Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 16 (BAD BOY 2)

Same date ❤️
____________________

TING!

Bagaikan deja vu. Suasana ini kembali terjadi. Cuma tempat yang berbeza dan lawan yang berbeza.

Bunyi loceng menandakan pertandingan bermula, semua pelajar focus akan dua lelaki dalam gelangang itu. Tanpa melengahkan masa lagi, satu tumbukan padu cuba dihayunkan kepada Hayden. Mujur dia sempat mengelak dengan pantas. Kemudian satu lagi tumbukan cuba dilayangkan kearah pipi Hayden, nasib baik lagi, Hayden lincah mengelak membuatkan Haikal bengang.

Satu persatu tumbukan cuba menumbuk Hayden, namun Hayden cekap mengelak daripada ditumbuk. Setakat ini hanya Haiqal saja menumbuk.

Pesaingnya itu sekadar mengelak dan menahan diri. Langsung tidak membalas. Hingga la satu masa, Hayden terlepas pandang. Satu tumbukan kencang akhirnya mengena pada perut Hayden.

Terundur ke belakang dibuatnya. Perutnya amat terasa perit, belum sempat dia bertindak, Haiqal tidak henti menyerang. Satu tumbukan mengena wajah Hayden, semakin kuat sorakan pelajar bersorak lagi-lagi dari pelajar Excell sendiri.

Zarryn memegang erat jari jemarinya, dia masih berharap kemenangan. Peluang untuk Steeve menang bergantung pada boxing. Maklum lah sejak dulu lagi mereka kalah kerana tiada peserta boxing yang handal. Dorm Excell selalu menang tipis kerana boxing saja. Kenapa la game boxing ni wujud. Urgh!

Pada masa sama, Ayshalyn yang sedang mendengar percakapan coachnya yang dari tadi tak henti henti bercakap. Sempat dia mengerling jam pada pengelangan tangan. Memang kali ini dia sudah lambat, pintu gelangang pun sudah tertutup rapat. Game pun dah mula.

"Ayshalyn awak dengar tak ni?" tanya coach menyedari gadis itu tidak memberi tumpuan.

"Coach.. sambung kejap lagi boleh. saya dah janji nak tengok boxing. Sebab dah lewat ni," ujar Ayshalyn walaupun dia teragak-agak untuk meminta izin.

"Lah kenapa tak bagitahu awal-awal. Saya ingatkan awak tak tengok boxing. Anyway, congrats win this time. Saya dah agak dari awal lagi, awal mesti menang punya. Siap rekod masa baru lagi," puji Coachnya, Ayshalyn memecahkan rekodnya masa bertanding. Lebih awal dari sebelumnya.

"Thankyou coach.. saya pergi dulu," Pantas saja dia berlari secepat yang mungkin.

Bunyi derapan kaki jelas kuat kedengaran dari tapak kaki Ayshalyn dan berlari menurun anak tangga. Sampai mahu terlanggar penghadang tembok bangunan dibuatnya, laju dia memecut.

Tiba di selekoh, dia nampak Adam yang sedang memecut juga. Gayanya hanya mereka berdua sedang berlari arah gelangang.

"Woi Adam! Tunggu aku!"

Pantas dia mengejar Adam dari belakang apabila lelaki itu berpaling ke arahnya.

***

Satu demi satu tumbukan dari Haiqal tidak henti menumbuk. Hayden tumbang, dia tidak mampu mempertahankan diri. Wajahnya sedikit lebam ditumbuk, bibirnya turut pecah.

Haiqal berhenti menumbuk, dia memandang sekeliling penonton dalam gelangang. Dengan riak wajah bangga, sambil menepuk dada berulang kali.

"Weh Hayden jatuh weh.. sakit!" Armel menutup mata. Macam dia tahu pula rasa sakit yang di alami Hayden Ketika itu.

"Armel.. kau tak patut buat macam tu. Apa yang kau patut buat sekarang.. ialah macam ni," Tiba-tiba Zarryn bangun.

"GO HAYDEN! KAU BOLEH BUAT!!" Teriak Zarryn memberi semangat dengan kuat. Ditariknya juga adiknya Zariel dan 2 ketul lagi, Zed dan Que untuk sama-sama menjerit memberi sokongan.

"GO ABANG HAYDEN GO!!" suara Zariel.

"BANGUN AND FIGHT HIM ABANG HAYDEN!!" suara Zed.

"BANGUN ABANG HAYDEN ! TUMBUK DIA BALIK SAMPAI LUNYAI BANG!!" suara Que.

"GO HAYDEN! STEEVE'S VICTORY IS IN YOUR HAND!!" kali ini Evans bangkit berdiri, menjerit dengan lantang.

Armel yang terpinga-pinga juga bangun dan menjerit memberi sorakan. Mereka berteriak sekuat mungkin walaupun mereka tahu, tidak mampu melawan sorakan gemuruh dari pelajar yang menyokong Haiqal.

Tapi mereka tahu Hayden mendengar.

Haiqal senyum sinis pada Hayden. Dia memberi isyarat supaya lelaki itu bangkit. Hayden cuba bangun dari baring. Tangan diangkat sedia untuk menumbuk Haiqal, membuat lelaki itu tersenyum jahat. Memang tak serik mamat ni.

Hayden menyebabkan lelaki itu terasa tercabar. Haiqal berjalan ke belakang dan memusingkan badan dengan menghayunkan tumbukan arah Hayden.

Tumbukan itu mengena, bukan pada Hayden namun pada Haiqal. Ternganga mulut lelaki itu menahan senak perut. Zarryn dan Armel menutup mulut, mereka juga terkejut dengan tumbukan oleh Hayden.

Tanpa diminta, satu lagi tumbukan kencang singgah pipi Haiqal membuatkan lelaki itu tertoleh ke kiri. Pukulan yang kuat dari Hayden.

Baru saja Haiqal ingin membalas, Hayden terlebih dahulu mengelak dan dia menghadiahi satu lagi tumbukan pada Haiqal.

Haiqal jatuh terbaring, Hayden datang merapati Haiqal membuat lelaki itu lagi naik angin!

Pintu gelanggang boxing dibuka dari luar, Ayshalyn dan Adam bergegas menapak masuk dalam dewan. Mereka mendengar sorakan kuat daripada pelajar.

Ayshalyn lihat tiga rakannya serta adiknya Zed dan kawannya Zariel dan Que yang berdiri sambil menjerit kuat memberi sokongan. Semestinya buat Hayden.

Dia mengalih pandangan ke arah gelanggang. Kelihatan dua orang lelaki sedang berentap dalam gelanggang. Anak mata Ayshalyn mengecil, tertumpu pada susuk tubuh Hayden.

Haiqal bangkit, ingin menyasarkan pada Hayden. Namun tumbukan itu hanya mengena angin.

Hayden tersengih sengaja membiarkan lelaki itu menumbuknya. Dia ingin tahu corak permainan arah pergerakan tumbukan Haiqal. Dia mencerlang Haiqal dengan pandangan garang. Renungan matanya cukup berbeza dari Hayden yang dia herdik pagi tadi.

Buk!

Kali ini haikal Berjaya memukul pipi kanan Hayden. Aysyalyn terkejut. Sebaik saja tumbukan daripada Haiqal betul-betul mengena pipi Hayden. Dia menutup mulut yang ternganga.

Tanpa berkata apa-apa, Hayden membalas tumbukan. Bertubi-tubi tumbukan singgah pada Haiqal.

Hampir setiap saat, markah menyebelahi Hayden. Langsung tidak sempat Haikal membalas balik. Dia hanya mampu mempertahankan diri.

Well I guess.. Tiger is back!

Pertandingan berakhir dengan tumbukan padu dari Hayden. Haiqal jatuh terbaring dalam gelanggang. Bunyi loceng berdeting. Pengadil mengangkat lengan Hayden menandakan kemenangan milik Steeve.

"WOUWWW!! GEMPAKLAH ABANG HAYDEN!" 3 ketul junior itu menjerit seraya melompat.

"Kita menang?" tanya Zarryn masih tidak percaya. Armel pandang Zarryn.

"Kita menang!!" mereka berdua menjerit sambil menepuk tangan. Mereka melaungkan sorakan kemenangan pada Hayden. Ayshalyn tersenyum dengan kemenangan Hayden seraya menepuk tangan.

Adam menyiku perut Evans. Tidak percaya. Evans menjungkit bahu, dia sendiri terkejut dengan kemenangan itu.

***

Pertandingan sukan bagi acara indoor berakhir setelah sukan boxing habis. Dengan itu, tamatlah sukan tahunan sekolah mereka.

Pelajar kelihatan sudah beredar dari gelanggang boxing. Mereka semua mula bergerak ke arah dewan, menunggu keputusan markah muktamad dan majlis penyampian pingat-pingat bagi peserta yang menang.

Pelajar yang berjalan sambil mulut mereka akan gossip terkini. Mereka masih terperajat akan kemenangan menyebelahi Steeve. Haiqal kalah teruk kali ini.

Hayden membuka pintu bilik boxing, tersembul kepala Ayshalyn sebalik pintu. Gadis itu yang bersandar pada dinding, memusingkan tubuhnya mengadap Hayden sebaik saja pintu boxing dibuka. Dengan lirikan senyuman dia pandang jejaka itu.

Rambut yang sedikit serabai dan masih lembap. Wajahnya bersih tanpa sebarang jerawat, walaupun sedikit lebam. Dan aset paling penting pada lelaki itu adalah warna iris matanya. Kelabu mempersona. Lagi-lagi dilihat dari jarak dekat tanpa cermin mata. Senyuman Ayshalyn mati, dia terpegun dengan penampilan lelaki itu.

"Kau tunggu aku ke?" tanya Hayden, dia mencari kelibat orang lain. Tiada, hanya Ayshalyn saja berada di situ.

"Ah hah, diorang mintak aku tunggu kau. Semua dah ada dekat dewan." Jawab Ayshalyn. Hayden mengangguk kepala menutup pintu bilik persalinan.

"Kau tak pakai cermin mata ke? I mean.. yelah, aku ingatkan kau rabun," Asyalyn berasa curiga. Yelah elok saja lelaki itu berjalan menuju dewan. Dia kan rabun, nanti terlanggar apa-apa kalau tidak perasan.

"Ouh cermin mata!"

Haduh Hayden macam mana kau boleh terlupa cermin mata kau? Gelabah dia menyeluk poket begnya. Cepat dia memakai cermin mata membuatkan Ayshalyn senyum akan gelagat cemas lelaki itu.

***

Acara penyampaian pingat pada pemenang berlangsung. Dewan yang kelihatan cukup ceria dengan hiasan mengikut tema.

Sampai saja giliran Hayden naik ke pentas, rakanya menjerit kuat. Bangga dengan kejayaan lelaki itu. Paling kuat menjerit Zarryn dan Adam sendiri. Dua-dua sama level. Tak ketinggalan junior 3 ketul tu. Dari tadi bangga dengan senior mereka.

"Sekarang masa yang ditunggu-tunggu pelajar sudah tiba, dorm manakah yang menjuarai sukanan tahunan ini.." kata-kata pengacara majlis, Yumi. Menyebabkan semua teruja dan berasa gemuruh ingin tahu.

Semua pelajar menepuk peha, menghasilkan bunyi mengikut rentak. Suara latar belakang menunggu pengumaman gitu.

"THE WINNER FOR THE WHOLE SPORT DAY THIS YEAR IS...." Yumi tersenyum, membuatkan jantung mahu meletup. Jangan la main-main. Cepat lah umum. Nayla pula sudah bersiap untuk memuat naik isu semasa dalam laman web.

"CONGRATULATIONS TO DORM STEEVE !!"

Automatik Zarryn terlompat melonjak kegembiraan. Adam pula mengambil baju dormnya sambil mengibar-ngibar tinggi. Evans selaku ketua dorm bangun dan naik ke pentas untuk menerima hadiah.

Sorakkan kuat dari pelajar Steeve apabila dorm mereka rasmi diumum sebagai pemenang. Serentak itu confetti dilepaskan ke udara. Semakin gembira pelajar dorm itu.

Pelajar dari blok Excell sudah jeling-jeling tak puas hati. Pelajar bagi Nept dan Kryp sekadar memberikan tepukan.

"Ha mari-mari sesiapa nak ambik gambar dan nak dicucikan boleh ke sini ya! Murah je! Pagi esok kami hantar gambar kat pintu dorm korang semua!"

Ada pelajar entah dari blok mana cari duit ambik dan cuci gambar buat promosi kat tepi dewan.

"Weh jom bergambar! Jarang nak menang ni. Lagipun kita dah final year," semua setuju akan cadangan Zarryn.

Tiga pelajar lelaki itu di belakang manakala mereka perempuan berada hadapan. Zarryn memberi arahan pada jurukamera dan membetulkan posisi. Sudah berpuas hati dengan posisi, cepat dia berlari dan senyum.

"Ready? 1 2 SMILE! "

Mereka mempamerkan senyuman, semua tampak gembira dalam gambar. Beberapa keping gambar mereka ambil dan bermacam gaya mereka lakukan.

"Hayden. Jom ambik gambar sekali," ajak Lieya, tangannya memegang telefon sedia untuk bergambar. Hayden pandang Adam yang sibuk bergambar dengan orang lain. Sport day kan.. apa salahnya, dia menerima ajakan Lieya. Mereka berdua bergambar.

"Something wrong in this photo," Lieya menyedari sesuatu. Hayden pelik, okey saja.

"You look more handsome without this.." Berani Lieya menarik cermin mata yang tersangkut pada batang hidung itu dengan lirikan senyuman. Terkejut Hayden akan perbuatan gadis itu tadi kemudian mendengus tidak suka.

"One more time Hayden, " katanya yang sudah senyum, mahu tak mahu terpaksa la Hayden bergambar sekali lagi.

Sedang mereka ralit bergambar, Ayshalyn mencebik sedikit mulutnya sambil menyilang tangan. Dia berasa sebal dengan sikap Lieya seperti gedik cuba dekat dengan Hayden.

Dan tanpa disedari juga, Adam turut melihat adegan yang boleh dikatakan mesra itu. Tapi dibiarkan saja tanpa berkata apa-apa.

_____________________

Pada malam hari seperti tahun-tahun sebelumnya, sekolah mereka adakan parti bbq untuk semua pelajar. Tidak kira kalah atau menang. Taman rekreasi yang bertentangan dengan dorm menjadi tumpuan kerana di situ tempat semua makanan disediakan oleh pihak sekolah.

Hampir semua guru juga turut hadir memeriahkan. Malam itu juga, group band sekolah juga turut membuat persembahan bagi menceriakan lagi parti.

Dan sudah semestinya ahli group band sekolah yang digilai wanita sekolah itu ialah si 3 ketul junior tu.

Ya siapa lagi kalau bukan Zed, Zariel dan Que.

Suasana dorm sekali lagi tidak sunyi malah sangat riuh pada malam itu. Semua menyambut tidak kira kalah atau menang.

Armel dengan cerianya mengambil makanan yang terhidang di atas meja. Rambang matanya melihat makanan yang banyak dan pelbagai jenis. Heaven!

"Meh aku ambikkan. Kau pergi duduk sana. Kaki kau tu tak baik lagikan,"

Tiba-tiba pinggannya yang sudah terisi sedikit makanan diambil seseorang. Armel berpaling. Dia lihat Evans sudah mengambil mengambil makanan dan diletak diatas pinggannya tadi.

Teragak-agak dia ingin pergi. Kalau pergi nanti, mesti orang ingat aku menggedik mintak tolong dia. Haih. Akhirnya, Armel turut berdiri di situ menunggu Evans.

Evans menoleh ke arah Armel. Dahinya berkerut melihatkan Armel yang masih berdiri di situ. Dia dengar ke tak apa aku cakap tadi? Ke suara aku perlahan sangat?

"Kenapa berdiri lagi? Aku suruh kau pergi duduk dengan diorang tu kan. Kejap lagi aku datang la bawak makanan kau ni,"

"Biarlah.. aku tunggu kau ambil makanan. Aku tak nak susahkan kau so aku tunggu la sekali,"

Evans menggeleng dengan kedegilan Armel. Takpelah, senang sikit dia tanya Armel nak makan apa.

"Yelah. Kau nak makan apa ni?" soal Evans mengalah. Armel tersengih lalu menunjuk-nunjuk ke arah makanan yang diingini.

"Weh Hayden serius gempak gila masa kau compete tadi. Tergamam aku sesaat tengok kau tumbuk si Haiqal tu macam tu," Adam menepuk-nepuk tangannya mengenangkan kehebatan sahabatnya itu. For the first time in WCIS history, Haiqal dikalahkan. Dengan budak baru! Nerd lagi tu!

"Malu besar la Haiqal. Bayang pun tak nampak kat bawah ni. Tak sia-sialah aku pilih kau!" Zarryn juga turut setuju yang Hayden hebat dalam game tadi.

"Menangis kat bucu katil la tu sebab kalah!!" Adam sengaja menguatkan suaranya. Manalah tahu reporter tak berbayar akan sampaikan pada Haiqal. Haha.

Hayden hanya tersenyum melihat telatah sahabat-sahabatnya. Dia masih enggan untuk memberitahu perihal dirinya yang sudah lama menyertai sukan boxing. Malas nak dijadikan isu. Biarlah rahsia. Nanti-nanti diorang akan tahu juga.

Dia mengerling Ayshalyn yang tersenyum sambil menyuap makanan di sebelahnya. Dia juga bangga dengan pencapaian gadis itu dalam pertandingannya tadi. Cuma dia belum berkesempatan mahu mengucapkan tahniah.

"Attention.."

Satu suara kedengaran menggunakan mic. Suasana riuh tadi semakin perlahan. Sepertinya suara pengetua.

"Good evening to all Knights... First of all, I want to say congratulations to Steeve's cause you win! I'm very proud of you. Not only Steeve's but to all of you. You guys have struggled a lot to make this sport day perfect. Just so you know, you guys are really awesome! Knights always the best!"

Semua pelajar memberikan tepukan gemuruh dan ada yang bersiul.

"But, as usual.. after sports and this bbq, what we all gonna do tomorrow?"

Kali ini, kedengaran pelajar mengeluh pula. Pengetua tergelak kecil.

"Kita buat apa anak-anak?" pengetua sekali lagi sengaja bertanya.

"Gotong-royong..." kedengaran lemah suara pelajar menjawab.

"Apa? Saya tak dengar," sengaja.

"GOTONG-ROYONG!" Kali ini penuh semangat menjawab. Ada yang menjerit sekali. Entah la bersemangat atau marah.

Ketika itu, Armel dan Evans yang pergi mengambil makanan tadi, telah kembali ke meja.

"Good! So, tomorrow, warden blok masing-masing akan bagi list untuk pelajar. So, pagi esok lepas sarapan, ketua atau penolong ketua dorm akan pergi dekat warden untuk ambik list dan bagi pada pelajar lain. Alright. Faham semua?"

"Faham madame,"

"Good.. Okay sambunglah makan. Happy eating ya,"

Suasana kembali riuh apabila pengetua siap memberi ucapan.

"Esok kau pergi ambil ya Zarryn list tu. Then, announce untuk gather kat bilik prep," Kata Evans. Zarryn hanya mengangguk menerima arahan.

Malasnya nak gotong-royong!

_______________________

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro