Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 36 (DEMERIT)

Same date❤️
_________________

Demerit Horizon International Academy

-Kensley Hartson
-Aiden Anderson
-Madison Martinez
-Marcus Miller
-Evans Lawrence

Armel berhenti membaca  list nama pelajar yang dikenakan demerit. Hari ini sehari suntuk Evans  tidak masuk dalam kelas. Hanya dia seorang sahaja didenda membersihkan  tandas dan mengutip sampah di sekitar sekolah.

Rasa bersalah mula menghuni hati. Armel mengambil keputusan ingin mencari Evans.bDia menapak ke arah belakang bangunan sekolah dimana bilik stor berada. Mana tahu dia terjumpa Evans disitu.

Memang betul jangkaannya, dia nampak Evans sedang mengangkat kotak dan alihkannya.

"Evans!" sergah Armel cuba menceriakan keadaan. Tapi, terima kasih je la. Nothing change.

Evans pandang dia  sepintas lalu kemudian menyambung kerja. Armel mencebik mulut. Dia duduk di atas kotak yang sudah dibuka lipatan. Ditunduk kepala sambil main jari. Drama queen sangat. Evans perasan tapi dia buat tak nampak. Nak  cari attention lah tu.

"Kau buat apa dekat sini?" akhirnya Evans bersuara. laju je Armel angkat muka berseri bila Evans tanya.

"Teman kau la,"

Evans mengerut dahi, dia pandang Armel dengan muka serius. Kepala hotak dia teman!

"Tak payah teman aku, go back to the class."

"But, all classes are already dismissed. Semua dah balik masuk dorm." jawab Armel, ada je jawapan minah ni nak  jawab. Takkan nak halau pulak.

Evans diam, dia menyusun  kotak dan botol untuk dikitar semula. Kemudian dia memakai sarung  tangan. Baldi dengan mop diambil. Tidak lama itu dia keluar dari bilik stor, Armel membuntut dari belakang.

Evans membawa masuk baldi dalam bilik tandas. Baru sahaja Armel mahu menapak masuk, dahinya  dihalang dengan telapak tangan Evans.

"Tak nampak ke?" marah Evans menunding jari arah papan tanda.

Male's Washroom

Armel ini perempuan, dah tahu perempuan tak payah terhengeh-hengeh ikut dia masuk sekali lah!

Ini mesti rasa serba salah and nak korek kejadian semalam. Kalau bukan sebab dia, mesti Evans tak  kena denda dan tercatat dalam sejarah Evans kena dimerit, cukup la dengan kem akhlak hari tu.

"Pergi sana! kau..." Evans tunduk melihat garisan antara pintu tandas dan luar.

"Jangan cross line ni pun!" pesan Evans dengan lirikan tajam, dia bawa baldi dalam tandas.  Hari ini dia kena cuci tandas. Kembang-kempis hidung tahan bau haruman tandas lelaki ini. Macam mana la makcik-makcik cleaner buat kerja.

Hampir setengah jam, Evans keluar dari tandas. Baru selesai cuci tandas. dia tertoleh ke kiri  dan ke kanan. tak nampak pun kelibat Armel. Ingatkan dia tunggu tapi batang hidung pun tak nampak.

"Kau cari aku eh?" tanya Armel yang menapak mendekati Evans. Dia pergi tandas tadi, lama sangat tunggu Evans.

"Tak ada makna." balas Evans dia angkut baldi dengan mop ke stor untuk disimpan. Armel? dia ikut je dari belakang.

Kemana-mana saja Evans berjalan, ditemani bodygruad yang tidak berbayar. Siapa lagi kalau bukan Armel. Dia ikut je Evans. Sampailah kaki Evans berhenti melangkah di mesin air. Dia haus sebenarnya, itu yang berhenti sekejap nak beli.

Dia beli air mineral kemudian dia toleh arah Armel. Nampak gaya macam nak beli juga.

"Kau nak juga ke?" teka Evans, dari tadi Armel perhatikan je air dalam mesin ni. Gadis itu menggeleng tidak mahu.

"Kau bawa duit tak?" sekali lagi Evans tanya. Armel geleng juga. Dia terlupa bawa beg dompet.

"Nah pegang air ni,"  Evans hulurkan air mineral yang belum buka lagi. Kemudian dia membeli  air lain dalam mesin untuk Armel. Toleh je kepala, air dia dah separuh Armel minum.

"Aku suruh kau pegang bukan minum." marah Evans, dia ni tak faham bahasa ke apa. Armel pandang riak muka serba salah.

"Aku ingatkan kau bagi aku, lagipun aku dahaga la." dia gelak serba salah. Evans memegang kotak susu perisa strawberry. Ingatkan nak bagi Armel, tapi gadis tu dah minum air dia.

"Evans.. "

Evans pandang Armel,  perempuan tu kelip-kelip mata sambil tunjuk arah kotak susu tu. Evans  mengeluh kecil, dah la air mineral kena kebas. Ini susu pula nak?

"Nah,"

"Thank you!" riang sungguh suara Armel mengucapkan terima kasih. Dia ambil dan terus hirup kotak minuman itu.

"Nah air mineral kau, ambik balik." Armel campak air mineral pada Evans, nasib baik Evans sempat sambut. Kuanghajo main campak.

Armel berjalan dengan riang sebelah Evans. Mereka menapak menyusuri laluan pelajar antara blok bangunan kelas.

Anak matanya tertancap pada bilik muzik. Baru saja dia menolak daun pintu, lengannya terasa disentap kuat.

"Jangan buat masalah lagi," kata Evans dengan raut wajah tegang. Dia ni nak buat apa seledup masuk bilik muzik?

"Kejap je, I promise tak buat masalah." Armel angkat tangan tanda swear. Perlahan-lahan lengannya  dilepaskan Evans. Tanpa berkata apa-apa daun pintu ditolak. Dia  melangkah masuk. Evans mengekori Armel yang kini melabuh pungung duduk di kerusi panjang piano.

"Kau boleh main piano ke?" soal Evans sambil memeluk tubuh. Armel diam tidak menjawab. Dia gerakkan tangan isyarat kemari memanggil Evans supaya duduk di sebelah. Lelaki itu menurut sahaja.

Sempat Armel tersenyum manis sebelum jari jemarinya runcing menyentuh keyboard. Satu alunan muzik kedengaran memecahkan keheningan bilik.

Perlahan-lahan jarinya menekan lembut kekunci piano memainkan lagu 'all of me'. Langsung tidak  tersilap not piano ketika jari jemarinya lincah bermain piano. Bibir Armel mengukir senyum. Dia senang hati apabila bermain piano yang sudah lama dia tinggalkan.

Entah lagu yang dimainkan itu seakan-akan mengimbau peristiwa yang mereka berenam lalui. Hatinya terasa tenang Ketika itu.

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

Telinganya disapa lembut akan suara Evans yang mula bernyanyi, sepertinya dia menghayati muzik  piano yang dimainkan oleh Armel. Suaranya lembut membuatkan Armel sekali lagi tersenyum.

Cause all of me
Loves all of you

Sambung lagi Evans, di sebelahnya Armel lincah menekan setiap not piano. Mereka berdua seakan  hanyut dalam dunia lain. Dunia dimana hanya mereka sahaja berada.

Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections

Evans mengerling pada Armel yang lancar menyentuh keyboard. Gadis itu turut memaling wajah padanya. Mereka saling tersenyum. Kemudian Armel tunduk kembali memandang Keyboard.

Give your all to me
I'll give my all to you

Evans semakin hanyut menyanyikan lagu itu. Bunyi instrumental yang dimainkan Armel seperti menyentuh hatinya.

You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning

Satu persatu jari jemari disusun menekan not-not piano sambil mendengar Evans bernyanyi di sebelah.

Cause I give you all of me
And you give me all of you...

Not terakhir ditekan kemudian Armel mengalihkan jarinya dari keyboard. Dia mengalih pandangan ke arah Evans. Lelaki itu turut memandangnya.

"This is my favorite song," akhirnya Armel bersuara daripada membisu tadi. bibirnya mengukir senyuman.

"And nobody knows except you. Now," sambungnya lagi membuatkan Evans tersentuh. Suara Armel  kedengaran matang, tanpa keanakan lagi ketika itu. Sepertinya dia tidak  bergurau. Lelaki itu kelihatan merenungnya tanpa berkelip. Armel sekadar  membalas renungan itu dengan senyuman.

______________

"Arh! Geram betul aku!"  Zarryn melepaskan geram, kepalanya serabut dengan perangai A-team. Ada ke patut diorang sabotaj eksperimen mereka dalam lab. Tak pasal-pasal kena marah.

"Tu la pasal! Bodoh ke apa, diorang conteng buku tulis aku. Siap bagi sign lagi setiap sorang. Apa pikir retis?!" kali ini Sarimah membentak, dia mencampak buku tulis  diconteng. Paling menyampah bila ada tandatangan lagi.

"Korang takpe lagi, ni baju sekolah aku. Kena minyak, selamba badak si Madison tu datang  acah-acah tertumpah minyak atas baju aku!" Ayshalyn tiba-tiba bangkit dari kerusi menyokong Sarimah dan Zarryn.

"Tak sekarang, korang  nak lepaskan marah dekat kitaorang ke?" celah Adam yang memandang tiga  gadis itu bersilih ganti. Mereka semua berkumpul mengelilingi meja dalam bilik belajar.

"Diam!!"

Serentak tiga gadis itu menjerit dengan geram. Adam menjadi mangsa renungan mereka membuatkan  lelaki itu cuak. Marah sangat ni.

"I want to apologize to all of you because I think these things happen because of me," Evans meminta maaf, dia merasakan semua ini berpunca darinya.

"Dah kau tolak mamat tu sampai jatuh kenapa?" tanya Tan Yik Lan menyepet mata. Dah la mata tu tersedia sepet, buat macam tu sekali tengok mata pun tak nampak.

"Long story," dalih Evans  sempat dia mengerli arah Armel yang turut memandangnya. Dia malas  membuka cerita apa yang berlaku malam itu.

"I have a plan."

Mereka memberi tumpuan pada Sarimah, rancangan apa?

____________

"Okay, we're dismissed. Be careful when you get home."

Kedengaran pelajar  mengela nafas lega, finally habis pun kelas. Malam ini ada extra class  untuk pelajar target final semester. Semua pelajar A-team terlibat  dengan kelas itu.

Madison membimbit buku nota dan keluar dari kelas. Dia menapak menuju ke perpustakan. Mr Walker mahu berjumpanya selepas kelas itu.

Daun pintu perpustakaan dikuak. Dengan langkah berat dia melangkah masuk. Matanya melilau ke segenap ruang perpustakaan yang suram hanya diterangi cahaya yang menerobosi celah-celah tingkap.

"Dia dah masuk."

Tanpa dia sedar seseorang sedang bersembunyi sebalik rak buku.

Pada masa yang sama  pelajar A-team yang lain sedang berjalan di laluan menuju ke dorm. Laluan itu hanya diterangi dengan lampu manakala sekitarnya gelap. Laluan yang merentasi padang dan blok sekolah yang sunyi.

"They are coming now." kedengaran suara di corong telefon. Zarryn memutuskan talian, dia memberikan isyarat pada yang lain.

A-Team tidak sedang bahawa mereka diperhatikan. Marcus berhenti menapak apabila matanya menangkap susuk tubuh seseorang. Lucas dah telan air liur.

Bunyi keriukan pintu  dari bilik. Madison mengangkat kepala melihat dua bilik bahagian atas.  Dia duduk depan pintu antara dua tangga.

"Mr. Walker are you there?"

Senyap.

"Mr. Walker?"

Pintu dihempas kuat kemudian satu lembaga keluar dari bilik atas. Keluar tak apa lagi, ini  siap memecut lari turun tangga. Madison apa lagi? menjerit histeria la jawabnya.

Mahu pecah gegendang telinga, bila sorang-sorang  A-team terjerit-jerit macam orang gila. Aiden dah cempung badan Kensley awal-awal melarikan diri. Yang lain di  belakang turut berlari ingin menyelamatkan diri.

Entah tiba-tiba mereka dikepung oleh lembaga putih yang lari berkeliaran.

Lucas nampak Lembaga itu berlari cuba datang menangkap mereka.

"Shit!"

Hampir jatuh tersemban cium lantai panik melarikan diri.

___________________

"Sumpah buruk gila muka diorang semalam." Zarryn dan Sarimah ketawa sekali. Dari semalam mereka  tidak habis mengilai ketawakan A-team.

"Madison macam orang  kena rasuk tau!" maka sekali lagi gelakan mereka bergabung. Yang lain hanya tergelak kecil. Nasib Nanelia kawal gelak, kalau tak kalah Zarryn dengan Sarimah tu.

Pintu kelas dibuka kuat dari luar, mereka memandang arah A-team yang melangkah masuk. muka masing-masing dalam keadaan serious.

Madison yang paling depan sambil memeluk tubuh merenung Zarryn kemudian bersilih ganti padanya lain. Dia tersenyum sinis.

"I caught you guys on cctv." katanya dengan nada bangga.

"Then?"

"I'll tell Miss D." Miss D merupakan seorang guru disiplin di situ. Tak kena apa-apa memang takda dialog lain selain,

"Detention!"

Zarryn mendecit geram.

"Then, we should have told Miss D too about the sabotage issue yesterday. " kata Ayshalyn yang bersandar pada meja mula melangkah ke depan.

"If you don't mind collecting more demerit," Dia memeluk tubuh menghadap Madison. Mereka saling merenung satu sama lain.

"Right Kensley?" Sepintas lalu Ayshalyn mengangkat kepala memandang Kensley. Gadis itu semestinya tidak mahu demerit lagi.

"Wanna bet? Besball game," Lucas di belakang berkata.

"Who scared?" Adam mula menjawab. Segaris senyuman sinis terukir.

___________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro