Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 28 (SUNWAY)

Same date❤️
_________________

Sudah seminggu mereka bercuti. Bermakna 3 minggu lagi berbaki sebelum mereka memulakan semester kedua dan jika mereka bertuah mendapat pointer tinggi dalam peperiksaan hari tu, mereka akan tersenarai dalam 10 pelajar terbaik program pertukaran pelajar antarabangsa di London selama sebulan tu.

Armel baring terlentang di atas katilnya. Dia tak tahu nak buat apa sebenarnya. Tergolek sana, berguling sini. Bosan! Lantas mindanya tiba-tiba terfikir nak pergi theme park. Sunway Lagoon macam menarik! Terus diambil telefonnya dan membuka aplikasi WhatsApp.

PRESIDENTS ✨

ArmellDarnisya
-ui rakan..

AdamRizal
-awat?

ZarrynLydia
-???

ArmelDarnisya
-aku senanye ada plan.. tapi tu pun kalau korang on la..

AyshalynEmane
-apaan tu??

ZarrynLydia
-apa? apa?

ArmelDarnisya
-disebabkan aku rasa teramat bosan..
-JOM KITA PERGI SUNWAY LAGOON NAKK????

ZarrynLydia
-ON WEHHH!!! JOMMMMMMMM
-AKU PUN TENGAH BOSAN GILA KAT RUMAH

AyshalynEmane
-Bolehhhh. Aku pun dah balik dari johor niii.
-Jommm!!

EvansUzair
-Bila?

AdamRizal
-Aku on je.. tapi tak syok laa Hayden takda..

EvansUzair
-kann.. aku baru nak cakap

HaydenZiyad
-Anggap jela korang semua bertuah...

ZarrynLydia
-kenapa?

HaydenZiyad
-Sebab....

AdamRizal
-Eh jimbit. Habiskan ayat kau terus boleh tak?!

HaydenZiyad
-Hahahaha. Aku balik kl la hari ni

ArmelDarnisya
-Really?? Yessss! so kau boleh join la? tau tau..

HaydenZiyad
-yelah... bila?

ArmelDarnisya
-Yes!! Esok tau.
-GENG! ESOK TAU! KITA PERGI PAGI2 LAGIIII!!!!!

EvansUzair
-ye...

Armel tersengih gembira. Dia bangun dan melangkah ke arah abangnya untuk memberitahu rancangannya besok. Tak sabarnya!

Sunway, wait for me!

_______________________

Pagi itu, semua berkumpul rumah Adam. Kenapa? Sebab si Adam tu baru bagitahu semalam yang dia nak try bawak kereta Velfire baru bapak dia. So semua setuju dan berkumpul rumah Adam seawal jam 9 pagi.

"Meh la sarapan dulu. Auntie masak banyak ni tahu korang nak datang sini dulu," ajak mama Adam. Dia sudah diberitahu Adam akan rancangan anaknya itu bersama rakan-rakannya.

Mereka semua tersenyum dan mengangguk menerima pelawaan mama Adam. Lagi-lagi si Armel. Kemain laju angguk bila dengar sarapan walaupun dia sudah sarapan dirumahnya sebelum abangnya menghantarnya ke sini dan pergi ke pejabat.

"Mana Zarryn?" tanya mama Adam bila perasan anak jirannya tak ada di situ.

"Tengah bersiap la tu," Adam menjawab sambil menyuap nasi goreng yang dibuat mamanya ke dalam mulut.

"Sorry lambat!"

Satu suara kedengaran di pintu masuk. Seraya itu kelihatan Zarryn yang berpakaian baju t lengan panjang hitam dan legging hitam. Dibahu terdapat beg pinknya yang Adam kantoi haritu masa spotcheck. Mungkin berisi baju ganti selepas mandi nanti. Betul-betul tak sabar nak terjun Zarryn ni.

"Ha meh Zarryn. Makan dulu. Mama buat sarapan apa kat rumah?" tanya mama Adam ramah. Dia memang sangat kenal dengan Zarryn ni. Mana tak kenal kalau dah dari Adam tak putus tali pusat lagi mereka berdua dah berkawan. Wah hiperbola tu. Haha.

"Mama buat sarapan biasa je auntie. Tapi Zarryn tak sempat makan tadi ingatkan dah lambat. Rupanya diorang duk makan lagi." Zarryn lihat semua sahabatnya sedang menjamu selera.

"Wahh sedapnya!" segera Zarryn duduk di sebelah Adam dan mencapai pinggan dan sudu. Zarryn pun apa kurangnya. Dah biasa sangat dengan family Adam. Mereka semua makan dengan berselera. Lepas ni nak pulun main habis segala benda dekat situ!

Selepas bersarapan, mereka keluar menuju ke porch. Mama Adam juga turut menghantar mereka. Papa Adam tiada di rumah kerana pergi kerja. Maklum lah mereka pergi pun bukan hari minggu. Baru tak ada orang.

"Wah! Kereta baru ah auntie," kata Zarryn teruja. Mama Adam hanya ketawa kecil.

"Aku duk depan eh! Bye auntie!" Zarryn berlari ke tempat duduk penumpang di hadapan selepas bersalaman dengan mama Adam. Mama Adam tersenyum dan menggeleng kecil.

Ayshalyn dan Armel menyalami tangan mama Adam sementara tiga lelaki itu sudah di dalam kereta. Adam sudah semestinya jadi driver mereka hari tu. Dua lagi lelaki tu duduk di belakang sekali dan Ayshalyn dan Armel duduk di depan dua lelaki itu.

Perjalanan mereka pagi itu penuh ceria. Terutama si Armel. Ceria betul gadis tu siap berjoget lagi bila keluar lagu best kat radio. Sampailah mereka berhenti di lampu isyarat.

Adam menoleh ke arah Zarryn yang berada di sebelahnya yang sedang ralit memandang telefon. Matanya tertancap pada pakcik yang naik motor betul-betul di sebelah Zarryn. Siap tersengih lagi ke arah mereka atau mungkin ke arah Zarryn sahaja.

Maklum lah, keretanya kereta baru, jadi mungkin tinted kereta tidak begitu gelap yang membolehkan pakcik tu nampak Zarryn.

"Zarryn tengok tu. Ada pakcik hensem sengih pandang kau la," kata Adam. Zarryn menoleh ke sebelahnya dan terkejut dengan muka pakcik yang sengih ke arahnya. Dengan gigi yang sebelah ada sebelah tak ada.

Lagi membuatkan Zarryn terkejut, cermin tingkapnya tiba-tiba diturunkan. Dia pandang Adam. Lelaki itu selamba menekan punat yang menurunkan cermin tingkap sebelah Zarryn.

"Pak cik! Perempuan comel ni suka kat pak cik! Dia cakap pak cik hensem!" jerit Adam pada pak cik itu. Pak cik itu sempat tersengih miang pada Zarryn sebelum Zarryn menaikkan balik cermin tingkapnya.

Dia mencubit peha Adam kuat sampai lelaki itu menjerit lalu ketawa. Rakan-rakannya juga turut ketawa dengan pak cik tadi.

"Kau ni tolonglah jadi cerdik sikit. Dah nak masuk 20 dah," Zarryn menjeling Adam yang tersengih.

Tidak lama itu Adam perasaan lagi ada kereta saga lama yang mempunyai penumpang lelaki berhenti betul-betul sama dengan Ayshalyn. Cermin tingkap Ayshalyn dibuka dan menjerit sama seperti yang dibuat pada Zarryn.

Ayshalyn terkejut, segera menaikkan tingkapnya lalu tangannya laju mencepuk kepala Adam geram. Ada je idea sengal lelaki tu.

"Kau tak nak buat kat aku ke Adam?" tanya Armel teruja. Awal-awal dia buka tingkap tanpa Adam buat.

Pada masa yang sama, lampu isyarat merah bertukar menjadi hijau.

"Lambat, lampu dah hijau," kata Adam sambil ketawa. Armel memuncung mulutnya, sambil tekan punat cermin supaya ditutup kembali. Serentak itu rakan-rakannya ketawa. Kesian pula Armel. Hajat tak kesampaian.

_________________

Setelah mereka selesai urusan di kaunter yang diselesaikan oleh Adam dan Zarryn, mereka masuk ke dalam theme park tersebut.

Mereka ke amusement park terlebih dahulu selepas menyimpan barang masing-masing di dalam loker. Tiket mereka full access. Bermakna semua tempat mereka boleh pergi dan cuba. Armel membawa goPro hero black 8 begitu juga Adam.

Mereka mencuba permainan Tomahawk. Sedang mereka beratur, mereka diberitahu yang mereka perlu melepasi syarat ketinggian dahulu. Sebut saja ketinggian, mereka semua berpaling ke arah Armel.

"Armel sini," pantas Zarryn memanggil anaknya, Armel datang ke mari. Dia heret Armel dan ukur ketinggian, mana tahu tak lepas.

"Zarryn, I'm not that short okay," kata Armel dengan muka bosan. Dia memandang Zarryn yang struggle ukur ketinggian dalam keadaan terkebil-kebil. Sudah sedia maklum Armel ni kaum smurf. Tapi nasib baik dia lepas.

Pintu pagar tomahawk dibuka. Mereka mengambil tempat masing-masing. Setiap seat hanya muat dua orang saja. Jadi Adam dengan Evans, Armel dengan Zarryn dan pasangan yang terpaksa duduk sekali ialah Ayshalyn dan Hayden.

Baru saja tomahawk bergerak, Ayshalyn dah pegang kuat-kuat tali keselamatan pada bahu. Tomahawk mula berhayun, dari pelahan hingga la kuat.

Semua sudah menjerit teruja manakala Ayshalyn menjerit ketakutan. Tomahawk mula berhayun dengan kuat sehingga la berputar 360 darjah. Bergerak slow motion bila dalam keadaan terbalik. Siap berhenti lagi.

"Weh duit syiling aku jatuh weh!" kedengaran suara Adam seraya bunyi syiling bertaburan.

"Weh kaki aku tergantung ni weh!" suara Armel. Disebabkan ketinggian dia yang comel itu, bila benda tu berpusing dan berhenti di atas, kakinya terawangan. Tak sampai untuk memijak.

"Penipu punya Adam! Kau cakap benda ni biasa je!!!" kali ini suara Ayshalyn menjerit. Hayden yang duduk sebelah bersabar saja, hampir pecah gengendang telinga mendengar teriak kuat Ayshalyn.

Bila dah beberapa kali pusing, akhirnya benda tu berhenti. Segera Ayshalyn keluar dari benda haramjadah tu. Kepalanya betul-betul pusing dan nak muntah. Terus dia duduk di bangku di tepi pagar itu.

"Korang cakap benda ni tak berpusing pun, ni siap terbalik lagi!!" Ayshalyn mengamuk.

"Ayshalyn dah la.." ucap Zarryn duduk bercangkung sambil memujuk Ayshalyn yang duduk di bangku sambil mengosok- gosok mata.

Ya, dia menangis kerana terlalu takut. Dia bagaikan trauma akan permainan ini. Mereka semua berada pada bangku mengelilingi gadis itu.

"Aku okey.." tipu Ayshalyn. Dia pun tidak tahu kenapa menangis. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Zarryn bangun sambil bercekak pinggang. Dia menjeling ke arah Adam yang muka serba salah.

"Ni semua salah kau, kau ajak kitaorang main bende tu!" terus rambut Adam ditarik kuat oleh Zarryn. Terjerit-jerit lelaki itu mengadu sakit. Siapa tak sakit rambut kena tarik macam nak tercabut rambut ditarik Zarryn.

Mereka semua mula melangkah pergi ke permainan lain pula setelah Ayshalyn sedikit reda.

"Wah!"

Armel dah bersinar mata melihat fun world pelbagai jenis permainan disitu. Dia tertarik dengan satu permainan yang ada disitu. Main permainan tu sampai menang dan akan dapat hadiah. Wah! Dia melangkah ke situ tanpa menghiraukan rakan-rakannya.

Evans yang merasakan Armel tidak bersama mereka, berpusing mencari kelibat Armel. Dia nampak Armel terlompat-lompat teruja depan kiosk kecil game. Evans mengeluh dan melangkah ke arah Armel.

"Ok dik, macam ni. Adik main game ni and kalau adik menang, adik dapat rantai ni. Tapi adik kena bayar dulu la," Evans dengar abang yang jaga kiosk tu beri penerangan pada Armel.

Dia lihat gadis itu angguk teruja. Gadis itu sudah bersedia di tempatnya mengambil kedudukan yang betul selepas membayar kepada abang tu.

Permainannya adalah main tembak-tembak kepala alien yang bergerak-gerak biar kena. Kalau kena tu kira menang dan dapat hadiah tu.

Dia lihat Armel tekun betul tembak kepala alien yang tergedek-gedek bergerak semacam mengejek Armel yang tidak kena menembaknya.

Tet!

Masa permainan tamat tetapi kepala alien itu tidak mengena. Bermakna Armel kalah. Armel mengetap bibirnya. Dia mesti menang! Dia nak juga rantai tu!

Sekali lagi duit diberi kepada abang tu dan permainan bermula lagi. Dia menembak geram ke arah kepala alien yang bergerak itu. Ditembak dengan tekun sampailah..

Tet!

Armel melepaskan geram pistol tu. Kalah lagi! Jimbit punya alien. Armel pandang rantai berkilauan yang tergantung. Aih.. sayangnya, aku tak dapat kau rantai..

Armel memuncung mulut serta melangkah pergi dari situ. Putus asa nak dapatkan rantai tu.

Evans melihat Armel melangkah dengan wajah mendung. Sedih tak dapat hadiah. Dia mengeluh sambil menggaru-garu keningnya lalu dia mengeluarkan wang kertas bernilai seratus dan diberikan abang kiosk tadi.

"Saya beli la bang rantai ni," Evans mengambil rantai yang tergantung itu. Dia simpan dalam poket rantai itu.

Sebelum dia melangkah pergi, sempat dia ambil bola pingpong yang ada atas meja sebelah lalu dilempar kuat ke arah kepala alien yang tak bergerak itu.

Terkulai kepala alien dengan balingan kuat Evans. Evans tersengih menang. Baru puas hati dia, dari tadi geram tengok si Armel noob ni main.

_________________

"Ready Zarryn?" tanya Adam mengalih pandang ke arah Zarryn. Zarryn mengangguk dengan muka serius. Dia meregang-regangkan lengannya dan mematah-matahkan leher bersedia.

"Cross!" Adam menghulurkan lengannya ke arah Zarryn. Zarryn membalas dengan menyilangkan lengannya dengan lengan Adam. Macam Kwangsoo selalu buat untuk betrayed orang dalam running man.

"Go!" jerit Adam. Serentak itu bunyi muzik Beethoven Virus kedengaran. Mereka berdua mula bergerak mengikut rentak.

Ya, mereka tengah main dance dance revolution arcade game. Haih apa nak jadilah..

Dengan riangnya Adam menari-nari mengikut rentak muzik itu. Siap terjerit-jerit riang. Zarryn sama naik, kaki mengikut anak panah yang dipaparkan.

Ayshalyn hanya melihat Adam dan Zarryn menari sambil tersenyum. Tak ada niat untuk menyertai dua orang tu menari. Evans dan Armel pula tak tahulah dah melekat dekat mana. Pandang-pandang belakang, dua-dua dah lesap.

"Nah, air mineral," seraya Hayden menghulurkan air mineral pada Ayshalyn.

"Thank you," ucap Ayshalyn dan ambil botol air itu.

Hayden memandang Ayshalyn yang masih tersenyum melihat Adam dan Zarryn. Nampaknya gadis itu kembali pulih dari trauma. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul 11 pagi.

Mereka tak boleh membuang masa sangat. Banyak benda dan tempat mereka nak teroka kat tempat besar tu.

Asylyn juga kelihatan sedikit bosan, mereka tidak bermain banyak permainan lagi. Hayden terpandang papan tanda scream park. Dia pandang Ayshalyn sekali lagi. kemudian satu senyuman nipis terukir pada bibir lelaki itu.

"Ayshalyn, jom masuk situ,"

Ayshalyn berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Hayden. Dia mengerutkan muka seraya memandang Hayden yang tersengih. Seriuslah?

"Kau biar betul nak masuk situ?" tanya Ayshalyn ingin kepastian. Setahunya Hayden ni takda beza dengan lelaki yang riang menari sana tu. Penakut.

"Yeah why not. Lagipun takkan kita nak buang masa tengok diorang menari. There're lots of interesting things to try right?" Hayden kerling ke arah dua orang yang masih lagi menari riang tanpa memikirkan keadaan sekeliling.

Hayden menarik lengan baju Ayshalyn yang masih memandangnya tidak percaya. Ya. Dia nekad! Asalkan dia ada benda nak buat dengan Ayshalyn. Redah rumah hantu pun jadi! Dia cuma harap yang dia tak terkencing je nanti.

Hayden melihat sekeliling. Penuh keseraman. Ni baru luar Hayden! Kau tak masuk pun lagi. Dia lihat Ayshalyn berjalan selamba di depannya.

Semasa mereka masuk ke dalam, di pintu masuk itu tiba-tiba seekor jembalang besar mengejutkan mereka. Ayshalyn tidak menjerit, hanya pokerface. Langsung tidak takut ketika itu.

Manakala Hayden sudah mengucap panjang dalam hati. Wajahnya pula berlagak beku macam biasa.

Mereka meredah pelbagai jenis hantu. Hayden diam cuba menutup mulut dari terjerit. Ayshalyn pula entah kenapa dia sempat gelak melihat struggle nya manusia berlakon hantu itu.

Sampai satu tahap mereka berjalan dalam tempat dihiasi sangkar penjara. Sangkar yang berkarat dengan suasana yang gelap, nasib lampu berkelip-kelip menerangi suasana samar-samar itu.

Baru sahaja Ayshalyn menapak, tiba-tiba satu maklum berwajah parut luka menyergah dia sebalik sangkar.

"Arghh!" Ayshalyn menjerit terkejut dan terundur ke belakang sedikit kerana hantu tu betul-betul muncul di depannya. Badan Ayshalyn terasa tersentuh dada Hayden dari belakang. Mungkin dia terlalu terkejut sehingga dia terlanggar tubuh Hayden.

"Careful," kata Hayden seraya memegang bahu Ayshalyn takut terjatuh ke belakang. Kalau jatuh takpe, ni takut pengsan dekat situ siapa nak angkat bawak keluar. Dengan dia sekali jatuh pengsan nanti.

Ayshalyn tersenyum sedikit bila tangan Hayden menyentuhnya. Bukan sebab apa, tapi dia dapat merasakan getaran pada tangan yang sepertinya menggigil ketika Hayden memegang bahunya. Sejuk pulak itu, cuma beza kali ini Hayden tidak menjerit.

"Thank you," ucap Ayshalyn. Dia mengalihkan tangan Hayden yang sejuk beku itu dari bahu. Belum sempat Hayden membalas ucapan gadis itu, tiba-tiba satu zombie keluar merangkak dari sangkar.

"Laju Ayshalyn! Cepat!" arah Hayden dengan gelabah. Kali ini dah tak nampak gentleman. Tikus bertopeng manusia itu dah menjelma. Bukan itu saja, siap bahu gadis itu dia tolak ke depan supaya laju berjalan.

Mereka berjalan meredah pelbagai hantu yang ada dalam tu. Suara dia dan Hayden sama-sama naik bila terjumpa hantu. Asyalyn dengar hayden sempat baca surah pendek ingin menghalau rasa takut. Tak dia yang jerit, Hayden yang jerit. Tak pun sama-sama menjerit meroyan. Hantu pun satu, main keluar je ikut suka!

___________________

Selepas bermacam game yang mereka sudah main di sebelah dry park, kini tiba masanya mereka masuk ke wet park! Yeayy mandi manda!

Sebelum itu, mereka berhenti sebentar untuk menunaikan solat zohor memandangkan mereka habis bermain di dry park betul-betul waktu zohor masuk. Jadi, mereka ke surau terlebih dahulu sebelum melanjutkan aktiviti mereka.

Mereka berkumpul di suatu tempat terlebih dahulu sebelum mereka pergi terjun kat mana-mana kolam atau pergi mana-mana aktiviti air.

"Kita naik vuvuzela tu jom!" ajak Zarryn seraya menunjuk ke arah water slide vuvuzela itu. Semua mata bersinar tengok water slide tu kecuali Ayshalyn. Tolonglah! Gayat tadi pun tak habis lagi!

Semua mengangguk setuju untuk naik benda tu kecuali Ayshalyn yang muka tak payah cakap la.

"Jom la Ayshalyn... pleaseeeee... sekali ni je," pujuk Armel seraya membuat muka comel dan memeluk Ayshalyn.

Ayshalyn mengeluh. Beberapa minit berfikir akhirnya dia mengangguk setuju. Melompat Armel gembira.

Mereka berenam berjalan ke arah tangga untuk ke atas. Sampai saja di atas, Armel sekali lagi teruja. Wah! Tak sabarnya nak naik!

Disebabkan pelampung untuk vuvuzela itu besar, enam-enam tu muat untuk masuk sekali.

Muka Ayshalyn semakin pucat bila menjeling ke bawah. Mak aii tinggi gila!

Semua dah masuk ke dalam pelampung cuma tinggal Ayshalyn yang masih teragak-agak melangkah masuk. Mati aku cemana?!

Dia tetap melangkah masuk bila Armel mengheret tangannya masuk. Dia duduk di tengah-tengah antara Armel dan Hayden. Cepat-cepat dia memegang tempat pemegang pelampung yang berada di belakang Hayden dan Armel itu kemas.

"Cepat tolak bang! Tolak!" jerit Adam teruja. Seraya itu terasa pelampung itu bergerak dan laju menuruni water slide itu.

"ARGHHHH!!!"

Semua suara bergabung terutama suara Ayshalyn. Paling kuat menjerit dan secara tidak sengaja dan sedar, dia menyorokkan kepala di lengan Hayden sebab takut sangat.

Hayden yang sedar akan kepala Ayshalyn menyorok, tersenyum. Dia menepuk-nepuk bahu Ayshalyn lembut sementara kawan-kawannya yang lain sibuk duk menjerit lagi.

Selepas bermacam-macam water slide yang mereka cuba, mereka semua akhirnya ke surf beach. Pelampung mereka juga turut dibawa bersama.

Disebabkan mereka naik water slide yang kena guna pelampung dua orang tu depan belakang, jadi mereka ada tiga pelampung tu.

Mereka berlari seriang kanak-kanak ribena ke arah surf beach tu. Saling memercik air dengan gembira. Zarryn dengan Adam dah macam berperang air. Tidak mahu mengalah.

Armel dengan Ayshalyn menyelam dalam air bertanding siapa paling selam lagi lama. Hayden pula berenang macam orang normal. Kecuali Evans. Mereka akhirnya tersedar kelibat lelaki itu tiada.

"Mana Evans?" tanya Asyalyn, dia ingat lelaki itu mengekori mereka.

ZAPS!

Serentak itu mereka berpaling arah bunyi itu. Evans yang turun bergaya dengan flying fox merentasi surf beach. Rambutnya yang sedikit terselak ke depan akan angin yang kuat.

"Wuu~!" jerit Adam sambil memercikkan air pada Evans yang hampir sampai. Rakannya yang lain juga membuat benda sama pada lelaki itu. Tidak lama itu, Evans datang masuk dalam surf beach.

"Adam cepat tolak aku sampai hujung tu! Cepat nanti ada ombak!" kata Zarryn sambil mengheret-heret lengan Adam sementara dia dah di atas pelampung. Menunggu Adam menolaknya. Adam dengan pasrah menolak permaisuri yang duduk atas pelampung tu.

"Naik lah. Aku tolak kau," arah Hayden pada Ayshalyn. Aysyalyn memandang Hayden dan teragak-agak untuk naik. Hayden mengangguk tanda ya, naiklah.

Setelah Ayshalyn naik, Hayden menolak pelampung itu disebelahnya menuju ke arah Adam dan Ayshalyn. Duduk sebelah-menyebelah cuma bezanya dia atas pelampung, Hayden dalam air.

Armel yang teruja tengok Zarryn dan Ayshalyn ditolak menoleh ke arah Evans di sebelahnya. Lelaki itu kelihatan sangat kacak dengan baju t putih basah dan seluar pendeknya. Sebelah tangan mencekak pinggang dan sebelah lagi memegang pelampung.

"Evans...." panggil Armel meleret. Evans menoleh ke arah Armel yang tengah buat muka comel. Sudah.. jangan cakap dia nak macam tu jugak dahlah.

"Aku nak naik pelampung tu pastu kau tolak aku boleh....." pinta Armel meleret lagi. Kali ini ditambah dengan tarikan kecil di lengan baju Evans.

Evans mengeluh kecil. Dia akhirnya meletakkan pelampung yang dipegang itu di atas air. Si Armel. apa lagi, melompatlah. Terus dia duduk atas pelampung itu.

"Cepat Evans cepat!" Armel betul-betul teruja atas pelampung tu. Tanpa sedar, Evans tersenyum kecil dengan kelakuan comel Armel. Dia menolak pelampung itu ke arah rakan-rakannya yang berada di tengah-tengah kolam itu menunggu ombak.

________

Tepat jam 5:30 petang, mereka kembali ke loker untuk mengambil baju ganti untuk pulang. Armel membuka loker. Dia mengemam mulut seraya mengetat ikatan rambut.

Baru saja dia mahu mengambil pakaian untuk ditukar, matanya tertancap pada seutas rantai yang dia letak dalam loker semasa mahu tukar pakaian sebelum pergi ke water park tadi.

Dia senyum melihat rantai yang diberikan oleh mamat tempe itu. Senyuman meleret bila dia ambil rantai yang diberikan Evans semasa amusement park tadi.

Lepas maghrib dan mengisi perut serta jalan-jalan sebentar di Sunway Pyramid, baru mereka bertolak balik ke rumah. Masing-masing dah macam obor-obor. Lembik. Letih seharian mereka bermain dalam theme park tu.

Masing-masing menghadap telefon dalam kereta kecuali Zarryn yang tengah berborak dengan Adam. Taknak bagi lelaki itu mengantuk. Kalau dia pun duk main telefon tak pun tidur, mahu syahid semua dalam kereta ni sebab drivernya mengantuk.

"Weh korang!" jerit Ayshalyn tiba-tiba. Armel yang baru nak terlelap itu terus bangun mamai.

"Kenapa? Dah sampai ke?" tanya Armel mamai.

"Bukanlah. Tak aku nak tanya.. korang ada apa-apa plan tak dalam cuti ni? Maksud aku macam proper plan dengan family ke.. ada?" tanya Ayshalyn bersungguh.

Semua memandang pelik Ayshalyn seraya menggeleng. Tersengih lebar Ayshalyn bila rakannya semua menggeleng.

"So kalau macam tu, kita pergi holiday nak tak?" tanya Ayshalyn dengan bersungguh lagi. Armel bila dengar holiday terus meluas matanya. Hilang mengantuk.

"Kat mana? Nak nak!" kata Armel teruja. Rakan-rakannya yang lain juga turut menunjukkan muka berminat.

"Kita pergi Langkawi nak? Kita tinggal dekat villa family aku. How? Nak tak?" tanya Ayshalyn lagi. Armel dari tadi teruja makin teruja dibuatnya sambil mengangguk-angguk setuju.

"Boleh weh. Jom!" kata Zarryn turut teruja.

"Bolehlah. Macam best jugak Langkawi," sampuk Adam setuju.

"Hayden? Evans? Nak tak? Jom la weh," tanya Zarryn memandang belakang ke arah dua lelaki itu. Ayshalyn dan Armel juga turut berpaling ke arah dua lelaki itu di belakang. Adam? Pandang jalan lah. Kau nak betul-betul syahid ke.

Dua lelaki berpandangan sesama sendiri. Mereka seperti berfikir sama-sama dan setelah beberapa saat, mereka tersengih sambil mengangguk setuju.

Yes!

"So aku set kita akan pergi 3 hari dari sekarang dan kita akan holiday for 5 days. Cun?" tanya Ayshalyn lagi. Mereka semua hanya mengangguk setuju.

"Yeah!" jerit Armel bahagia. Zarryn senyum. Kemudian, dia terlihat akan keliaun rantai pada leher gadis itu. Sejak bila Armel pakai rantai?

"Armel, where did you get that?" tanya Zarryn. Armel berhenti menjerit dia tunduk kepala memandang rantai leher apabila Zarryn menegurnya.

"Ouh, ini Evans bagi," selamba je Armel menjawab.

"Evans bagi? Kau beli dekat mana ni? Macam dekat kedai dua ringgit je," tanya Zarryn cuba menilik rantai, dah macam jeweler.

"Dua ringgit kau cakap?! Aku beli seratus eh," bantah Evans. Zarryn pula macam tidak percaya. Dia yakin ini rantai ni macam pernah nampak. Serious la seratus? Ku masih tidak percaya..

Mereka semua sampai di rumah Adam setelah hampir sejam dalam kereta. Disebabkan dah malam, mereka hanya tidur di situ. 2 ketul gadis tu tidur rumah Zarryn dan dua ketul lelaki tu semestinya di rumah Adam. Mereka masih teruja dengan rancangan Ayshalyn.

Yeay! Tak sabarnya nak holiday!

___________________

TO BE CONTINUED...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro