Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 37 (BET)

0 5 / 0 6 / 2 0 ❤️

____________

Petang itu selepas habis kelas, padang baseball sekolah  Horizon International school kini dihadiri oleh pelajar A-team. Mereka  semua lengkap dengan peralatan permainan baseball. Hanya menunggu  kedatangan Ayshalyn dan lain.

Jasper mengerling jam tangan, sudah 20 minit mereka semua tercegat menunggu.

"They may not come," Jasper mengeluh, dia memandang ke arah pintu masuk padang. Madison diam. Dia masih menunggu.

"Who said!" satu laungan suara mengejutkan mereka.

Serentak A-team memandang ke arah pintu masuk utama padang. Zarryn yang memakai baju baseball knight menapak mendahului yang lain. Sebelah kirinya Adam yang mengenakan headband di kepala sambil memegang pemukul.

Ayshalyn di sebelah kanan dengan lengan baju sekolah dilipat paras siku. Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan blusher hujung mata. Rambutnya turut diikat.

Hayden mengenakan jacket sekolah serta bertopi  baseball pula di belakang memikul baseball bat. Evans berpakaian baju baseball sekadar berjalan  dengan kepala dilindungi topi. Armel? dia dengan yang lain menyusul dari belakang. Wajahnya sengaja diconteng corak di pipi. Iman Sarimah dengan yang lain pun sama naik. Semua ada gaya sendiri.

Madison senyum tersunggih sambil memeluk tubuh. Kemain mereka berjalan masuk padang.

"Sorry we're late."

Ayshalyn memandangnya dengan wajah serius. Madison senyum sinis.

Permainan baseball yang diadakan secara haram antara mereka bermula. Evans yang mengambil posisi pitcher bersedia melontarkan bola pada Marcus.

Dia memejam mata kemudian pelahan-lahan nafas dihembus. Dia membuka kembali kelopak mata  sebelum tangannya dihayun kuat melempar bola arah Marcus.

Tang!!

Bunyi bola bertemu pemukul dan dipukul dengan kuat. Serentak itu sorakan daripada A-team menjadi saksi apabila bola yang dilontar itu berjaya dipukul.

Lantas Marcus hempaskan pemukul atas padang, pantas berlari ke base. Diikuti oleh baserunner lain yang turut berada di base.

Pada masa yang Adam berada posisi center field berlari ingin menangkap bola. Nasib baik dia sempat menangkap dan pantas dilempar pada Ayshalyn di bahagian second base membuatkan larian Marcus berhenti menapak. Dengan nafas termengah-mengah sedikit terbongkok Marcus berdiri di base.

Hampir sejam permainan mereka berlangsung. Masing-masing tidak mahu mengalah. Markah berbeza sedikit sahaja.

Adam diam menunggu giliran tempat menunggu. Dari tadi matanya meliar melihat ahli pasukan lain bijak memukul bola. Nampak gaya semua mahir kecuali dirinya. Kalau basketball bolehlah dia main tapi baseball? Memang dia tak reti.

"Adam turn kau," Zarryn memberi arahan.

"Adam, all the best!" pesan Armel pada Adam yang sedang menyarungkan topi dikepala.

Adam pandang Armel yang berada di tepi padang. Dia hanya mengangguk. Hanya Armel sahaja tidak menyertai permainan ini kerana cukup orang. Lagi satu, Armel tu kan kaum smurf, mana boleh nak tangkap bola tingkap. Silap langkah jatuh tergolek atas pandang.

Adam mengambil pemukul kemudian berlari keluar padang. Dia berdiri di batter box disamping  homeplate, perlahan-lahan dia hembus nafas. Batang pemukul dalam genggaman dieratkan dan diangkat belakang paras leher.

Matanya tajam tertumpu pada bola yang akan dibaling oleh pitcher. Dia pekakkan telinga akan  sorakan ingin focus sebelum bola itu dilontar kuat ke arahnya.

TANG!

Batter dihempaskan ke  tanah, kepalanya dan hidung terasa berdenyut. Kakinya seolah hilang kudrat ketika itu. Dia menoleh arah yang lain dengan keadaan berpinar. Dia nampak Zarryn dan lain berlari datang kemari.

Penglihatan menjadi samar-samar, dia jatuh rebah atas padang. Sempat telinganya mendengar suara cemas Zarryn seakan-akan bergema. Lidahnya menjadi kelu tidak terkata sebelum perlahan-lahan kelopak mata tertutup rapat. Gelap.

_________________

Segaris kerutan di dahi apabila dia merasakan senak dan perit di batang hidung. Entah mengapa batang hidung berasa amat sakit ketika itu. Perlahan-lahan Adam cuba membuka kelopak mata.

Pandangan kelam beransur pulih, matanya melilau segenap sudut bilik yang cukup asing baginya. Dia bukan berada di dorm atau biliknya sendiri. Tapi dimana?

"Adam? Kau dah sedar." satu suara tidak asing menyapa. Adam memaling muka ke arah Zarryn yang duduk di kerusi mengadapnya. Dia nampak mata gadis itu agak merah dan sembab.

Adam cuba bangun dari baringan. Dia duduk atas katil sambil menoleh ke arah Zarryn. Kejadian yang  menimpannya diimbas sepintas lalu. Baru dia teringat akan bola yang tidak sempat dipukulnya mengena tepat ke muka. Itu yang jatuh pengsan dek kuat sangat lontaran bola.

"Eh siapa yang menang?"  tanya Adam ingin tahu, tak adil lah kalau dia sahaja kena tahan hospital. Orang lain meraikan kemenangan.

Dia nampak Zarryn dengan wajah serius. Zarryn mengetap bibir. Sakit-sakit macam ni pun fikir lagi kalah menang!

"Kau fikir lagi menang kalah? Kau sakit tahu tak?!" ambik kau Zarryn dah cerlung tajam.

"Kau lah, ajak aku main. Aku mana reti baseball. Basketball reti la." Adam bela diri. Tanpa diminta satu pukulan terkena di dadanya.

"Kalau tak reti main cakap! Kan dah terlantar dekat sini. Janganlah paksa diri!"

Marah Zarryn serentak itu dia memukul-mukul badan Adam. Air mata juga berjuraian turun. Tahu tak dia risau? Takut dia tengok Adam tak sedar dengan darah yang keluar. Tak tahu nak cakap macam mana perasaannya tika itu. Yang dia tahu, dia takut dan panik tengok Adam macam tu.

"Mr Rizal, you need to take your meal.."

Kedengaran langsir diselak, seorang jururawat sambil menatang dulang berisi ubat. Percakapannya terbantut apabila melihat Zarryn menangis dan memukul dada Adam.

"Sorry miss, but it is not good for patient's health." kata jururawat itu membuatkan pukulan Zarryn terhenti.

Gadis itu tiba-tiba bangun dari tempat duduk. Wajahnya yang mendung itu menjadi makin mendung.

Zarryn mengangkat wajah memandang Adam sekilas lalu. Mata gadis itu kelihatan bergenang. Hujung  hidungnya kemerahan kerana menangis

"Stupid!" detus Zarryn. Terus air mata yang tumpah dikesat segera dan dia melangkah keluar. Meninggalkan Adam dalam keadaan tertanya.

"Tutup pintu rapat-rapat!" laung Adam. Sempat. Bongok betul dia ni. Tidak lama itu dahinya berkerut seribu. Tapi kenapa Zarryn menangis?

Zarryn menghempaskan punggung di atas kerusi luar wad. Air matanya tidak henti mengalir laju turun ke pipi. Tidak lama itu, dia rasa satu figura berdiri sebelahnya. Dia angkat muka mengerling ke arah individu yang berdiri dengan pakaian hospital. Adam. Zarryn mengesat air mata.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Zarryn dengan tangan yang masih mengesat air mata. Laju dia tunduk kepala menyembunyikan wajah. Adam melabuh punggung di sebelah Zarryn.

Adam mengesat pipi basah Zarryn dengan jarinya. Mata Zarryn juga menjadi sasaran Adam. Dikesat lembut. Dia tak bodoh lagi tak tahu kenapa Zarryn menangis. Dia tahu Zarryn risaukannya.

"Aku tak mati pun la.. sakit sikit je.. " Adam berkata perlahan. Digosok-gosok pula rambut Zarryn. Menyerabutkan rambut Zarryn.

"Sikit? Sikit sangat kan sampai warded." kata Zarryn separuh marah. Adam terangkat sebelah kening. Baru sahaja dia ingin membalas, perutnya berbunyi.

Zarryn mengangkat wajah pandang Adam. Lelaki itu menggosok perut sambil mengemam bibir.

___________

Café yang disediakan di hospital. Adam dan Zarryn menjamu selera di situ. Zarryn sekadar mengisi perut dengan roti manakala makanan yang penuh di atas meja itu semua milik Adam. Lelaki itu tampak berselera menikmati makanan.

Zarryn yang duduk mengadapnya memandang dengan muka sayu. Dia teringat orang tua dulu pernah cakap, orang yang nak mati ni makan berselera. Tiba-tiba jadi baik. Adam kau jangan mati awal, aku tak sanggup minta maaf dengan kau lagi.

Adam yang perasan dari tadi Zarryn merenung wajahnya. Dia berhenti mengunyah kemudian memandang Zarryn.

"Kenapa tengok aku? Aku handsome eh?" tanya Adam melirik senyuman nakal. Sebelah kening terangkat dengan mimik muka flirt dia tayang. Sempat lagi menyakat Zarryn.

"Perasan! Dah la hidung bertampal. Tak ada makna handsome," terus suap roti dalam mulut Adam. Dia tonyoh dan sumbat lagi dalam mulut lelaki itu. Zarryn ketawa kecil melihat muka Adam yang tengah seksa dengan mulut penuh roti.

Adam dah angkat tangan tanda mengalah, terbatuk-batuk boleh mati tercekik roti sebab Zarryn. Dia juga turut tersenyum kecil melihat Zarryn ketawa.

______________

Sampah yang bertaburan atas padang diambil kemudian dibuang dalam plastik sampah. Evans mengutip sampah sebagai denda. Bukan itu sahaja, kesemua yang terlibat dengan pertandingan baseball turut dihukum.

Hanya Zarryn dan Adam sahaja dikecualikan masa itu kerana berada di hospital. Tapi mereka tetap akan dikenakan denda sama dengan lain.

"Evans.. sampah dekat situ kau tak kutip lagi." amboi kemain Armel mengarah. Mata Evans merenung Armel yang santai berehat bawah pondok. Ya, hanya dia sahaja tidak dikenakan demerit. Kenapa? Sebab dia tak main baseball tu.

"Sabar la! Bukan kau tolong pun." detus Evans seraya tunduk mengambil sampah yang tercicir itu. Gadis itu tersengih sahaja.

Hayden dengan Ayshalyn kena cuci tandas hari ini. A-team pula mereka tak tahu dikenakan denda apa. Dengar khabar lagi teruk kena denda. Maklum lah pelajar cemerlang tapi malukan nama sekolah. Padan muka!

Evans berhenti mengutip sampah apabila dia pasti padang sudah bersih, kemudian dia menapak ke mesin air. Dia ingin membeli air, tekaknya terasa haus.

"Nah," tanpa diminta kotak susu strawberry dilontar pada Armel yang berdiri sebelah. Alang-alang ada duit baki dia belikan sekali untuk Armel. Nanti kang ada yang terminum airnya lagi. Armel ni bukan boleh diharap sangat.

"Thank you," Armel tersenggih gembira.

Mereka berdua berjalan menuju ke kelas ingin mengambil beg. Baru beberapa langkah, Armel berlari ke tandas katanya nature call. Mahu tak mahu terpaksala Evans menunggunya.

Evans yang bosan menunggu mula mengerling jam di tangan. Dia bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Dari tadi dia menantikan kelibat Armel namun sampai sekarang tak muncul-muncul. Guna tandas ke buat tandas ni?

"Hey Lawrence," Evans menoleh arah empunya suara. Kelihatan Marcus yang menggalas beg sebelah bahu berjalan ke arahnya.

__________

Angin sempoi- sempoi bahasa menuip lembut muka. Langit yang mendung gayanya mahu hujan. Suasana sekolah kelihatan tenang ketika itu.

"What do you want to see me for?" tanya Evans dengan tidak senang. Dua jejaka itu berada di beranda sekolah sambil menikmati suasana nyaman itu.

"It's about the party's night.. You know, the night that began all these nonsense.." kata Marcus membuatkan mata Evans terus melingas ke arahnya dengan tajam.

"Fyi, nothing happen between me and Armel that night. I just want to see her necklace. And you suddenly came and gave me a punch." jelas Marcus dengan tenang, Dia ketawa kecil. Dia nampak Evans di sebelah sudah menjeling.

Kejadian yang tempoh hari berlaku tanpa diduga, tiba-tiba saja Evans datang seolah mahu merempuhnya dan memberikan tumbukan kencang ke muka. Entah apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu sampai membuatkan hal demikian.

"I'm already apologise to you right?" soal Evans. Setahunya dia sudah memohon maaf sebaik sahaja mengetahui perkara sebenar. Namun lain pula yang jadi apabila A-team bersikap biadap pada yang lain. Orang lain buat salah, semua kena tempias.

"I know. I just want to take a look at Armel's necklace. Beautiful chains. It's from you is it?" Marcus mengalih pandangan arah Evans disebelah sambil mengukir senyuman. Lelaki itu kemudian menunduk kepala.

Evans tersenyum sendiri, entah mengapa dia terasa lucu apabila Marcus memuji rantai leher yang dia beli dekat sunway. Juga terasa lucu bila tekaan Marcus itu betul.

"That's must be the reason why you hit me," kata-kata Marcus membuatkan Evans memandangnya dengan wajah hairan.

"What do you mean?"

"Well, I think you like her," ayat keluar dari mulut Marcus menyebabkan Evans ketawa kecil, dia cuba mengawal reaksi muka sebaik mungkin. Nampak sangat ke?

Marcus masih memandangnya dengan senyuman meleret, adakah jangkaannya tepat?

"No, I have no feelings towards her. That's won't happen. " Evans menafikan. Gila nak mengaku?

"Then I think I still have the chance now. Thank you," Evans menjeling. Marcus kemudian ketawa kecil. Evans tidak turut sama ketawa. Hanya memberikan senyuman nipis.

"Evans! Sorry aku lambat. Sakit perut tadi." ujar Armel dalam keadaan termengah-mengah. Dia bercekak pinggang penat berlari.

"Eh eh, Hi Marcus.. " sapa Armel dengan mesra, terus hilang penat bila nampak mamat british handsome itu.

"Hi sweety.. " Marcus membalas sapaan dengan senyuman manis.

Evans yang berada antara mereka terus mengheret tangan Armel supaya berada disebelah.

"Let's go." ajak Evans menarik tali beg Armel.

"Bye Marcus, see you soon!" sempat lagi Armel melambai tangan pada Marcus.

"Bye sweety.. " Marcus turut melambai kecil arah Armel sambil senyum manis. Sempat lagi dia mengeyit sebelah mata pada Armel. Evans yang nampak perbuatan itu tayang muka masam membuatkan Marcus tergelak.

_____________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro