Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2 (BAD BOY)

0 1 / 0 5 / 2 0 ❤️
----------------------

TING!

Bunyi loceng tandanya pertandingan bermula. Tanpa membuang masa, satu tumbukan melayang mengenai pipi James. Kemudian James membalas tumbukan berpadu ke perut Tiger. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Namun tanpa disangka satu tumbukan menghala ke arah dagu James dari bawah menyebabkan lelaki itu terjatuh. Serentak itu, James cuba membalas serangan namun tidak kena kerana Tiger sempat mengelak. Peluh mula merinik didahi masing masing.

James yang cuba bangun terus dihalang tiger. Satu persatu tumbukan kuat dilepaskan mengenai wajah. James hanya mampu mempertahankan diri dan mencari peluang untuk membalas. Sorakan dari peminat masing-masing bertambah riuh. Memberi semangat kepada atlet kesukaan mereka.

Tanpa sedar, dari jauh sepasang mata memerhati gelagat peserta gusti sedang menewaskan pihak lawan. Gelanggang itu semakin bising dengan suara sorakan daripada penyokong apatah lagi salah seorang peserta ditumbuk bertubi-tubi.

James semakin lemah. Dia sudah terbaring dan hanya mampu mempertahankan diri. Tumbukan dari Tiger susah untuk dielak. Tiger mengangkat tangan tinggi bersedia mengayunkan satu tumbukan padu untuk menamatkan pertandingan.

Tiba-tiba...

"Hayden!!"

Tiger tercengang. Niatnya yang mahu menumbuk terbantut. Telinganya terdengar seseorang memanggil namanya. Matanya melilau segenap sudut gelanggang.

Tanpa berbuat apa-apa, tiba tiba James bingkas bangun dan menghadiahi tumbukan kencang ke mulut menyebabkan Tiger terundur beberapa langkah. Bibirnya pecah dan berdarah akibat ditumbuk.

Baru sahaja Tiger menyerang, sekali lagi kali ini namanya dilaung lebih kuat.

Tiger tergamam. Tekaknya terasa perit apabila menelan air liur. Dia melihat seorang wanita lingkungan 60-an sedang memegang kemas sebatang rotan.

'Macam mana orang tua ni boleh ada kat sini?!' desis Hayden.

"Hayden apa yang kamu buat ni?!" tanya wanita itu dengan nada geram. Terjegil sedikit mata nampak garang seperti singa kelaparan.

'Mampus' getus Hayden dalam hati. Tanpa sempat menjawab terus telinga Hayden atau nama samarannya adalah tiger, ditarik dan dipulas kuat oleh neneknya. Terus terpekik terlolong Hayden mengadu meminta simpati. Peritnya hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Sakit nek... sakit. Ampun!" rayu Hayden seraya cuba menjauhkan tangan neneknya seperti tangan ketam terusan menarik telinganya. Mahu tercabut rasanya telinga sekarang.

Neneknya hanya menghiraukan permintaan Hayden.

"Hayden balik!" perintah neneknya. Kali ini tarikan lebih kuat menarik cuping telinga lelaki itu. Ajar sikit budak nakal ni. Mahu tidak mahu terpaksa Hayden akur akan arahan neneknya.

Orang ramai mula hairan dan hanya membisik satu sama lain meneka apa yang sedang berlaku sekarang. Tertanya-tanya siapakah wanita sedang menarik cuping telinga Tiger itu?

__________________

"Mak dah tak tahan dengan perangai Hayden!" leter Hajah Kamsah. Raut wajahnya masam mencuka sambil bercekak pinggang. Ibu bapa Hayden juga sendiri sudah penat dengan kerenah anak tunggal mereka yang terlampau taksub dengan boxing. Sudah berbuih mulut dinasihati agar tidak menyertai aktiviti itu namun, ada sahaja alasan dijawab oleh Hayden.

"Saya pun tak tahu la mak nak cakap apa," balas Datin Saleha. Dia sendiri tidak sanggup memandang wajah ibunya yang sedang membuak buak menahan kemarahan. Mukanya jelas terpancar singa kebuluran makanan.

Ketika itu Hayden disisi berdiri dan mendengar amarah Hajah Kamsah seraya menunduk kepala. Tidak berani mengangkat muka memandang neneknya. Sudah masak dengan perangai neneknya.

"Mak dah buat keputusan. Hayden akan duduk dengan mak di Kuala Lumpur!" Hajah Kamsah memberi kata putus.

Bagaikan halilintar menyambar Hayden! Terasa hilang kudrat ketika itu. Hayden mengangkat muka ingin membantah.

"Tapi ne-- " belum sempat Hayden menghabis ayat, ayatnya terus dipotong Hajah Kamsah.

"Tunduk Hayden!" arah neneknya supaya tidak masuk campur. Gulp. Tertelan air liur melihat wajah neneknya kemerahan terus dia akur, menunduk kepala. Tinggal dengan nenek? That's a horrible idea.

Pakai cermin mata berbingkai besar, baju dimasukkan didalam seluar dan rambut sentiasa dibelah dua. Euu geli aku! Terus Hayden menggeleng kepala mengusir perkara itu.

____________________

Anak mata tertumpu pada skrin television.

Terbentuk kerutan didahi seperti seorang serius manakala kedua dua tangan sedang lincah di atas controller. Telinganya pula dilitupi headphone.

Diatas meja belajar kelihatan tersusun rapi cakera pelbagai jenis permainan untuk ps5.

Ketika itu juga, sebuah kereta Mercedes berwarna kelabu memasuki perkarangan rumah. Pintu dibuka oleh pemandu kereta sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Seorang lelaki di pertengahan umur yang masih segak, keluar dari perut kereta dan meluru masuk kedalam rumah.

"Mana Adam?" tanya lelaki itu kepada pembantu rumah yang sedang menghidang makanan dimeja. Pembantu rumah itu seperti terkejut apabila ditanya secara mengejut. Pantas dia menjawab pertanyaan majikannya

"Encik Adam di dalam bilik, Tan Sri." seraya dia menujuk kearah tangga.

"Buat apa?" Tanya Tan Sri Fareez.

"Kerja rumah agaknya, Tan Sri." jawab pembantu rumah itu dengan mesra. Serta merta, raut wajah Tan Sri Fareez bertukar serius. Bergegas dia mengatur langkah menaiki tangga menuju ke bilik Adam Rizal.

Tok! Tok!

Sunyi. Pintu tidak dibuka dan berkunci.

Berulang kali pintu diketuk dari luar. Adam yang sedang ralit bermain video games tidak sedar akan ketukan itu.

Boh sikit lagi nak menang. Tangannya masih lincah di atas controller.

Sekali lagi Tan Sri Fareez mengetuk pintu bilik, namun masih tiada sahutan mahupun membuka pintu.

"Adam buka pintu!"

Satu suara lantang mengejut Adam. Kuat sangat sehingga didengari walaupun volume paling tinggi dipasang pada headphone.

"Alamak papa dah balik ke?" kalut dia mengemas semua alatan permainan, dan menggantikan buku diatas meja. Pantas dia menyorok cakera video permainan di dalam laci. Kemudian dia beransur ansur membuka pintu bilik.

"Baiki tandas ke lama sangat nak buka pintu?" Tanya Tan Sri Fareez. Kalau seminit lagi pintu tidak dibuka, mahu dia pecahkan sahaja. Adam menggaru kepala yang tidak gatal mencari alasan.

"Adam belajar tadi, study hard sampai tak dengar." helah Adam. Tan Sri Fareez diam. Dia melabuh punggung dikerusi mengadap Adam.

"Habis ekor ular tu apa?" Tanya dengan riak wajah serius sambil memeluk tubuh. Adam terkejut, terus lelaki itu segera menoleh kearah separuh wayar alat kawalan PS5 tidak sempat disorok dalam laci.

'Alahai.. kenapa kau tak masuk wayar.. ' desis Adam sendiri cuba mengawal cemas dan hanya mampu tersengih senget. Lagipun ayahnya sudah cukup masak dengan perangainya.

Mengada-ngada, kaki perempuan, pemalas, pengemis ilmu. Itu semua boleh dikategorikan kepada Adam Rizal.

"Papa bila sampai?" dalihnya menukar topik perbualan. Tidak mahu disoal siasat.

"Baru je. Kejap lagi turun makan. Lunch. Nanti nak hantar kamu balik dorm pulak," ajak ayahnya, seperti tidak mengendah lagi perkara tadi.

"Err.. okey pa." teragak agak Adam menerima pelawaan Tan Sri Fareez. Hairan kenapa lelaki itu tidak berleter hari ini. Selalunya bertanding dengan mama. Tapi hari ini tidak. Dapat izin kahwin lagi satu ke? Haha.

Baru sahaja dia mahu turun, anak matanya tertancap pada sebuah akuarium antara tangga dan bilik tidurnya.

"Hai lopa, rogayah. Wah Salman makin besar kau sekarang ni,"

Dia menyapa ikan-ikan kesayangannya yang berenang dalam akuarium. Kalau tengok semua sama je, macam mana dia kenal sekor-sekor pun tak tahu. Siap bagi nama lagi.

"Adam turun makan!" suara lantang kedengaran di dapur dari ibunya.

Laju dia melangkah turun makan bersama memandangkan dia dah kena masuk asrama hari tu kerana sudah habis cuti hari minggu. Barangnya pun masih banyak yang tidak dikemas. Sambil berjalan sambil mengeluh mengingatkan sekolah. Aih!

__________________

Pintu bilik dorm dibuka. Zarryn memasuki bilik dormnya kemudian diikuti oleh Ayshalyn dan dikunci.

Zarryn segera merebahkan badan atas katil. Badannya terasa lenguh dek terpaksa ke lapangan terbang dan bergegas untuk pulang ke asrama. Ditambahkan lagi dengan masalah budak Adam itu.

Tiba-tiba dia teringat kejadian di Airport tadi.

"Angah thank you tau jemput Mel. Mel tahu angah busy. But still you're seeking time to pick me up,"

Suara itu.

Suara itu sangat dikenalinya. Armel. Sahabat dia dan Ayshalyn. Malah, nama belakang mereka juga sama. Tapi, Armel tiada bagitahu apa-apa tentang dia kena pindah balik ke apa.

"Weh Ayshalyn," tegur Zarryn sebaik sahaja teringat tentang perkara yang baru sahaja terlintas dikepalanya.

Ayshalyn yang melayan telefon terhenti seketika. Dia mengangkat kepala memandang Zarryn.

"Aku rasa aku terdengar suara familiar lah,"

"Suara familiar? Siapa? Adam eh?" teka Ayshalyn sambil mengusik. Tahu sangat yang Zarryn pantang dengar nama musuh tradisinya itu.

Satu lontaran bantal terkena badannya. Siapa lagi yang baling kalau bukan Zarryn. Ayshalyn gelak sambil menayangkan muka nakal.

"Jangan sebut nama dia.. menyampah," Zarryn mengetap bibir cuba menahan geram akan Ayshalyn yang habis sakan mengetawakannya.

"Habis tu siapa?" tanya Ayshalyn.

"Aku terdengar suara Armel," kata Zarryn dengan suara yang memberi tekanan. Suasana bilik diam seketika. Tiada sebarang balasan atau satu perkataan yang keluar dari mulut mereka.

"Nanti dia balik la tu.. Aku pun rindu dia juga. Jangan sedih sedih. Nanti Adam pujuk eh.. " sempat Ayshalyn menyakat Zarryn.

Sekali lagi bantal dibaling mengenanya. Dia bingkas turun dari katilnya dan menuju ke katil Zarryn kemudian dia menggeletek tubuh kawannya itu. Ruang bilik yang sunyi tadi kini dipenuhi dengan suara gelak tawa mereka.

Zarryn menoleh kearah katil yang kosong berhadapannya. Dia masih menunggu janji yang belum ditetapi oleh seseorang.

_____________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro