BAB 29 (MUAL)
2 6 / 0 5 / 2 0 ❤️
_________________
Seawal jam 9 pagi mereka berkumpul di KLIA. Flight mereka untuk ke Kedah dijadualkan untuk bertolak pada pukul 11:15 pagi waktu tempatan.
Kenapa Kedah? Kenapa bukan Langkawi terus?
Itu kerana Encik Adam Rizal kita yang sangat teringin dan teruja untuk naik ferry sampaikan sanggup untuk turun di Kedah dulu. Membazir bukan mereka? Semua rakannya hanya setuju dengan cadangan Adam kerana lelaki itu yang bayar flight tickets dan tiket feri mereka semua. Haha.
Kali ini tak ada yang lambat. Semua datang pada waktu yang tepat. Si Adam yang selalu lambat pun datang on time dengan Zarryn bila lepas subuh lagi gadis itu berdiri depan pintu rumahnya.
3 gadis itu sungguh teruja tak sabar nak bercuti! Zarryn hanya memakai baju t lengan panjang kelabu, seluar hitam dan topi. Ayshalyn memakai jaket denim dengan seluar hitam dan topi manakala Armel yang teruja untuk bercuti di Langkawi, awal-awal dah pakai topi bulat kecil bersama baju t biasa lengan pendek dengan seluar hitam dan dipinggangnya diikat jaket yang akan dipakai nanti.
Adam memakai jaket hitam bersama baju t putih di dalam dan sweat pants hitam. Topi nike sedia tersarung dipakai terbalik muncung di belakang dan kamera DSLRnya siap tersangkut di bahu. Tak sabar nak tangkap gambar cantik-cantik. Hayden memakai sweatshirt hitam dan seluar jeans hitam manakala Evans hanya memakai baju t dan jaket pada badannya bersama seluar jeans hitam. kedua-dua lelaki itu turut memakai topi.
Mereka ke gate selepas kedengaran panggilan untuk boarding. Armel dah melompat-lompat tak sabar untuk masuk ke dalam pesawat. Dia dah nampak kapal terbang tu macam air laut. Hiperbola betul Armel. Haha.
Setelah lebih kurang sejam mereka membelah awan, akhirnya mereka sampai jua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Mereka terus keluar dari lapangan terbang untuk ke jeti.
Mereka sedikit rushing kerana nak kejar tiket feri pada pukul 2 petang nanti. Takut tiket habis, terpaksa mereka tunggu feri lain dan akan sampai lambat di Langkawi nanti.
Sampai sahaja di jeti Kuala Kedah, Adam dan Zarryn selesaikan hal tiket feri di kaunter terlebih dahulu. Rakan-rakannya tunggu mereka berdua di tempat duduk menunggu. Setelah Adamzarryn selesai, mereka melangkah ke arah rakan-rakan mereka.
Adam mengerling jam di pergelangan tangannya. Tepat jam 12:40 tengahari. Feri mereka pula akan bertolak jam 2:30 petang. Mereka sudah bercadang untuk jamak takhir je nanti bila sampai Langkawi nanti.
"Korang lapar? Nak makan dulu tak?" tanya Adam pada rakan-rakannya. Armel mengangguk. Dari KLIA dia tak makan apa-apa lagi. Hanya sarapan di rumah. Dalam flight tadi pun makan roti yang diberi oleh Zarryn.
"Kalau macam tu jom kita pergi makan kat kedai depan tu," ajak Adam.
"Beg ni?" tanya Ayshalyn menunjukkan ke arah beg mereka. Adam dan Zarryn memandang beg mereka yang boleh tahan banyak.
"Bawak jela. Tinggal kang entah mana hilang nanti," sampuk Evans. Semua mengangguk. Nasib baik kebanyakkan beg besar tu beg roda. Senang nak ditolak.
"Eh kejap.. sebelum pergi, aku nak ambik gambar dulu. Duduk," arah Adam. Kamera yang memang disilang pada tubuhnya ditarik. Adam mengambil beberapa keping gambar sahabat-sahabatnya. Zarryn terus pergi ke sisi Adam untuk tengok gambar. Dia tersenyum melihat gambar yang diambil oleh lelaki itu. Cantik!
"Dah jom," ajak Zarryn pula setelah dia mencapai beg pikul kecilnya. Beg roda dia awal-awal dah diserahkan pada Adam untuk ditolak. Haha. Nasib baik lelaki itu tak banyak cakap. Hanya tolak beg Zarryn dengan reda.
Adam dan Zarryn bagaikan bercuti bersama-sama empat orang anak. Lagi terserlah sikap mak-mak Zarryn bila melintas, Zarryn dah sedia memimpin tangan Armel dan Ayshalyn. Tapi Adam jadi bapa pemalas la.
Bila sampai di deretan kedai kecik, mereka masuk ke dalam salah sebuah kedai makan yang tertulis berbagai menu di situ. Mereka duduk di meja panjang di hujung kedai. Nasib baik kedai tu terbuka. Maksudnya boleh masuk di setiap sudut. Takdalah mereka rasa lemas sangat dengan beg lagi.
"Eh Evans, Hayden korang pergi ambik makanan. Aku dah bayar segala jenis tiket korang semua. So korang kena ikut cakap aku," selamba Adam mengarah. Memang bapa yang pemalas. Dua orang tu menjeling dan reda. Sabar jelah.
Zarryn menjeling 'suami' dia. Ada suruh orang macam tu. Sudu dalam bekas dia ambil lantas mengetuk kepala Adam. Biar bersambung balik wayar-wayar putus tu.
Mereka lepak di kedai itu sementara menunggu feri. Habis segala makanan mereka order. Semua nampak sedap. Lagi sedap makanan tu bila Adam yang belanja lagi. Memang sedap diorang mengoder. Bank ada dekat sebelah kita kena gunakan dengan sebaiknya! Hehe..
***
Setelah sejam lebih menunggu, akhirnya tiba masa untuk naik feri! Yeay!
Nampak je feri yang dah berlabuh tepi jeti itu, Armel terus berlari tak sabar nak masuk. Feri mereka dua tingkat dan disebabkan mereka lambat sikit beli tadi, dua dari mereka kena duduk bawah dan yang lain duduk atas.
Armel dah cakap awal-awal yang dia nak duduk atas sebab nak tengok laut. Kalau duduk bawah, tak nampak apalah sebab bawah tu kat dalam laut. Tingkap pun tak ada.
Sempat mereka bergaduh siapa 2 orang yang nak duduk bawah tu. Adam dan Armel berkeras juga nak duduk atas. Nak tengok suasana laut. Akhirnya, Hayden dan Ayshalyn volunteer nak duduk bawah. Malas nak dengar diorang bergaduh.
Mereka berempat berpisah haluan dengan Hayden dan Ayshalyn bila masuk ke perut feri. Hayden dan Ayshalyn turun ke bawah manakala empat lagi duduk di atas. Tempat duduk mereka di tepi tingkap dan seat untuk dua orang. Nasib baik dapat seat kat tepi tingkap.
Armel awal-awal lagi duduk di tepi tingkap. Teruja nak tengok laut diikuti Evans mengambil tempat disebelahnya.
Adam dan Zarryn duduk di hadapan mereka berdua. Dimana Adam di tepi tingkap dan Zarryn di sebelahnya.
Setelah beberapa ketika, feri mula bergerak meninggalkan jeti Kuala Kedah. Mata Armel dah bersinar bila feri mula bergerak. Wah cantiknya!
Setelah 20 minit feri bergerak, Armel yang teruja tadi mula rasa tidak enak. Kepalanya terasa pusing dan nak muntah. Armel mula menyandar pada kerusi. Dia memejam mata. Menghilangkan rasa mual.
Dia gelisah bila rasa itu tidak hilang. Dia memusing-musingkan badannya untuk mencari keselesaan. Kenapa dengan dia ni..
Evans yang perasan dengan perubahan gadis itu, mula risau. Dia nampak muka gadis itu sedikit pucat dan berkerut. Seakan menahan sakit.
Dia memegang bahu Armel yang memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Dia menarik Armel supaya memandangnya.
"Kau kenapa ni? Okay tak?" tanya Evans risau. Armel tidak menjawab. Hanya mengerutkan keningnya. Terus Evans memanggil Zarryn di hadapannya.
Zarryn yang melihat Armel meringkuk di atas kerusi terus bangun ke arah Armel. Dahi Armel sedikit berpeluh. Adam juga melihat risau keadaan Armel itu.
"Armel kau kenapa ni? Kau mabuk laut lagi ke?" Zarryn menggosok kepala Armel. Dia tahu yang Armel mabuk laut. Tapi dia ingatkan mabuk laut Armel dah hilang bila Armel sendiri yang teruja nak duduk atas tengok laut.
Armel mengangguk. Zarryn kembali ke tempat duduknya. Dia mencari veloxin dalam begnya yang dia sediakan untuk siapa-siapa yang mabuk laut. Dia hulurkan ubat itu pada Armel yang dari tadi tidak senang duduk.
Armel menyuap ubat itu ke dalam mulut dan mengambil air mineral yang dihulur Evans di sebelahnya.
"Nah Evans. Sapu minyak ni kat kepala dia. Biarkan dia tidur," Zarryn menghulurkan minyak cap kapak kepada Evans. Dah macam doraemon, semua benda ada.
"Sandar kat aku kejap. Aku nak sapu minyak ni," arah Evans seraya menarik kepala Armel bersandar di dadanya.
Armel yang dah lembik itu hanya menurut. Dia terasa jemari Evans mula bermain di sekitar dahi dan umbun-umbunnya. Mengurut perlahan untuk menghilangkan rasa peningnya.
Armel rasa sedikit selesa dengan urutan dan bau minyak cap kapak itu. Bau itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa mualnya.
"Evans, kalau aku muntah atas kau nanti jangan marah eh," kata Armel tiba-tiba. Amboi sempat lagi gurau.
"Kalau nak muntah nanti bagitahu awal-awal. Senang aku nak campak kau dalam laut tu terus," Evans juga melayan gurauan Armel. Armel tersenyum kecil dan sambung menikmati urutan Evans di kepalanya.
Perjalanan mereka masih berbaki satu jam lebih. Jadi Armel memang set minda yang dia nak tidur. Nanti kalau dah sampai takdalah dia lembik sangat nak jalan.
_____________________
"Armel.. bangun. Dah sampai ni," Armel dengar suara Evans di cuping telinganya. Terasa pipinya ditampar lembut. Armel mula terpisat-pisat bangun dari bahu Evans. Rupanya Evans tidak mengalihkan kepalanya di atas bahu lelaki itu dari tadi lagi.
"Okey tak ni? Rasa nak muntah lagi? Pening ke?" tanya Evans risau. Diselak rambut Armel yang menutupi dahi gadis itu. Muka Armel dah kurang pucat kalau nak banding dengan tadi.
Armel mengangguk. Dia rasa lega kerana pening dan mualnya hilang. Bukan tak rasa langsung, cuma berkurangan.
Adam dan Zarryn bangun setelah feri berlabuh. Sempat lagi mereka memeriksa Armel di belakang. Dia nampak Armel juga turut bangun bersama Evans. Muka gadis itu sedikit okey dari tadi.
"Kau dah okey ke ni? Boleh jalan?" tanya mama Zarryn pada anaknya, Armel. Armel hanya mengangguk. Dia memaut lengan Zarryn seraya kepala dilentokkan atas bahu. Zarryn mencari kelibat dua lagi anaknya yang duduk di bawah tu. Okey ke tak mereka berdua tu?
Mereka berempat keluar dulu dari perut feri. Armel awal-awal lagi dah pegang penghadang besi kat tepi tu. Mualnya tiba-tiba datang tapi nasib baik tak muntah.
Mereka menunggu Ayshalyn dan Hayden yang baru keluar dan melangkah ke arah mereka.
"Dah kenapa Armel?" tanya Hayden melihat Armel yang duduk bersila di atas lantai tengah meneguk air mineral sambil bersandar di tiang penghadang.
"Dia mabuk tadi. Nak muntah," jawab Zarryn.
"Tu lah. Excited lebih lagi. Kan dah sakit," kata Ayshalyn melihat Armel bersandar pada penghadang itu.
"Mana ada! Aku dah sihat. Jom! Tak sabar aku," Armel tiba-tiba segar berdiri dan melangkah menarik begnya dengan ceria. Mereka berlima hanya tersenyum dan menggeleng melihat Armel. Mereka juga turut sama melangkah untuk keluar.
"Kau dah call ke driver daddy kau?" tanya Zarryn pada Ayshalyn sambil mereka berjalan. Ayshalyn mengangguk.
"Dah. Aku dah text dia tadi kata kita dah sampai," jawab Ayshalyn. Zarryn mengangguk.
Semasa mereka berjalan untuk ke luar bangunan, terdapat deretan kedai penuh dengan coklat. Mata 3 gadis itu dah bersinar tengok coklat. Armel yang berhenti pada salah satu kedai itu ditarik oleh Zarryn. Sabar dulu. Jangan shopping lagi.
Mereka melangkah dan berhenti di depan ruang masuk bangunan.
"Guys!" panggil Zarryn setelah mereka di depan pintu masuk jeti itu. Dipandang 5 rakannya. Semua duduk sebaris. Mereka semua mengangguk seraya mengeluarkan sesuatu dari poket beg masing-masing.
"Let's do this!"
Dengan penuh gaya mereka pakai spek hitam yang dikeluarkan tadi seraya masing-masing tersenyum. Let's go!
______________
Mereka sampai di villa milik keluarga Ayshalyn yang berada di sekitar pekan Kuah itu juga. Tak jauh mana pun dengan jeti.
Mereka semua berdiri di depan rumah besar tersergam indah. Villa itu mempunyai satu kolam besar di tepi rumah dengan ketinggian 3 tingkat itu dan juga kawasan villa itu sendiri yang luasnya seluas padang bola.
Semua terpegun melihat villa itu. Kenapa Ayshalyn tak pernah share pasal villa dekat Langkawi sebelum ini? Kalau tak tiap-tiap cuti semester boleh lepak dekat sini.
"Jom!" Ayshalyn melangkah terlebih dahulu sebagai tuan rumah. Villa itu dijaga oleh pak mat, driver daddynya tadi dan juga isterinya Mak Mah. Ada juga pembantu rumah yang lain. Mereka akan datang untuk membersihkan kawasan luar dan dalam villa ini 4 kali seminggu.
Tapi mereka semua akan datang apabila dipanggil sahaja kalau keluarganya ada bercuti di sini.
"Ada sepuluh bilik tidur kat dalam rumah ni. So, korang pilihlah nak bilik mana. But! Of course the master bedroom is mine!" Ayshalyn awal-awal lagi memberitahu rakan-rakannya. Masa ni lah dia boleh guna master bedroom tu. Selama ni tu bilik daddy dan mummy dia. Sekarang, ibu bapanya takda, bolehlah dia guna. Hehe.
"The room in the third floor is mine," kata Evans mahu menarik beg bagasinya.
"Okey, tapi third floor jarang pakai. If you guys heard something, just.."
"Aku cop bilik dulu!" potong adam. Ayshalyn tak sempat habis cakap lagi.
Adam berlari pantas ke arah tangga untuk cop bilik. Penat dia berlari naik tangga ke tingkat atas. Sampai saja di tingkat 2..
Ting!
Adam berpaling ke arah bunyi itu. Dia ternganga sekejap.
Kelihatan Zarryn penuh bergaya keluar dari lif dengan menolak bagasinya.
"Penat naik tangga?" sempat Zarryn perli Adam yang masih memandangnya tak puas hati.
Adam memandang Zarryn yang sedang membuka salah satu pintu di tingkat itu. Cis! Macam mana dia boleh tak perasan ada lif kat bawah tadi?!
Akhirnya, selepas sudah berebut-rebut bilik, mereka dah dapat bilik masing-masing. 3 ketul lelaki itu bilik mereka di tingkat 3 manakala 3 gadis itu di tingkat 2.
Mereka semua membersihkan diri dan menunaikan jamak ta'khir. Hari sudah menginjak senja. Hari tu, perjalanan mereka pun dah hampir satu hari. Badan masing-masing pun dah letih. Inginkan rehat.
Disebabkan keletihan, mereka semua terlajak tidur sampai pukul 8 malam. Mereka sekali lagi jamak ta'khir kerana sudah lewat untuk solat maghrib.
Sesudah membersihkan diri dan solat, Armel yang mula kelaparan keluar dari biliknya dan mencari ibunya, Zarryn di bilik sebelah.
Zarryn yang baru keluar bilik air lepas mandi itu terkejut biliknya tiba-tiba dibuka. Kelihatan Armel masuk dan baring di katilnya.
"Zarryn... lapar..." adu Armel seraya membuat muka sedih. Zarryn yang dah masak dengan perangai Armel yang tak reti kenyang itu pandang dengan gelengan kecil dan tersenyum. Ingat apalah tadi.
"Aku nak masak pun tak tahu barang dapur ada ke tak.. tanya Ayshalyn dulu," putus Zarryn sambil mencari baju di dalam bagasinya.
"Korang!" panjang betul umur Ayshalyn. Baru je sebut dah muncul.
Zarryn dan Armel melihat Ayshalyn yang berada di pintu.
"Jom kita pergi pasar malam nak? Aku laparlah. Pasar malam tu dekat je dengan rumah aku. Nak?" tanya Ayshalyn. Armel yang dengar terus bangun. Luas matanya sambil mengangguk laju.
"Bolehlah.. kau pergi panggil 3 ketul tu dulu. Aku nak pakai baju," kata Zarryn. Dua gadis itu mengangguk dan keluar dari bilik Zarryn menuju ke tingkat atas.
***
Malam pertama berada di Langkawi, mereka habiskan masa di pasar malam! Tangan kanan penuh plastik sebelah kiri pun ada plastik.
Armel mengangkat kepala merenung dada langit hitam yang dihiasi bintang-bintang. Suasana malam itu sungguh tenang dan cantik akan lampu-lampu jalan di bandar.
Telinganya mendengar bunyi seperti orang gelak ketawa, pantas dia mengalih pandangan arah sepasangan yang sedang menungga basikal bersama.
Terus bebola mata Armel bersinar lagi-lagi nampak lady bike warna pink. Zarryn dan Ayshalyn masih leka membeli manakala tiga lagi mamat tu dah lama lesap entah ke mana beli makanan mereka.
"Armel kau taknak ke tu?" tanya Zarryn yang menunding jari arah kek coklat terhidang akan meja. Tiada sahutan. Zarryn berasa pelik dan mula berpaling.
"Armel?"
Armel hilang dari belakang, dia mengira dari tadi gadis itu mengekori mereka. Menyesal suruh dia ikut belakang patutnya dia duk depan sekali!
"Ayshalyn kau ada nampak Armel?" Zarryn dah mula panik seperti kucing hilang anak. Ayshalyn menggeleng kepala tidak tahu. Sudah! Mereka bergegas mencari Armel dalam kesesakan orang ramai yang datang membeli di pasar malam itu.
***
Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut wajah dan rambut yang jatuh terjuntai di dahi. Kayuhan basikal tenang mengelilingi kawasan berdekatan pasar malam. Cuaca malam itu membuatkan dia jadi lebih segar daripada biasa. Armel mengayuh basikal dengan gembira ketika itu sehinggalah..
Klak!
Basikal terhenti.
Armel memandang ke bawah lalu mengeluh. Rantai basikalnya tercabut. Dia turun dan basikal ditongkat. Dia duduk bercangkung cuba membetulkan rantai basikal.
"Kenapa la rantai ni tercabut. Tak guna betul!" rungut Armel sendiri sambil membetulkan rantai. Jari jemarinya mula comot pegang minyak pelincir. Kalau tahu awal-awal memang dia taknak basikal ini. Dah lah sepuluh ringgit sejam je dapat tunggang!
"Dah lama jadi mekanik basikal?"
Kedengaran suara seseorang menyapa gegendang telinga. Armel mengetap bibir memandang empunya suara dengan geram.
Evans yang menunggang basikal BMX lalu di kawasan itu. Dia sandarkan basikal itu di pokok. Kemudian duduk di sebelah Armel.
"Dah kenapa datang sini? Nah jadi first customer ke?" sindir balik Armel menghempas sikit-sikit rantai atas gear.
"Berapa harga service?" suara Evans mendatar. Armel hempas rantai kemudian dia pandang Evans yang tenung rantai basikal itu. Kalau datang nak tengok je baik tak payah. Bukan nak tolong pun!
Evans yang perasan Armel merenungnya dengan geram memandangnya. Sebelah kening terangkat.
"Kalau datang sini tak nak tolong aku baik tak payah," kata Armel menoleh arah basikal kembali. Evans mengangguk kepala seraya mengalih pandangan.
Armel menyambung membetulkan rantai, sesekali dia usap muka cuba alihkan anak rambut yang cuba menutupi pandangan.
Tiba-tiba, tanganya ditolak Evans dan tanpa disuruh, lelaki itu membetulkan rantai basikal. .
"Kalau tak reti, tak payah repair. Boleh terputus rantai ini kalau silap buat." kata Evans sambil membetulkan rantai basikal itu. Mudah sekali dia buat tak sampai 3 minit pun. Armel je lembab.
Setelah selesai, dia berdiri kemudian ambil semula basikal yang disandar pada pokok tadi.
Armel pandang dengan senyuman. Dia datang dekat Evans sambil kedua tangan dia letak belakang. Lelaki itu pandang dia semacam.
"Kau kan hebat. Pandai Evans!" puji Armel seraya menepuk-nepuk bahu Evans.
Uis! Lebih ni, dia memang sengaja puji siap tepuk bahu dengan permukaan telapak tangan yang comot minyak rantai. Cepat Evans alihkan bahu. Agak-agak lah nak praise orang pun.
"Tak nak balik ke?" tanya Evans seraya mengayuh basikal. Dia tinggalkan Armel belakang sorang-sorang dekat situ.
"Hei! Tunggu aku." kata Armel terkial-kial tunggang lady bike membuntut Evans dari belakang.
***
"Kau jumpa Armel?" tanya Zarryn dengan panik, Hayden mengeleng kepala. Dia dan Adam turut mencari gadis itu. Banyak kali mereka pusing pasar malam mencari Armel. Mereka dah penat mencari.
Ayshalyn yang bercekak pinggang bila anak matanya tertacap pada Evans elok naik basikal. Dia mengecil mata apabila nampak basikal Armel yang mengekori Evans.
"Amboi! Kemain kau ya. Kitaorang penat pusing pasar malam ni kau dengan riangnya ronda dengan basikal!" marah Ayshalyn menapak ke arah Armel dan Evans. Gadis itu tersengih menampak gigi. Tidak lama itu Zarryn pula datang membebel.
Evans pula menuntun basikal untuk disimpan pada tempat yang dia sewa tadi.
"Dik ini awak terlupa ni. Awak nampak panik sangat tadi," seorang lelaki menghulurkan baki duit yang tidak sempat Evans ambil. Evans tadi terus memecut basikal dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengambil duit baki.
"Awak cakap kawan awak hilang, dah jumpa ke?" prihatin lelaki itu menanya khabar berita.
Evans sendiri tidak sedar akan sikapnya yang cemas itu, dalam keadaan terburu-buru dia menyewa basikal mencari Armel. Entah mengapa hatinya mula gelisah apabila Zarryn datang memberitahu tentang kehilangan gadis itu.
Evans ambil duit baki itu kemudian dia menoleh arah Armel tengah kena bebel dengan Ayshalyn dan Zarryn sambil tersengih.
"Dah jumpa. Thank you bro," kata Evans menepuk lembut bahu lelaki itu. Dia senyum nipis dan berlari anak ke arah rakannya yang lain.
___________________
TO BE CONTINUED....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro