BAB 15 (FIGHT)
1 0 / 0 5 / 2 0 ❤️
____________________
Pagi hari kedua sukan di sekolah itu semakin meriah dan riuh. Hari ini adalah untuk indoor sports pula.
"Ah game kau sama masa dengan Adam la," kata Armel yang baru saja melihat jadual sukan indoor buat hari kedua sukan. Disebabkan masa yang suntuk dan pelbagai jenis sukan, jadi terpaksa dua atau tiga sukan dilakukan pada masa yang sama. Terpulang pada pelajar mahu menonton yang mana.
"Hayden punya game bila?" tanya Zarryn pada Armel. Ayshalyn disebelah yang memakai topi dengan rambut panjang yang diikat, manakala beg digalas pada bahu kiri memandang Armel dengan wajah tertanya. Dia berasa tertarik akan pertanyaan Zarryn sebentar tadi.
"Ouh Hayden punya game, last. Jadi kita semua boleh pergi tengok!" ujar Armel dengan teruja. Ayshalyn dan Zarryn senyum melihat telatah ceria Armel.
"Tapi Ayshalyn.. I feel so bad since we couldn't watch your game," Zarryn berasa bersalah kerana dia dan Armel tidak dapat hadir ke pertandingan fencing Ayshalyn. Oleh kerana urus niaga gerai jualan. Mahu serah pada siapa lagi? Semua tak bertanggungjawab mengelak mahu menonton sukan indoor.
"Hey, it's okay." balas Asyalyn sambil mengukir senyuman. Dia sendiri tahu bahawa Zarryn dan Armel sibuk dengan gerai jualan.
"Nanti jumpa dekat gelanggang boxing," pesan Armel sambil melambai tangan. Aysyalyn mengangguk kepala. Mereka berjalan dengan haluan berbeza. Armel dan Zarryn ke gerai manakala dia sendiri menghala ke bilik fencing.
Sedang dia berjalan dengan gembira, tiba-tiba matanya ternampak kelibat seorang lelaki yang sangat dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Hayden. Lelaki itu sepertinya berbincang sesuatu dengan Sir Lewis.
Cepat Ayshalyn menyorok diri sebalik dinding. Dia menyentuh dada, jantungnya berdegup kencang. Mana tak nya, kejadian yang berlaku semalam masih menari dalam kepala. Malu gila. Ikutkan memang dia tidak mahu berjumpa pun dengan Hayden.
"Haduh.. kenapa dia ada dekat sini," rungut Aysyalyn cuba berani menjenguk kepala melihat kedudukan Hayden sekarang. Sudah beredar ke belum. Dia sudah lambat mahu ke bilik facing. Nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan coach.
"Arh, redah je la." Ayshalyn membetulkan topinya sedikit, ingin menghalang wajahnya terdedah manakala tanganya cuba menutup muka. Berhati-hati dia berjalan belakang Hayden. Mujur lelaki itu berdiri sambil berbincang membelakangi jalan. Jadi dia tidak mungkin perasan kehadiran Ayshalyn ketika itu.
Dengan langkah terjungkit-jungkit dia cuba berlari dari situ. Tidak mahu bertembung pun. Tolong la!
"Hayden, all the best. Defect Haiqal.. Steve's victory is in your hand," kata Sir Lewis selaku salah seorang guru blok mereka.
"I will and thank you sir," ucap Hayden sambil mengangguk kepala. Dia mengerti apa yang dikatakan gurunya itu. Lelaki itu menepuk lembut bahu Hayden dengan senyuman dan berlalu pergi. Hayden sekadar melihat kelibat lelaki itu hilang dari pandanganya.
"Habis la kau Hayden.." detik Hayden dalam hati. Isu bertarung dalam boxing stage bukan masalah dia. Dia sudah lali akan pertandingan boxing. Apa yang dia risuakan adalah neneknya, Hajah Kamsah itu.
Bagaimana dia dapat tahu berita cucunya masuk boxing lagi? Pecah rekod tukar sekolah dua kali dalam setahun. Dia baru saja menyuaikan diri dalam sekolah ini.
Hayden mengeleng kepala. Dia menoleh ke belakang dengan pandangan pelik. Mana tak pelik kalau dia nampak Ayshalyn dah macam mahu mengendap.
Menyorok belakang pasu, sebalik dinding siap berlari dengan terjungkit kaki lagi. Apa yang tak kena. Dia berjalan mendekati gadis itu.
"Hey.. kau dah kenapa?" tegur Hayden. Dia berasa hairan, lagi-lagi Ayshalyn bersikap pelik.
Mahu luruh jantung Ayshalyn terkejut. Sah dia memang tak ada bakat menyembunyikan diri. Macam mana dia boleh kantoi dengan Hayden. Sedangkan dia struggle menyorok ni.
"Ouh.. hah.. tak ada apa-apa," dalih Aysyalyn. Dia membetulkan posisi dirinya. Sedaya upaya memandang wajah Hayden dengan riak dingin, seperti biasa.
"Tak ada la.. sebab kau nampak pelik. Macam main sorok-sorok," jujur Hayden.
"Eh mana ada.. saya pergi bilik practice dulu. nak cepat," haduh! Tercakap 'saya' pula. Ini namanya terlebih mesra dengan ayu. Jejaka depannya pandang janggal, saya? Wow.
"Err.. bye," laju dia menapak mahu pergi dari itu.
"Aysyalyn,"
Langkahnya berhenti apabila Hayden memanggil. Dia berpaling.
"Good luck knight," katanya mengharapkan berita baik. Ayshalyn rasa pipinya sedikit panas seraya tersenyum kecil.
"You too.. knight.. Thankyou!" kali ini memang dia betul-betul berlari tanpa menoleh belakang pandang Hayden pun.
Hayden tersenyum dan memusing badan ingin menuju ke bilik boxing.
"Kau Hayden eh?"
Tegur satu suara garau milik seorang lelaki semasa dia berjalan. Hayden melihat seorang lelaki bertubuh sasa, wajahnya putih berhias dengan sedikit jerawat dia pipi. Rambutnya berwarna keperangan sedikit dengan beg digalas pada bahu. Tangan pula menyeluk poket seluar, gaya gengters. Siapa mamat ni pun dia tak tahu. Hayden hanya agak yang lelaki itu juga peserta boxing.
"Ah hah," sepatah perkataan Hayden menjawab pertanyaan.
"Kau budak Eve yang kena paksa masuk boxing kan?" tanya lelaki itu lagi. Hayden mengangguk.
"Aku ingatkan hebat sangat budak Zarryn. Budak nerd juga dia pilih, macam tak ada budak lain," kasar dia berkata. Hayden diam, tidak membalas.
"Eh, aku cadangkan kau buat pengsan awal-awal before game. Kesian muka pondan kena tumbuk. Lebam sana sini," nasihatnya sambil menunjal bahu Hayden beberapa kali.
"Atau pun macam ni.. kau tarik diri awal-awal," pesannya supaya Hayden menarik diri.
"Kalau kau tak nak juga.. jangan menangis pulak kalau muka lebam, sakit tau.." perlinya pada cuping telinga Hayden. Hayden memandangnya dengan wajah dingin dan perasaan geram.
"Good luck." Bahu Hayden dirempuh kasar.
"Oh yeah.. lupa.. Aku Haiqal," dan dia berlalu pergi dari situ. Hayden mengepal penumbuk. Kalau lah ini bukan sekolah dan lama dia terajang mamat dekat dinding. Patah dua tiga gigi baru puas hati.
Dari jauh dia mendengar pelajar lain memanggil-manggil nama lelaki itu. Bias.
****
Jam di dinding berdetak menujuk pukul 9 pagi. Pintu bilik dimana tempat fencing bertanding sudah dibuka awal 20 minit sebelum pertandingan bermula. Ayshalyn menunggu di bangku tempat menunggu. Dia tunggu namanya dipanggil ke medan pertarungan. Nafas panjang ditarik dan dihembus untuk hilang rasa gentar. Dari tadi matanya memandang papan pointer setiap peserta fencing. Semua hebat belaka.
"Ayshalyn.. your turn now," Ayshalyn bangkit dari duduk, menyarung topeng di kepala. Pedang dicapai dan berjalan menuju ke medan perang.
***
Gelanggang tertutup basketball riuh dengan pelajar. Sama ada minat basketball atau hanya ingin melihat pemain pujaan beraksi.
Disebabkan pemain basketball yang sedikit, dua buah blok di gabung untuk menjadi satu team. Semua ahli basketball Excell dan Neptune bergabung manakala Steeve dengan Krypton.
Suara sorakan dari cheerleader bercampur sorakan dari penonton sendiri memenuhi ruang sunyi court. Masing-masing bersorak untuk pasukan mereka.
Pasukan Steeve dan Krypton diketuai oleh Adam yang sememangnya ketua basketball sekolah manakala bagi pasukan Excell dan Neptune diketuai oleh Naufal, orang yang juga turut hebat dalam basketball sekolah mereka.
Semua peserta berada dalam posisi masing-masing, hanya menunggu saat whistle berbunyi. Adam yang berada di bahagian depan dan tengah sekali, memejam kedua mata ingin menenangkan jiwa seketika. Hinggalah bunyi tiupan whistle kedengaran.
Adam membuka mata sedia beraksi.
***
"Kau memang nak pakai ke Armel?" tanya Zarryn dengan risau. Mana tak risau, dari tadi Armel meminta izin darinya untuk memakai mascot. Katanya bosan melayan pelanggan, dia ingin menyarung mascot itu yang berwatak comel.
Mascot beruang yang dipakai oleh Adam semalam. Jadi, dah tuannya tengah beraksi nun dalam gelanggang sana, tiada orang yang memakai mascot tersebut.
"Alah boleh la.. please.." pujuk Armel
"Aku bukan tak nak bagi, tapi tengok la kaki kau tu," bantah Zarryn tidak bersetuju. Dia bukan apa, kaki Armel itu masih baru terseliuh. Silap hari boleh bengkak kaki gadis itu suka kerana banyak berjalan. Lagipun panas kalau pakai mascot. Tak faham betul dia, telan semut banyak ke. Sampai lembab sangat tak fikirkan kesihatan.
"Please.. 10 minutes only.." rayu Armel, bermacam jenis gaya dia merayu pada Zarryn.
"Hah yela.. kejap je." Akhirnya Zarryn bersetuju dengan muka serius. Armel apa lagi dengan gembira dia menyarung mascot pada badan. Terus berlakon comel depan pelajar supaya datang ke gerai.
"Tambah pula masalah aku.." Zarryn mengeluh. Dia berasa terganggu dari berniaga kerana risau kan Armel.
***
"Evans.. saya rasa kamu dah boleh pergi tengok acara indoor. Lagipun saya rasa tugas lain sudah banyak selesai. Kalau ada apa-apa masalah saya boleh handle by myself," kata Sir Henry. Dia merasakan pelajarnya itu boleh berehat daripada menjalankan tugas. Dia tahu Evans dari semalam tidak henti sibuk menguruskan acara sukan mengikut jadual yang ditetapkan walaupun dia sendiri menyertai acara sukan.
Evans mengangguk kepala "Sir.. kalau sir perlukan saya. Sir bagitahu, saya akan datang secepatnya mungkin," kata Evans membuatkan Sir Henry tersenyum.
"Hah yelah, dah macam awak pulak cikgu. Habis saya ni makan gaji buta," Sir Henry ketawa dengan lawaknya sendiri. Evans mengaru kepala tidak gatal, apabila Sir Henry kata begitu.
"Dah pergi, saya nak sambung buat kerja," Sir Henry menolak pintu pejabat dan melangkah masuk. Evans mengerling jam tangan yang menunjuk pukul 11.30 pagi. Masih ada lagi baki tersisa sebelum pertandingan Hayden bermula.
Dia mengamati suasana sekolah ketika itu dari tempatnya di tingkat 1, dimana bangunan mengadap kawasan padang.
Matanya memerhati setiap gerak geri pelajar yang bersuka ria. Sehinggalah dia terpandang mascot beruang milik dorm Steeve sedang berjalan sambil mempromosikan gerai mereka.
Namun tanpa diduga, mascot tu tiba-tiba jatuh tersembam atas padang hingga kepala mascot itu terbuka sendiri menojolkan kepala Armel.
"Ada je masalah budak tu. Jatuh je kerja dia. Aku rasa dia terseliuh kaki, macam mana boleh pakai mascot," kata Evans. Tidak lama itu dia nampak Zarryn berlari mendapatkan Armel yang jatuh itu.
"Tu sorang, dah macam mak-mak," dia perasan setiap kali Armel yang macam budak kecil itu jatuh, mesti Zarryn yang menjiwai watak keibuaan datang pada waktu yang tepat.
***
Hampir dua jam bertanding, akhirnya pertandingan basketball dan fencing tamat. Adam melabuh punggung duduk di bangku. Penat yang masih terasa belum hilang, rambutnya sudah basah kerana peluh. Mujur Lieya datang memberikan air mineral dengan senyuman manis. Macam tahu saja dia tengah dahaga.
Manakala situasi di bilik fencing pula, Ayshalyn mencabut topeng muka. Telefon pintar tersadai dalam beg di capai. Dia melihat jam pada skrin telefon, sudah pukul 12. Pertandingan Hayden sudah hampir mula, mesti Zarryn dan Armel sudah menunggu kehadirannya di gelanggang boxing. Dia mengambil kain tuala dan pakaian ke bilik persalinan untuk membersihkan diri.
"Adam," lelaki itu memandang Coach Harris yang melangkah ke arahnya. Di tangan lelaki itu sedang memegang kertas, gayanya borang.
Usai saja Ayshalyn membersihkan diri, rambut yang basah dia kesat dengan tuala. Topi yang di ambil dan sarung di kepala. Rambut lembapnya dibiarkan lepas. Dia ingin cepat sampai ke gelanggang boxing. Sudah terlewat ini, pintu kaca ditolaknya.
Baru saja dia ingin berlari menuju ke gelanggang boxing, namanya dipanggil coach. Haduh masa ni jugak dia panggil. Silap masa betul!
***
Gelangang boxing sudah dipenuhi pelajar, tinggal beberapa minit lagi sebelum Hayden beraksi. Zarryn dan Armel sudah terjenguk-jenguk arah pintu masuk, mencari kelibat Adam dan Ayshalyn. Sepatutnya mereka sudah datang tapi batang hidung pun tak nampak lagi. Di sebelah Zarryn, terdapatnya 3 ketul junior mereka. Zed, Que dan adik Zarryn sendiri, Zariel.
Evans yang baru sampai dilambai-lambai Armel supaya datang kemari. Dia sudah menjaga tempat bagi lelaki itu. Evans duduk di sebelah Armel yang sudah tersengih-sengih. Senang hati apabila Evans duduk disebelah.
Sebenarnya dia panggil lelaki itu bukan saja-saja tapi dia sengaja menyuruh lelaki itu duduk di sebelah kerana di belakang tempat lelaki itu, juniornya aka Hanna si chibi maruko chan tu duduk.
"Okey?" tanya Armel tanpa suara sekadar memberi isyarat mata pada Hanna. Gadis itu mengangguk kepala, dengan tersipu malu.
"Aku bet Haiqal menang. Jangan mimpi la blok kita menang kali ni. Kalah punya boxing macam selalu," duga seorang pelajar lelaki yang duduk di hadapan mereka bertiga.
"Aku sokong kau, actually memang boxing ni memang milik Excell. Aku tengok boxing pun sebab dah final year. Tibai jela walaupun memang kita kalah," kata kawan pelajar lelaki itu sambil ketawa. Siapa tak kenal Haiqal kat sekolah mereka? Orang panggil dia God of boxing of WCIS kut.
Zarryn dibelakang mendengar sudah terjuih bibir.
Buk!
Kan dan kena makan penyepak. Zarryn menyepak kerusi mereka dengan kuat. Kau silap orang nak kutuk, lagi-lagi depan mak singa sendiri.
Muka pelajar itu masing-masing berubah jadi pucat lesi. Mereka cuba senyum mesra manakala Zarryn menunjuk penumbuk.
***
"Saya nak kamu isi borang ni. Macam selalu. Lepas cuti ni ada tournament basketball," kata Coach Harris sambil memberikan borang penyertaaan basketball yang akan berlangsung selepas cuti ini.
"Okey coach!" Adam menerima borang itu.
Lama pula coach ni bersembang dengannya. Isu borang basketball je pun.
"Eh kamu tak pergi tengok boxing ke?" tanya Coach Harris. Dia melihat Adam sedang mengemas dan memakai sweater sekolahnya.
"Nak pergi la ni, tapi coach panggil tadi. Saya pergi dulu," Tanpa tunggu jawapan dari Coach Harris, dia pantas berlari keluar dari court.
***
Pintu gelanggang boxing ditutup rapat oleh pelajar yang ditugaskan mengawal di situ. Sudah acara sudah mula, mana pulak pergi dua orang ni! Cemas Zarryn.
"Hayden.. awak sedia?" tegur lelaki yang ditugaskan menjaga peserta Steeve. Dari tadi dia lihat Hayden duduk di bangku dengan wajah menunduk. Gayanya langsung tidak bersemangat.
"Awak punya game dah mula," katanya menyebabkan Hayden mengangkat kepala. Wajahnya tanpa cermin mata tampak lain ketika itu. Dia pelahan-lahan bangun dari duduk dan bergerak ke gelangang. Macam tak percaya pula dia bertarung boxing dalam sekolah barunya.
Lampu seisi ruang itu terpadam, hanya lampu yang menghala ke tengah gelangang boxing saja bernyala.
"LADIES AND GENTLEMAN, WE'RE BACK TO OUR EXTREME GAME!" lantang saja suara pengacara menyebabkan penonton bertambah teruja akan pertandingan.
"HERE! OUR BOXING'S HERO...HAIQAL!!!" Jerit pengacara dengan kuat menyebabkan gelangang bergema dengan sorakan pelajar. Lelaki bertubuh sasa yang tubuhnya dibalut kain itu masuk ke dalam gelangang. Terherot bibir sedikit, bangga dengan jeritan gemuruh dari pelajar.
"AND HIS RIVAL.. HAYDEN!!!" kali ini pengacara itu mempersilakan Hayden masuk ke gelanggang. Gemuruh sorakan kurang berbanding Haiqal tadi.
"Eh Hayden dah masuk!" teruja Armel, menepuk-nepuk bahu Zarryn manakala lengan Evans ditarik ingin menunjuk Hayden masuk ke dalam gelangang. Evans menjeling pada Armel, teruja sangat pulak dia ni. Orang tengah risau pasal Hayden. Lengan baju dibetulkannya.
"Ye tahu.." kata Zarryn meletakkan tangan Armel ke bawah menjauhi bahu supaya tidak terus menepuk. Sakit tahu tak! Matanya tertumpu pada Hayden.
Lelaki itu berjalan dengan sweater di badan dan kepalanya ditutup dengan hoodie. Sebaik saja kakinya sampai tengah gelangang, dia menolak hoodie kebelakang membuatkan Evans, Zarryn dan Armel terngamam.
Wajahnya dan gaya rambutnya cukup berbeza saat itu, mereka seperti menonton seorang yang baru dan bukan Hayden yang mereka kenal. Wajahnya tanpa cermin mata itu membuatkan dia lebih kacak dan berwajah fresh dari biasa.
"Wow." Automatk Armel menunjuk reaksi penampilan Hayden Ketika itu. Evans menoleh pada Armel yang terhenti dengan mulutnya yang terbuka luas.
Haiqal memandang Hayden sambil membetulkan urat pada leher, sengaja diam mahu mengacam lelaki itu. Hayden sekadar merenungnya dengan renungan tajam.
"I want you guys to obey the rules, protect yourself all time." Kata Pengadil. Serentak Hayden dan Haiqal mengangguk kepala.
"READY?"
Kedua lelaki itu mengangkat penumbuk sedia untuk berentap. Mereka saling merenung tajam satu sama lain. Haikal mengosok batang hidungnya tunjuk hebat.
"FIGHT! "
_____________________
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro