinya dihadiahi tumbukan kencang dari Evans. Jatuh terduduk dibuatnya. Automatik matanya terbuntang terperajat. Entah mamat mana tiba-tiba tumbuk.

Armel juga terbeliak mata mulutnya sedikit ternganga akan reaksi Evans. Dia bersilih ganti memandang Evans dan lelaki itu. Sungguh Evans nampak termengah-megah menahan marah. Mukanya cukup ketat saat itu. Sudah!

"Abang, kenapa ni?" mereka menoleh arah seorang wanita yang sedang mendukung bayi. Wajah wanita itu kelihatan terkejut dan pucat melihat lelaki itu jatuh terduduk ke belakang. Evans memandang wanita itu sekilas lalu dan menarik kolar baju lelaki itu dengan kuat.

"Dah ada bini nak kacau perempuan lain buat apa!" Keadaan menjadi tegang seketika. Armel atas sofa mula panik bangun dan mendapatkan lelaki itu.

Evans menumbuk lelaki itu tanpa berfikir panjang. Lelaki itu mula hilang sabar dan membalas tumbukan mengena bibir Evans.

"Tak guna!" baru saja Evans ingin memberikan tumbukan, lengannya ditahan seseorang.

"Evans stop it!" jerit Armel cuba melindungi lelaki itu daripada ditumbuk. Evans tarik lengan Armel ke belakangnya.

"Lelaki miang ni memang kena ajar." kata Evans dengan geram, saat itu dia seperti hilang kawalan.

"Stop it! He's my brother!" tempik Armel dengan riak wajah mahu menangis. Evans tidak jadi mahu menumbuk. Dia nampak Armel berlari menolong abangnya. Jaket yang sedikit jatuh dari bahu dibetulkan. Dia tergamam sesaat. telinganya tak salah dengar kan?

Alamak!

_________

Evans dari tadi menunduk. Rasa bersalahnya masih berbaki walau sudah beberapa kali meminta maaf. Sumpah, ini perkara yang paling bodoh dan memalukan pernah dia lakukan. Damn Evans.. damn..

"Encik, sekali lagi saya minta maaf atas keterlanjuran saya yang sangat melampau dan biadap." Evans bersuara mengucapkan maaf entah ke berapa kali. Dia mengangkat wajah memandang lelaki yang dah jadi 'punching bag' dia tadi. Dia lihat lelaki itu mengukir senyum.

"Me too, I'm sorry for not telling Evans first before I promised to meet you here. My bad," kata Armel dengan wajah bersalah melihat muka abangnya lebam.

"Okay I will forgive you both.. but in one condition,"

"Apa encik?" tanya Evans.

"Me and my wife are extremely busy today. Could you guys please take a look of my lovely Amanda? Just for a day." pinta abang Armel. Evans dan Armel berpaling ke arah Amanda yang berusia 9 bulan yang di atas riba Kak Damia iaitu isteri abang Armel.

"As an apology, InshaaAllah I'll take care of her today." jawab Evans seraya tersenyum ke arah Amanda yang gebu tu.

"Good! Thank you so much Evans. And one more thing, stop calling me Encik. Just call me along," pesan Along Armel, dia lebih selesa jika dipanggil Along.

"I'm sorry again, I didn't expect this to happen. Anyway thank you for spending your time. I know you must be very busy with your work." nada Armel perlahan.

Dia tahu abangnya sibuk akan urusan kerja. Sejak dia berumah tangga dan mempunyai kerjaya sendiri. Along jarang pulang. Kebetulan kedua orang tua mereka di Los Angeles membuatkan mereka semakin sukar untuk berkumpul. Hanya angah dia saja yang menetap di Malaysia.

"It's okay.. Along pun rindu nak jumpa Mel.. " along menatap wajah Armel penuh kasih sayang. Senyuman manis dilontar pada adik bongsunya itu.

"But..."

"I just have one question," lelaki itu membetulkan duduk di atas kerusi. Evans memandang muka lelaki itu.

"Kenapa Evans tiba-tiba tumbuk along? You know, it's kinda weird that you suddenly got mad when you saw Armel's with me. You're keeping special feelings towards my sister aren't you?" tanya lelaki selamba anak badak kepada Evans sambil mengangkat kening. Evans terkelu, Armel terkedu. Evans memandang wajah Armel yang sedikit terkejut.

"Along please.. We're just friends. Nothing more nothing less," laju Armel menjawab bagi pihak Evans dengan senyuman kelat cuba menyembunyikan reaksi. Sempat dia mengerling ke arah Evans yang memandangnya.

Along tersenyum melihat kedua-duanya yang bagai tersentap dengan soalannya tadi.

______________

"Cak! My cutie.." Armel mengagah sebaik sahaja membuka pintu belakang kereta. Amanda tersengih menampakkan gigi yang baru tumbuh.

Mereka berjalan-jalan menikmati suasana. Evans menolak stoller kosong tanpa bayi, disebelahnya Armel cuba memujuk Amanda dari menangis sambil mendukung bayi itu. Mereka mengambil keputusan bawa Amanda bersiar-siar di taman dengan warga tempatan sibuk akan aktiviti sendiri.

Armel memandang Amanda yang baru berhenti menangis, muka bayi itu sedikit kemerahan penat menangis. Tengkuknya terasa diraba sesuatu, dia tunduk sedikit memandang rantai leher pemberian Evans cuba digapai Amanda. Ya, sampai kini dia masih memakai rantai leher itu. Entah mengapa rasa sayang pula untuk menanggalkan rantai itu.

"Cantik kan?" tanya Armel walaupun dia tahu Amanda tidak tahu apa-apa. Namun bayi itu tersengih riang membuatkan senyuman Armel meleret.

Evans tersenyum melihat dua beranak tu. Comel je dia tengok Armel melayan Amanda tu. Si Amanda pula pipi tu dah menggeleber dengan tembamnya. Naik geram Evans tengok pipi tembam Amanda. Muka dahlah comel lagi-lagi sedang ketawa riang.

"Meh sini kat Abang Evans," Evans menghulur tangan ke arah Amanda yang di dalam dukungan Armel. Amanda mendepakan tangan ingin pergi pada Evans. Dapat je Amanda, terus Evans gomol pipi tembam tu sampai menggeliat Amanda.

"Abang Evans? Eee perasan muda la. Mana boleh panggil abang." ngomel Armel pada Evans yang duk menggomol lagi si Amanda tu.

"Kenapa tak boleh pula? Habis nak panggil apa? Paksu?" tanya Evans sambil mengangkat kening.

"Eh mana boleh. Paksu khas untuk my husband je." bantah Armel tidak bersetuju dengan pendapat lelaki itu. Ewah senang je gelarkan diri dia paksu.

"Habis tu kahwin lah dengan aku." kata Evans dengan selamba membuatkan dia menjadi mangsa renungan Armel.

"Gila.." kata Armel mengecil mata ke arah Evans yang sedang mendukung Amanda. Marah ke malu entah. Dia rebut kembali bayi itu daripada Evans.

"You guys such a beautiful couple with a cute daughter! How lucky you guys. So adorable!"

Tiba-tiba seorang wanita yang agak berumur menegur mereka. Armel dan Evans berpandangan. Baru je Armel ingin menafikan, suara Evans terlebih dahulu keluar.

"Thank you. I'm also very grateful for having her as my wife," Evans mengerling ke arah Armel yang turut memandangnya.

"and our daughter," Pandangan beralih pada Amanda dalam dukungan Armel. Kemudian sekali lagi dia menoleh Armel yang tampak terkedu. Segaris senyuman manis menghiasi bibir lelaki itu.

"Look Amanda, there are swans!" Armel melarikan pandangan daripada Evans, dia menunjuk angsa yang sedang berenang dalam tasik.

"Yeah, I can see that you are happy from your eyes. And you lady, take care of your sweet husband and cute daughter. You're really lucky to have a lovely husband like him," kata wanita itu lagi kembali kepada Armel. Dia turut gembira melihat pasangan bahagia itu.

Armel menoleh ke arah wanita itu dengan senyum mesra. Tidak lama itu dia tunduk cuba meletakkan Amanda dalam stroller.

"Yeah, and I really love her.. " kata Evans dengan lembut sambil memandang gadis itu. Armel tersentak mendengar ayat yang diungkap lelaki itu. Kemain lagi mamat ni. Agak-agak lah nak karang dialog. Macam lah diorang laki bini betul!

"Penipu.." gumam Armel menunduk kepala menyembunyikan mukanya yang agak merah.

__________

"Lift baby's head slowly, and slip the back of the clothe around the neck gently.. " Mata Evans dan Armel tertancap pada skrin telefon sambil mendengar suara arahan daripada video memberikan tunjuk ajar.

Armel mengigit ibu jari serabut belajar cara-cara memakai baju style jumpsuit.

"Take the sleeve open wide as you can and pull your little baby hand.."

Armel mengerling Evans dari hujung mata. Lelaki itu sedang memegang tubuh kecil Amanda yang hanya berpampers supaya berdiri. Lengan bajunya disingsing paras siku kerana basah terkena percikan air.

Mereka mandikan budak kecil ni tadi sebab Amanda melabur. Banyak pulak tu. Nasib baik sempat sampai rumah Along. Kalau tersekat dalam jam, mahu kembang-kempis hidung dua pengasuh tidak bertauliah itu.

"Dah jom pakaikan baju amanda, aku takut demam budak ni." akhirnya Evans bersuara, dia mengalih pandangan pada Armel

Perlahan-lahan gadis itu mengangguk kepala. Along pun satu kenapa lah suka sangat beli baju jumpsuit ni. Diorang ni dah la pengasuh tak bertauliah manalah reti.

______________

Dari tadi telefon tersadai atas bucu meja ditenung. Anak matanya tidak terlepas daripada memandang telefon.

"Kenapa Armel tak call? Okey ke dia jaga Amanda tu.." risau Along, dia bukan tidak percayakan adik dia sendiri tapi dia kenal Armel. Adik kesayangan yang tak reti jaga diri. Ini kan pula dia serahkan Amanda pada Armel. Gelisah pula hatinya. Harapkan Evans jelah ada.

"Kalau aku call, nampak sangat aku tak percaya.. " Along cuba berfikir, dia sandarkan kepala atas kerusi.

"Takpelah, lagipun budak Evans tu ada boleh tolong." gumam Along sendiri cuba positif diri. Dia kembali tunduk menyambung kerja yang belum siap.

Pada masa yang sama di rumah kediaman Along, Evans dan Armel cemas berada di dapur. Usai memakai pakaian pada Amanda, tiba-tiba sahaja budak itu menangis teresak-esak.

Air suam dituangkan dalam cawan yang berisi susu, kalut Armel mengacau susu untuk Amanda. Manakala Evans pula cuba menenangkan bayi itu menangis tidak henti dari tadi.

"Evans cepat rasa." arah Armel secara mengejut. Evans menoleh dalam keadaan terpinga-pinga. Rasa apa? Dia nampak Armel hulurkan cawan berisi air susu.

"Cepat la rasa sikit, first time aku buat air susu ni. aku taknak Amanda tersedak minum susu ni nanti." jelas Armel wajahnya nampak cuak. Evans dengan pasrah merasa sedikit air itu kemudian dia memandang Armel.

"Dah okey, sedap." Evans mengangguk kepala.

"Thank god!" ucap Armel kalut mengisi air dalam botol susu Amanda. Evans sekadar melihatnya sambil mengeleng kepala. First time buat susu? Hadeh penat laki ko nanti Armel.

"Susu pun tak reti buat, letihlah laki kau nanti.. " kata Evans selamba.

"Eh cakap elok sikit, tadi baru cakap aku 'wife' kau. Kaulah yang penat tu.." balas Armel dengan muka cemburut. Evans yang menepuk-nepuk lembut badan Amanda mula menjeling arah Armel.

"Eh cepat la." desak Evans.

"Sabarlah husband.."

Armel menggongcang botol susu kemudian dia hulurkan pada Evans. Lelaki itu terus menyumbat punting susu dalam mulut Amanda yang di dalam dukungannya. Serta-merta bayi itu berhenti menangis. Armel mengela nafas lega sambil bercekak pinggang. Evans pula tersenyum senang melihat Amanda.

Masa berlalu dengan pantas, sedar tak sedar hampir separuh hari mereka menjadi pengasuh Amanda.

"Arh penatnya nak bagi budak tu tidur!" keluh Armel yang duduk sambil bersandar bucu dinding bilik Amanda. Wajahnya nampak keletihan tika itu dengan rambut disanggul malas.

"Armel tengok ni.."

Armel memanjang leher melihat Evans yang duduk membongkok sambil merenung Amanda dalam katil kecil bayi.

"Hurry up.." pinta Evans, Lambat-lambat Armel melangkah ke arah katil Amanda.

Segaris senyuman terukir manis sebalik wajah lelaki itu melihat Amanda lena diulit mimpi. Mittien sracth disarung pada kedua belah tangan dan pramsuit pada tubuh membuatkan bayi itu tampak lebih comel. Belum dengan pipi gebu sedikit kemerahan menarik perhatian.

Armel turut tersenyum, namun senyuman semakin lebar apabila melihat Evans dalam keadaan senang itu. Lelaki itu sepertinya menyayangi Amanda walaupun baru sehari berjumpa.

"Comel kan?" tanya Evans dengan senyuman meleret sambil mengangkat muka. Tanpa dia sedar Armel turut menatap wajahnya ketika itu. Mereka saling membalas senyuman.

_____________

Evans turun dari bilik mencari kelibat Armel. Gadis itu sudah turun sebelumnya lagi. Bunyi suara daripada tv menguatkan hatinya mengatakan Armel berada di ruang tamu.

Jangkaannya betul apabila melihat Armel sedang memeluk batal kecil sambil menonton televisyen. Dia duduk sebelah gadis itu.

"Dah puas tengok Amanda tidur?" usik Armel mengerling Evans. Lelaki itu tidak menjawab. Matanya tertancap pada skrin tv. Entah rancangan apa Armel tengok, dia layan je.

Hampir setengah jam mereka menonton cerita tanpa sebarang percakapan. Armel yang banyak mulut tidak bercakap. Evans menjadi sedikit janggal, dia menoleh Armel yang menutup mulut. Entah berapa kali dia menguap.

Armel yang mula bangun dari tempat duduk ditanya Evans.

"Kau nak pergi mana?"

"Tengok Amanda." kata Armel dengan nada penat, dia nampak lingkaran hitam bawah mata gadis itu. Armel menapak naik ke atas tinggal Evans di ruang tamu.

Tidak lama itu telinga Evans menangkap bunyi tangisan dari Amanda. Laju kaki mendaki anak tangga menuju ke bilik bayi itu. Armel pun satu buat apa dekat atas, bukan nak pergi dekat amanda.

Evans mengangkat badan Amanda dalam dukungannya. Perlahan-lahan dia dodoi Amanda yang mula merengek. Matanya melingas mencari kelibat Armel. Tadi kata nak tengok Amanda tapi batang hidung pun tak nampak.

Puas matanya meliar mencari Armel. Sampailah matanya menghala pada pintu sebuah bilik sedikit terkuak, dari jauh dia nampak sekujur tubuh atas katil. Armel yang lena diulit mimpi.

"Penat sangat ke?" ujarnya sendiri, segaris senyuman kecil pada bibir lelaki itu. Perlahan-lahan kakinya menapak rapat katil kemudian dia duduk bersandar di katil.

_______________

Sebuah kereta masuk dalam pekarangan rumah. Along dengan Kak Damia keluar dari perut kereta. Pintu utama rumah dibuka.

Suram.

Along meraba dinding mencari suis lampu. suasana juga sunyi, takkan Armel dengan Evans tiada di rumah. Pelik.

Suara daripada Amanda juga tidak kedengaran. Along nekad naik ke atas mencari anak perempuannya. Kak Damia juga membuntut dari belakang.

Amanda tiada di biliknya, hairan.

"Abang.."

Suara isterinya memanggilnya supaya datang ke mari. Along mengikut sahaja, tidak lama itu Kak Damia menuding jari arah bilik yang terkuak sedikit sambil tersenyum.

Along memaling muka melihat satu pasangan yang sedang tidur. Armel tidur berbaring, Evans pula tidur bersandar pada katil manakala Amanda juga turut terlelap di atas dada lelaki itu.

Along dan Kak Damia saling memandang satu sama lain sambil tersenyum. Seperti dapat membaca kota fikiran masing-masing.

Along menyeluk telefon dan mengambil beberapa keping gambar pasangan itu. Kemudian mereka ketawa kecil.

________________

Armel turun ke dapur sambil mengosok sebelah mata. Dia nampak yang lain sedang menjamu selera.

"Armel mari sini makan sekali.. " pelawa Kak Damia sebaik sahaja menyedari kehadiran Armel. Gadis itu menurut sahaja dan duduk sebelah Evans.

Selesai menjamu selera, Armel mengajak Evans pulang. Armel menyalami tangan Kak Damia manakala Evans berdiri di sebelah.

"Armel thank you for today.." Along mengucapkan terimakasih seraya menyerabutkan rambut adik bongsunya. Armel tayang muka cemberut betulkan semula rambut kusut.

"You too Evans.." along memberi senyuman pada pemuda itu. Evans mengangguk kepala.

Baru sahaja pasangan itu masuk dalam kereta, sempat along memanggil nama Armel.

"Armel!"

Armel menoleh arah along dengan muka tertanya.

"Hati-hati.. jangan rapat dengan lelaki sangat, nanti lebam muka orang tu!" sakat along dengan nada kuat, seraya menujuk arah mata yang lebam. Dia tersengih pada Armel kemudian melambai tangan.

"Nice advice along!" laung Evans dengan senyuman. mereka berdua masuk dalam perut kereta dan meninggalkan perkarangan rumah.
______________

Kereta meluncur laju menuju pulang. Evans mengerling ke arah Armel yang termenung menghadap tingkap.

Sunyi.

Mereka berdua dalam keadaan senyap. Tidak tahu mengapa. Mulut masing-masing terkunci tidak mahu bercakap. Armel pula sejak naik kereta tadi diam membisu.

"Armel.. "

"Erm.." balas Armel tidak bermaya, dia masih menatap cermin tingkap.

Evans mati kata, dia tidak jadi menanyakan sesuatu. Dia teruskan memandu. Suasana sunyi kembali membuatkan Evans tidak selesa.

Baru sahaja dia ingin memanggil nama Armel, gadis itu terlebih dahulu bersuara.

"Evans.. kenapa kau tumbuk Marcus malam tu?" serentak itu Armel menoleh kepala memandang Evans dengan wajah tertanya yang inginkan sebuah jawapan.

Evans kelu. Mati kata. Tiada jawapan.

______________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro