BAB 21 (CARE)
1 7 / 0 5 / 2 0 ❤️
___________________
Hai.. - Unknown number
Zarryn mengerutkan dahi melihat satu mesej yang diterimanya entah dari siapa. Dia tengok balik nombor tu, manalah tahu kenal. Tapi tetap dia tidak tahu siapa.
Nak balas ke tak? Zarryn teragak-agak ingin membalas. Dibuatnya bangla yang mesej dia tu tak ke naya. Tapi Zarryn cuba mengumpul keberanian untuk membalas mesej itu. Fuh!
Hai.. siapa ni? - Zarryn Lydia
Tidak sampai beberapa minit, telefonnya kembali berdeting tanda mesej masuk.
Saya Qairul.. - Unknown number
Qairul? Qairul mana ni? Zarryn cuba mengingat nama kawan-kawannya. Matanya terbuntang luas teringat satu gerangan ni. Tapi.. takkanlah.
Qairul as, Qairul budak kelas Aries and budak blok excell?? - Zarryn Lydia
Yes.. sayalah tu.. save la number saya - Unknown number
Melompat Zarryn membaca mesej itu. Encik Crush mesej! Siap suruh save number lagi tu! Wouww!
Jom kita keluar nak? Kan cuti ni.. kita lepak sesama - Qairul inchi crush
Wow! Wow! Wow! Encik crush ajak keluar la woi!
Erm...bila tu Qairul.. - Zarryn.
Esok boleh? pukul 8:30pm- Qairul inchi crush
Boleh..dekat mana tu? - Zarryn
QairulInchiCrush send you a location.
Oh cafe ni dekat je dengan rumah Zarryn.. - Zarryn
Oh yeke.. kalau macam tu, jumpa esok. Bye - Qairul inchi crush
okay bye.. - Zarryn.
Sekali lagi dia melompat-lompat kegembiraan. Bahagia tak terkata bila crush ajak keluar. Argh!
"Akak ni kenapa?"
Terkejut Zarryn dengan suara yang tiba-tiba muncul. Kelihatan adiknya, Zariel yang berada di pintu biliknya. Ish kacau jela dia ni!
"Takde apalah. Zariel nak apa?" tanya Zarryn.
"Mama suruh panggil kakak dinner. Jom turun," ajak Zariel. Zarryn melihat muka adiknya yang tak berekspresi. Adiknya ini memang seorang yang beku. Kalau orang tak kenal memang dah cop si Zariel ni sombong bila tengok muka iceberg dia tu.
"Ha yela. Kejap lagi akak turun. Zariel turun dulu,"
Zariel hanya mengangguk dan menutup kembali pintu bilik kakaknya.
Fuh! Nasib baik tak kantoi tadi. Dia melangkah turun ke bawah sambil telefonnya tetap dalam genggaman. Kelihatan papanya sudah berada di meja makan bersama adiknya, Zariel. Mama kelihatan meletakkan lauk di atas meja.
"Ha meh Zarryn duduk." ajak mamanya bila perasaan kehadiran Zarryn. Zarryn hanya mengangguk dan mengambil tempat duduk di sebelah Zariel. Mereka sekeluarga duduk menikmati hidangan pada malam itu.
"Family uncle Fareez dah bertolak ke kampung siang tadi," papanya buka topik.
Terus berpaling Zarryn ke arah papanya bila terdengar nama Uncle Fareez.
"Balik kampung? Yeke? Sampai bila diorang dekat situ?" tanya Zarryn dengan ceria. Gila kau tak ceria. Lanun hutan tu tak ada kat rumah. Wah!
Mamanya memandang pelik ke arah Zarryn. Suka sangat bunyi dia. Dia menggeleng. Tahu sangat anaknya anti dengan Adam tu. Pantang jumpa, pasti berzzzz-zzz. Bergaduh.
"Entahlah. Papa tak tahu pulak sampai bila diorang dekat sana," jawab papanya. Zarryn mengangguk. Tak kiralah berapa lama, asalkan lanun hutan tu tiada. Muahahha.
_______________________
Zarryn bangun dengan cerianya pagi itu. Tak sabarnya nak jumpa inchi crush hari ni! Dia berjalan ke arah pintu gelangsar biliknya. Langsir ditarik ke tepi membenarkan cahaya masuk. Setelah sekian lama dia tidak membuka langsir dan pintu gelangsar ni, akhirnya hari ni dia dapat buka juga bila malaun tu takda!
Dia membuka pintu gelangsar dan menapak keluar ke balkoni bilik. Dia menggeliat kecil gembira dengan hari yang aman itu. Bestnya hari ni!
"Oi! Lama tak nampak jiran? Baru keluar gua ke?"
Mata Zarryn terbuka luas mendengar suara yang sangat dikenali itu. Dia memandang ke arah bilik yang bertentangan dengannya.
Kelihatan Adam bersahaja dengan seluar pendek tanpa baju bertenggek di atas penghadang balkoni sambil tersenyum ke arahnya.
Zarryn mengesat-ngesat matanya. Mimpi ke betul ni? Bukan papa kata family dia balik kampung ke? Macam mana dia boleh ada dekat depan aku pulak ni?!
Dia sekali lagi melihat ke arah Adam yang masih bertenggek di situ dan tersenyum. Kali ini ditambah dengan lambaian kecil untuknya.
"ARGH!!!!"
Maka pagi itu, kawasan rumah mereka bergegar dengan jeritan Zarryn.
____________________
Zarryn turun ke bawah untuk sarapan. Sebal hatinya bila teringat yang si malaun tu ada kat rumah! Ish!
Dia lihat papanya sedang membaca surat khabar manakala mamanya menikmati hidangan. Zarryn melangkah ke arah meja dan duduk di situ.
"Pa! Kenapa papa tak cakap yang si Adam tu tak ikut family dia balik kampung?" tanya Zarryn tak puas hati.
"Papa lupa," jawab papanya senang.
"Kenapa kalau Adam tu ada kat rumah pun. Rumah dia, suka hati dialah," kata mamanya menyebelahi Adam sambil menggeleng. Zarryn memuncung tidak puas hati.
"Alah lagipun uncle Fareez suruh Adam study dengan Zarryn. Korang dah nak exam kan," kata papanya lagi. Ish! Kat sekolah dengan dia, kat rumah pun dengan dia!
Kemudian, dia mendapat satu idea. Luas mata Zarryn sekali dengan senyuman.
"Ok. Kalau macam tu, Zarryn pergi rumah dia eh malam ni. Uncle Fareez nak suruh study kan," Zarryn mengelip-ngelip matanya. Papanya hanya mengangguk.
Yes!
Sebenarnya bukan nak pergi rumah Adam, tapi dia nak pergi jumpa inchi crush! Hahaha maaf Adam. Akhirnya kau berguna juga untuk aku!
Setelah bersarapan dia naik ke biliknya dan mencapai telefon. Nombor Adam dicari dan didail.
Dia berdiri betul-betul menghadap bilik Adam dengan pintu gelangsar yang terbuka. Ingin melihat lelaki itu sambil bercakap di telefon.
"Hello," suara Adam kedengaran setelah panggilan bersambung.
"Hai Adamku sayang.. pergi dekat balkoni kejap," arah Zarryn.
"Kenapa?" tanya Adam seraya muncul tubuhnya di balkoni. Zarryn tersenyum dan melambai-lambai ceria.
Adam memandang pelik Zarryn yang nampak mesra tu. Dia ni dah mereng ke apa?
"Kau nak apa ni?" tanya Adam sekali lagi dengan muka pelik melihat Zarryn.
"Okay aku straight to the point eh. Aku cakap dengan papa yang aku nak pergi study dekat rumah kau malam ni sebab bapak kau suruh kan. Tapi sebenarnya aku nak keluar. So, kalau papa call kau nanti tanya aku ada ke tak, kau jawab ada eh. Siap kau kalau kau cakap aku takda. Awas!" Zarryn menunjuk jari telunjuknya ke arah Adam.
"Erm... yelah.." pasrah Adam. "Tapi kau nak keluar pergi mana?" tanya Adam.
"Aku nak pergi date!" Kata Zarryn sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Date? Dengan siapa?!" tanya Adam dengan suara yang ternaik sikit seraya melihat Zarryn.
"Adalah. Kau nak tahu kenapa. Tak ada kena mengena dengan kau!" Zarryn membalas.
"Arh takde takde kau bagitahu cepat! Dengan siapa kau nak date?! Kalau tak aku bagitahu uncle Razman yang kau pergi keluar date dan bukan pergi study dengan aku," ugut Adam. Zarryn memuncung mulut. Ish dia ni!
"Dengan Qairul..." jawab Zarryn terpaksa. Adam mengerutkan dahi mungkin memikirkan siapa gerangan Qairul tu.
"Qairul si muka penyet tak guna tu?!"
"Heiii jangan kutuk crush aku!"
Marah masing-masing dalam telefon. Padahal masing-masing menghadap satu sama lain. Cakap kemain dalam telefon macam jauh.
"Kau nak pergi mana dengan dia ni?! Malam malam lagi!" Marah Adam.
"Alah cafe depan tu jelah! Oklah bye!"
Zarryn memutuskan talian dan masuk ke dalam bilik. Sempat dia menjelirkan lidahnya sebelum pintu gelangsar ditutup kembali. Adam melihat bilik Zarryn dengan tidak puas hati. Aku di kambing hitamkan!
Malam itu, selepas maghrib terus Zarryn bersiap. Excited! Dia sudah pun menempah grab awal-awal lagi untuk mengambilnya. Gila kau nak suruh papa hantar? Dah memang sah-sahlah kantoi bukan pergi study!
"Bye pa, ma. Zarryn pergi dulu,"
Zarryn keluar ke pintu pagar dengan bahagia. Dia menjeling ke arah bilik Adam.
Kelihatan lelaki itu melihatnya dari balkoni bilik.
Dia membuat 'flying kiss' dan melambai-lambai gedik ke arah Adam sebelum masuk ke kereta grab yang telah sampai.
"Happy kau ya," Adam menggeleng dan masuk ke dalam biliknya semula.
___________________
Zarryn melihat jam pergelangan tangannya untuk yang keberapa kali pun tak tahu.
9:30pm
Mana Qairul ni...
Sedang dia menunggu Qairul, ada mesej WhatsApp masuk. Dia buka untuk melihat siapa yang menghantar mesej kepadanya.
Sorry Zarryn.. i couldn't make it.. ada family matters - Qairul inchi crush
Dengan rasa sebal dia menutup telefonnya. Ish! Nak je aku swing kepala mamat ni. Dah lebih sejam aku tunggu, dengan seriang kanak-kanak ribena dia cancel?!
Zarryn keluar dari cafe dengan sakit hati setelah membayar minumannya. Dia berpeluk tubuh di hadapan cafe seraya melepaskan keluhan.
Dia terlalu beria-ria ke?
Sekali lagi dia sedih dan sakit hati.
_______________
Adam mengambil makanan ikan dan ditabur pada permukaan air. Segaris senyuman lebar pada bibir Adam apabila melihat ikan-ikannya sedang makan. Nampaknya hari ini Zubaidah, Lopa dengan Salman makan banyak.
Bunyi deringan telefon atas meja mengalihkan pandangan Adam dari ikan-ikan tadi. Nama uncle Razman terpapar di dada skrin.
"Hello," Adam menjawab.
"Ha hello Adam. Tak habis study lagi ke tu? Uncle nak ajak makan ni," kata papa Zarryn.
Adam mengerutkan dahinya seraya melihat ke arah jam dinding.
9:45pm.
Si Zarryn ni tak balik-balik lagi ke? Dah lewat ni!
"Adam," panggil papa Zarryn semula setelah tiada jawapan kedengaran.
"Ha ya uncle. Belum habis lagi. Kalau dah habis nanti kitorang pergi. Uncle makan la dulu," jawab Adam.
"Ha yelah," papa Zarryn memutuskan talian.
"Ha Adam jawab apa?" tanya mama Zarryn. Seraya itu juga, kedengaran enjin superbike dari rumah sebelah. Seperti memecut keluar.
"Dia cakap nanti habis study diorang datang. Kita makan dululah," jawab papa Zarryn. Mamanya hanya mengangguk.
_______________________
Adam membawa perlahan motornya mencari kelibat Zarryn di deretan kedai itu.
Tap!
Matanya tertangkap satu figura perempuan yang duduk mencangkung di tepi sebuah cafe sambil memakan lollipop. Adam menghentikan motornya di hadapan perempuan itu. Perempuan itu masih tunduk mencangkung tanpa menyedari kehadirannya.
"Dahlah jom balik,"
Zarryn mengangkat kepala apabila mendengar suara yang dikenali. Kelihatan Adam yang sedang menunggang superbike hitamnya di hadapan Zarryn. Zarryn tak tahu nak senyum ke apa sebab dia terharu Adam ingatkan dia. Adam selalu ada untuknya walaupun menjengkelkan.
Dia bangun dan melangkah ke arah Adam yang setia menunggu.
"Qairul.."
"Dah tak payah cerita. Aku malas dengar pasal muka penyet tak guna tu," suara Adam seperti tidak puas hati dan tak suka dengan nama itu.
"Okey..." jawab Zarryn perlahan. Adam mengeluh.
Dia memakaikan Zarryn topi keledar yang dibawanya sememangnya untuk Zarryn.
"Lain kali excited la lebih lagi ya," bebel Adam sambil mengemaskan topi keledar di kepala Zarryn. Zarryn memuncungkan mulutnya.
"Muncung lagi. Cium kang baru tahu. Dah naik cepat," bebel Adam lagi. Zarryn tersengih. Sempat dia menyangkut beg sling pinknya pada tubuh Adam sebelum memanjat naik di belakang.
Semasa mereka sampai di rumah, kelihatan papa Zarryn sedang buang sampah di depan pagar. Papanya pelik bila melihat Adam dan Zarryn yang baru sampai itu.
"Kamu berdua dari mana? Bukan study kat rumah Adam ke?" tanya papanya pelik. Dua orang tu tersengih.
"Err... kami study dekat library tadi uncle. Tu yang baru sampai ni," jawab Adam sambil tersengih.
"Yelah. Meh masuk makan dulu Adam," ajak papa Zarryn.
"Okay.. Adam letak motor dulu," jawab Adam. Papa Zarryn mengangguk dan masuk ke dalam rumah.
Zarryn menunggu Adam yang pergi meletakkan motor ke dalam kawasan rumahnya. Adam melangkah kembali ke rumahnya sambil membetul-betulkan rambutnya yang serabai dek topi keledar tadi.
"Zarryn, aku nak kau masakkan untuk aku something boleh? Aku takda selera nak makan nasilah," pinta Adam sambil mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kau nak makan apa?" tanya Zarryn.
"Erm... aku nak bihun tomyam boleh?" pinta Adam sambil mengelip-ngelip matanya kepada Zarryn. Dia tahu kepakaran Zarryn dalam memasak. Mulut kuat membebel tapi masakan dia terangkat!
"Erm yelah.." jawab Zarryn reda.
"Yes!" jerit Adam.
"Hai Riel," sempat Adam menyapa Zariel yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Hai bang," sapa Zariel kembali sambil mengangkat tangannya kepada Adam.
"Kau rendam bihun tu sementara aku siapkan lauk dia ni," arah Zarryn kepada Adam sambil dia mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat bihun tomyam itu. Adam mengangguk dan mengeluarkan bihun dan direndam.
Setelah siap, dia melangkah ke arah Zarryn yang sedang memotong bahan. Comel je dengan apron hello kitty dia tu. Adam tersenyum melihat Zarryn.
"Kau ni kan, pandai masak, kemas rumah pun boleh. Rupa tu bolehlah. Sesuai untuk aku jadikan.."
"Jadikan apa?!" belum sempat Adam menghabiskan ayat, Zarryn menyoal.
"Bibik aku. Hahahah,"
Zarryn menjeling. Dia ni dalam 24 jam sehari tu, seminit je setan dia hilang. Lagi 23 jam 59 minit, setan tu melekat je.
Setelah beberapa ketika, Zarryn telah siap membuat sup tomyam. Tinggal bihun je belum masuk.
"Qairul tu tak datang kenapa?" tanya Adam tiba-tiba kepada Zarryn yang sedang mengacau. Zarryn memandang Adam yang duduk bertentangan dengannya di island kitchen itu.
"Ai.. tadi kata taknak dengar," Zarryn tersenyum Adam menjeling.
"Tak nak cerita takpe. Aku bukan nak dengar sangat pun," kata Adam sambil mencebik bibir.
"Dia kata ada masalah sikit. Lepas lebih sejam aku kat cafe tu baru dia text aku," kata Zarryn perlahan. Sakit hati.
"Eh dahlah. Malas aku nak cerita pasal dia. Nah rasa ni dulu sebelum aku letak bihun," sambung Zarryn seraya menyuapkan sudu yang berisi sup tomyam ke dalam mulut Adam untuk dirasa.
"Sedap tak?" tanya Zarryn. Adam mengangguk dan Zarryn mengangkat-angkat kening bangga.
Sedang mereka makan, papa Zarryn turun dan melangkah ke dapur.
"Baru makan?" tanya papanya.
"Ah hah. Adam ni request nak makan bihun. Tak nak makan nasi," jawab Zarryn. Adam hanya tersengih.
"Erm yalah. Eh Adam, tidur sini jelah. Kat rumah bukan ada orang pun," cadang papa Zarryn.
Terus Zarryn menoleh ke arah Adam. Pandangan itu membawa maksud 'Don't you dare to say yes!'
"Beres uncle! Uncle tak cakap pun memang Adam ingat nak tidur sini pun,"
Dan sudah semestinya Encik Adam Rizal kita tak senang duduk kalau tak mengacau Zarryn.
Zarryn menjeling tajam. Adam hanya tersengih nakal ke arah Zarryn.
***
Pukul 1 pagi Zarryn terjaga dari tidur. Dia bangun keluar dari bilik menuju ke dapur dengan wajah yang sugul masih mengantuk, dia berjalan. Dia buka pintu peti sejuk dan ambik air lalu melabuh punggung atas kerusi island table sambil mengadap ruang tamu.
Zarryn meneguk air, tekaknya terasa kering. Mungkin sebab makan tomyam yang agak pedas tadi.
Matanya jatuh pada sekujur tubuh yang tidur terlentang atas sofa. Zarryn bangkit menghampiri tubuh itu.
"Weh.. bangun pergi masuk bilik Zariel," tubuh Adam dia tolak dan ditepuk-tepuk. Apa tidur dekat ruang tamu. Zariel pun satu tak kejut dah si Adam ni masuk bilik.
Zarryn tengok Adam yang masih belum bangun. Dia mengeluh. Tahu sangat kalau dah mamat tu tidur, gempa bumi belum tentu bangun dia ni.
Zarryn masuk bilik tetamu dan kembali dengan selimut dan bantal.
Dia menyelimut tubuh lelaki itu manakala kepala Adam diangkat lembut dan letak atas bantal.
"Good night my lanun hutan," lembut suara Zarryn sebelum dia naik ke bilik.
_____________________
To Be Continued....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro