BAB 13 (SCREWED UP)
0 8 / 0 5 / 2 0 ❤️
__________________
"Ready?" tanya juruvideo yang siap sedia merakam video dua gadis yang ditugaskan untuk menjadi pengacara dan juru hebah isu semasa di laman social.
Yumi dan Nayla mengangguk kepala. Kamera difokus pada wajah kedua gadis itu, dalam kiraan satu..dua..tiga video dirakam.
"Hello and good morning Knight's! Bersama saya Yumi!"
"Saya Nayla!" Sapa Nayla dengan senyuman mesra dan ceria.
"Shout out to all athletes! Hari sukan tahunan yang ditunggu-tunggu pelajar sudah tiba!" Jerit Yumi dengan gembira.
"Milik siapa anugerah sukan tahun ini? Adakah milik Excell?"
Suara jeritan semangat dari rumah pasukan Excell menjadi latar belakang suara.
"Atau milik Steeve?"
Kali ini suara teriakan milik rumah pasukan Steeve berteriak semangat tidak mahu kalah akan Excell.
"Atau Krypton dan Neptune dapat mencipta sejarah tahun ini?"
Dua pasukan tersebut bergabung bersorak dengan semangat.
"Seperti biasa, saya dan Nayla akan bertugas sebagai pengacara majlis mengisi hari sukan anda! And don't forget to check our school web, isu semasa akan segera diupload!"
"Yumi.. di mana pasukan perarakan sekarang? Saya tak nampak pun," tanya Nayla berpura-pura tidak tahu.
"Oh untuk pengetahuan kamu semua, majlis perlancaran dan pasukan perarakan akan dimulakan lewat sedikit kerana tetamu jemputan kita mempunyai hal penting. Tapi dia akan segera datang. Don't worry!" kata Yumi. Kamera dihalakan merakam suasana pasukan perarakan yang berpakaian mengikut tema masing-masing berhampiran padang.
_______________
Suasana sekolah meriah dengan gerai-gerai jualan pelbagai jenis. Tidak termasuk dengan kegembiraan pelajar yang berpakaian rumah sukan dan segelintirnya memakai mascot atau baju kreativiti masing-masing untuk acara perarakan sebentar lagi.
Semua peserta perarakan sedang bersiap-siap. Ada yang sedang bergelak ketawa mengambil gambar. Hari sukan akan berlangsung selama dua hari. Aktiviti outdoor atau sukan balapan pada hari pertama manakala hari kedua iaitu indoor sports.
"Semua okey?" tanya Evans yang memeriksa peserta perarakan bagi bloknya iaitu blok Eve. Kesemua peserta mengangkat ibu jari tanda okey. Hampir 20 minit mereka berdiri menunggu kehadiran tetamu Vip untuk memulakan acara perarakan.
Matahari sudah naik menyebabkan peserta kelihatan sedang mengibas-ngibas dek bahang haba matahari. Wajahnya turut berpeluh dari hujung anak rambut mengalir ke pipi, dibiarkan begitu saja.
"Abang.. Evans.." Lelaki itu tertoleh ke kiri dan kanan apabila namanya dipanggil. Siapa panggil? Dahi Evans berkerut. Takkan imaginasi, jelas sekali seseorang memanggil namanya.
"Abang Evans," kali ini namanya dipanggil lebih kuat dari tadi. Evans mengaru kepala tidak gatal, mana si pemanggil?
"Abang Evans, dekat bawah ni, " Evans menunduk kepala ke bawah memandang seorang gadis yang ketinggian rendah, rambutnya style cendawan dan memakai cermin mata berbingkai tebal. Dia menghulurkan sapu tangan pada Evans dengan wajah yang tersipu malu. Evans mengangkat kening tanda tanya.
"Abang Evans.. nampak berpeluh, jadi ambil la sapu tangan ni. Lap peluh Abang Evans.." katanya dengan rasa segan. Teragak-agak lelaki itu untuk menerima sapu tangan itu.
"Terima kasih," ucap Evans membuat gadis itu tersenyum lebar menampakkan braces yang dipakai. Cepat dia melarikan diri sebaik sahaja Evans mengambil sapu tangan itu.
Gadis itu melarikan diri ke arah dua rakanya yang kini sudah melompat gembira akan kejayaan gadis itu. Siap tersenyum lebar nampak gigi, bertepuk tangan pulak tu. Terlalu excited.
"Abang Evans ambil la!" jeritnya gembira, makin hysteria rakannya. Evans memandang mereka dengan pandangan pelik dari jauh. Apa yang tak kena dengan mereka?
"Sara, you tengok tu. Berani betul budak Hanna tu," adu Melly dengan nada geram sambil menyilang tangan di dada. Mereka bertiga yang terpacak di dewan terbuka memerhati Evans dari jauh. Kecik besar kecik besar je dia pandang si chibi maruko chan tu. Ada hati nak menggedik dengan lelaki idaman kawanya, Sara.
"Tu la I perhati je. Geramnya I!" dengus Sara menghempas pom-pom cheerleader jatuh ke bawah. Sakit pula hati dibuatnya, lagi-lagi si kawan Hanna melompat siap menari tarian pelik lagi. Dah macam terencat dia tengok. Paling dia tak rela, bila jejaka idamannya menerima sapu tangan itu. Huh!
"Kalau tak puas hati, pergi settle. Kasi ajar sikit," cadang Fady yang sedang bersiap diri. Dia tersenyum memandang wajahnya sendiri yang dipantul pada cermin kecil. Lawa gitu. Cuma bibirnya nampak kosong. Ouh lupa gincu mana gincu.
"Such a good idea Fady." puji Sara. Setuju akan cadangan itu. Fady senyum sinis 'as always' sambil meratakan gincu di bibirnya.
___________
Pintu tandas dibuka dari dalam. Tersembul muka Armel yang gelisah.
"Macam mana ni.. macam mana ni.." Armel yang berpakaian kemas cheerleader menyebut berulang kali ayat yang sama sambil mundar mandir laluan antara tandas dan sinki. Aysyalyn dan Zarryn memandang satu sama lain dengan muka tak senang.
"Kau dah kenapa?" tanya Zarryn. Dia sendiri tertanya kenapa Armel bersikap begitu.
"Ah, kau dah kenapa Armel dah macam orang tak betul jalan ke kiri ke kanan," Soal Asyalyn sambil menyilang tangan di dada. Dari tadi dia memandang dah macam terkena ulat bulu tak reti duduk diam.
Armel berhenti menapak, dia mengatur langkah merapati kembali dua rakanya. Dengan nafas yang berat dia mengeluh. Cuba menenangkan diri yang macam nak gila ni.
"Aku... period!" kata Armel dengan nada gelisah. Sudah lah hari ini mahu melakukan persembahan cheerleader depan tetamu vip. Dia bukan apa, cuma dia tahu setiap kali datang period mesti terbongkang atas katil. Sakit senggugut, itu yang terlebih gelisah ni. Boleh pula hari penting period ni datang. Dah la first day!
"What?! Kau period?" tanya Zarryn, dia turut merasaikan kebimbangan. Dia bukan tak tahu perangai Armel bila datang period. Tak ada beza dengan orang meroyan. Armel mengangguk kepala dengan riak wajah mahu menangis.
Asyalyn memerhati pakaian Armel. Berwarna putih bersih dan dicorak dengan warna yang pudar, itu pun hanya jalur di baju dan sedikit corak pada skirt. Mampus... makin besar masalah.
"Boleh ke ni?" dia takut nanti coach Liana akan hilang kepercayaan kepadanya kerana buat masalah pada saat akhir.
"Tak apa, kau jangan risau. Nanti aku tolong urusankan," kata Zarryn sambil memegang kedua bahu Armel.
"Okey macam ni, jom pergi jumpa coach kau dulu," kata Ayshalyn ingin menyelesaikan masalah. Armel mengangguk kepala.
Baru sahaja Ayshalyn ingin melangkah, satu suara lantang kemarahan menerjah dari tandas belakang. Mereka bertiga berpandangan satu sama lain.
Zarryn membuat isyarat senyap. Nasib baik tandas ni pelik sikit. Tempat yang mereka duduk ni terhalang dengan dinding dan sink. Jadi, orang takkan nampak mereka.
"Eh budak! Kau ingat kau siapa ha?! Sesuka hati kau je kan nak bagi Evans towel tu!"
Mereka dengar suara itu marah-marah lagi. Tak silap mereka itu macam suara geng Sara. Haih, masalah apa lagi yang diorang nak buat ni. Asyalyn sudah menguling mata ke atas sambil mengeleng kepala.
Mereka bertiga menyorok di tepi dinding dan menjenguk kepala sedikit untuk melihat situasi.
Kelihatan 3 orang junior mereka yang dengan gaya yang sangat skema. Seorang, rambut cendawan dengan kaca mata besar, sorang rambut ikat kuda kiri dan kanan dengan tubuh yang agak gempal dan seorang lagi reben sebesar mak gajah atas kepala.
Mereka lihat Sara menarik kepala budak rambut cendawan tu ke dalam bilik air dan mereka dengar suara jeritan. Terpekik-pekik menjerit la junior mereka, sakit rambut ditarik kasar.
Apa lagi boleh mereka fikir kalau tak si Sara tu celup muka budak cendawan tu dalam mangkuk tandas?
Ish! Tak boleh jadi ni. Buli!
Zarryn dan Asyalyn saling memandang satu sama lain. Macam boleh baca kotak fikiran satu sama lain.
Zarryn keluar dari tempat penyembunyian.
"Hoi! Korang buat apa hah?!"
Terkejut semua yang berada di situ. Tawa mengejek sudah tidak kedengaran melainkan tinggal muka pucat dan takut. Siapa je tak takut dengan mak singa kat depan mereka ni?
Zarryn mengheret budak cendawan tu kebelakangnya. Ayshalyn datang berdiri sebelah Zarryn manakala Armel hanya mengawasi juniornya itu.
"Korang ni memang ada cita-cita nak rasa air jamban tu macam mana kan?" Ayshalyn memeluk tubuh. Lengan baju disingsing terlebih dahulu.
Muka masing-masing dah pucat. Kalau toreh muka sorang-sorang ni sekarang rasanya darah pun segan nak lalu. Mereka menggeleng kepala tidak mahu.
"Korang nasib baik je sebab hari ni korang kena perform cheerleader. Kalau tidak, memang dah sekor-sekor kenyang minum air jamban hari ni." Zarryn menjeling tajam sorang-sorang lalu mengheret juniornya pergi. Takut hilang sabar je kalau lama-lama kat situ. Biul punya orang!
Mereka tidak menjawab. Takut. Lagi-lagi kantoi dengan Zarryn. Memang kena kaw-kaw kalau dia bagitahu Sir Henry.
"Buat apa lagi?! Pergi la! Blah!" Perintah Ayshalyn bersuara lantang menghalau mereka keluar dari tandas.
Terus saja Sara menghentak kaki dengan kuat tanda protes. Bahu Asyalyn turut dilanggar semasa beredar dari situ, manakala kedua-dua rakanya turut mengekori dari belakang.
"Berani kau ya," detus Ayshalyn menyelak rambutnya yang sedikit menutupi wajah kebelakang setelah bahunya ditempuh Sara. Menyesal tak celup kepala dia awal-awal dalam mangkuk jamban.
_________________
Bunyi air horn kuat menandakan pasukan perarakan bermula. Perarakan yang dimulai dengan pasukan Excell kemudian diikuti Steeve,Kprton dan akhir sekali Neptune.
Lagu dipasang berdendang dengan kuat menyemarakan semangat. Majlis perasmian berjalan dengan lancar sebaik sahaja belon berwarna warni dilepaskan ke udara. Tidak termasuk dengan gelagat pasukan perarakan yang bermacam-macam gaya.
Ada yang menunjuk silat, berlakon jadi zombie, menari dan lain-lain. Semua pelajar berada di pandang terhibur dengan persembahan perarakan.
Tinggal dua persembahan lagi untuk dipersembahkan iaitu persembahan cheerleader dan squad drum. Semua ahli pasukan sorak sedang bersiap sedia di sebalik tabir.
Hanya Armel saja yang kelihatan gelisah duduk di bangku. Dari tadi dia hanya mengosok perut cuba menahan pedih senggugut. Bukan itu sahaja kedua permukaan tanganya terasa sejuk.
"Kak Armel, are you alright?" prihatin Haznis seraya melabuh punggung sebelah seniornya.
Armel mengangguk kepala pelahan, tidak larat mahu bercakap. Perutnya terlalu sakit ketika itu. Tentang menjadi backup pasukan sorak? Asyalyn dan Zarryn telah berbincang isu itu, cuma Armel tetap akan menunjukan persembahan kerana dia tidak sempat mencari pengganti pada saat akhir. Jadi terpaksa la dia tetap kena perform.
"Okey girls..It is time to perform!" Coach liana memanggil kesemua pasukan sorak sekolah. Armel berusaha bangun dan mengambil pom-pom.
Ahli pasukan sorak keluar ke padang, jeritan kuat dari pelajar lelaki dan perempuan mengalukan mereka. Armel berjalan sambil menunduk kepala ke bahagian tengah.
Sunyi.
Semua tertumpu pada pasukan sorak. Ahli pasukan sorak kelihatan sudah sedia dengan gaya yang mereka berlatih. Hanya menunggu lagu dimainkan.
Jantung Armel berdegup kencang. Dia berasa cukup tidak selesa.
Bunyi lagu latar belakang kedengaran. Ayshalyn dan Zarryn hanya mampu memerhati Armel dari jauh. Berharap tiada perkara buruk berlaku.
1 2 3 4 — Who's the one that you adore? ¶
5 6 7 8 — who do you appreciate?¶
Mereka mula bersorak dengan gaya yang menarik. Serentak itu reaksi wajah Armel yang kelihatan sakit berubah serta merta menjadi ceria.
Lagu yang rancak dan sesuai dijadikan latar belakang berdendang menambahkan lagi kehebatan persembahan mereka. Bersungguh mereka cuba menonjolkan keceriaan ketika itu.
Cheerleaders: Front row seats to every game!¶
Cheerleading not just flirts in skirts.¶
Perut Armel kembali sakit. Sudah! Rasa senggugut itu datang kembali. Riak Armel berubah, dahinya berkerut. Namun dia masih senyum ceria berusaha menghabiskan persembahan.
Fly high to the sky and cheer loud to the crowd.¶
Fly high, do or die, dare to dream, cheer extreme!¶
Mereka bergerak mengikut posisi yang dilatih. Sedia untuk 'flow' dengan 'terbang' dengan lantai yang tersusun seragam. Armel sebagai center cuba memanjat bahu ahli cheerleader lain. Perutnya semakin senak seperti dicucuk benda tajam.
Go Win or Go Home.¶
Go, Fight! ¶
Pasukan sorak masih lagi dengan nyanyian ceria mereka manakala Armel masih lagi memanjat.
Sampailah..
BOOM!
Suasana padang serta merta menjadi kelam kabut. Mana tidak cemas bila melihat salah seorang cheerleader yang berdiri atas bahu sedia untuk aksi lompat tiba-tiba terjatuh.
Bukan itu saja, sekali dengan ahli cheerleader lain posisi 'lantai' dan flow turut jatuh kerana hilang imbangan.
Pasukan bulan sabit merah yang berada di khemah khas, bergegas ke arah itu dengan membawa beberapa stretcher untuk mengangkat ahli cheerleader.
Evans yang berada berdekatan mereka turut cemas dan pergi ingin memberi pertolongan. Zarryn dan Asyalyn? Tiba-tiba menjadi pelari pecut tidak bertauliah mencari Armel.
Sedang Evans menolong ahli cheerleader lain, matanya tertancap pada Armel yang duduk bersimpuh. Dari tadi tangannya mengurut kaki. Gayanya terseliuh. Laju saja kaki Evans mendekati gadis itu.
"Kau okey?" soal Evans sambil sebelah kaki melutut pada rumput. Armel yang sedang mengurut kaki kerana terseliuh mengangkat muka. Memandang raut wajah lelaki itu. Pandangan mereka segaris, saling memandang satu sama lain dari jarak dekat.
"Okey..."
"Ouch!" pekik Armel tiba-tiba.
Mana tak terpekik kalau dia tersilap urut kuat pada kawasan sakit. Spontan Armel memandang Evans yang sudah menggeleng kepala. Nak tipu pun agak-agak la. Wajahnya yang putih kelihatan kemerahan mahu menangis.
"Armel!!" Jeritan dari Asyalyn dan Zarryn membuatkan Armel berpaling. Kelihatan mereka berlari arah Armel. Evans menoleh arah mereka yang datang ke mari.
"Kau okey? Sakit dekat mana? Kitaorang bawak kau pergi bilik rawat," tanya Zarryn dengan cemas. Ayshalyn memeriksa kaki Armel takut-takut ada lebam. Ayshalyn melihat pasukan bulan sabit merah yang sibuk menolong ahli pasukan sorak yang lain. Stretcher pun nampak macam tak cukup. Haih.
"Kau boleh jalan tak?" tanya Asyalyn bimbang. Dia tahu kaki Armel terseliuh. Armel mengeleng kepala.
Zarryn dan Ayshalyn menoleh kearah jejaka di sebelah mereka. Evans merasakan dia dipandang lantas menjungkit kening.
"Tak ada pilihan melainkan kau papah dia. Tak pun, angkat terus." Selamba Zarryn memberi cadangan.
Baru Evans nak membantah, Zarryn menunjukkan ke arah pasukan keselamatan yang sibuk menguruskan yang lain.
"Korang la angkat dia. Kenapa aku pulak?" Evans masih membantah.
"Alah kau ni, angkat jela! Si Armel ni nampak je kecik tapi boleh tahan berat," kata Ayshalyn.
Dengan terpaksa, sekali dengan keluhan, Evans mengangkat Armel supaya berdiri. Ditarik kedua belah tangan Armel, lalu sebelah tangan Armel diletakkan di lehernya dan sebelah tangannya memegang pinggang Armel.
Situasi itu menyebabkan Armel tidak selesa. Dia berasa segan seketika. Tapi dengan keadaan macam ini, dia tidak mampu menolak.
"Slow slow. Nanti makin sakit kalau jalan laju-laju," lembut suara Evans menegur. Armel terkelu sekejap.
'Kalaulah mamat ni selalu macam ni. Mahu cair aku,' detik Armel.
Mereka terus berjalan menuju ke bilik rawatan.
________________________
To Be Continued ....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro