BAB 22 (JEALOUS)
Same date❤️
__________________
Pertandingan basketball peringkat daerah bermula. Dari pukul 8 pagi lagi beberapa buah bas dari pelbagai sekolah masuk dalam pekarangan sekolah. Sudah tentu atlet basketball yang datang. Semua yang turun dari bas segak dan bergaya.
Pelajar perempuan tidak kira dari kelas mana dari tadi terhendap-hendap dekat tingkap. Ingin melihat atlet-atlet basketball turun dari bas.
Sekolah mereka jadi tuan rumah tahun ini. Jadi pelajar council telah bertungkus lumus menyiapkan sedikit gerai jualan dan kantin sekolah mereka.
Bagi pelajar yang ingin menonton perlawanan hanya dibenarkan waktu rehat sahaja. Kerana pengetua sekolah mereka tidak mahu menganggu pembelajaran mereka.
"Ada yang handsome tak?" tanya Zarryn pada Armel. Mereka bertiga juga dari tadi mengintai dari tingkap. Mencari atlet handsome keluar dari bas. Mana tahu, jumpa dengan jodoh.
"Tak tahu, semua handsome!" kata Armel dengan teruja, sedikit kaki terlompat.
"Tu la, semua handsome. Tak tahu nak pilih mana satu," kata Ayshalyn pula. Ehh sejak bila jadi girl-girl ni? Dia juga mengintai lelaki yang berpakaian basketball dari tadi.
"Weh yang tu!" Armel menarik kedua-dua lengan Zarryn dan Ayshalyn. Dia tunjuk seorang lelaki bertubuh lampai tinggi, mukanya cengkung ada jawline. Dia memikul bag galas dengan sebelah tangan je atas bahu. Gaya potongan rambutnya simple tampak bergaya menjadikan lelaki itu kacak ketika berjalan menuju ke court.
Terlopong mulut ketiga-tiga gadis itu, masing-masing kaku tidak terkata.
"Korang tengok apa?"
Satu teguran seseorang dari belakang seraya rambut Zarryn terasa ditarik.
Zarryn menoleh memandang empunya suara yang menarik rambutnya. Riak wajah Zarryn yang berseri tadi berubah masam.
Dia pandang Adam yang berpakaian baju basketball sekolah. Baru je dapat cuci mata, dah jumpa mamat ni balik.
"Sibuk je. Bukan ke kau kena ada dekat gelangang ke? Pergi sana." halau Zarryn seraya membetulkan rambutnya yang ditarik Adam tadi.
"Nak pergi la ni, aku nak ambik something tertinggal dalam kelas," kata Adam. Dia tunduk mencari sesuatu dalam laci meja.
"Eh Adam,"
Adam mengangkat kepala tengok Zarryn.
"Make sure menang eh, jangan malukan sekolah. Risau aku," pesan Zarryn. Dia berasa bimbang. Yelah, mereka ini tuan rumah boleh malu kalau kalah dengan sekolah lain.
"Kau risau sekolah ke risaukan aku? Don't worry dear, I will win," kata Adam sambil kenyit sebelah mata pada Zarryn. Sebelah tangan dia tepuk pada dada, tanda jangan bimbang. Percayakan dia. Tangannya sekali lagi diangkat dan menggosok rambut Zarryn perlahan.
"Eh dia ni aku.." belum sempat Zarryn bertindak membalas reaksi, Adam sudah berlari anak keluar.
"Tahu takut, nasib sempat lari. Kalau tak dah lama pelempang naik ke muka," kata Zarryn memeluk tubuh. Dia kembali menyambung kerja as stalker dengan dua ketul itu.
Namun tidak lama itu, tanpa Armel dan Ayshalyn menyedarinya segaris senyuman terukir di bibir Zarryn dalam diam mengingatkan sentuhan tangan Adam di kepalanya.
Argh! Gila kau Zarryn!
____________
Whistle ditiup oleh pengadil. Serentak itu pertandingan bermula, bunyi geseran tapak kasut dengan lantai kedengaran.
Bola keranjang bertukar-tukar orang. Hingga la Adam mendapat bola. Terus Adam berlari arah jaring. Walaupun beberapa atlet pihak lawan cuba melawan, tapi Adam lebih lincah mengelak.
Sampai saja, pada tiang jari. Pantas Adam melompat tinggi dan menyumbat bola dalam jaring.
Masuk!
Mata pertama bagi Knights dari jaringan Adam. Lelaki itu senyum bahagia. Dia pandang ke tempat penonton. Matanya mencari kelibat Lieya. Namun gadis itu tidak perasan akan jaringannya, malah dia sedang membelek telefon sambil tersenyum seorang diri.
Senyuman Adam mati, dia mengendahkan saja. Dia meneruskan permainan yang masih berlangsung.
"Faris ambik!" bola dilontar ke arah salah seorang atlet basketball. Lelaki itu cekap menyambut bola. Bola dibaling ke arah atlet lain sehingga la kembali semua pada tangan Adam.
Baru saja Adam ingin melompat arah jaring, seorang atlet pasukan lawan sempat menghalang. Bola itu dirampas.
Adam mendengus kasar membuatkan dia bengang. Sekali lagi mereka cuba mengambil bola itu kembali.
Dia berlari ingin merampas bola. Dengan taktik yang telah diajar coach, bola itu berjaya dirampas kembali.
Adam membaling bola arah atlet lain. Dia berlari arah jaring menunggu bola itu kembali padanya. Seperti yang dirancang, Naufal melontar bola itu pada Adam. Tanpa melengah masa, Adam lompat dan menyumbat bola dalam jaring.
Yes!
Sekali lagi Adam menoleh arah penonton dengan hati senang. Matanya liar mencari Lieya di kawasan penonton. Kelibat gadis itu hilang, kemana pula dia pergi? Bingung Adam.
Masa semakin suntuk, membuatkan pelajar lagi berdebar. Perbezaan markah antara Knights dengan pasukan lawan tidak jauh beza. Masing-masing masih berkeras mencari peluang mencari mata markah.
Adam yang sudah berpeluh berlari ke sana sini ingin menyumbat bola dalam jaring. Bola yang dilontar rakan sepasukan disambut cekap. Adam berlari arah tiang jari, dia melompat tinggi.
Tanpa dia sangka, seorang atlet terlebih dahulu menghalang. Membuatkan jaringan Adam gagal. Namun disebabkan Raziq yang berada berhampiran sempat merampas bola, lalu dia menyumbat dalam jaring.
Seraya itu, bunyi tiupan whistle tanda perlawanan antara mereka tamat. Pelajar WCIS menjerit kemenangan.
Knights berjaya mara ke peringkat seterusnya. Segelintir pelajar pihak lawan terduduk atas lantai, mereka gagal menewaskan pihak lawan.
Yeahh! Knights Win!
Bunyi sorakan memenuhi ruang gelanggang basketball itu meraikan kejayaan team Adam. Dan semestinya suara sorakan dari sekolah mereka sendiri.
Adam melabuh punggung dengan nafas termengah-mengah. Dia mengesat peluh dengan tangan. Dia berlalu pergi ke bilik persalinan untuk menukar baju setelah tamat perlawanan.
Setelah siap, Adam keluar dari bilik persalinan. Sedang dia berjalan, matanya tertacap pada figura Lieya yang sedang bersembang. Seronok berbual siap ketawa lagi.
Adam mengenggam erat buku lima, riak wajahnya menahan marah. Apa yang dia marah bukan pada Lieya saja, namun pada lelaki berkaca mata melayan Lieya.
Hayden, rakannya sendiri.
_______
"Congratulations to Knights for winning this time!" Serentak itu pelajar menepuk gemuruh meraikan kejayaan.
Malam itu, majlis sempena kejayaan kemenangan basketball diadakan. Sekolah mereka berjaya mara ke peringkat seterusnya. Pelajar boleh menikmati makan yang pelbagai jenis yang disediakan pihak sekolah di dewan berhimpun asrama.
"Wah banyaknya makanan!" ceria nada Armel. Dia sudah mencapai pinggan. Dia ambik dua kek coklat, dan beberapa makanan lain. Zarryn dan Asyalyn pula mengambil makanan yang tidak berat, maklum sudah malam. Tidak macam Armel yang hanya mengambil makanan yang manis.
"You pergi mana tadi masa game?" sengaja Adam tanya pada Lieya. Walaupun dia sudah tahu jawapan sebenar.
"I pergi tandas, lagipun I ada urusan. Something urgent you know. Sorry bie," Lieya memaut lengan Adam dengan muka sedih cuba mendapatkan simpati lelaki itu.
"Okey.. I trust you," kata Adam dengan lemah. Dia melepaskan pautan tangan Lieya. Lieya pandang Adam dengan senyum tersirat, apabila Adam mempercayakan dirinya. Namun anak matanya beralih pada jejaka yang baru masuk dalam dewan makan. Sampai pun!
"Bie, I pergi ambik makanan dulu. You nak sekali ke?" tanya Lieya.
"No thanks, just water," Adam menolak. Gadis itu senyum dan berlalu pergi arah meja makanan.
Hampir 10 minit gadis itu menghilang,tidak muncul lagi. Rasanya meja makanan dekat, takde la jauh mana. Adam mengerling jam. Dia akhirnya nekad ingin mencari Lieya sendiri.
"Eh kau tengok tak gambar Kak Lieya dengan Abang Hayden dalam twitter?"
Adam terdengar perbualan juniornya.
"Gila tak tengok, dengan ayat habis gula lagi dia buat caption." Adam berhenti menapak, dia memasang telinga. Dia pandang arah juniornya yang sedang memegang telefon sambil bercakap sesama mereka.
"Dah macam orang couple aku baca. Tapi dia dah break dengan Abang Adam ke? Kalau diorang belum, kesian jejaka idaman ak...."
Ayat dia terbantut situ sebaik saja dia nampak dua kaki betul-betul berdiri hadapanya. Adam.
Tanpa berkata apa, Adam rampas telefon juniornya. Dia melihat sendiri gambar serta caption yang ditaip Lieya. Ayat sweet mengalahkan laki bini! Adam mengangkat kepala, dia lihat segenap sudut dewan makan. Mencari Lieya.
Dia nampak kelibat Lieya sedang mengambil makanan. Namun sesuatu lebih menarik perhatiannya apabila dia lihat Hayden ada sebelah! Lieya pulak macam kucing nak berlaki, berkepit tergesel bahu sesama Hayden.
"Tak guna!" detus Adam. Dia melangkah laju ke arah pasangan itu. Kemarahannya tiba-tiba naik mendadak.
"Eh Hayden!" panggil Adam dengan kasar. Tubuh Hayden ditolak kuat membuatkan lelaki itu terhenti mengambil makanan. Terpinga-pinga Hayden pandang muka Adam yang marah.
"Kau kenapa?" tanya Hayden masih berlembut, tidak la sekasar Adam tadi. Adam senyum sinis, kali ini dia pandang Lieya yang turut memandangnya.
Siapa tak terkejut. Semua pelajar saling memandang arah Lieya, Adam dan Hayden. Mereka bertiga menjadi tumpuan ketika itu.
"Eh perempuan! Dah tak ada laki lain ke? Kenapa kawan aku sendiri?!" teriak Adam dengan geram, menyirap naik marah bila pandang muka Lieya. Muka Lieya sudah cuak namun dia cuba mengawal reaksi muka.
"Eh Adam, chill. Kau dah kenapa sebenarnya?" Hayden cuba menenangkan Adam. Dia masih keliru dengan keadaan sekarang. Lelaki itu datang tiba-tiba tengking.
Zarryn dan Ayshalyn juga menyaksikan pergaduhan itu, mereka masih tidak bertindak lagi. Masing-masing hairan dengan sikap Adam.
"Mula-mula gambar, nombor then what? Sweet caption on twitter?! So sweet Lieya!" tengking Adam pada Lieya, sudah kantoi.
Lieya cuba menyorok muka, macam mana boleh tahu ni. Setahunya dia dah block akaun twitter Adam.
Hayden pandang Lieya dengan muka berkerut. What?!
"Adam, calm down. Kita bincang elok-elok," kata Hayden masih bersabar. Dia inginkan penjelasan dari Lieya.
"Eh kau pun satu kenapa perlu awek aku juga?!" Adam menolak dada Hayden kuat menyebabkan lelaki itu terundur. Adam memang bertindak luar kawalan, perasaan mengawal seluruh pengerakan saat itu. Dia langsung tidak menghiruakan akan pelajar lain yang memerhati.
"Adam! Are you out of your mind!" kali ini Zarryn menjerit dan memegang lengan Adam. Dia cuba meleraikan masalah. Ayshalyn juga datang menolong Hayden.
"Korang tahu tak, laki depan korang ni dengan pompuan ni dating senyap senyap. Fikir aku bodoh!" terjenggil mata Adam seraya tangan diangkat tinggi mahu menumbuk pipi Hayden.
Namun Zarryn terlebih dahulu menghalang dengan memeluk tangan dan bahu lelaki itu dengan erat. Kudrat lelaki Adam cuba ditahan walau agak payah.
Termengah-mengah nafas Adam tidak teratur, dia masih renung Hayden yang muka penuh tertanya dan terkejut.
Wait dating? Serious man?!
"Adam stop it!" Ayshaln ingin Adam berhenti bertindak luar kawalan lagi. Adam meraup muka dengan kasar. Dia masih terkilan dengan Hayden.
"I'm freaking tired of this drama!" kata Adam dengan kesal. Dia berjalan keluar dewan meninggalkan semua dalam keadaan terpinga-pinga.
Sempat dia merempuh bahu dengan kasar membuatkan Zarryn membeliak biji mata. Sekali dengan mulut ternganga luas. Ma aii sakit!
Mana tak ternganga kalau bahu yang Adam rempuh itu bukan Hayden tapi bahu si Zarryn.
"Adam!" jerit Zarryn mengekori Adam yang keluar dari dewan.
Hayden yang berada hadapan Adam sebentar tadi membetulkan bajunya dan keluar dari dewan juga.
Ayshalyn pandang sekeliling, semua pelajar sedang memerhati arah mereka. Dia mengeluh dan membuntut Hayden dari belakang.
"Okey.. sorang pergi sana, sorang pergi situ," kata Armel sambil mengeleng kepala dengan muka pokerface. Dari tadi dia tercegat di meja makan sambil memerhati dari jauh. Malas mahu terjebak sekali.
"Aku? Makan!" Katanya lagi dengan gembira. Dia menyambung memilih makanan.
Manakala Evans baru saja sampai ke dewan. Dia bergegas dari tandas apabila ada junior yang memberitahu berlaku pergaduhan antara Adam dan Hayden.
Namun dua lelaki itu hilang entah ke mana. Bukan itu saja dua gadis itu juga turut tiada dalam dewan. Dia terpandang susuk tubuh Armel yang sibuk memilih makanan seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"Macam-macam," gumam Evans sambil mengeleng kepala.
_________________
Hayden duduk di bangku di bahagian bawah asrama mereka untuk meredakan api yang menyala tadi. Dia meraup ke belakang rambutnya yang terjuntai di dahi seraya menanggalkan cermin matanya.
Shit!
Ingin saja dia memaki Lieya di situ memandangkan si gedik tu yang mulakan semua benda mengarut ni! Tapi memikirkan ramai orang di situ, dia terus mengangkat kaki beredar. Bimbang dia hilang sabar.
Sungguh, rasa marahnya lebih kepada Lieya dan bukan pada Adam. Bukan dia tidak langsung marah pada Adam, cuma rasa terkilan melebihi rasa marah yang ada memandangkan dia dah anggap Adam itu sahabatnya.
"Dahlah tu. Tak payahlah fikir pasal Adam. Senggugut agaknya dia tu,"
Satu suara menegur membuatkan dia menoleh ke arah empunya suara. Kelihatan Ayshalyn yang sedang memegang pinggan melangkah ke arahnya lalu melabuhkan punggung disebelah dia.
"Are you alright?" tanya Ayshalyn sambil memandang muka Hayden yang tanpa cermin matanya. Dia selalu terpukau dengan warna anak mata Hayden yang kelabu mempesona itu.
Hayden mengangguk seraya tersenyum kecil. Jujur, dia suka dengan kehadiran Ayshalyn di situ. Bagai meneman dan memujuknya. Tidak sikit pun rasa terganggu.
Dia mulai rasa pelik dengan dirinya. Dulu, dia tak suka kalau ada yang mengacaunya semasa dia tengah menenangkan diri. Tidak kiralah siapa orang tu. Tapi, bila datang Ayshalyn, dia tidak sedikit pun rasa terganggu malah dia menyukai dengan kehadiran gadis itu di sisinya.
"I'm fine. Thanks," sekali lagi dia tersenyum pada Ayshalyn.
"Tadi kau tak sempat pun makan kan. Kau ambil je tadi. So, aku bawakan pinggan yang kau isi makanan tadi. Nah," seraya itu Ayshalyn menghulurkan pinggan yang berisi makanan ke arah Hayden.
Hayden pandang pinggan dia tadi yang terisi makanan yang dia pilih, sebelum Adam datang memarahinya.
Kali ini, senyumannya lebar sampai menampakkan susunan cantik giginya ke arah Ayshalyn. Sungguh dia tak tahu nak cakap apa. Terharu pun ada bila Ayshalyn ambil berat tentangnya.
Pinggan itu diambil dan diletakkan di tengah-tengah antara mereka berdua.
"Makan dengan aku?" tanya Hayden penuh harapan.
Ayshalyn yang tadi masih terkedu dengan senyuman cantik lelaki itu, makin terkedu kuasa 2 bila Hayden ajak dia makan sekali.
Perlahan-lahan dia senyum dan mengangguk. Menerima pelawaan Hayden terhadapnya lalu mereka makan bersama di atas pinggan yang sama, kerusi yang sama dan sudah tentu makanan yang sama!
___________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro